“Tu listen lain tu, dengar molek, kalu menteri tadak amal, susah di dalam kubur, dah kalu kita rakyat jelata tadak amal, lebih lagi, faham dak lagi, tu contoh,” kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.
Ok apa peringatan yang diberikan oleh UAI diatas. 'Menteri' yang disebut itu boleh saja mewakili SIAPA SAJA BERTARAF PEMIMPIN tanpa mengira parti, ngo atau organisasi.
Jawatan sebagai PEMIMPIN ada tanggungjawabnya , baik kepada diri sendiri maupun kepada mereka yang dibawahnya. Jawatan itu adalah satu AMANAH.
Berapa kerat pemimpin yang sedar jawatan yang mereka pegang itu merupakan satu AMANAH yang diberikan supaya mereka dapat BERKHIDMAT kepada rakyat ?
Jawatan dan pangkat BUKAN lesen untuk mengaut harta, bukan peluang untuk memiliki rumah besar dan kereta mewah.
Begitu amanah dalam memimpin umat kejalan yang benar ...sekiranya umat berpecah belah, berprasangka negatif antara satu sama lain kesan dari apa yang diajar oleh pemimpin, maka bertambah2lah dosa yang harus dipikul pemimpin itu.
SUMBER
No comments:
Post a Comment