Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sebagai umat Islam, menggunakan alasan "ini semua takdir" tidak seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha.
Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama.
"Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak seperti iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu.
"Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri.
Mohd Asri berkata manusia disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam.
Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya semalam mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak diguna pakai di dalam ekonomi Islam.
Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis itu memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.
"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.
VIdeo ini telah menimbulkan kemarahan penyokong tegar Anwar IBrahim...
MKP dok belek video ceramah UFB nie kat laman u-tube tetiba jumlah video nie...Pasal nikah kawin la nie susah pasal kt Malaysia. Banyak kerenah dan macam-macam tuntutan.....Betul ke??? Atau saja nak nikah express sebab tak tahan dugaan......Maklumlah lelaki bila dah kaya sikit mula gatai dan miangnya.
Ini adalah cara hidup orang kita...bila dah kaya nak tukar kereta atau tambah bini....Bukan MKP kata!!!!! Tapi lihat dengan mata kepala sendiri...memang betul pun....Rasanya dikalangan rakan-rakan seperjuangan pun pun ramai macam tue,Tapi ingat bini yang pertama itu jangan ditinggalkan pulak......?
Tapi zaman sekarang kahwin ni dah jadi sangat susah dan membebankan, kerana nak kahwin kena ada:
Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Kad kahwin brochure/booklet, banner, kain rentang, bunting
Pre-wedding photoshoot
Duit hantaran RM30,000
Hantaran berdulang2
Wali
Dua orang saksi
Ijab dan kabul di masjid/surau (yang wanita pakai tudung)
Photoshoot semasa majlis nikah
Make-up artist
Majlis perkahwinan sebelah perempuan di PICC Putrajaya (pengantin perempuan dah tak pakai tudung dan pakai baju dedah dada)
Pengacara majlis, kumpulan kugiran dan nyanyian dari artis terkemuka
Slide video sejarah hidup pengantin dari kecik sampaila kahwin
Ucapan mak bapak pengantin dan VIP serta aktiviti merenjis dan tepung tawar
Meja makan pengantin khas bersama para VIP
Kek kahwin 8 tingkat yang hanya diguna untuk potong sahaja
Photoshoot semasa majlis perkahwinan
Ulang semula step 12 - 18 untuk majlis sebelah pengantin lelaki di Dewan Perdana Felda.
Post-wedding photoshoot
Wedding storyboard photo album
Honeymoon di Bali
Dan lain2 lagi...
Kalau berkekalan sampai mati tu kira berbaloi la jugak, tapi ada yang habis beratus ribu, 2 3 tahun cerai.
Kalau yang kahwin sampai habis berpuluh beratus berjuta tu memang artis, ahli perniagaan atau ahli politik yang kaya tu boleh tahan lagi la, tapi tahu tak bila golongan2 selebriti ni bermewah2 time nak kahwin serta mempopularkan trend dan budaya2 mengarut masa nak kahwin.
Malah ditayang pula dalam TV, majalah, Internet, sedikit sebanyak ia mempengaruhi golongan2 rakyat marhaen yang tak berapa nak berduit ni untuk berhabis2 juga semata2 untuk kahwin biarlah berhutang sekalipun buat loan sampai 20 tahun semata2 nak kahwin dengan mewah, dengan alasan;
"Ala kahwin sekali seumur hidup je, bukan tiap hari pun kahwin, aku nak juga majlis kahwin aku macam Yusry dengan Erra Fazira ala2 garden dulu, tak pun dapat kahwin gaya ala2 tentera macam Farid Kamil dengan Diana Danielle pun OK walau bukan tentera".
Macamlah kau tahu ko kahwin sekali je seumur hidup, ntah2 lepas tu tiba2 bercerai atau laki/bini kau mati awal dulu ke, lepas tu nak kahwin lagi, tak ke dah kahwin lebih dari sekali seumur hidup?
Dan sebab kau bukan tiap2 hari kahwin la ko kena berjimat cermat, yelah ko kahwin sehari je pun tapi beribu2 duit habis semata2 untuk satu hari tu je, hari2 lain yang ko nak kena tanggung anak bini makan, tempat tinggal, nafkah apa semua tu ko kena hadap tiap2 hari. Kalau yang berhutang tu lagi kesian.
Entahlah, mungkin sebab tu ada orang lebih prefer kahwin dekat Siam, lagi mudah malah Majlis Fatwa pun dah cakap kahwin di Thailand sah.
Mungkin sebab tu juga Ustaz Fathul Bari memilih untuk berkahwin di Siam malah Anwar Ibrahim juga dulu dikatakan berkahwin di Siam juga seperti di blog MyMassa ini.
Lain2 orang ternama yang berkahwin di Siam seperti Aida Khalida dan Joe Radzwill, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini serta penyanyi Aishah dan suami. Mungkin kerana mereka sendiri merasakan betapa rumit dan susahnya prosedur nak berkahwin di Malaysia menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin di Siam?
Maka jadilah orang yang nak berkahwin sekarang ni rata2 sama ada mengikut trend bermewah2 seperti golongan selebriti yang kaya2 ini, ataupun kahwin kat Siam terus.
Yelah kalau selebriti, pemimpin dan ilmuwan agama boleh memilih untuk berkahwin di Siam, kenapa Orang lain tak boleh? Malah kelemahan dalam urusan perkahwinan di negara kita ini diakui sendiri oleh UFB yang sebelum ini menyatakan;
"Nikah kahwin dalam negara kita ada banyak isu yang kadang2 benda tu lambat sangat disettlekan, jadi kita mintak pihak2 berwajib supaya lebih membantu untuk menyelesaikan isu2 perkahwinan dipercepatkan urusan"
Ramai yang mempersoalkan mengapakah Ulama Muda UMNO ini berkahwin di Selatan Thailand tidak di Malaysia?
Selain itu ada juga yang mempersoalkan kenapa beliau menyorokkan perkahwinannya itu, adakah beliau kahwin lari, adakah beliau takut bini?,
Adakah beliau takut kepada Pak Mertuanya di Perlis? kenapa daftar di Terengganu? Kenapa tak buat majlis besar-besaran di PWTC? Dan berbagai-bagai persoalan lagi......
Walaupun ramai yang back-up dan menjelaskan mengapa dan kenapa tapi penjelasan itu masih kurang menyakinkan dan masih lagi ada keraguan yang tidak boleh diterima...Walaupun blogger no 1 Malaysia MPP pun menyatakan ustad Fathul Bari nie idolanya.MKP tetap bangkang walaupun lepas nie ramai yang akan mengomel.....
Kalau nak tolong kawan sekali pun takkan sampai nak kena kahwin dengan adiknya?Ramai lagi yang boleh direkomen pada adik kawan UFB nie.Kenapa mesti UFB yang kena kahwin...?
MKP Ayat Sempoi : Orang berbudi kita berbahasa,termakan budi tergadai Body.......
Ayat nie patut untuk hampa berdua....Nak berpolitik jangan sampai mencabar Umat Islam kat Malaysia nie...Kalau dah bodoh tue patut pi belajaq dan panggil UFB untuk memberi penjelasan...MKP menyokong penuh apa yang diperkatakan oleh UFB....
MCA dan CSL nie dah bagi penerangan pun buat tak tahu dan pekak badak ke?
Tepi yang paling Best didalam ceramah nie AMK pulak nak ambil kesempatan bermain isu murahan untuk mennyalahkan orang lain....Ramai yang nak jadi hero tapi tak kena masa dan tempat....Nak kata bodoh tapi semuanya berlagak pandai....susah jugak macam nie...
MKP Ayat Sempoi : Balun jugak MCA kerana bertindak kurang cerdik..
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS
-
Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun
dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com