Showing posts with label Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Azhar Idrus. Show all posts

Tuesday, February 12

AZHAR IDRUS APA KEJADAH NAK MENGUTUK ORANG LAIN........ISLAMLAH SANGAT........?


Ostad Mc D nie dah jadi pelawak la pulak..Mengutuk orang pandai tapi bila kena batang hidung sendiri pandai pulak cari alasan paling bodoh didalam dunia...Adakah Islam mengajar mengutuk orang lain sebagai pedoman...Makin lama makin songsang Ustad McD nie....

Sebab apa anak-anak muda banyak datang ceramah dia berbanding ceramah oleh ustaz lain yg cuma orang-orang tua je ? sebab anak-anak muda tu nak tengok dia punya lawak jenaka, BUKAN ceramah.

dah la tu dalam ceramah guna perkataan bodoh, bangang, gila, sakit jiwa. nak berceramah ni tak boleh selitkan unsur-unsur negatif macam perkataan2 tu. 

nak berceramah niat cuma satu je, untuk menyampaikan pesanan Allah. nak melawak boleh, tapi jangan sampai orang ketawa berlebihan sampaikan jemaah2 yg dgr ceramah tu tak dapat tangkap pesanan yg nak disampaikan sebab akibat lebih tertumpu nak tengok lawaknye je.


jom, mari kita fikir-fikirkan dan renungkan sejenak..



Wednesday, February 6

AZHAR IDRUS SOKONG UMNO PULAK.......?


Kemunculan personaliti agama yang sedang meningkat popular, Ustaz Azhar Idrus dalam Wacana Perdana di Stadium Darul Makmur, Pahang beberapa hari lepas pada pandangan ramai pemerhati politik ia adalah satu perkembangan menarik untuk dikupas dari pelbagai sudut.

Umum mengetahui selama ini Azhar Idrus dilihat dekat dengan PAS seumpama jinak-jinak burung merpati di masa yang sama cukup kritis dengan Kerajaan Pusat khasnya UMNO.

Lantaran itu tidaklah pelik bila mana para penyokong PR khususnya PAS ghairah cuba mengambil kredit berikutan kebanjiran orang ramai mengikuti program dakwah keagamaan itu dengan mempropagandakannya sebagai petanda 'sokongan rakyat' kepada PR.

Namun disebalik keghairahan tersebut, hakikatnya kesediaan Kerajaan Pahang yang diterajui Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob meluluskan kegunaan Stadium Darul Makmur untuk menjayakan program wacana itu membuktikan keterbukaan BN dalam memperkasakan program bercorak dakwah.


Sudah menjadi polisi BN apa sahaja program keagamaan selagi ianya dilaksanakan dengan tulus ikhlas tanpa doktrin kepartian, maka segalanya lancar tanpa halangan. 

Bagaimanapun bila mana wacana yang disertai Azhar Idrus itu turut mendapat liputan Berita Utama TV3, sesetengah pemimpin dan penyokong PR bagaikan terhidu sesuatu yang tidak kena. Bagaikan ada udang disebalik mi, kata mereka.

Kenyataan Azhar Idrus sebagaimana dipetik oleh Berita Utama TV3, "sangat-sangat saya sokonglah, kerajaan mana sekalipun buat benda-benda gini untuk anak-anak muda khususnya," dilihat oleh sebahagian pemerhati seakan ada maksud tersirat untuk ditafsirkan.

Dari kenyataannya itu ia menggambarkan sokongan terbuka Azhar Idrus dengan dukungan yang diberikan oleh Kerajaan Pahang dalam menjayakan program keagamaan, sesuatu yang jauh berbeza dengan layanan Kerajaan PAS Kelantan yang mengharamkan kuliah agama oleh Azhar Idrus di mana-mana Masjid dan Surau di negeri itu.

Lebih menarik lagi kemunculan tiba-tiba Azhar Idrus dalam wacana yang disokong oleh Kerajaan BN Pahang itu bagaikan memberi jawapan kenapa beliau gagal muncul di malam pra Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tempohari.

Barangkali polemik kalimah Allah s.w.t telah merubah corak pandangan Azhar Idrus terhadap PAS dan PR selanjutnya kini dilihat seperti bakal menyokong BN, ada kemungkinannya jika diambil kira kegagalannya menyertai malam pra HKR di padang Kelab Sultan Sulaiman.


Monday, February 4

PANAS!!! USTAZ AZHAR IDRUS AKUI KRISTIAN DAN ISLAM BERTUHANKAN ALLAH YANG SAMA?!!!


Sejak bila kita bertuhankan Allah yang sama ni ostak oii...

Ciri-Ciri Orang Munafik 

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. 

MKP Ayat Sempoi : Tak setuju dan mungkin FB UAI kena hack atau maksud UAI itu hanya untuk menarik orang beragama kristian memeluk Islam atau wallahualam~ sekadar prasangka baik.


Thursday, January 24

VIDEO : USTAZ NATANG AZHAR IDRUS PUN MAIN #LISTEN JUGAK KE.......?


“Tu listen lain tu, dengar molek, kalu menteri tadak amal, susah di dalam kubur, dah kalu kita rakyat jelata tadak amal, lebih lagi, faham dak lagi, tu contoh,” kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.


Ok apa peringatan yang diberikan oleh UAI diatas. 'Menteri' yang disebut itu boleh saja mewakili SIAPA SAJA BERTARAF PEMIMPIN tanpa mengira parti, ngo atau organisasi.

Jawatan sebagai PEMIMPIN ada tanggungjawabnya , baik kepada diri sendiri maupun kepada mereka yang dibawahnya. Jawatan itu adalah satu AMANAH.

Berapa kerat pemimpin yang sedar jawatan yang mereka pegang itu merupakan satu AMANAH yang diberikan supaya mereka dapat BERKHIDMAT kepada rakyat ?

Jawatan dan pangkat BUKAN lesen untuk mengaut harta, bukan peluang untuk memiliki rumah besar dan kereta mewah.

Begitu amanah dalam memimpin umat kejalan yang benar ...sekiranya umat berpecah belah, berprasangka negatif antara satu sama lain kesan dari apa yang diajar oleh pemimpin, maka bertambah2lah dosa yang harus dipikul pemimpin itu.

SUMBER


Monday, January 7

OSTAD MC DONALD TAK FAHAM JIHAD.....?


MKP tak mahu ulas bebanyak tapi korang nikmati penjelasan dari video dibawah ini....




Thursday, January 3

AZAHAR IDRUS "LOYAR BURUK" "LAWA BODO" MEMANG SINONIM......


Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. 

Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

Sunday, November 25

Akhlak sebenar Ust Azhar Idrus....


Memfitnah kumpulan Ustaz Fathul Bari (ILMU) menerima 15 ribu untuk menyertai UMNO. Beliau juga mengkafirkan orang UMNO. Adakah ini contoh ustaz yg berakhlak baik yg patut menjadi contoh?


Azhar Idrus Kantoi Fitnah RM15K....

Thursday, November 22

OSTAD AZAHAR IDRUS MUNAFIK..............


Itu Gelaran yang patut diberi pada UAI kerana bersikap seperti ulamak akhir zaman der..........Macam mana tak kata macam tue...didalam ceramahnya menyuruh orang lain jangan pergi ke Mc D padahal UAI sendiri berkunjung ke sana bersama anak-dan osterinya.....Apa kejadah ulamak macam nie....




Wednesday, November 21

AZAHAR IDRUS BOGELKAN DIRI SENDIRI.......


Pada mulanya UAI nie kantoi makan kat Mc D tapi tak mengaku dan mempertahankan hujah beliau menyatakan tidak makan kt restoran tue...Tapi akhirnya kantoi jugak!!!! Kononya nak bodohkan pengikutnya tapi ada info yang mematahkan hujah jahanam beliau.Menipu kononnya berada di Johor tapi lokasi yang sebenar adalah Mahkota Parade Melaka...



Monday, November 19

USTAD AZHAR IDRUS NAK MENIPU PUN AGAK_AGAK LA


Korang tengok betul-betul apa yang ada diatas meja tue...Bekas dan air minuman dari Mc Donald....Sampai bebudak kecil pun yang berumur tiga tahun pun dapat meneka ianya dari Mc Donald...

Penjelasan yang kurang bijak dari Ustad Azhar Idrus nei....Tempat tue sah didalam restoran Mc Donald....Makanan luar tidak dibenarkan masuk didalam restoran nie....Agak-agaklah kalau nak menipu pun..........

Apa salahnya jika mengaku menjamu selera di Mc Donald....Bukan makanan yang dihidangkan itu tidak halal malah disahkan oleh JAKIM memang halal.....


Tuesday, November 13

@UstazAzharIdrus Program Kemang-Keming Astro Oasis.....


Ramai yang mempersoalkan kenapa Ustad Azhar diberi peluang oleh astro berceramah dan menjawab soalan serta slot khas di astro Oasis....Sedangkan sebelum ini  Ustaz Azhar Idrus ini pernah mengecam dan mengutuk kerajaan BN/UMNO....


Tapi sampai bila Ustaz Azhar Idrus nak mengecam serta memperlekehkan BN/UMNO.MKP pecaya manusia akan berubah bila tiba masanya...

Wednesday, June 20

Ustaz Azhar Idrus & Skandal?



Amat Menarik video ini, kalau ada masa tontonlah sehingga habis. Berbelit-belit
lidah pemimpin Pas bila bercakap tentang Pemerintahan Islam / Hudud...
P/s gambaq kt atas tiada kaitan ngan azhar idrus

Tuesday, June 12

KENAPA MASHITAH BALUN USTAZ AZHAR IDRUS?


Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama.

Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru.

Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku. Lagi dahsyat akan berlaku.”

Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?”

Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.”

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’

Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah begini?

Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.

Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.

Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan mengikut Perlembagaan Persekutuan. -SH

Sunday, May 20

CINTA BN GILA DARI USTAD AZHAR IDRUS?



MKP rasa makin kurang hormat dah kepada Ustaq Azhar Idrus kerana sikap yang kurang cerdik bila dipentas pada semalam ketika berada di Padang Kota Pulau Pinang.Kalau nak berbicara tentang Agama Islam memang dia pandai akan tetapi apakah hukum mengata sesebuah parti itu gila???????Jawap Ustad.
BN Gila ka? atau Ostad ka makin gila glamer sejak dua menjak ni???Dah senang-senang kata orang gila, senang je cakap melawak??

Ustaz Azhar Idrus @Padang Kota Pulau Pinang.








Ramai jugak yang kena ranjau sepanjang jalan der,Kita sebagai manusia ada kelemahan dan keburukkan.tiada niat untuk menghina idola mesyarat nie akan tetapi nilaikan sendiri dengan bukti yang telah diberi....Nilai dengan pemikiran terbuka serta dakwaan MKP berdasarkan bukti video yang sah....Fikirkan... 


Sunday, May 6

USTAD AZHAR IDRUS SEMBAH TUAN GURU SETAN?


SYAITAN MENYESAL BERKERJASAMA DENGAN NIK AZIZ???

Siapa yang tak kenal dengan Nicky Aziz...pengubal fatwa sesat yang terkenal di seantero dunia...silap-silap syaitan pun tak berani nak mengaku Nicky Aziz ni umatnya pasal Nicky Aziz mahir dalam ops pecah belah...dia bukan kira syaitan ke manusia ke..asalkan ada perkataan pecah dan belah... dengan siapa pun dia boleh kerja sama...kalau tak percaya..cuba tengok video ni...



Sunday, February 12

Azhar Idrus Kantoi Fitnah RM15K.


Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Abang Azhar Idrus patut merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuhan Ustaz Se-Malaysia. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Memfitnah dan menganiaya asatizah lain. Apakah dosa ILMU terdapa Abang Azhar Idrus sehingga dia sanggup memfitnah ILMU sedemikian rupa. Adakah dengan sebab ini, anak murid Abang Azhar Idrus pun berperangai sedemikian rupa. Tapi sampai sekarang dia tak minta maaf. Minta maaf tak menjadikan anda hina wahai Abang Azhar Idrus. Kalau sudah salah, minta la maaf. Dan berusaha tidak mengulanginya semula. Dan hentikanlah sikap anda yang suka menghina, menuduh, memfitnah, mengeji orang lain. Anda adalah seorang Ustaz. Tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Saturday, February 11

HEBAT SANGAT KE AZHAR IDRUS NI.


Pihak Jabatan Agama Islam perlu mengambil sedikit perhatian dalam sebaran-sebaran yang di lakukan oleh Azhar Idrus kerana ini mungkin boleh menjurus kearah yang tidak berapa baik. 

Sama juga seperti al-quran cetakan baru, semua ayat dan sebutan akan diteliti sebaik mungkin bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat islam. 

Sangkakala tidak mengatakan bahawa Azhar Idrus tidak tahu tentang agama, tapi mungkin pengetahuan agama beliau sama seperti orang lain dan bukan bertaraf seorang guru atau ulamak yang mampu mentafsir segala sunah dan firman bagi mengelakkan kekeliruan. 

Ini kerana buku yang diterbitkan itu berharga serendah RM15 sahaja dan ianya mampu di beli oleh setiap lapisan masyarakat. Apa yang membimbangkan ialah, jika buku ini tidak mengikut seperti mana yang dikehendaki didalam islam dan dibeli serta dibaca oleh anak-anak muda yang ingin atau baru nak mempelajari tentang agama bukankah nanti akan terpesong aqidah mereka hanya kerana kita tidak melakukan apa-apa. Wallahualam.sangkakalajari9

Thursday, January 5

Isu Penilaian Hadith - Ustaz Fathul Bari Komen Azhar Idrus


Berdebat biarlah berilmu dari semua segi,MKP bukanlah bijak dan pandai dalam bab ini akan tetapi bila melihat video ini membuka minda kita dalam penilaian kedua-dua ustaz diantara Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Azhar Idrus.tengok dan nilai sendiri apa yang diperkatakan oleh kedua-dua ustaz ini.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive