Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Monday, October 22

MALIK KASIM ABAIKAN PENGUNDI BATU MAUNG? @DzainalAbidin


Setelah dedahan dibuat oleh Blogger KLIK mengenai nasib penduduk di Kampung Tepi Bendang Batu Maung semalam satu inisiatif telah dilakukan oleh UMNO Negeri Pulau Pinang.

Program Walkabout Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, ke Kampung Permatang Tepi Bendang, Batu Maung, P.Pinang.

Perjumpaan dengan lebih 100 Orang penduduk Yang terlibat dengan perpindahan kerana Pemaju akan memajukan tanah tersebut. Satu lagi Kampung Melayu (42 buah rumah) akan lenyap di P.Pinang.

Bagi UMNO Pulau Pinang dengan pertemuan ini yang mendapat sambutan amat mengalakkan dari penduduk yang hadir boleh dikatakan semua yang terlibat hadir...Sentuhan dari pemimpin serba sedikit boleh meringankan beban yang bakal ditanggung oleh mereka...

Beginilah siri nasib malang yang berterusan menimpa melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan rejim Guan Eng.

Tuesday, September 4

Siapa Kata UMNO DiTolak Orang Muda?


Ayat dari pencacai Pakatan menyatakan UMNO sudah tidak relevan serta ditolak oleh golongan muda nampaknya kini ibarat meludah kelangit.Tambahan pulak Abby Abadi yang telah menyertai PAS membuat mereka lebih riak dan menunjuk-nunjuk.Akan tetapi Abby abadi kini telah menjadi liabiliti kepada PAS kerana sikapnya mengutuk alim ulamak yang tidak menyokong PAS.Baru sehari bertudung dah cakap pandai..... 

Terbaru pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.

Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.


Wednesday, July 25

PATUT DOK TOBAT BUANG DEPA NIE?


Inilah akibatnya jika pemimpin PKR hanya pandai menabur fitnah tanpa mendapatkan bukti yang sah.
Abdul Halim PKR Balik Pulau bukan sahaja berdepan dengan saman tetapi dicabar bersara dalam politik jika beliau gagal membuktikan dakwaan beliau terhadap penjualan tanah di Kampung Terang, Balik Pulau.

Sila baca di bawah
GEORGETOWN – Speaker Dewan Undangan (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain digesa menghentikan fitnah yang mendakwa syarikat Maison Height Sdn Bhd mengambil kesempatan ke atas penduduk dengan membeli dan menjual tanah di Kampung Terang, Balik Pulaudalam tempoh empat bulan. 
Jika tidak, beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.Pengarah Urusannya, Datuk Omar Faudzar berkata, pihaknya mempunyai semua dokumen yang boleh membuktikan pembelian dan penjualan tanah itu tidak dibuat dalam tempoh empat bulan seperti didakwa Abdul Halim.
"Dakwaan Abdul Halim kononnya kami menjual tanah berkenaan dalam tempoh empat bulan adalah pembohongan kerana semua dokumen jual beli antara syarikat saya dan penduduk yang bertarikh 4 Oktober 2010 ada di sini. 
"Dokumen perjanjian penjualan tanah itu kepada sebuah syarikat bertarikh 10 Januari 2012 turut kami sertakan.“Jadi penjualan tanah ini bukan dilakukan dalam tempoh empat bulan, sebaliknya hampir dua tahun," katabeliau pada sidang media di sini, hari ini. 

Turut hadir, pengerusi syarikat berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam.Omar yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor berkata, mereka bukanlah broker seperti yang didakwa Abdul Halim, sebaliknya beliau dan Maison Height Sdn Bhd adalah syarikat pemaju hartanah yang sudah lama berkecimpung dalam pembinaan perumahan. 
Sementara itu, Musa mencabar Abdul Halim untuk membuktikan tanah berkenaan dijual dalam tempoh empat bulan dan jika berjaya berbuat demikian beliau berjanji akan mengundurkan diri dalam arena politik.Musa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, sebagai Speaker Dun, Abdul Halim tidak sepatutnya menipu rakyat dengan fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin Umno. 
Beliau percaya tindakan berkenaan adalah untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri.
"Disebabkan saya orang politik,dia (Abdul Halim) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng mahu burukkan nama Umno sahaja dan nak beritahu pada rakyat bahawa Umno jahat. 
"Mereka mahu tutup kelemahan Kerajaan Negeri yang menjual tanah di Bayan Mutiara dan tanah di Taman Manggis sehingga terpaksa berbohong.Tindakan ini menunjukkan mereka tidak ada moral langsung," katanya. 
Musa berkata, jika Abdul Halim gagal membuktikan dakwaan itu, beliau perlu meletak semua jawatan dan bersara dari politk.  
Sebeum ini,Abdul Halim mendedahkan dua pemimpin Umno berkenaan mengambil kesempatan terhadap penduduk apabila menjadi orang tengah dalam penjualan 4.04 hektar tanah di Balik Pulau kepada sebuah syarikat pemaju. 
Abdul Halim berkata,perkara itu diketahui setelah menyemak geran mukim bagi tanah di Mukim J,Kampung Terang di daerah berkenaan. - SH
Baca seterusnya klik

MKP ayat sempoi : Saman jangan tak saman puak haramjadah nie suka wat fitnah? 

Monday, June 11

Mahkamah Tolak Saman Umno P. Pinang Terhadap LGE


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini lapor Malaysiakini.com.

Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.

Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas.

Thursday, May 31

@nohomar @pkamalanathan TOLONG SIASAT KENAPA INI TERJADI?


Kenapa ini harus berlaku dikala gendang telah dicanang oleh BN/UMNO telah bersiap sedia untuk menawan Selangor...MKP berharap siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap pihak yang berwajib dan sepatutnya.Walaupun pada Pemimpin , Ini nampak remeh dan dipandang ringan jangan lupa kita Barisan Nasional tetap memerlukan walaupun satu undi dari rakyat Hulu Selangor.Perit dan payahnya berkempen semasa PRK Hulu Selangor dulu rasanya berbaloi kerana ianya adalah Parlimen Pertama yang menang setelah Barisan Nasional telah kecundang banyak kali....


Kepada DS Noh Omar MKP merayu supaya ianya dapat diselesaikan dengan segera supaya tidak menular menjadi barah dan virus yang sukar kita ubati kelak....Tak salah sesekali kita merendah diri memohon maaf kepada Pemuda sedangkan PM sendiri telah berucap dihadapan penyokong UMNO di Kedah bahawa Beliau meminta maaf segala kesalahan pemimpin terdahulu......Kepada rakan-rakan media cyber tolong risik apa masaalahnya supaya dapat diselesaikan dengan segera.Kita sayangkan UMNO/BN serta Negara tercinta ini.Walaupun pahit terpaksa jualah dedahkan demi untuk menawan kembali Selangor tercinta.....

Wednesday, May 23

SINETRON MUZA-KERAH PAS SALAHKAN UMNO?


Belum pun habis sinetron Hudud, kini timbul pula sinetron Muzakarah arahan Nik Aziz. Kedua-dua skrip sinetron ini sama saja iaitu sekejap hendak, sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO. Lepas itu, diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi. Bila pilihanraya makin hampir, timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi. Hudud dan Muzakarah timbul kembali akhir-akhir ini adalah bukti keterdesakan PAS. 

Dengan maruah yang sudah tiada lagi, PAS bergelut untuk mengekalkan sokongan bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini. Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan kecewa. PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri. Jika orang Melayu berpecah dua iaitu Melayu PAS dan Melayu UMNO, tetapi PAS itu sendiri berpecah seribu. 

Ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah, Komunis, ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato’ Asri, ada yang Wahhabi, dan ramai lagi yang buta tuli – tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan, tidak sedar membontoti belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga Sreevanesan. 

Penyokong-penyokong semuanya dibenarkan menyedapkan hati sendiri dengan membuat alasan sendiri dalam mempertahankan mana-mana pendirian atau keputusan parti yang bertentangan dengan keputusan dan pendirian terdahulu, mahupun yang bertentangan dengan Islam. Melihat kepada kecelaruan PAS ini, bukankah lebih afdal jika PAS duduk bermuzakarah sesama sendiri dahulu daripada bergebang mengacah untuk bermuzakarah dengan UMNO? Sedangkan, idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah. Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula. 

Hakikatnya, PAS telah membangkitkan soal muzakarah minggu lepas dan menegaskan bahawa mereka sanggup bermuzakarah dengan siapa saja termasuk UMNO. Hakikatnya juga, UMNO telah menyarankan yang sama berkali-kali sebelum ini, tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS. Namun, demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini. Tidak semena-mena, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang. 

Lalu, kelihatannya hanya tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS. Apapun, UMNO telah menjangkakan bahawa PAS hanya ‘bermain wayang’ dalam soal muzakarah dan tidak terkejut apabila PAS mengenakan berbagai syarat untuk tujuan itu.

Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah. Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO. 

Jika mengikut kata-kata Nik Aziz maka apa yang disarankan beliau bukanlah muzakarah tetapi debat, iaitu di mana kedua-dua pihak menyatakan pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing tanpa berniat untuk mencari jalan perdamaian. Justeru, apa yang dapat penulis sarankan ialah, tepuk dada, tanyalah iman. 

Apakah wajar seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bermati-matian menentang perpaduan ummah? Malah mempersendakan usaha ke arah perpaduan?

Untuk itu, kita jangan sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk (Ulama jahat) di akhir zaman: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

Thursday, April 12

PENERANGAN BAHAGIAN JANGAN DOK LENA BANYAK SANGAT?


Penerangan Bahagian jangan dok lena banyak sangat?MKP tertarik dengan apa yang  telah dibicarakan oleh Tok Mat nie,Hampa dah terima jawatan so buatla keja yang telah diamanahkan.Jangan dok tunggu bila dah kena tegur baru nak buat keja....Woiiii benda dah lambat umpama nak berak baru nak korek lubang.......Kalau tak mau buat keja bagilah kat orang lain yang boleh buat keja.......Pengerusi WAR ROOM kat tempat aku (Tanjong P49) pun sama jugak bila dah cilok orang punya keja tue patut mau rasa malu sikit,,,tak salah ambil benda tue tapi bagi la kredit kat orang yang bersusah payah bersengkang mata cari maklumat lepas tue senang hati bentang dalam mesyuarat kata hang buat piraaaaaah.......Tok Mat inilah hakikat yang dok ada.....Kena pada tempat dan masa nie tegur depa nie...

"Program penerangan yang dilakukan tidak hanya tertumpu kepada ceramah-ceramah umum sahaja, tetapi pengedaran risalah kepada orang awam, program turun padang bertemu dengan pengundi di kawasan masing-masing dan juga penerangan melalui media baru seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya," jelas beliau yang di temui di pejabat UMNO Bahagian Pandan ketika sesi lawatan ke 'war room' UMNO Bahagian Pandan.
Tambahnya lagi, jentera-jentera penerangan UMNO di seluruh negara perlu memanfaatkan segala ruang termasuk bertemu dengan rakyat dan pengundi secara berdepan, menggunakan media cetak, media digital mahupun media elektronik, dalam usaha untuk menyampaikan maklumat secara tepat kepada masyarakat bagi memperjelaskan usaha-usaha kerajaan disamping menangkis fitnah-fitnah yang dilontarkan pihak pembangkang terhadap usaha yang dilakukan kerajaan. 
"Namun saya mahu ingatkan, janganlah kita meletakkan beban ini hanya semata-mata di atas bahu ketua penerangan baik di peringkat bahagian atau cawangan sahaja. Kesemua ahli UMNO sebenarnya perlu mengambil tanggungjawab ini. 
"Penerangan boleh dilakukan di mana sahaja seperti di kedai-kedai kopi atau majlis keramaian contohnya. Kita sebagai ahli UMNO perlu menjadi agen-agen penerangan biar di mana sahaja kita berada," jelas beliau. 
Program penerangan ini menurut beliau, adalah penting dalam usaha untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan bagi memastikan rakyat mendapat info yang sebenar tentang penipuan janji-janji dan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan. 
"Sebagai contoh, pembangkang menabur janji konon-kononnya sekiranya mereka diberi kuasa, maka mereka akan menurunkan harga minyak, menghapuskan hutang PTPTN, menghapuskan tol dan juga menyeleraskan gaji minumum sebanyak RM 4 ribu. 
"Jika dilihat semula, segala janji yang ditabur oleh pembangkang itu sesetengahnya tidak logik sama sekali, dan ada pula yang sebenarnya sudah boleh mereka laksanakan, tetapi sehingga har ini masih tidak dilaksanakan oleh pihak pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai.
"Contohnya, penghapusan tol. Mereka berjanji untuk menghapuskan tol sekiranya berkuasa namun, sehingga kini tol di Pulau Pinang masih lagi tidak dihapuskan, sedang pemerintahan negeri tersebut di dalam tangan mereka.
 
"Begitu juga penurunan minyak petrol. Saya cabar mereka supaya menurunkan dulu harga minyak di empat buah negeri yang mereka kuasai. Mereka boleh menurunkan harga minyak dengan syarat kerajaan negeri di bawah pimpinan mereka sanggup untuk menanggung kos subsidi rakyat," ujarnya lagi. 
Namun jelas sehingga ke hari ini, kata beliau lagi tidak ada apa pun yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang tentang segala perkara yang mereka janjikan kepada rakyat, kecuali hanya menjalankan propaganda dan menabur fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan bagi mempengaruhi rakyat. 
"Mereka hanya tahu berjanji tetapi janji-janji itu tidak logik dan hanyalah janji kosong semata untuk memperdayakan rakyat di negara ini demi kepentingan politik mereka," tegasnya. -MediaUMNO

Friday, February 17

Cabar-Mencabar Di Antara LGE Dan Datuk Zainal Abidin.

Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian

jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya.

Saturday, February 4

Kak Ijat Londeh Pengkritiknya?.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi “membuat keputusan betul” mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan.”

"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau.

Dua hari lalu, Rafidah mendesak Sharizat meletak jawatan dan tidak mengheret Perdana Menteri Najib Razak untuk membuat keputusan bersabit jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Desakan itu dikecam oleh kalangan pemimpin Wanita Umno yang mengingatkan Rafidah bahawa beliau sendiri terpalit dengan skandal pemberian Permit Import (AP) pada tahun 2005, namun pergerakan itu tetap menyokongnya.

Bercakap kepada pemberita di Bruas, Sharizat yan baru pulang dari mengerjakan umrah berkata sokongan Wanita Umno terhadapnya semakin kukuh dalam menghadapi pilihanraya umum, meskipun ada pihak yang cuba menangguk di air keruh menggunakan isu NFC.

"Saya mengetuai lebih daripa 1.3 juta wanita UMNO dan saya yakin mereka akan terus memberi sokongan kepada saya," katanya.

"Dalam tempoh 3 bulan ini, cubalah anda lihat ke masa sahaja program yang saya pergi ke seluruh negara, sekarang lebih ramai yang memberi sokongan kepada saya,” tambah beliau.

"Jadi jangan cuba merendahkan keyakinan wanita di peringkat akar umbi terhadap kepimpinan wanita BN yang ada hari ini," tegas beliau.

Sharizat berkata wanita Umno dan Barisan Nasional harus menjadi barisan pertama dalam menghadapi PRU ke 13.

"Wanita mesti bertenaga, komited dan fokus pada pemantapan jelajah jentera pilihanraya," katanya.

Semalam, Sharizat menegaskan beliau “tidak akan lari” daripada isu NFC namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.

Projek NFC yang dimiliki suami Sharizat di belit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan. antarapos.

Saturday, November 19

UMNO Terbuka Menerima Keputusan Tsu Koon,Guan Eng tetap kena Saman.



UMNO Pulau Pinang menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Tan Sri Khoo Tsu Koon untuk tidak bertanding pada PRU-13.Agak terkejut dengan tranfomasi yang dibuat dan perancangan yang telah dicaturkan untuk mengetengahkan Pemimpin muda dalam Gerakan untuk menjadi calon dan melihat calon muda dapat memberi tekanan dan kembali merampas Pulau Pinang dari DAP.Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata keputusan Koh itu juga di luar jangkaan kerana ia dibuat ketika beliau menjadi presiden parti.Zainal Abidin berkata rakyat terutama penduduk di Pulau Pinang harus membuka mata dengan keputusan Koh kerana beliau telah banyak berjasa kepada negeri itu semasa kepimpinannya sebagai Ketua Menteri.

"Dr Koh sangat berjasa kepada rakyat Pulau Pinang kerana sejak 18 tahun lepas pelbagai kemajuan dibuat untuk negeri ini dan penduduk juga harus memberi peluang kepada pemimpin muda dalam Gerakan untuk meneruskan kepimpinan parti itu," katanya.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 November ini bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain yang disaman oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sebanyak RM30 juta supaya memfailkan pembelaan masing-masing sebelum tarikh tersebut.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di kamar beliau dengan kehadiran peguam Datuk Jahaberdeen Mohd. Yunoos mewakili Datuk Zainal Abidin Osman selaku plaintif dan peguam Latheefa Koya bagi pihak defendan.
Mahkamah juga menetapkan 13 Disember ini untuk pengurusan kes itu.
Pada 24 Oktober lalu, Zainal Abidin memfailkan saman itu atas alasan difitnah kerana mendakwa defendan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.
Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR & syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd.; dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.
MKP kata lepas nie tengok apa pulak helah Lidah Bewak nie,Gugup dengan kenyataan yang diberi oleh Tsu Koon,tiada lagi peluru hendak tembak gerakan lagi.Meminta Tsu koon bertanding lagi.Saman umno telah bermula kita nantikan kesudahan yang membuatkan LGE dan Geng bagai cacing kepanasan.

Monday, July 4

Ahli UMNO Kena Berubah Demi Nasib Melayu Dan UMNO


Ahli UMNO harus berubah demi Parti Keramat UMNO.Tranfomasi yang telah dicadangkan oleh pucuk pimpinan akan tetapi politik dalaman haruslah dipandang serius oleh oleh setiap ahli dari peringkat cawangan hinggalah keperingkat Bahagian,sebagai ahli akar umbi MKP merasa tempiasnya apabila POLITIK DALAMAN yang dimainkan oleh rakan-rakan seperjuangan dengan Agenda mereka tersendiri, Pebalahan ini tidak memberikan manafaat kepada sesiapa pun musuh kita bukanlah orang UMNO itu sendiri akan tetapi pihak lawan seperti yang berlaku di Pulau-Pinang Musuh utama kita adalah DAP bukanlah sesama kita.Tujuan kita hanyalah satu mengembalikan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP kepada BARISAN NASIONAL.Jika masaalah yang kecil diperbesarkan akan merebaklah menjadi luka yang tidak dapat disembuhkan.Apakah salahnya bersemuka dan berbincang.bukanlah mengeruhkan lagi keadaan dan menceritakan Pekung masing-masing.Sifat iri hati serta berdendam ini tidak menguntungkan sesiapa.Jika Jawatan yang dikejar tanpa usaha yang gigih tidak akan bertahan lama.Apalah maknanya jika bahagian kita tidak menang pilihanraya.Ayuh kita bermuzakarah demi alif,ba dan ta.


PEKAN: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli Umno agar berpegang kepada tiga prinsip transformasi politik iaitu calon yang boleh menang, sifar masalah dalaman dan bersikap inklusif dalam usaha mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata setiap ahli Umno perlu menyokong pemilihan calon yang boleh menang kerana ia dibuat secara objektif dan berlandaskan pilihanrakyat.
"Saya tidak ada orang nak dikatakan anak emas, anak perak atau gangsa. Saya cuma ada keluarga dan rakan seperjuangan dan saya tetap hargai rakan... apakan daya kalau gagal dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditentukan dan katalah kalau nak dipilih, KPI mestilah dipenuhi dan ia di tangan pengundi," katanya dalam ucapan penangguhan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan di sini, Ahad.
Beliau berkata Umno juga perlu menjurus kepada sifar masalah dalaman yang boleh menjadi duri dalam daging kepada parti itu.
Katanya mereka yang tidak terpilih sebagai calon atau tidak mendapat sesuatu yang diidamkan sepatutnya tidak berasa kecil hati sebaliknyamenterjemahkan sokongan kepada calon pilihan parti.
"Janganlah disebabkan tidak dapat sesuatu, kita rasa tawar hati dan buat sesuatu yang boleh merugikan parti," katanya.
Selain itu, Najib berkata anggota Umno perlu bersikap inklusif denganmemberikan perhatian kepada semua rakyat dan bukannya terhadap ahli Umno sahaja. "Sebagai contoh di Pekan, 42 peratus pengundi merupakan ahli Umno dan kalausetiap ahli keluar mengundi sekalipun, ia masih tidak cukup untuk menang... kita perlukan setiap pengundi," katanya.
Katanya anggota Umno perlu bersikap adil, berbudi, berhemah dan bersikap rendah diri demi memenangi hati rakyat. - BERNAMA
MKP kata kalau depa tepuk gendang bagilah depa menari sendiri,buat perangai macam budak tadika pun tiada maknanya. 

Saturday, June 4

Nasharuddin Diseru Masuk UMNO.


Kekalahan Nasharuddin sebagai wakil kumpulan ulama juga mencatat sejarah tersendiri selepas 20 tahun apabila jawatan berkenaan kini bertukar tangan kepada pemimpin dikalangan bukan berlatarbelakangkan agama.
Ia juga jelas menggambarkan kumpulan Erdogan yang dilihat menyokong hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan dengan Umno yang dikaitkan dengan Nasharudin.
Keputusan pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan gelombang kebangkitan kumpulan Erdogan menguasai sebahagian besar kepimpinan baru parti itu selepas era kepimpinan ulama sekitar 80an.
Daripada 23 senarai kepimpinan baru PAS bagi sesi 2011/2013, hanya lapan daripadanya adalah dikalangan golongan ulama.
Ia sekaligus mencatat sejarah apabila kepimpinan ulama ditolak oleh perwakilan PAS yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam proses pengundian yang berlangsung pada Jumaat.
Penguasaan kumpulan Erdogan dilihat begitu ketara pada peringkat kepimpinan tertinggi apabila jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga pemenang jawatan naib presiden dimenangi oleh kumpulan berkenaan.
Mohamad Sabu, seorang aktivis PAS yang dilihat mendapat sokongan daripada penyokong kumpulan Erdogan berjaya dalam percubaan kali keduanya bagi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 420 undi menewaskan penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa yang hanya mendapat 224 undi.
PAS telah lari dari erti perjuangan sebenar penubuhannya setelah berkerjasama dengan PKR dan DAP rela menjadi kuda tunggangan DAP 
Ayuh Nasharuddin apa tunggu lagi pintu untuk menjadi ahli UMNO pasti terbuka luas.Pemimpin muda yang bakal mengegarkan apabila bersama UMNO.

Sunday, May 15

BN Rampas Semula Pulau Pinang.Adakah Kita Bersedia?



Umum menyedari untuk BN kembali berkuasa bukan tugas mudah. Malah, ramai kurang yakin BN berupaya menggugat pakatan pembangkang diketuai DAP yang seakan-akan semakin mendapat sokongan terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang dilihat sebagai hero oleh masyarakat Cina. Tetapi, itu bukan alasan BN menyerah kalah.


Ketika ini, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan pembangkang menguasai 29 kerusi dengan DAP ada 19 wakil rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9) dan PAS (1), manakala BN hanya diwakili UMNO di 11 kerusi. 

Mengikut daftar pemilih yang diwartakan pada 27 Disember 2010, Pulau Pinang mempunyai 747,490 pengundi iaitu 251,413 Melayu (33.63 peratus), 411,507 Cina (55.05 peratus), 81,136 India (10.85 peratus) dan selebihnya bangsa lain. 

Berdasarkan statistik itu, mampukah BN meraih semula sokongan masyarakat bandar yang majoritinya pengundi Cina yang memberikan sokongan padu kepada pakatan DAP-PKR-PAS pada pilihan raya umum lalu? 

Pada masa sama, sokongan pengundi Melayu kepada kerusi BN yang diwakili UMNO pada PRU 2008 di pinggir bandar dan luar bandar juga tidak sehebat mana kerana rata-rata calon menang dengan majoriti yang kecil. 


Walaupun ramai tidak yakin termasuk Tun Daim Zainuddin yang berpandangan Pulau Mutiara mungkin kekal di tangan pembangkang, BN perlu yakin memberi tentangan. 

“Kalau kita nak masuk medan peperangan dengan rasa akan kalah, maka separuh perjuangan sudah hilang. Maknanya, kalau kita pergi berperang dengan tiada keyakinan, kita sudah separuh kalah. 

“Tetapi kalau kita pergi dengan keyakinan, sebahagian daripada kemenangan sudah kita miliki, cuma tinggal sebahagian lagi (untuk capai kemenangan),” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. 

GERAKAN Pulau Pinang pula tidak begitu berani untuk menyatakan secara terbuka kerana mahu menyesuaikannya dengan selera masyarakat Cina dan tidak mahu dilihat terlalu gelojoh kerana pengundi Cina masih fobia dengan UMNO. Tambahan lagi, dengan asakan pakatan pembangkang ke atas BN khususnya UMNO yang boleh melunturkan sokongan pengundi Cina terhadap BN. Tetapi, mereka bersedia untuk mentadbir negeri. 

“Jika rakyat nak kepada kita, kita (BN) bersedia kerana kita ada kemampuan dan pengalaman. Kalau rakyat fikir BN lebih bijak untuk mentadbir, kalau mereka mahukan BN, kita sedia,” kata Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan. 

Keyakinan Zainal dan kesediaan GERAKAN untuk menggalas tanggungjawab itu ada benarnya kerana rekod 11 pilihan raya umum sebelum PRU 2008 berpihak kepada BN. Yakni, rakyat sokong BN. Malah, pada PRU 1995,1999 dan 2004, DAP hanya ada satu kerusi dalam DUN Pulau Pinang. Hanya pada PRU 1986 dan 1990, DAP mampu memperoleh 10 dan 14 kerusi DUN tetapi BN tetap menang dua pertiga. 

Sepanjang memerintah Pulau Pinang sebelum tumbang pada Mac 2008, BN membawa kemakmuran kepada rakyat dengan pembangunan dan transformasi sehingga menjadi destinasi pelaburan syarikat multinasional. 


Kejayaan itu menyebabkan rakyat terus menyokong BN, cuma mereka ‘beralih angin’ pada 2008 selepas terpedaya dengan janji manis pakatan DAP-PKR-PAS yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’. Tetapi, selepas lebih tiga tahun berlalu, rakyat sudah dapat menilai apabila banyak janji tidak dikotakan. Janji tinggal janji. 

Apa juga pendekatan digunakan parti komponen BN, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin masing-masing kerana matlamat sama dan kata-kata Zainal wajar menjadi pegangan ahli dan pemimpin BN Pulau Pinang. 

“Kekalahan adalah sementara. Hanya kerana satu kekalahan, tidak bererti kita kalah selama-lamanya. Ia menjadi kekal apabila kita putus asa. Jika kita tidak putus asa, kekalahan adalah sementara,” katanya. 

Sunday, May 1

Pas Patut Minta Cerai Kat DAP

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.
“Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”.
Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
“Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).
“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.
Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.
Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
“Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya.

Tuesday, April 26

DAP:Jangan Kita Ikut Rentak Mereka.


Sebuah akhbar sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.

PAS juga adalah didasarkan kepada orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan poitik perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu perkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.

Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.

Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.

Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.

Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.

Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.

Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.

Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.

Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.

Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.
Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa.

 Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada akhbar terbabit.

Thursday, March 10

Saifuddin-Bila sampah masuk mata-


MEMANG patut dan tepat sekali bila  Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri  Pengajian Tinggi diserang habisan-habisan oleh penulis-penulis blog  yang menyokong kerajaan kerana beberapa tindakan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat condong serta memihak kepada gerakan pembangkang dan mahasiswa ketika ini malah kedudukan Timbalan Menteri ini dilihat menjadi liabaliti kepada kepimpinan PM Najib dan tidak salah dikatakan beliau adalah duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika.

Suara Saifuddin makin sumbang.Langkah politiknya semakin tidak seiring dengan langkah politik PM Najib.Malah kita sendiri tidak tahu apa motif sebenar beliau yang begitu bersungguh-sungguh mahu pelajar diberikan kebebasan untuk bersuara dan berpolitik?Mahu mansuhkan AUKU?Kita tidak tahu mengapa beliau begitu berani dan lantang mengangkat Anwar Ibrahim itu sebagai pemimpin yang hebat di dalam satu majlis di Universiti  Malaya dan kita juga menjadi hairan apabila dalam semua kepimpinan UMNO dan kerajaan menolak Buku Jingga tetapi Saifuddin mempertahankan Buku Jingga itu sebagai satu buku yang baik sedangkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya senada dengan keputusan jemaah menteri yang lain.

Tindakan Saifuddin mempertikaikan AUKU dan mahu kekebasan secara multak diberikan kepada mahasiswa boleh juga disifatkan sebagai satu penghinaan dan pencabulan kepada keputusan atau dasar yang telah dipersetujui oleh kabinet dan diluluskan oleh Parlimen.Secara tidak langsung Saifuddin tidak menghormati PM Najib supaya AUKU tidak lagi dibahaskan dan keputusan kerajaan tegas dalam soal itu.

Tindakan ini juga dilihat bercanggah dengan tindakan Menteri yang mempertahankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan juga parlimen tetapi Timbalan Menteri ini pula beriya-iya sepanjang masa mempertikaikan keputusan yang telah dipersetujui itu.Malah Saifudin hadir merasmikan dan menyokong segala gerakan songsang pelajar-pelajar hingga beliau seperti mengugut kerajaan sekiranya hak-hak pelajar dihalang,dibimbangi Malaysia senasib Mesir dan Negara lain yang sedang berdepan dengan protes terhadap kepimpinan kerajaan.

Monday, December 27

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri 2011

Berikut senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini. 



Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu
 Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)
Kedah 
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru) 
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru) 

Pulau Pinang 
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru) 
Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru) 

Perak 
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 
Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 

Selangor 
Pengerusi: Datuk Seri Najib Razak 
Timbalan : Datuk Seri Noh Omar 

Wilayah Persekutuan 
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 

Negeri Sembilan 
Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan 
Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor 

Melaka 
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam 
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop 

Johor 
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman 
Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad 

Pahang 
Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob 
Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin 

Terengganu 
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru) 
Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru) 

Kelantan 
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed 
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin 

Sabah 
Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman 
Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak


Thursday, December 2

Tangguh Pemilihan

Keputusan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO semalam untuk menangguhkan pemilihan parti itu di semua peringkat selama 18 bulan disifatkan sebagai peluang kepada seluruh bahagian untuk memantapkan lagi parti bagi berdepan pilihanraya umum akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Tuan Haji Shabudin Haji Yahaya berkata  keputusan MT itu amat bertepatan kerana ia membolehkan semua ahli memberi sepenuh tumpuan untuk mengukuhkan jentera parti.
Sambil menganggap keputusan itu bukan sesuatu yang luar biasa beliau berkata jentera parti perlu bersiap sedia mulai sekarang bagi berdepan sebarang kemungkinan.
“Tidak kira esok, lusa, tahun depan atau bila-bila kita sudah bersedia tetapi penangguhan pemilihan ini akan lebih memberi kita ruang dan fokus terhadap memperkukuhkan lagi jentera.
“Kita mahu pastikan parti kita Barisan Nasional (BN) bukan saja berjaya tetapi yang lebih penting mengambil semula kawasan-kawasan yang terlepas ke tangan pihak pembangkang”, katanya
Jelas beliau lagi keputusan MT ini juga membolehkan semua ahli dan pemimpin lebih menghayati dan memahami serta membuat persediaan parti berasaskan Model Baru Politik.
“Apabila semua ahli dan pemimpin lebih bersedia, sudah tentulah pilihanraya umum akan dapat dihadapi dengan lebih baik dan menjurus ke arah lebih positif.
“Masih banyak yang ruang yang mesti diperbaiki biarpun pembangkang sekarang dalam keadan terumbang-ambing”, ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan seterusnya berkata tumpuan jenteranya kini sudah pasti itu mengekalkan kemenangan bersih di kawasan tersebut.
“Selain Parlimen Tasek Gelugor, kita mempunyai tiga Dun iaitu Permatang Berangan, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Kesemua ini kita menang dan sudah tentulah kita akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan ini,”  katanya.
Mengenai kedudukan BN ketika ini beliau berkata hasil daripada usaha keras semua pihak peluang BN untuk mengekalkan kemenangan cukup positif.
“Sokongan terhadap BN semakin baik. Sokongan masyarakat sama ada dari kaum India dan Cina juga semakin positif.
“Namun kita tidak boleh berasa puas hati kerana suasana boleh berubah bila-bila masa sekiranya kita terleka”, ujarnya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive