Showing posts with label gerakan. Show all posts
Showing posts with label gerakan. Show all posts

Thursday, August 2

Haiyaaa Mana Ada Potong Itu Bukit?


Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang memberikan jawapan berbeza terhadap pemohonan kebenaran merancang dua projek perumahan di kawasan lereng bukit dekat Sungai Ara.

Parti itu mendakwa syarikat pemaju Sunway City diberikan pengecualian di bawah 'projek istimewa' untuk membina rumah kos mewah di kawasan lereng bukit manakala pemohonan syarikat pemaju Palmex's di lereng bukit berdekatan pula ditolak oleh pihak MPPP.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata jawapan berbeza kepada dua pemaju oleh pihak berkuasa tempatan adalah bersifat berat sebelah.

Menurutnya, pemaju Sunway City diberi pengecualian walaupun tanah projek itu berada pada aras melebihi 76 meter dan kecerunan di antara 23 darjah hingga 35 darjah.

"Syarikat pemaju diberikan kebenaran merancang pada 21 Februari lalu, untuk membina 14 blok kondominium mempunyai kapasiti 508 unit setinggi sembilan hingga 18 tingkat; 92 unit rumah banglo tiga tingkat; 2 unit rumah kelab dengan keluasan tapak projek seluas 32.36 hektar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan di sini, semalam.

Leong Meng berkata dalam tempoh empat tahun, satu lagi projek perumahan milik syarikat pemaju lain pula ditolak dengan alasan tidak menepati syarat.

Menurutnya, pemohonan syarikat Palmex's ditolak dengan alasan cadangan pemajuan itu bercanggah dengan Rancangan Struktur Negeri di bawah Dasar Khusus 3 (DK3) dan Dasar Spatial Utama (DSU10-L1).

"Mengikut syarat DK3, sebarang pembangunan pembandaran meliputi pembangunan perumahan; perhotelan, resort; perdagangan dan perindustrian serta aktiviti pertanian tidak dibenarkan, jika tanah melebihi 76 meter atau 250 kaki atau kecerunan melebihi 25 darjah.

"Syarat di bawah DSU10 ialah kawasan berisiko bencana ditakrifkan kawasan mudah mengalami kemerosotan tanah serius apabila terganggu oleh aktiviti pembangunan yang meliputi tanah melebihi 76 meter atau 250 kaki atau kecerunan melebihi 25 darjah," katanya.

Leong Meng berkata pihak hairan di mana satu projek besar diberikan kelulusan walaupun tidak menepati dua syarat di atas dengan pengecualian sebagai 'projek istimewa'.

"Padahal, projek hanya membina satu blok pangsapuri setinggi 22 tingkat dengan kapasiti 142 unit di kawasan berdekatan di mana tanah yang mempunyai kecerunan yang lebih rendah pula ditolak oleh pihak MPPP.

"Adakah Kerajaan Negeri menggunakan dua set undang-undang berlainan untuk menyemak pemohonan dua projek itu? Oleh itu, pihak kami (Gerakan) menggesa Kerajaan Negeri menolak dua projek itu demi keselamatan penduduk di sekitar kawasan daripada sebarang bencana alam," ujar beliau.

Jesteru itu, beliau menggesa Kerajaan Negeri untuk bertindak secara adil tanpa 'memilih bulu'.

"Kerajaan Negeri mempunyai dua pilihan samaada membatalkan kepada projek Sunway City ataupun meluluskan projek Palmex's," katanya.

Friday, April 20

KHOO TSU KOON TAMATKAN KERJAYA POLITIKNYA?

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow bakal diumunkan sebagai pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi Pulau Pinang bagi menggantikan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon Ahad ini, demikian menurut beberapa sumber terdekat BN.

Mereka memberitahu perlantikan Teng, yang juga bekas exco kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ditewaskan pada pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Padang Kota, akan diumunkan secara rasmi oleh perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan seharinya ke Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar pengumuman itu akan dibuat ketika Perdana Menteri berjumpa dengan 3,000 jentera BN negeri di Nibong Tebal yang dijadualkan pada 9.30 pagi," kata seorang pemimpin BN yang enggan dinamakan memandangkan ia merupakan pengumuman yang akan dibuat oleh pengerusi BN.

Sumber itu memberitahu pemilihan Teng dibuat memandangkan BN ingin mengemukakan pemimpin muda yang agresif dan berkaliber untuk mengetuai jentera pilihan raya negeri bagi berdepan dengan pimpinan kerajaan negeri yang di bawah teraju ketua menteri dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Ini perlu memandangkan Teng merupakan antara segelintir pemimpin pembangkang yang pernah berdepan dengan pemimpin Pakatan untuk berdebat. Dengan perlantikan Teng, ia akan dapat membantu menguatkan jentera BN, terutama dalam berdepan dengan sebilangan besar pengundi Cina,' tambahnya.

Sebelum ini, Teng juga disebut-sebut sebagai bakal memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum hari mengundi pada pilihan raya umum lalu, pada tahun 2008, tetapi prestasi teruk Gerakan pada pilihan raya itu, termasuk kekalahan beliau, menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan.

Gerakan juga pernah mencadangkan Teng memegang jawatan itu selepas Dr Koh mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat sehingga hari ini.

Berusia 47-tahun, Teng yang dilahirkan di Batu Pahat, berasal dari keluarga pemimpin politik yang menduduki jawatan sama ada di pihak parti yang memerintah mahupun pembangkang.

Abangnya, Datuk Teng Chang Khim, pemimpin DAP dan adalah speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pimpinan PKR.

Bapanya juga merupakan pemimpin akar umbi MCA di Batu Pahat, tempat kelahiran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon adalah ahli parlimen Tebrau dan pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri perpaduan negara, budaya, seni dan warisan.

Teng dikenali selepas beliau berjaya menumbangkan Pengerusi DAP Karpal Singh di kerusi negeri Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.

Penganalisis politik berpendapat perlantikan Teng sekiranya menjadi kenyataan, akan memberi dorongan baru kepada seluruh jentera negeri kerana beliau dikenali sebagai pejuang dan akan dapat mengekang kekuatan kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri itu.

"Ia merupakan satu rahsia terbuka bahawa ia sukar bagi BN untuk mengambil kembali Pulau Pinang pada masa ini tetapi dengan mempunyai Chang Yeow (pucuk pimpinan), sekurang-kurangnya akan meningkatkan peluang berjuang BN.

"Ini terutamanya dalam menyukarkan usaha DAP dalam mempertahankan negeri itu," katanya.

Chang Yeow tidak boleh menjadi seorang yang popular dalam Gerakan tetapi keberanian beliau mengenai isu-isu tertentu telah pasti menarik perhatian sama ada dalam parti, mahupun yang diluar parti.AP

Monday, March 26

UMNO SELANGOR AKAN KALAH PRU 13

kalau macam nie gayanya bukan setakat bungkuih buang masa buat program bernilai jutaan ringgit bagi dekat cybertropper.Ada ka depa kata kami nie tak buat kerja?berikut apa yang diberikan adalah bukti yang nyata dan sahih.takkan benda macam nie pun boleh tipu.

Tahniah MKP ucapkan kepada cybertrooper selangor sanggup bersengkang mata siang dan malam turun padang membantu BN dalam semua segi cywar dialaf baru nie.Bagi kami di Pulau Pinang amat sukar untuk mengambil hati masayarakat dari kaum tiong hua yang masih lagi tak yakin terhadap BN sepenuhnya.Dari analisis terbaru cuma 30% saja.namun begitu kerjasama dari Pemimpin komponen BN kurang memuaskan.MKP kena bagitau benda nie walaupun pedih dan perit.terbaru untuk mendapat jemputan ke Program pun susah nak kena cari maklumat sendiri dan mengeluarkan duit poket sendiri bagi bagi mendapatkan maklumat kepincangan yang telah dibuat oleh DAP.Walaupun bagitu niat dan nawaitu kena betul.tak kisah berbelanja,yang penting BN menang di Pulau Pinang pada PRU 13.Itu semua dianggap sebagai cabaran yang perlu ditempuh.

MKP Ayat Sempoi ; Gerakan dan MCA Tanjong.Nak menang buat cara nak menang.Kalau info nak tunggu last minit kira berkuburlah nanti.

Monday, January 16

Majlis Penyampaian BR1M DUN Padang Kota @NajibRazak


Gambaq menunjuk wajah gembira rakyat di Parlimen Tanjong(Dun Padang Kota)  mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia.Kecerian wajah mereka nampak gembira dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.  

Beratuq panjang,inilah dikatakan 1Malaysia semua ada.

Terima kasih warga Maybank.

 
Penyelaras DUN Padang Kota Oh Tong Keong 




Gambaq nie susah nak cari didalam blog PRO UMNO tapi MKP berada dikawasan ramainya pengundi dari kaum Cina.

Limau pun ada.




Saturday, November 19

UMNO Terbuka Menerima Keputusan Tsu Koon,Guan Eng tetap kena Saman.



UMNO Pulau Pinang menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Tan Sri Khoo Tsu Koon untuk tidak bertanding pada PRU-13.Agak terkejut dengan tranfomasi yang dibuat dan perancangan yang telah dicaturkan untuk mengetengahkan Pemimpin muda dalam Gerakan untuk menjadi calon dan melihat calon muda dapat memberi tekanan dan kembali merampas Pulau Pinang dari DAP.Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata keputusan Koh itu juga di luar jangkaan kerana ia dibuat ketika beliau menjadi presiden parti.Zainal Abidin berkata rakyat terutama penduduk di Pulau Pinang harus membuka mata dengan keputusan Koh kerana beliau telah banyak berjasa kepada negeri itu semasa kepimpinannya sebagai Ketua Menteri.

"Dr Koh sangat berjasa kepada rakyat Pulau Pinang kerana sejak 18 tahun lepas pelbagai kemajuan dibuat untuk negeri ini dan penduduk juga harus memberi peluang kepada pemimpin muda dalam Gerakan untuk meneruskan kepimpinan parti itu," katanya.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 November ini bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain yang disaman oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sebanyak RM30 juta supaya memfailkan pembelaan masing-masing sebelum tarikh tersebut.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di kamar beliau dengan kehadiran peguam Datuk Jahaberdeen Mohd. Yunoos mewakili Datuk Zainal Abidin Osman selaku plaintif dan peguam Latheefa Koya bagi pihak defendan.
Mahkamah juga menetapkan 13 Disember ini untuk pengurusan kes itu.
Pada 24 Oktober lalu, Zainal Abidin memfailkan saman itu atas alasan difitnah kerana mendakwa defendan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.
Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR & syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd.; dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.
MKP kata lepas nie tengok apa pulak helah Lidah Bewak nie,Gugup dengan kenyataan yang diberi oleh Tsu Koon,tiada lagi peluru hendak tembak gerakan lagi.Meminta Tsu koon bertanding lagi.Saman umno telah bermula kita nantikan kesudahan yang membuatkan LGE dan Geng bagai cacing kepanasan.

Simpati Kepada Dr Koh Bukti Guan Eng Memang Pelawak Lidah Bercabang



Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang melahirkan simpati dan kesal terhadap tindakan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dianggap sebagai pelik dan lucu.Tindakan Guan Eng itu sebagai satu lagi bukti Guan Eng pemimpin lidah bercabang.



Satu cara Guan Eng untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pelbagai isu yang melingkari pentadbiran beliau.Dahulu, mereka sering mengutuk Dr Koh kononnya Dr Koh tiada kreadibiliti sebagai pemimpin dan sebagainya serta sering menyerang mendedahkan pelbagai kelemahan Dr Koh. Tapi sekarang Guan Eng kata simpati dan tak patut pula tak bertanding pada pilihanraya umum akan datang.Ini cukup melucukan dan membuktikan Guan Eng memang pemimpin lidah bercabang… dulu cakap lain sekarang cakap lain. Cukup-cukuplah main sandiwara. Tidak perlu lagi meneruskan lakonan yang dah basi.tindakan Guan Eng yang menuduh bahawa UMNO dalang kepada tindakan Dr Koh tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang amat melucukan.
Secara tidak langsung, kenyataan Guan Eng itu tegas beliau jelas membuktikan bahawa dia sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sering menuduh UMNO menjadi dalang dalam banyak perkara.Sebenarnya, Guan Eng hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat Pulau Pinang terhadap pelbagai isu yang membelengu DAP.UMNO sekarang ini sedang memberi penjelasan kepada rakyat tetang janji-janji kosong DAP. Jadi mereka berasa gerun dan ingin mengalihkan perhatian rakyat. Lagipun DAP dah takde kerja lain. Kerja mereka hanya mencari dan memburukkan UMNO. Maklumlah, Pilihan Raya Umum sudah semakin hampir.
DAP mahu UMNO terus dipandang buruk walaupun perkara tersebut tidak benar. Secara tidak langsung DAP berharap dengan menaikkan sentimen ini mereka akan mampu meraih undi pengundi kaum terbabit.Ini semua taktik mereka. Tapi sayangnya, rakyat Pulau Pinang sudah nampak kepincangan Guan Eng dalam mentadbir negeri ini.Selama tiga tahun ini, janji mereka tidak tertunai termasukkan isu kos rumah rendah, tol dan pelbagai isu lagi. Bak kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru. Guan Eng patut berhenti daripada terus menyalahkan UMNO kerana rakyat sudah muak dengan penipuan sebegini.





Friday, November 18

Menyerah Secara Total.Siapa Bakal Lawan Guan Eng?



Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti samada untuk kerusi DUN mahupun kerusi Parlimen di negeri Pulau Mutiara itu.

Keputusan itu memang ada kaitannya dengan desakan oleh beberapa pihak di dalam Parti Gerakan yang diterjaui olehnya yang secara berterus terang telah meminta agar beliau tidak lagi menyertai PRU-13 akan datang sebagai calon parti. Kemuncak desakan datangnya daripada Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe ketika berlangsungnya Perhimpunan Tahunan Gerakan di Ibu Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kemampuan Tan Sri Koh untuk terus diberi kepercayaan memimpin Pulau Pinang sekiranya BN berjaya mengambil alih kerajaan sedia ada daripada DAP telah banyak kali dipersoalkan oleh berbagai pihak di negeri berkenaan termasuklah daripada pihak pembangkang. Prestasi Tan Sri Koh selama menerajui kerajaan Pulau Pinang ketika dibawah BN sering dipertikai.

Akan tetapi walaupun beliau dan Gerakan tewas kepada DAP di Pulau Pinang namun kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melupakan jasa beliau yang telah menyerahkan negeri Pulau Pinang kepada kerajaan Pakatan Haram Pembangkang selepas keputusan PRU-12 pada tahun 2008 menyaksikan BN kalah teruk di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Dan sebagai mengenang jasa beliau yang tidak terhingga itu yang menyerahkan negeri Pulau Pinang untuk diperintah DAP maka kerajaan pimpinan Pak Lah ketika itu dan kemudiannya dasar itu diteruskan pula oleh kerajaan Datuk Seri Najib apabila perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara atau sebagai Senator dilanjutkan ke satu tarikh yang belum ditentukan.

Malah bukan setakat dilantik ke jawatan sebagai seorang Senator malahan beliau terus dilantik oleg Datuk Seri Najib menjadi menteri penuh iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mana jawatan beliau lebih kanan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang lain. Beliau diberi tugas untuk menjaga prestasi menteri-menteri kabinet yang lain... hahaha...sesuatu yang amat lucu,,,,adakah patut ?

Punyalah banyak Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah yang menang dengan cemerlang pada PRU-12 itu dulu, tetapi kenapa Tan Sri Koh Tsu Koon juga yang dipilih ? Bukan main ramai juga Ahli Parlimen BN yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri penuh, timbalan menteripun okay,,,tetapi kenapa juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pula yang jadi pilihan Datuk Seri Najib?

Tapi tak apalah, sudah Tan Sri Koh kata dia tak nak bertanding pasal dia memang tahu bahawa beliau akan tetap kalah maka eloklah juga lepas ini dia tolak sebarang jawatan yang melibatkan jemaah menteri,,, banyak lagi Ahli Parlimen BN yang belum diuji akan kemampuan mereka...jadi saya rasa tidak timbul lagi sebab mengapa perlu untuk Perdana Menteri "mengimport" orang luar untuk mengisi jawatan dalam kerajaan memandang sumbangan Ahli-ahli Parlimen juga perlu diambilkira...

Thursday, November 17

Ketua Menteri Jika Gerakan Menang.


Tan Sri Khoo Tsu Koon tidak akan bertanding pada PRU 13 akan datang.Adakah  Teng Chang akan menjadi Ketua menteri Pulau Pinang jika BN kembali merampas Pulau Pinang Dari DAP.Khabar angin telah melanda dan tidak dapat dipastikan hingga pucuk pimpinan Gerakan membuat keputusan.Keputusan tidak bertanding oleh Tsu Koon akan memberi impak yang amat besar kepada pengundi Cina disekitar Pulau Pinang dari apa yg MKP lihat dari akar umbi.Kerja dan persiapan telah dibuat oleh BN untuk merampas Kembali Pulau Pinang.Dengan Slogan Bergerak bersama rakyat yang dilaungkan akan memberi impak selain dari OPS TANJONG 1 DAN TANJONG 2.

KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di parlimen, mahupun di peringkat negeri.
Katanya, tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan.
"Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan 'Bergerak bersama rakyat'," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu, pagi tadi.


Saturday, October 29

BLOGGER KENA KONA BARING.



While Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy described blogger Papagomo's attack on his boss' family as "animal behaviour", political opponent has condemned allegations against Lim Guan Eng's young son as "despicable and unsubstantiated".
State Gerakan vice-chief Ong Thean Lye expressed sympathy with the Penang chief minister and his family over the online allegations involving his 16-year-old son.
The allegations were "despicable, unsubstantiated" as well as went against the spirit of fair play and ethics, Ong said.
"We do not condone such an act of making false allegations, particularly on children of politicians," said Ong, who is also political secretary to Gerakan president Koh Tsu Koon.
"Please do not drag family or children into politics," he urged in a statement today.
Ong was responding to the recent episode where Lim's son was accused by a number of pro-Umno bloggers, in particular Papagomo, of outraging the modesty of a female schoolmate.
Accusations untrue, says school principal
SMJK Heng Ee principle Goh Boon Poh, where Lim's son formerly studied, has denied the allegation, saying the accusations were all untrue.
Lim also received support from an unlikely source - Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil - who said children should not be dragged into political mud-slinging.
Lim is incensed by the allegation, first highlighted in a pro-Umno blog by blogger Dr MiM - who blogs at novandri.blogspot.
Penang Gerakan has broken ranks with other component parties in BN before, when it condemned a demonstration outside the Penang legislative assembly in May last year.
Gerakan nie nak menang pada PRU 13 atau tidak?Pening kepala dibuatnya yang blogger persoalkan ialah duit 200k yang diberi untuk sattle kes tersebut.Selain dari itu cuma umpan untuk kantoikan LGE.Jika begini layanan yang diberikan oleh pemimpin BN kepada blogger patut Gomo telah luahkan isi hatinya dalam blog beliau:

Malam tadi kami Papa Gomo, Parpu Kari, Dr Novandri, Gerakan Anti PKR, Pisau.Net, Media Permatang Pauh, Darul Ehsan Today, Medan Info Kita, The Flying Kick, Gerakan Timur, Keris Putra, Pejuang Bangsa, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, Empayar Pemuda bercerita untung nasib kami selepas PRU13. 

Jangan kata selepas PRU13. Sekarang ni pun kami seakan sampah yang membuat pendedahan,cetus isu,perang pakatan dan berbagai bagai hanya dikerah keringat untuk mereka yang berkepentingan. 

Apa pun yang berlaku Anwar Ibrahim dan ideologinya akan terus diperangi sehingga nafas yang terakhir. READ MORE



MASIH INGAT AMANAT OLEH NAIB PRESIDEN UMNO JANGAN BANTAI SESAMA KITA AKAN TETAPI JIKA INI BERLAKU ADAKAH BOLEH DOK DIAM DAN MEMBISU.DAHLAH KAMI BERJUANGAN KIRA FISABILLIAH.KIRA APA PUN TAK BOLEH.





Sunday, October 9

Gerakan Tsu Koon Terus Dilanda Dilema



Tiga hari selepas Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008, pemangku presiden Gerakan ketika itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengemukakan surat peletakan jawatan kerana berasa bertanggungjawab bagi prestasi buruk parti itu pada pilihan raya berkenaan.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan sebulat suara menolak tawaran beliau untuk berundur diri pada mesyuaratnya di ibu pejabat parti itu di sini.
Malah, penasihat Gerakan ketika itu Tun Dr Lim Keng Yaik berkata mereka masih memerlukan Dr Koh untuk menerajui parti itu, lebih-lebih lagi berikutan kekalahan teruknya di Pulau Pinang.
Pada pilihan raya umum itu, Gerakan hanya menang dua kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang.
Gerakan mengadapi detik-detik lebih mencabar pada Oktober tahun lepas apabila Dr Lim meletakkan jawatan sebagai penasihat parti kerana tidak bersetuju dengan sikap Dr Koh yang beliau anggap "terlalu berdiam diri dan tidak berani mengangkat muka" ketika Gerakan dilanda pelbagai masalah.
Baru-baru ini, Dr Koh menjadi sasaran dan kritikan pelbagai pihak dari dalam dan luar parti.
Beberapa pemimpin parti berkata kemunculan serangan itu tidak dapat dielak kerana pihak berkenaan tidak tahu perkembangan yang berlaku dalam Gerakan akibat kekurangan penjelasan daripada kepimpinan tertinggi parti.
Lagipun, kata mereka, pihak berkenaan tidak nampak sebarang perancangan dibuat oleh kepimpinan tertinggi untuk memperkasakan semula Gerakan.
"Kebanyakan kami tidak tahu apa yang berlaku. Barangkali, hanya presiden yang tahu mengenainya," kata seorang pemimpin peringkat akar umbi yang enggan dikenali.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin berkata biar apapun tanggapan orang terhadap Gerakan, beliau lebih memikirkan tentang persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap parti ini bersedia sepenuhnya, termasuk daripada segi strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Strategi yang digunakan pada 2008 tidak menjadi. Kami perlu merombaknya secara menyeluruh ," katanya.
Berdasarkan senario semasa, Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan pada 14-16 Okt ini besar kemungkinan akan memberi fokus terhadap persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, beberapa penganalisis politik berkata mereka tidak yakin Gerakan kini berada pada kedudukan selesa untuk menghadapinya.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian berkata Gerakan perlu memiliki "daya kepimpinan" memandangkan pilihan raya umum akan datang merupakan medan yang akan menentukan kelangsungan hidup parti itu.
"Dr Koh bercakap tentang serangan, dan strategi inilah yang memungkinkan Keng Yaik kekal begitu lama dalam parti itu," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow tidak bersetuju dengan pandangan ahli akademik itu dengan berkata Gerakan telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sejak September tahun lepas. Katanya Gerakan telah mengadakan sekurang-kurangnya dua pusingan temuduga dalam proses penyediaan senarai calonnya.
"Senarai itu kini berada di tangan presiden. Tapi, beliau tidak membayangkan bilakah ia akan dibincangkan dengan CWC (jawatankausa kerja pusat) atau CC (jawatankuasa pusat)," katanya.
Dalam pada itu, beberapa orang dalaman parti pula berkata Dr Koh merupakan 'isu' yang terpaksa dihadapi Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.
Dr Koh pernah berkata beliau akan terus menerajui Gerakan pada pilihan raya umum akan datang dan malah melahirkan keyakinan bahawa parti itu kini lebih yakin daripada sebelumnya untuk memperbaiki prestasinya setelah dimalukan pada pilihan raya umum lepas.
Timbalan presiden Datuk Chang Ko Youn berkata sebelum ini wujud desas-desus kononnya beberapa anggota perwakilan akan mengemukakan usul agar Dr Koh disingkirkan sebagai presiden Gerakan, tetapi mengikut perlembagaan parti, langkah itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga jumlah anggota perwakilan.
"Beberapa anggota perwakilan berpendapat sekiranya usul itu dilaksanakan, parti ini akan mengalami keadaan lebih parah," katanya kepada Bernama sambil menjelaskan bahawa itulah sebabnya sesetengah anggota menentang langkah tersebut, walaupun mereka tidak begitu berpuas hati dengan kepimpinan Dr Koh.
Chang berkata para pemimpin parti sedar tentang masalah itu dan berusaha secara senyap untuk mengatasinya, termasuk meminta Dr Koh supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum nanti.
"Antara pertimbangannya ialah beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan sekiranya beliau ingin bertanding juga, beliau perlu memilih kerusi yang penuh mencabar," kata Chang.
Malah, pada satu sesi perjumpaan, para pemimpin parti ini secara berjenaka meminta Dr Koh balik kampung dan bertanding di kerusi parlimen Tanjong di Pulau Pinang, kerusi yang pertama diwakilinya apabila menyertai Gerakan. Dr Koh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1982.
"Kami sudah bersedia. Itulah sebabnya kami tangguhkan dulu pemilihan parti (ke tahun depan) agar wujud suasana lebih selesa untuk menghadapi pilihan raya umum," kata veteran parti Tan Sri Chin Fook Win kepada Bernama.
Namun demikian, beliau berkata walaupun Gerakan bersedia sepenuhnya, tiada jaminan bahawa prestasi parti itu pada pilihan raya umum kali ini akan lebih baik daripada pilihan raya umum lepas. -BERNAMA

Monday, October 3

Koh Tsu Koon mahu dibuang atau disimpan?



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13
Tarikh: 24 Ogos 2011 (Rabu)
Tajuk: (Koh Tsu) Koon mahu dibuang atau disimpan?
Ditulis oleh: Jun Kok Boon

BN selepas PRU 2008 telah dilanda Tsunami - menjadi haru-biru tidak tentu arah, di Semenanjung yang memegang tampuk kepimpinan seperti UMNO, MCA dan MIC telah berubah para pemimpinnya (ada yang telah ditukar ganti sebanyak 2 kali), hanya 'bos' parti Gerakan Koh Tsu Koon sahaja walaupun kalah paling teruk yang sangat mengaibkan tidak mahu turun (takhta).

Kuasa di Pulau Pinang telah diserah kepada orang lain, keputusan PRU di seluruh negara (menyaksikan) Gerakan tewas teruk, tetapi Dr. Koh bukan sahaja tidak turun dari jawatan malah semakin naik setingkat menikmati jawatan lebih tinggi dalam kebinet di kerajaan Pusat, beliau telah naik setingkat paling gemilang secara peribadi. Apa agaknya Abdullah (Badawi), Ong Kah Ting dan Samy Vellu melihat Koh Tsu Koon - apa dalam fikiran mereka?

3 tahun lepas setiap kali Gerakan adakan AGM, Koh Tsu Koon akan menyeru supaya semua ahli Gerakan bersatu padu, setiap kali perhimpunan beliau berjanji mahu membuat perubahan, masalahnya, setiap hari mahu bersatu padu, “hapuskan Koon” “jatuhkan Ting” tidak pernah sepi juga; setiap tahun beliau laungkan perubahan, tetapi tidak nampak ada sebarang perubahan, ia sama sahaja seperti sebelum PRU 2008, yang bezanya kerusi semakin berkurangan.

Saling Mempercayai Bukan Bertambah Sebaliknya Berkurangan
Ikut pintu belakang mengharapkan belas ihsan dari Najib, Koh Tsu Koon dilantik (dan) dipertanggungjawabkan (dengan) tugas-tugas berat seperti “menjaga perpaduan dan prestasi menteri-menteri”.

3 tahun lepas, adakah semua kaum di Malaysia saling berinteraksi dengan baik? Sebelum ini pengkaji dan penyelidik bebas telah membuat kaji selidik dalam laporan itu menyatakan, antara kaum di negara kita saling mempercayai antara satu sama lain tidak meningkat sebaliknya menurun. Kita jangan lihat tentang “prestasi” menteri-menteri yang lain, cuba kita lihat Koh Tsu Koon sendiri sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri, markah dan prestasi beliau teruk dan tidak lulus.

Sebelum Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, Gerakan mahu pihak kerajaan hapuskan akta ISA, selepas Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, isu itu telah dilenyapkan dan hilang begitu sahaja.

Koh Tsu Koon selain daripada mengadakan perhimpunan mesyuarat setiap minggu dengan menteri-menteri di Putrajaya, beliau akan mendampingi Najib, apa pandangan anda selepas Koh Tsu Koon memegang jawatan menteri, apakah sumbangan beliau?

Baru-baru ini di arena politik timbul lagi isu, Koh Tsu Koon tertekan apabila pihak tertentu minta serahkan pengerusi BN di Pulau Pinang, di pihak dalaman parti pula beliau tidak dapat kumpulkan semangat juang dalam kalangan ahli-ahli parti.

Adakah Gerakan mahu kekalkan “Koon” ataupun cantas terus habiskan “Koon” (Koon dalam bahasa mandarin bermaksud akar)?

Jika Gerakan buat pilihan mahu kekalkan Koon, terpaksa terus ikut gerak geri lemah lembut Koh Tsu Koon itu, dan Gerakan pasti terhenti tidak boleh maju ke hadapan. Jika mahu cabut terus akar (Koon), kita juga terpaksa fikirkan bahawa PRU sudah semakin dekat, kerana jika membuat perubahan pertukaran - risiko dalam pilihan raya agak tinggi.

Aduh! kekalkan akar (Koon) susah, cabut akar (Koon) pun lagi susah!

 SUMBER KRITIS ONLINE

Tuesday, September 27

Pemuda BN buat laporan SPRM berhubung projek SPICE



Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Bawah Tanah Pulau Pinang (SPICE) di Relau yang didakwa merugikan rakyat.


Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, rakyat negeri ini berhak mengetahui maklumat tepat berhubung perjanjian itu yang didakwa hanya menguntungkan pihak pemaju.


“Jika benar terdapat skandal dalam perjanjian berkenaan, ia wajar dihentikan supaya tidak berlaku penyelewengan wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di sini hari ini.
Tong Keong berkata, Pemuda BN telah memulakan kempen mengumpul tandatangan daripada orang ramai bagi membantah perjanjian pembinaan projek itu.


Laporan akhbar hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan meminta SPRM menyiasat pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) yang didakwa hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.


SPICE yang menelan kos sebanyak RM300 juta akan dibina di atas tapak PISA termasuk membaik pulih dan menaik taraf PISA serta Pusat Akuatik.

Thursday, September 15

Superman Pulau Pinang.




Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.

Dalam masa hanya dua tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri itu, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.

Hakikatnya hari ini Pulau Pinang sudah tidak lagi dikuasai BN. Usaha DAP melalui Projek Tanjung 1 dan Tanjung 2 dalam beberapa pilihan raya umum lalu akhirnya jadi kenyataan dengan bantuan Pas dan PKR.

Tidak siapa duga jambatan Pulau Pinang yang dibina menghubungkan tanah besar dengan pulau kini sudah tidak lagi menjadi simbol kejayaan BN walaupun ia menjadi laluan utama.

Sewaktu idea pembinaannya mula diuar-uarkan, Tun Dr Mahathir Mohamed ialah Perdana Menteri manakala Ketua Menteri Pulau Pinang pula ialah Tun Lim Chong Eu. Bukan sahaja rakyat negeri itu menerima idea ini dengan baik, malah kepimpinan Gerakan di bawah Chong Eu juga cukup dihormati oleh pengundi Cina, Melayu dan bukan Melayu.

Pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang jauh mengatasi majoriti negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Pahang iaitu negeri yang melahirkan dua PM negara.

Pengundi-pengundi Cina dan Melayu tidak nampak DAP atau mana-mana pembangkang sebagai pejuang yang bakal diraikan. Malah ketika itu nama Kit Siang dan Karpal sekadar satu nama yang tidak memberi makna tidak seperti nama Chong Eu dan Koh Tsu Koon serta Tun Rahman Abbas, Datuk Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika berada dalam Umno).

Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan DAP buat pertama kali menggantikan BN sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang dan anak Melaka, Lim Guan Eng (anak Kit Siang) yang bertanding di Dun Air Putih menang dan dilantik menjadi Ketua Menteri. Tsu Koon bukan saja gagal merebut kerusi Parlimen malah parti Gerakan yang dipimpinnya kecundang. Dalam sekelip mata Umno kehilangan sebuah kerajaan dan terpaksa pula duduk di barisan pembangkang sebagai pembangkang manakala Tsu Koon berada di Putrajaya.

Walaupun umum melihatnya sebagai tidak wajar diberi jawatan menteri, namun Perdana Menteri ada sebab untuk tidak ikut pendapat umum. Saya teringat seorang penulis menganggap dia seperti seorang superman yang tidak boleh terbang. Nampaknya apa pun konotasi superman – sama ada boleh terbang atau sebaliknya - terhadap Tsu Koon dalam konteks Pulau Pinang, ia nampaknya seperti sudah tidak berguna lagi. Masa berlalu hanya memperlihatkan Gerakan semakin hilang pengaruhnya di negeri itu.

Mujurlah beberapa hari lalu, Pulau Pinang dilawati oleh superman baru dalam bentuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Sebagai tokoh yang sudah masak dengan strategi politik, Najib memilih untuk membawa pendekatan ‘sertailah ia apabila anda tidak boleh menawannya’. Najib merasakan tidak ada gunanya cuba mematahkan pengaruh DAP dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan cara konvensional.

Justeru dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh, 11 September lalu yang turut dihadiri Guan Eng dan barisan Exco negeri, Najib berkata, “Kita mungkin ada perbezaan politik tetapi dari segi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kita akan teruskan (pembangunan) tanpa dipengaruhi fahaman politik....” Kini, Kerajaan Persekutuan sedang membangunkan sebuah lapangan terbang baru ganti lapangan di Bayan Lepas yang sudah uzur, membangunkan Jambatan Kedua dan Empangan Mengkuang. Apakah DAP masih mahu bermain politik dengan mengatakan semua ini membazir?

Kita tunggu sahaja kiranya ada tokoh Melayu berkemampuan menjadi superman baru bagi penduduk pulau mutiara itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Tuesday, August 16

Tsu Koon berani bertanding di P.Pinang pada PRU 13



PULAU PINANG 15 Ogos - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dicabar bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membuktikan beliau masih relevan serta diterima rakyat Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, ini kerana meskipun dikritik pelbagai pihak, Tsu Koon seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada negeri ini sepanjang 18 tahun menjadi Ketua Menteri.

Sedangkan kata Tee Beng, Tsu Koon kalah dengan majoriti hampir 10,000 undi pada pilihan raya umum lalu yang secara jelas menunjukkan kebenaran kritikan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

"Tapi dia (Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.

"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tsu Koon baru-baru ini membidas tindakan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tee Beng memberitahu, Tsu Koon juga sepatutnya berundur dari arena politik selepas tewas dalam pilihan raya seperti yang dilakukan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sanggup berundur kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan partinya. Presiden SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pun bertindak sama bila kalah.

"Tapi dia (Tsu Koon), bukan saja enggan berundur, malah dengan muka tebal masih ada di Parlimen. Bukan buat apa, cuma jalan sana, jalan sini ikut Perdana Menteri.

"Dia kata tidak mahu terima jawatan Senator, tetapi yang berlaku sebaliknya. Dia sanggup menjadi menteri atas tiket Senator. Orang ini memang tidak tahu malu," ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga diminta berhenti memberi kredit kepada dirinya atas kemajuan Pulau Pinang sedangkan pembangunan itu sebenarnya dirancang bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu.

"Projek itu hanya dilaksanakan semasa dia mentadbir, sedangkan perancangannya itu dibuat pemimpin sebelum itu. Agaknya memang sudah jadi trend, siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sikapnya sama hanya pandai mengambil kredit (atas jasa) orang, sama seperti Ketua Menteri sekarang (Lim Guan Eng)," katanya lagi.

Friday, May 6

DAP:Salah Guna Kuasa Projek sPICE


GERAKAN Pulau Pinang mendakwa berlaku salah guna kuasa oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pelaksanaan projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) yang bernilai RM300 juta.Guan Eng lahanat nie memang baling batu sembunyi tangan lepas nie pasti akan ada kambing hitam.  

Ini berikutan projek yang bakal dibina berhampiran Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Relau hanya menguntungkan pemaju,
Eco Meridian Sdn Bhd, anak syarikat SP Setia termasuk mengaut keuntungan berjumlah RM530 juta.Barua DAP nie mesti masyuk dalam poket punya.


Ketua Biro Kerajaan Tempatan GERAKAN Pulau Pinang, Teh Leong Meng, berkata satu daripada syarat ditetapkan pemaju adalah membenarkan mereka membina sebanyak 1,500 unit rumah di projek lain yang bakal menyebabkan kepadatan penduduk tinggi.
Jika bersetuju dengan syarat pemaju itu, DAPIG melanggar beberapa undang-undang seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976, serta Dasar dan Garis Panduan (Jabatan Perancangan Pembangunan). 

Leong Meng berkata, GERAKAN juga mempertikaikan kos projek itu yang mencecah RM300 juta, sedangkan pembinaan PISA yang merangkumi sebuah stadium, pusat akuatik, bangunan meletak kenderaan lima tingkat hanya RM105 juta. 
Beliau juga mendakwa, pemaju berkenaan mampu mengaut perolehan berjumlah RM530 juta yang sepatutnya menjadi hak rakyat.Depa dok cakap CAT kerajaan yang telus lagi adil ini baru 3tahun memerintah jika 30 habis pulau-pinang pakat-pakat kronie lahanat DAP buat duit.

"Sebelum projek bermula, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sudah diminta membayar RM50 juta iaitu merangkumi kos bagi penyelenggaraan bangunan sedia ada serta pajakan tanah. 

"Syarikat berkenaan juga bakal memperoleh RM30 juta sepanjang 30 tahun mengendalikan sPICE di mana setiap tahun mereka mengaut perolehan berjumlah RM1 juta. 

"Mereka juga mampu mengaut keuntungan berjumlah RM450 juta yang diperoleh menerusi pembinaan 1,500 rumah tambahan di projek lain yang mana setiap rumah dianggarkan berharga RM300,000," katanya. 

GERAKAN Pulau Pinang turut mempersoalkan sama ada sistem tender terbuka dilaksanakan kerana difahamkan hanya tiga syarikat membida projek terbabit dan syarikat yang dipilih bukannya pemaju tempatan. 

Thursday, November 25

TUN DR. LIM CHONG EU 1919-2010.



Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu (kiri) bersama Syed Hussein Al-Attas (berjambang) ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan pada pilihanraya umum 1969. 

Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia di Pulau Pinang semalam.

Mendiang Tun Dr Lim merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dari tahun 1969-1990. Pernah menjadi Presiden MCA dari Mac 1958-Julai 1959 dan Presiden Gerakan 1969-1980 setelah mengambil alih dari Syed Hussein Al-Attas. Berikut ialah kata-kata hikmat mendiang Tun Dr Lim dalam satu ucaptama di USM pada Julai 1995 untuk tatapan generasi hari ini.

"What we must understand is that the Malaysian nation was not formed just by the words and articles in the written Constitution. The Malaysian nation evolved from the acceptance of our people to live, work and die together as Malaysians within the framework of the Constitution. This decision of popular acceptance was established through the procedures of parliamentary democracy."



Di dalam ucapan tersebut, Tun Dr Lim turut berkata: "In the context of the existence and life of the Malaysian Nation, the Federal Constitution is the sacred heritage of the Malaysian people irrespective of their individual ethnic heritages or cultural and religious backgrounds. It must be the fundamental duty of each and every citizen to honour, respect and uphold the Malaysian Constitution.

This spirit of placing the Rule of Law under a duly elected Parliament and the State Assemblies must always underlie all our actions as Malaysians. This is just what patriotism is all about.This spirit must be carefully cultivated and sustained by all the people in Malaysia irrespective of their own ethnic origins, cultural heritages and religious beliefs. The Rukunegara expresses the fundamental commitment for every Malaysian to uphold national unity in order to ensure progress into the future.

By accepting the spirit of coexistence of the various ethnic communities that have been bonded together by the Constitution, the tenets of the Rukunegara ushered in the coevolutionary forces that have built Malaysia into what it is today.

Together, the Malaysian family shall march in unison over a broad front to realize Wawasan 2020. It shall be the common vision of all Malaysians that by then, if not before, Malaysia can take its place amongst the developed nations in the world. Thus the national leadership under Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad has lighted the torch that we shall carry into the years ahead.

REST IN PEACE, TUN.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive