Showing posts with label blogger.. Show all posts
Showing posts with label blogger.. Show all posts

Thursday, November 15

TOP BLOGGER Penang Bakal Sertai Pakatan Rakyat @NajibRazak


Boleh tumbang Jambatan Pulau Pinang yang tersergam indah jika khabar angin ini betul der..... Walaupun Tsunami yang melanda pada 2004 tidak mampu menumbangkan Jambatan yang pernah menjadi kebanggaan Rakyat Malaysia.........Tapi ada satu bukti yang menguatkan dakwaan ini... E-mail dari pemimpin Pakatan bertaraf KM telah mengesahkan................

Wednesday, June 6

BLOGGER PENANG BERJAYA MEMUJUK @DrNovandri


Alhamdulilah semuanya kembali seperti sediakala,MKP pada mulanya merasa susah hati dan gundah gelana kerana Dr. Novandri dianggap mentor serta dihormati bukan sahaja di Penang akan tetapi diperingkat Nasional.Sedar atau tidak Dr. Novandri adalah blogger tersohor di Malaysia malahan menduduki tangga kedua carta blogger di Malaysia.Masalah mula timbul apabila timbul kutu rayau dan anjing kurap cuba memecah-belah persahabatan diantara kami semua.Inilah yang dikatakan Manusia Tak sedaq Diri.....MKP tak mau nak dedah siapa manusia haram jadah itu buat masa ini akan tetapi bila tiba masanya terbongkar jua.Kita manusia kesabaran itu ada had dan tahapnya...


Penjelasan oleh Dr MIM disebalik hilangnya blog beliau selama 2 hari ternyata memang wujud pihak opportunist cuba pecah belah team siber sedia ada dalam parti di PP menjelang PRU 13.

Walhal pasukan inilah yang sudah lama berperang siang & malam menangkis dakyah pembangkang tapi bila hampir PRU , opportunis ini muncul untuk ambil alih dan angkat dirinya menjadi ketua . Ini dah melampau ....

oleh : Dr MIM

Syukur Alhamdulillah kerana MiM dapat menyambung semula perjuangan menentang keburukan pihak pembangkang setelah dihack oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 2 hari yang menyakitkan hati ini kerana ada pihak yang takut dengan blog Dr MiM dalam usaha MiM menegakkan kebenaran, melawan kejahatan dan fitnah politik yang dicanang-canangkan oleh pihak lawan. Taktik penakut ini sangat memualkan.

MiM mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan MiM yang prihatin dengan masaalah yang dihadapi oleh blog ini. Mereka terdiri daripada rakan bloggers Penang, Empayar Pemuda, Media Permatang Pauh, Pisau.net, Generasi Pejuang Bangsa, Mat Kilau Penang, Keris Pusaka dan rakan Facebookers.baca seterusnya

Tuesday, November 22

Ketua Perang/Ketua Menteri Baru Pulau Pinang.



Tahniah blogger MiM kerana diangkat mewakili kami blogger pro-Kerajaan dalam membentangkan resolusi siber kepada YAB PM bagi BN memenangi PRU yang akan datang. Rasanya belum terlambat lagi kami menyampaikan penghargaan.

Guan Eng patut tengok dan ingat video ini betul-betul. Kerana jika Penang tumbang kepada BN kelak, inilah wajahnya Ketua Menteri yang bakal menggantikan rejim rasis beliau. Dr. Novandri dan rakan-rakannya (Empayar Pemuda, Media Permatang Pauh, Pisau.net, Anak Seberang) bukan sahaja telah mendedahkan kepada rakyat akan kegenjotan pemerintahan fuckatan sepanjang empat tahun yang lepas, bahkan turut menyebabkan Guan Eng terpaksa menjalani terapi jantung sekerap sebulan sekali. Kami percaya Dr. Novandri dan rakan-rakannya bakal menjadi katalis kejatuhan rejim anti Islam DAP pada PRU-13 nanti.

Jika sebelum ini Dr. Novandri hanya mampu menabur bakti kepada rakyat melalui Klinik Bergeraknya, tetapi kini beliaulah yang menjadi panglima perang siber laksana Hang Tuah Pulau Mutiara yang tidak jemu melanyak DAP laknatullah saban hari. Biarkanlah MCA dengan lena mereka. Persetankanlah Gerakan yang terus leka. Selagi tegarnya bernafas geng LIMA bersaudara ini, selagi itulah Guan Eng tidak mampu tidur lena!

Tahniah blogger Penang sekali lagi!!! Teruskanlah usaha cemerlang anda!!!


Komen MKP:Bersatu untuk menawan kembali Pulau Pinang dan memastikan BN menang dalam PRU 13. 

Friday, November 18

Tahniah blogger Penang ! Label kerajaan DAP melekat dikalangan orang Melayu !



Nampakanya  medium blog di PP yang dikuasai blogger Pro UMNO  seperti Dr MIM , Generasi Pejuang Bangsa , MPP , Empayar Pemuda , Pisau.net , Mat Kilau Penang, Anak Seberang  terhadap kerajaan regim DAP diketuai Guan Eng berjaya .

Melabel kerajaan Negeri sebagai kerajaan  DAP  setiap hari di blog termasuk bantuan  di media arus perdana akhirnya melekat dalam minda orang Melayu P.Pinang. Itu belum lagi dikira kezaliman kerajaan DAP terhadap orang Melayu di negeri ini seperti merobohkan gerai-gerai  mereka .

Guan Eng sememangnya  akan terus dilihat sebagai mengancam Melayu kerana jelas terbukti  DAP memang menjadi UMNO sebagai musuh ketat mereka.  Sebagai parti Melayu yang terbesar di negeri , jika DAP menyerang UMNO  ,maka diibaratkan juga mengancam orang Melayu !


BACA SETERUSNYA

Monday, November 7

MKP Dah Kena Depan/Belakang Kiri Dan Kanan.


Fuh tak sangka blogger picisan pun kena jugak tempiasnya.Inilah dunia politik yang sungguh kejam dan tidak bertimbangrasa.Dah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke telingalah jawabnya.Klu setakat maki hamun MKP tak rasa apa dah!memang jenis yang berani mati punya.inilah cabaranya jika kita bermain dengan api kekadang terbakaq jua jika tidak berhati-hati dengan niat dan sifat iri hati sesetengah pihak.Berpura-pura baik didepan mata akan tetapi niat yang busuk itu terhidu jua akhirnya.Woi bangkai tikus bolehlah tutup dengan daun ketapang nie bangkai ikan PAUS mana boleh tutup dengan daun.satu kampung berbau jua akhirnya.

Berkat kesabaran dan tiada niat untuk membalas kembali apa yang dilakukan terhadap MKP.Ternyata Allah membuka pintu hati seorang hamba Allah menceritakan semua pekung yang tersimpan didalam hati terhadap penfitnah yang melakukan kemungkaran terhadap MKP.Sampai tiduh bermacam-macam fitnah dan tomahan.Kesabaran itu ada had dan limitnya.Buat apa yang menyimpan kesumat dengki yang terpendam sebegitu lama.

MKP berjuang adalah dengan niat yang ikhlas untuk membantu UMNO/BN merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP.Akan tetapi jika niat perjuangan MKP disalah anggap dan perkecilkan dan dihina seperti pelacur.MKP berjuangan bukan kerana nama dan pangkat atau mengejar kekayaan.jika hendak kaya jadilah peniaga atau usahawan.MKP tidak pernah mendapat apa-apa habuan dari agensi berkenaan.Pada masa ini pun semua perbelanjaan untuk berblogging ditanggung sendiri,Tak pakai duit mak/bapak hampa pun.Tapi pihak berkenaan pernah berjanji nak bagi  tapi apakan daya cuma blogger picisan makan kuah sepanjang masa.Selalu kena kencing. tetapi tidak mengapa bukan itu yang dikejar.

NAK TAHU LEBIH LANJUT BACA DISINI.

Saturday, October 29

BLOGGER KENA KONA BARING.



While Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy described blogger Papagomo's attack on his boss' family as "animal behaviour", political opponent has condemned allegations against Lim Guan Eng's young son as "despicable and unsubstantiated".
State Gerakan vice-chief Ong Thean Lye expressed sympathy with the Penang chief minister and his family over the online allegations involving his 16-year-old son.
The allegations were "despicable, unsubstantiated" as well as went against the spirit of fair play and ethics, Ong said.
"We do not condone such an act of making false allegations, particularly on children of politicians," said Ong, who is also political secretary to Gerakan president Koh Tsu Koon.
"Please do not drag family or children into politics," he urged in a statement today.
Ong was responding to the recent episode where Lim's son was accused by a number of pro-Umno bloggers, in particular Papagomo, of outraging the modesty of a female schoolmate.
Accusations untrue, says school principal
SMJK Heng Ee principle Goh Boon Poh, where Lim's son formerly studied, has denied the allegation, saying the accusations were all untrue.
Lim also received support from an unlikely source - Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil - who said children should not be dragged into political mud-slinging.
Lim is incensed by the allegation, first highlighted in a pro-Umno blog by blogger Dr MiM - who blogs at novandri.blogspot.
Penang Gerakan has broken ranks with other component parties in BN before, when it condemned a demonstration outside the Penang legislative assembly in May last year.
Gerakan nie nak menang pada PRU 13 atau tidak?Pening kepala dibuatnya yang blogger persoalkan ialah duit 200k yang diberi untuk sattle kes tersebut.Selain dari itu cuma umpan untuk kantoikan LGE.Jika begini layanan yang diberikan oleh pemimpin BN kepada blogger patut Gomo telah luahkan isi hatinya dalam blog beliau:

Malam tadi kami Papa Gomo, Parpu Kari, Dr Novandri, Gerakan Anti PKR, Pisau.Net, Media Permatang Pauh, Darul Ehsan Today, Medan Info Kita, The Flying Kick, Gerakan Timur, Keris Putra, Pejuang Bangsa, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, Empayar Pemuda bercerita untung nasib kami selepas PRU13. 

Jangan kata selepas PRU13. Sekarang ni pun kami seakan sampah yang membuat pendedahan,cetus isu,perang pakatan dan berbagai bagai hanya dikerah keringat untuk mereka yang berkepentingan. 

Apa pun yang berlaku Anwar Ibrahim dan ideologinya akan terus diperangi sehingga nafas yang terakhir. READ MORE



MASIH INGAT AMANAT OLEH NAIB PRESIDEN UMNO JANGAN BANTAI SESAMA KITA AKAN TETAPI JIKA INI BERLAKU ADAKAH BOLEH DOK DIAM DAN MEMBISU.DAHLAH KAMI BERJUANGAN KIRA FISABILLIAH.KIRA APA PUN TAK BOLEH.





Thursday, August 25

UPdate Video:MKP tidak pernah dibayar oleh JASA.


setahu MKP kami tidak dibayar gaji dari pihak UMNO atau JASA dan lain-lain agensi kerajaan.tak tau pulak depa blogger lain dapat dan tidak diberitahu dan senyap-senyap songlap duit yang patut diberikkan,selama MKP berblogging semuanya diatas tangungan sendiri dan tidak pernah dibayar oleh JASA.Kalau dapat alhamdulilah boleh jugaklah bayar bill yang melambak nie yang terpaksa ditanggung sendiri.




Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.



sumber:http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

Friday, July 29

Blogger DAP Ditahan.Dok Hasut Lagi.



Polis mengeledah rumah penulis blog DAP Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung hasutan mengajak masyarakat membenci kerajaan dan teruskan budaya perhimpunan Bersih bulan lalu.

Chan, seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa menghasut dan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.

Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".

Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.

Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.

Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar apabila saya mahu DAP memerintah Malaysia dan rakyat patut tahu DAP sahajalah yang layak memerintah Malaysia".

Wednesday, July 20

Perang Siber - Untuk menang PRU13.


"In wartime, truth is so precious that she should always be attended by a bodyguard of lies." - Winston Churchill

Saya tidak suka hidup dalam penafian dan saya ingin menyatakan kebenaran agar Perdana Menteri dan Presiden parti tidak diberikan gambaran yang muluk-muluk sahaja oleh pihak yang berkepentingan dalam pengendalian perang siber. Hanya mereka yang hidup dalam penafian sahaja atau yang sedang menjaga kepentingan periuk nasi mereka sahaja yang mengatakan bahawa BN berjaya mengendalikan perang siber sebelum, semasa dan selepas perhimpunan haram Bersih.

Sebab itu saya suka merujuk tulisan Oon Yeoh bertajuk BN losing the cyberwar again sebagai bacaan yang boleh digunakan untuk muhasabahdiri. Walaupun analisis yang dibuat oleh Oon Yeoh tidak 100 peratus tepat, namun pandangannya boleh digunakan untuk memperbaiki pencapaian jentera siber BN agar menjadi lebih baik lagi.

Nasihat saya kepada kumpulan blogger tertentu yang menyerang saya, jangan terlalu defensif dan cuba memberikan gambaran yang salah dan lunak-lunak kepada pemimpin BN kerana gambaran yang muluk-muluk dan indah-indah ini merupakan antara racun yang menyebabkan BN gagal mempertahan 2/3 kerusi Parlimen dan kalah di 5 buah negeri dalam tahun 2008.

Pada waktu yang sama, pandangan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber adalah sangat bertepatan pada masanya. Kata Zahid, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak mampu memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Kata Zahid lagi, "Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan."

Zahid menyebut kita ada kumpulan yang lebih besar. Siapakah mereka itu?

Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memikul tanggung jawab'kegagalan' ini jika kumpulan yang besar ini adalah Unit Media Baru (UMB). Hakikatnya UMB hanya diberikan penghak upayaan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak; dan alhamdulillah peranan itu telah kami laksanakan.

Bagaimanapun di luar PRK dan PRN, penghak upayaan ini tidak diberikan kepada UMB. Jadi tidak adil sekiranya individu atau kumpulan yang terbabit tidak mahu memikul tanggung jawab di atas `kegagalan' ini sedangkan mereka telah diberikan penghak upayaan oleh pemimpin-pemimpin di dalam parti untuk melaksanakan peranan ini sehingga PRU13. Mereka yang diberikan penghak upayaan ini perlu tampil memikul tanggung jawab `kegagalan' ini dan memperbaiki kelemahan diri. Jangan bersifat defensif dan jangan arahkan blogger-blogger upahan menyerang pihak lain hanya kerana tidak mahu mengakui kelemahan diri.

Logiknya jika engagement yang dibuat adalah meluasjumlah pejuang siber kita pula semakin ramaidisokong pula dengan perancangan yang teliti dan semua pihak dapat berperanan sebagai satu pasukan, saya yakin Zahid tidak akan menyatakan kritikan ini dan Oon Yeoh tidak mungkin boleh menyimpulkan bahawa BN tewas lagi dalam peperangan siber, lebih-lebih lagi dalam konteks perhimpunan haram Bersih.

Malam terakhir sebelum perhimpunan haram Bersih berlangsung, saya dipanggil hadir untuk terlibat dalam pertemuan dengan 16 orang blogger bagi merancang gerak kerja keesokan harinya. Saya tidak mahu mengulas panjang tetapi cukuplah sekadar menyatakan bahawa pertamanya, dalam pasukan ini tidak ada command dan control kerana operasi ni diketuai oleh seorang yang tidak berpengalaman (bukan salah dia, dia hanya menjalankan tugas); kedua, terlalu ramai yang terlebih bijak sehingga menyukarkan pembentukan jentera yang berdisiplin; ketiga, ia dilaksanakan pada saat akhir, sedang tugas sebegini perlu ada game planyang baik.

Tidak mengapalah. Perkara telah berlalu usah dikesalkan lagi. Saya berharap jentera BN dapat bekerja sebagai satu pasukan dan bukan sebagai kumpulan yang terpisah-pisah. Kritikan Zahid betul dan kena pada masanya dan mungkin Datuk Akmar Hisham Mokles ada jawapannya.

Banyak yang perlu dilakukan. Perhimpunan haram Bersih sepatutnya menjadi satu wake-up call kepada semua, pemimpin BN, pegawai kerajaan dan semua pejuang siber pro-BN, baik blogger mahupuncybertroopers. Kita perlu menilai secara overall strategi dan pendekatan kita. It's not output that counts, it's the outcome.

Jihad menentang pembohongan PR akan diteruskan, dengan penghak upayaan atau tanpa penghak upayaan. Bezanya cuma sama ada ia menjadi lebih tersusun atau seperti yang Zahid sifatkan - TIDAK BERSISTEMATIK. Mudah-mudahan kelemahan ini dapat dikenal pasti dan diperbaiki. Saya tiada kepentingan lain melainkan mahu BN menang dalam perang siber menjelang dan semasa PRU13.TFDC

Saturday, May 28

MATKILAU PENANG SAHUT CABARAN OTAI BLOGGER.



Blogger Papa Gomo dan rakan-rakan bloggers yang lain telah menawarkan satu hadiah istimewa kepada sesiapa sahaja yang sanggup tampil membawa seorang lelaki yang mirip dengan wajah di dalam Video Seks Yang tersebar.
Hadiahnya ialah once in the life time KLIK DISINI blog MiM menawarkan hadiah KLIK DISINI


MATKILAU PENANG akan turut serta dalam cabaran tersebut.Itu yang akan kami lakukan dalam menyatakan kepada rakyat Malaysia keberanian kami semua. Kami hanya mampu Berbogel memandangkan tidak cukup wang ringgit untuk membeli apa apa hadiah buat mereka yang berjaya.

So jika nak lihat KAMI SEMUA BLOGGER PRO KERAJAAN LARI BOGEL DI KLCC maka silakan lah menampilkan lelaki yang wajah nya sama seperti di dalam Video Seks.

Ini Cakap betul betul bukan main main punya, Kami berani buat. setakat BERBOGEL apa kami nak hairan? Anwar Ibrahim berbogel sambil Menutoh China Doll Relaks je sampai sekarang. Biasa lah tu.....

Tuesday, May 17

BLOGGER.COM AKAN DITUTUP.



Blogger.com telah membuat sesi membaik pulih laman web berkenaan sejak 11 mei 2011, namun sehingga kini proses tersebut masih belum lagi pulih sepenuhnya. Spekulasi pun mula beredar di internet dengan khabar angin bahawa ini lah proses pembaik pulih yang paling lama dalam sejarah blogger .com dan timbul rencana bahawa laman web berkenaan akan ditutup pada 25 Jun 2011.

Seperti yang dikatakan di laman web Softpedia, Memang benar akan dilakukan penutupan pada bulan June akan datang. Tapi tenang dulu, Layanan Blogger yang di tutup tersebut bukanlah secara keseluruhannya, melainkan akaun blogger lama yang mendaftar sebelum tahun 2007.

Sebelum Blogger.com  di ambil alih oleh Google, laman web tersebut menggunakan sistem akaun mereka sendiri sehingga tahun 2006.  Setelah proses pengambil alihan dilakukan. Pengguna diminta melakukan pemindahan pada 2007.

Selama empat tahun, Ternyata intergrasi tidak dilakukan secara automatik sehingga  pada akhirnya blogger.com memutuskan akan menghapuskan akaun bagi pengguna lama. Bukan hanya akaun lama yang di berhentikan, bahkan blog yang mempunyai hubung kait dengan pengguna lama juga akan dihapuskan jika pengguna tersebut tidak melakukan pemindahan ke sistem yang baru sebelum 25 Jun 2011 ini.

Sebelum ini, Google juga menghadapi masalah yang sama di YouTube dan telah mengeluarkan peringatan serupa baru-baru ini. Mereka meminta para penggunanya untuk memiliki akun Google terlebih dahulu.
Dari infomasi semasa, pihak google akan memberi keterangan lebih lanjut sebelum penutupan dilakukan sebelum 25 Jun 2011

Read more: sumber

Thursday, January 13

Majlis Perkebumian Allahyarham "Aku Yang Gambi"

Penulis Blog "Aku Yang Gambi", allahyarham Aziz Bin Baharom, jenazahnya telah selamat di semadikan di Perkuburan Islam Keratong 2, selepas solat zohor pada pukul 1.45 petang tadi.




UMA telah sempat menziarahi jenazah dan sampai kerumah allahyarham pada pukul 11.30 pagi. Jarak rumah UMA ke Keratong 2 sejauh 60 KM. Semua anak dan kaum keluarga telah berkumpul.  Ramai juga pemimpin UMNO yang datang. UMA tidak kenal dengan pemimpin di sana.


Menurut Balu allahyarham, allahyarham berumur 57 tahun. Agak sebaya dengan UMA. Pada hari Isnin, allahyarham mengajak beliau pergi keklinik kerana sakit dada. Allahyarham sendiri yang memandu kereta. Agak pelik, sampai sahaja di klinik, allahyarham kelihatan begitu tenat. Doktor mengarahkan supaya allahyarham di hantar ke hospital Muadzam. Oleh kerana komplikasi pernafasan pembedahan untuk memasukan tiup bagi membantu pernafasan di buat.


Selang 2 hari beliau di pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Menurut balu beliau lagi, allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11.50 malam tadi
.




UMA sempat menyedekahkan bacaan yasin, tahlil dan membantu apa yang perlu ketika jenazah dimandi dan di kapankan. Jenazah di bawah ke Mesjid Jamek Keratong 2 untuk solat jenazah selepas solat zohor dan di abadikan di Perkuburan Islam kerantong 2.


S
emoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Al Fatihah.






Kain Rentang di gantung di pagar Masjid Keratong 2;  "Majlis Tahlil Memperingati Kembalinya Ke Rahmatullah Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Dato Hussein, Pengasas FELDA".  Terdapat juga logo FELDA HANYA 1 DI DUNIA.  Moto ini juga di ambil oleh "Aku yang gambi" sebagai moto blog beliau.


Sumber http://agbr47.blogspot.com/


Sumbangan Buat Keluarga Arwah Blogger Yang Gambi
Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz
Bantu Semana Yang Kita Mampu!!!
Arwah Yang Gambi Berjuang Sehingga Ke Akhir Hayat Beliau.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive