Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

Sunday, February 3

GAMBAQ CSL UMPAMA "LELAKI TUA TAK SEDAQ. DIRI"


Pergghh hebat gambar pemimpin MCA kat majalah.MKP pun terkejut beruk bila menatap gambar nie.Kalau muda dan gantang tak kisah sangat tapi nie dah jadi liabiliti dan bola tanggung kepada pihak pembangkang untuk menentang MCA.Tidak kena pada masa dan ketika apabila berada diambang pilihanraya yang paling genting PRU-13.

Korang boleh baca selanjutnya penjelasan kat blog HELEN ANG.

Sebelum ini, isu yang dibangkitkan oleh blogger tersebut tidak diulas di dalam komuniti bloggers berbahasa Melayu. Ianya berkemungkinan besar The STAR (kecuali MStar) bukan rujukan utama kami.

Akan tetapi, apabila merujuk kepada pelbagai fakta dan bukti yang disertakan, MKP sendiri berasa amat ragu-ragu dengan kompas politik The STAR.

Ya memang benar 'kebebasan media bla bla bla' tetapi jika benarlah seperti yang diperkatakan oleh blogger Helen Ang, something wrong somewhere.

Dek pelbagai persoalan dan persepsi negatif terhadap kecondongan The STAR itu, satu tindakan tegas mesti di ambil untuk menyiasat kebenaran dakwaan dan persoalan tersebut. MiM tidak mahu menuduh tapi mahukan kebenarannya.

Dan sudah tiba masanya untuk bloggers berbahasa Melayu pro-BN turut memantau akhbar tersebut.


Thursday, September 13

VIDEO :PASAL TALAM PUN NAK GADUH KE?


Kekecohan berlaku disebabkan penyokong sebuah parti politik menghalang laluan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong ketika keluar dari dewan pada jam 9.35 malam tadi.

Setelah hampir 30 minit menantikan kehadiran Khalid, mereka bertindak keluar dewan.

Debat berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corp anjuran MCA Bandar Tun Razak, yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.

Tee Yong enggan berdebat dengan wakil yang dihantar oleh Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Namun, debat tersebut diteruskan tanpa wakil PR.

Pihak Tee Yong menegaskan mereka ingin berdebat dengan Menteri Besar Selangor sendiri.

Thursday, July 5

MCA KURANG AJAR?



Standard la putaq belit dari lidah bercabang Ah Beng apabila kena kat muka dia.Salahkan MCA dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang telah dibuat kerana menimbulkan kisah skandal lamanya.Siap buat sidang media dan riaksi yang nampak macam budak tadika apabila kena pulas telinga.MKP nak tanya kepada pembaca pernahkan BN atau MCA buat macam Guan Eng?Sepanjang pengamatan MKP tak pernah.Persoalanya kenapa Guan Eng tak manjawab persoalan yang di timbulkan? 

Skandal yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang heboh diperkatakan pada ketika ini hingga membuatkan isteri Lim Guan Eng sendiri tidak dapat menanggung akibat dari perkara tersebut.

Semalam, bekas menteri kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek pula mencabar Lim untuk membuat pengakuan seperti yang berlaku kepada beliau satu masa dulu.

Presiden MCA itu menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu.

"Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata.

Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.

Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.

Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".

Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.

Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.

"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim.

Tuesday, July 3

DAP PERLU JAWAB ISU HUDUD OLEH PAS? @cmlimguaneng


Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar DAP menyatakan pendirian berhubung pelaksanaan Hudud yang sering dinyatakan oleh pemimpin PAS.

Menurut Chua, walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkali-kali mengeluarkan kenyataan tersebut namun DAP masih bekerjasama rapat dengan PAS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum Hudud di Malaysia.

MCA sudah menyatakan pendapat kami di mana sekiranya Hudud dilaksanakan, kami akan keluar dari Barisan Nasional. Lagipun cadangan tersebut hanya dinyatakan oleh seorang ADUN, bukannya dari Menteri Besar, Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri. Jadi saya tidak ambil berat sangat kenyataan tersebut.

Tetapi sekiranya ia datang dari orang seperti Nik Aziz dan Hadi, ia perlu diambil serius.

"DAP perlu menyatakan pendirian mereka kerana Nik Aziz dan Hadi telah berulang-kali menyatakan untuk melaksanakan Hudud tetapi mereka masih bekerjasama rapat. Yang cakap ini bukannya setakat Ketua Pemuda, tetapi Presiden dan juga Ketua Ulama,kata Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, beliau turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan PAS baru-baru ini di mana mereka mendakwa mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk menjadi Perdana Menteri.

PAS baru-baru ini menyatakan yang mereka adalah parti yang kuat dan mempunyai strutktur yang lebih baik di dalam Pakatan Rakyat. Mereka juga mendakwa mempunyai calon Perdana Menteri.

Jadi apakah pendirian DAP tentang ini kerana mereka hanya menyebut (Datuk Seri) Anwar (sebagai Perdana Menteri), tambah Chua.

Saturday, June 9

Sakit Tak Terhingga Apabila Kena Ditikam Belakang


Majlis Peguam membantah peruntukan undang-undang di Kedah yang menghindar sebarang fatwa daripada dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan. Pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 bulan lepas akan mengetepikan bidang kuasa mahkamah, kata badan itu.

Menurut presidennya Lim Chee Wee semalam, kekebalan yang diberikan – malah kepada apa-apa fatwa yang belum diwartakan pun yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa – adalah bertentangan dengan doktrin pemisahan kuasa.

Pindaan ke atas enakmen tersebut sudah diluluskan oleh DUN Kedah. Namun Lim menegaskan bahawa sesebuah dewan undangan negeri tidak berhak untuk menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan akhbar Wanita MCA

Senator Chew Lee Giok, iaitu setiausaha agung Wanita MCA, berkata kegagalan DAP untuk memberi apa-apa komen atas pindaan enakmen Kedah itu menonjolkan sikap mengelak serta keengganan parti untuk menangani isu.

Chew berkata ketidakberanian DAP bersuara menunjukkan parti tersebut tidak mendokong keluhuran Perlembagaan serta membayangkan DAP tidak terdaya untuk mempertikaikan tindakan-tindakan keras yang diambil oleh kerajaan negeri PAS.

Tambah beliau lagi, Adun DAP Kedah telah mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan-Muslim.

Kenyataan akhbar dikeluarkan kelmarin oleh senator MCA itu.

(Sumber: Laman MCA)

Seperti biasa Star mensabotaj

Sila rujuk (di kaki halaman) screenshot Star Online dirakam baru sebentar tadi pada pukul 3:05 petang. The Star tidak menyiarkan pandangan Senator Chew sama ada pada hari ini ataupun semalam.

Soalnya kenapa tidak?

Laman MCA tidak mempunyai ramai pembaca.

Dalam pada itu, pandangan Chew, yang juga setiausaha-agung Wanita MCA, seharusnya diterbitkan di dalam akhbar milik MCA kerana ianya merupakan isu mustahak bukan sahaja kepada parti dan masyarakat Cina tetapi kesannya tidak terhingga ke atas hala tuju negara.

Ini bukannya kali pertama suratkhabar itu menenggelamkan isu kontroversi atau sensitif yang akan memberi impak negatif kepada DAP.

Sebelum ini juga, para pemimpin MCA telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu hudud tetapi pendirian parti tersebut diremehkan oleh Star.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Tee Siew Kiong (setiausaha penyelenggara kebangsaan MCA) telah disunat oleh Star dari 366 patah perkataan menjadi 112 pp sahaja,
Yang Senator Chiew Lian Keng (pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan) punya kenyataan dikembiri panjangnya sebanyak tiga suku — dari 409 pp menjadi 109 pp, dan
Yang Loh Seng Kok (ahli majlis tertinggi merangkap timbalan pengerusi biro publisiti) punya telah dipotong hampir ke pangkal, dari 484 pp tinggal 84 pp.
Baca ‘The ‘size of balls’ no joke with MCA’

Apa sebenarnya muslihat Star?

Jawapan kepada soalan amat mudah sekali. The Star sengaja kuburkan berita demi menjaga DAP yang pasti tercabar dengan perkembangan di Kedah ini.

Sebagai perbandingan, kempen mempromo peribadi (personality cult) DAP, seperti Lim Guan Eng meraikan Hari Ibu dengan memberi bunga-bungaan kepada warga emas, mendapat liputan satu mukasurat penuh online di Star.

Gunting dalam lipatan

Pada hakikatnya kebanyakan kerusi MCA dimenangi atas ehsan undi Melayu dan senator-senator MCA pula dilantik atas ehsan presiden Umno.

Dalam hal hudud dan fatwa, tangan Umno terikat gara-gara terpaksa menjaga hati pemilih luar bandar. Takkan The Star, akhbar milik MCA, mahu supaya Umno bertegang urat dengan PAS berkaitan isu-isu agama Islam dan seterusnya menghadapi risiko hilang undi Melayu?

Ataupun itulah yang sebenarnya dikehendaki Star dalam diam-diam? Yakni jikalau ada orang Umno yang kurang menyenangi pemerintahan sistem pemerintahan berasaskan hukum agama (theocracy), maka Umno terpaksa pandai-pandai menyangah PAS dengan sendiri (fight its own battle)?

Hubungan Ali Baba yang terjalin di antara Umno dan MCA bermakna kerja mengekang PAS dalam hal ekstrimisme agama perlu di’sub kontrak’ kepada parti BN yang bukan-Islam agar kedudukan Umno di kalangan masyarakat Melayu tidak akan tergugat, terutamanya dalam saat genting menjelang PRU.

Adakah MCA sedia memenuhi tuntutan ini (keeping its side of the bargain) untuk menzahirkan apa yang tidak mampu diluahkan secara terbuka oleh Umno?

Nampaknya MCA lepas tangan sahaja.
‘Track record’ Star yang pro-DAP sakan

Melihat kepada ruang lapang yang dibekalkan suratkhabar ini bagi pembangkang (berbanding dengan ruang sempit yang diperolehi BN), kecenderongan Star terang lagi bersuluh.

Jadual di bawah memaparkan senarai lengkap 56 orang Adun Selangor. Carian dibuat melalui Google dan khusus di laman Star Online.

Data daripada hasil carian membuktikan Adun-Adun Umno ketara di-blackout olehThe Star yang tak ubah macam Selangor Times.

Dalam tempoh setahun yang lepas, tiada satu rencana pun pernah disiarkan oleh akhbar itu tentang 5 orang Adun Umno berikut: Worno Dogol, Mohd Idris Abu Bakar, Amiruddin Sutero, Karim Mansor dan Marsum Paing.

Adun Umno yang diberikan liputan hanya satu rencana adalah 3 orang — Raja Ideris Raja Ahmad, Mohd Samsudin Lias dan Hasiman Sidom.

Adun Umno yang diberikan liputan kurang lima rencana adalah 5 orang — Mohamad Khir Toyo (3 rencana), Sulaiman Abdul Razak (2), Ismail Sani (4), Johan Abdul Aziz (3) dan Muhammad Bushro Mat Johor (3).
Umno mempunyai 18 orang Adun yang menang kerusi dalam PRU12.

Adun Umno (13 orang) diberikan liputan kurang daripada lima rencana oleh The Star dalam tahun lepas ini. Bermakna 72 peratus Adun-Adun Umno tidak diberi ruang yang mencukupi.

Seterusnya, yang mendapat sedikit perhatian pun hanya suku daripada Adun-adun Umno Selangor.

Dijumlahkan, 13 orang Adun Umno yang disebut nama mereka di atas diberi liputan semua sekali hanya 18 rencana (0+0+0+0+0+0+1+1+1+3+2+4+3+3).

Dalam tempoh yang sama, The Star telah menyiarkan 84 rencana!! tentang Hannah Yeoh.

Liputan 84 rencana yang diberikan akhbar itu kepada Hannah melebihi tumpuan kepada ahli-ahli exco kerajaan negeri — Halimah Ali (9), Yaakob Sapari (14), Ahmad Yunus Hairi (15), Rodziah Ismail (20), Xavier Jeyakumar (21), Iskandar Abdul Samad (34 rencana), Ean Yong Hian Wah (51) dan Elizabeth Wong (72).

Pola liputan Star menunjukkan akhbar itu sangat berat sebelah kepada DAP – Teresa Kok (113), Ronnie Liu (116) – dan melebih-lebih kepada Kristian Anglophile.

Liputan tentang ketua pembangkang Selangor, iaitu Adun Umno Mohd Satim Diman, hanya 13 rencana.

The Star telah membuat liputan 1,300 rencana di Subang Jaya, iaitu kawasan DUN Hannah Yeoh.

Kawasan-kawasan Umno tidak diendahkan (lihat jadual atas). Tumpuan Starlangsung tidak membantu kempen pilihanraya BN dan jelas ia bukan media yang adil dan seimbang sepertimana dituntut Ambiga dan perhimpunan Bersih.


Liputan 1,300 rencana Subang Jaya oleh Star adalah yang paling banyak sekali dan mengalahkan kawasan-kawasan popular Selangor yang lain seperti Kota Damansara (422 rencana), Bangi (359), Batu Caves (269) dan Damansara Utama (197).

(Nota: Carian Google tidak dibuat ke atas DUN Sabak dan Permatang kerana kedua-dua perkataan ini terlalu umum. Carian juga tidak dibuat ke atas DUN Jeram, Chempaka dan Teratai kerana ketiga-tiga ini berbentuk kata nama yang lazim. DUN Rawang dan Kajang turut terkecuali kerana rujukan terlampau luas.)

Dalam bulan yang lepas ini, The Star telah menyiarkan beberapa rencana (sehingga ada kalanya dua rencana sehari) tentang Hannah Yeoh.

Meskipun begitu, pemberita Star apabila menemuramah Adun DAP itu tidak pernah bertanya kepadanya tentang perkembangan siasatan polis berkaitan kes Hannah didakwa telah memfitnah MCA serta memfitnah seorang timbalan menteri MCA berulang kali melalui Twitter, blog dan kenyataan akhbarnya.

Adakah suratkhabar milik MCA ini membawa agenda secara sedar untuk menolong menutup aib DAP?

Friday, June 1

GUAN ENG BAKAL DILONDEHKAN KALI KEDUA?


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengharapkan debat kali kedua bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 8 Julai ini akan dapat membongkar kelemahan Pakatan Rakyat.
Soi Lek berkata perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris itu nanti adalah peluang keemasan kepada rakyat membuat penilaian yang sebenarnya DAP adalah parti politik putar belit.

“Saya setuju berdebat kali ini kerana ia memberi peluang untuk mendedahkan pembohongan DAP dan selalu memutar belitkan keadaan termasuk mengadakan publisiti bagi mempengaruhi pengundi khususnya daripada kaum Tiong Hwa.

“Saya berharap rakyat dapat menilai peranan MCA dalam pembangunan negara semenjak dahulu sebelum mencapai kemerdekaan dan bukannya menyalahkan Barisan Nasional sepenuhnya seperti hujah DAP dalam debat sebelum ini,” katanya.

Soi Lek selain itu berkata MCA bekerjasama dengan parti komponen untuk memastikan rakyat terus memilih BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya, rakyat tidak seharusnya dibiarkan tertipu oleh PAS dan perlu menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membolehkan transformasi mencapai kejayaan.

Untuk rekod, debat pertama lalu diadakan dalam bahasa Mandarin, Guan Eng itu dikatakan gagal menjawap persoalan yang dibangkitkan.

Justeru perdebatan kali ini, Soi Lek berharap Guan Eng tidak berdolak-dalik dalam memberikan jawpaannya.

“Saya berharap debat kali ini tidak seperti yang pertama kali diadakan dan kita mahu ia diperdebatkan dengan baik memberikan alas an menolak memberikan jawapannya. Selepas itu biar rakyat yang menentukan isi kandungannya,” katanya.

Monday, March 26

UMNO SELANGOR AKAN KALAH PRU 13

kalau macam nie gayanya bukan setakat bungkuih buang masa buat program bernilai jutaan ringgit bagi dekat cybertropper.Ada ka depa kata kami nie tak buat kerja?berikut apa yang diberikan adalah bukti yang nyata dan sahih.takkan benda macam nie pun boleh tipu.

Tahniah MKP ucapkan kepada cybertrooper selangor sanggup bersengkang mata siang dan malam turun padang membantu BN dalam semua segi cywar dialaf baru nie.Bagi kami di Pulau Pinang amat sukar untuk mengambil hati masayarakat dari kaum tiong hua yang masih lagi tak yakin terhadap BN sepenuhnya.Dari analisis terbaru cuma 30% saja.namun begitu kerjasama dari Pemimpin komponen BN kurang memuaskan.MKP kena bagitau benda nie walaupun pedih dan perit.terbaru untuk mendapat jemputan ke Program pun susah nak kena cari maklumat sendiri dan mengeluarkan duit poket sendiri bagi bagi mendapatkan maklumat kepincangan yang telah dibuat oleh DAP.Walaupun bagitu niat dan nawaitu kena betul.tak kisah berbelanja,yang penting BN menang di Pulau Pinang pada PRU 13.Itu semua dianggap sebagai cabaran yang perlu ditempuh.

MKP Ayat Sempoi ; Gerakan dan MCA Tanjong.Nak menang buat cara nak menang.Kalau info nak tunggu last minit kira berkuburlah nanti.

KURANG AJAQ SUNGGUH PUAK DAP NIE?


Nampak jelas apa yang telah dibuat oleh penyokong pembangkang.Depa nie dah melampau sampai macam tue perangai dan etika.Nak salahkan siapa dalam hal nie?.Salahkan pemimpin yang kurang ambil peduli masalah rakyat?Mungkin tidak!Jika Wee Ka Siong tak peduli masakan belaiau akan hadir dalam program ini.......Maklumat bahawa akan diboooooooooo telah sampai kepadanya.....Pemimpin macam nie kurang MKP tengok dan perati dalam politik Malaysia....Apa pun terbaiklah We Ka Siong nie berani..... 

Tapi inilah sikap kurang matang dalam meluahkan perasaan tak puas hati.Siap maki "le ma ka hai"pada saat terakhir video ini....MKP rasa video ini harus di sebarkan meluas bagi menampakan kurang matang serta jelas sikap kurang ajaq puak bodoh nie....

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng kena maki depa nie sebarkan sampai menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara.Salahkah kita buat benda yang sama.....

Saturday, March 17

LAO GEH BOH,DAP MEMANG GANAS?



Kisahnya forum ni dianjurkan oleh media tempatan Kwong Wah Jit Poh dengan Penang Chinese Town Hall . Sebagai salah seorang ahli forum yang semuanya wanita , ketua wanita MCA Pulau Pinang ni Tan Cheng Liang bercakap mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz dan pemimpin DAP (Hiew Kuan Yew) pada satu ketika dulu agak 'seksis' terhadap wanita. 


NONE 


300 tempat duduk dah diagih-agihkan untuk kedua-dua penyokong BN dan PR , malangnya sikap penyokong PR dalam majlis tu bertindak emosional apabila ketua wanita MCA Pulau Pinang mengkritik pemimpin PR . Dan seperti biasa .. kita tahu penyokong fanatik PR ni memang terkenal dengan menggelar pemimpin BN dengan bermacam gelaran buruk..Tan Cheng Liang digelar sebagai 'ayam tua' .

Menurut Tan , ada antara beruk2 PR telah menggugut untuk memukul beliau, menghamburkan kata kesat dan pelbagai lagi ugutan dan makian . Ini memaksa beliau dibawa keluar dari dewan di iringi anggota RELA yang bertugas. Tan berasa agak terkilan dengan sikap 'gedebe' yang ditunjukkan oleh beruk2 PR sedangkan beliau diundang untuk berucap di majlis berkenaan isu2 wanita.  Agak jelas sekarang beruk2 PR hanya suka mengkritik dan apabila dikritik pandai pulak mereka melompat macam kena belacan.

Agak ironik dalam majlis yang membicarakan isu2 wanita , apabila Tan dicemuh dengan gelaran 'ayam tua' tiada yang bangun mempertahan beliau . Senario yang mereka bincangkan berlaku di depan mata .. sekiranya respon begini berlaku di dalam dewan , apatah lagi di luar sana. Beruk2 Pakatan Rakyat memang hipokrit... 



NONE 
DAP sekarang dah berubah menjadikan Nik Aziz idola dalam forum,betulah apa yang dinyatakan sebelum ini menyatakan PAS telah diperkudakan oleh DAP.


MKP Ayat Sempoi : Depa dok kata kita Ganas padahal depa nie lagi lah lahanat besaq

Saturday, February 18

Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?


Perbahasan di antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan berakhir sebentar tadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menjawab persoalan mengenai  pelaksanaan hukum Hudud oleh Pas.
Debat sejam itu juga melihat kedua-dua tokoh lebih banyak mengeluarkan hujah-hujah berbentuk kempen bagi meraih undi  dan bukan mengupas isu-isu yang berpaksi kepada tajuk perbahasan iaitu Mungkinkah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?
Guan Eng  ditanya tiga kali oleh hadirin mengenai pendirian partinya bersabit hukum Hudud yang didokong oleh Pas dan mahu dilaksanakannya di Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Guan Eng  hanya berkata Pas tidak pernah “membunuh”  walau seorang kaum Cina dan kerap menegaskan bahawa gagasan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR membela hak semua rakyat.
 
“Pakatan Rakyat bekerjasama atas dasar yang sama. Pas ada ideologi mereka, Dap ada ideoloji mereka sendiri tapi jangan lupa Pas tidak pernah membunuh seorang pun orang Cina. Inilah hakikatnya,”  kata Guan Eng.    
 
Kedua-dua tokoh itu menuduh parti masing-masing menjadi ayam tambatan  - DAP kepada Pas, manakala MCA kepada Umno sehingga membelakangkan kepentingan kaum Cina.
 
Guan Eng menyelar MCA kerana mendakwa parti itu tidak berani menentang apa yang didakwa beliau sebagai politik rasuah sekian lama dan sanggup diperkudakan oleh parti kaum Melayu itu.  
 
Beliau merujuk kepada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) sebagai contoh rasuah Umno selain mendakwa Umno begitu bingkas mengambil tindakan terhadap pemimpin Cina yang terbabit dalam skandal PKFZ.
 
Soi Lek berkata Guan Eng membuat kenyataan berbaur perkauman dan cuba menutup kelemahan dan amalan rasuah yang wujud di negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang.
 
“Walaupun (Pakatan Rakyat) hanya berumur empat tahun, sudah ada kes-kes macam ini. Yang penting ialah kita sama-sama mengambil pendirian anti rasuah tidak kira siapa yang terlibat,”  kata Soi Lek.  
 
Guan Eng menggunakan perbahasan itu untuk menyerlahkan rekod Pakatan Rakyat di Pulau Pinang namun Soi Lek menuduh pemimpin DAP itu sebagai banyak menabur janji yang tidak ditunaikan.
 
“Memang sedap dengar penghapusan tol dan sebagainya, tapi saya nak tanya kenapa  di Pulau Pinang ia tidak dilaksanakan, kenapa tidak ada tanah diberi untuk membina sekolah Cina…” tanya beliau.
 
Chua juga berkata DAP dan Pakatan Rakyat gagal menawarkan sebuah pelan untuk membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat Cina.
 
Beliau meminta hadirin untuk membandingkan rekod parti pembangkang itu dengan MCA yang mendirikan sebuah university (universiti Tunku Abdul Rahman) dan menawarkan pelbagai kemudahan pendidikan demi masa depan generasi muda kaum Cina.
 
Ini perbahasan pertama antara di dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
 
Perbahasan itu dilihat memberi  peluang menilai keupayaan MCA dan DAP  untuk membela masyarakat Cina yang merangkumi hampir  30 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 27 juta.AP   

GUAN ENG TAK JAWAB ISU HUDUD PAS?



Perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agong DAP Lim Guan berakhir sebentar tadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menjawab persoalan mengenai  pelaksanaan hukum Hudud oleh Pas.

Debat sejam itu juga melihat kedua-dua tokoh lebih banyak mengeluarkan hujah-hujah berbentuk kempen bagi meraih undi  dan bukan mengupas isu-isu yang  berpaksi kepada tajuk perbahasan iaitu Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?

Guan Eng  ditanya tiga kali oleh hadirin mengenai pendirian partinya bersabit hukum Hudud yang didokong oleh Pas dan mahu dilaksanakannya di Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Guan Eng  hanya berkata Pas tidak pernah “membunuh”  walau seorang kaum Cina dan kerap menegaskan bahawa gagasan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR membela hak semua rakyat.

Saturday, January 21

Teo Nie Ching Mengamuk Bila Tengok Video MCA?


Satu video selama satu setengah minit yang dimuat-naik oleh ibupejabat MCA tiga hari lalu, secara tersirat dilihat seolah membayangkan bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji-janjinya.

Video itu bermula dengan memaparkan sebuah keluarga yang bertutur berbahasa Cina, sedang sibuk membersihkan rumah mereka sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina Isnin ini.

Ia memaparkan dua orang lelaki yang nampaknya seperti adik-beradik. Lelaki yang muda memakai baju merah putih, manakala yang seorang lagi memakai baju putih berkolar biru.

Kebetulan, baju putih berkolar biru adalah baju seragam parti MCA untuk lelaki, manakala merah dan putih adalah warna DAP.

Dalam video itu, adiknya kelihatan banyak bercakap dan banyak memberi arahan, manakala abangnya sibuk membersihkan rumah.

Tidak sabar dengan sikap adiknya itu, lelaki berbaju kolar biru itu kedengaran berbisik: "Hah, hanya pandai bercakap, tetapi tak pernah bertindak. Akhirnya, saya yang terpaksa buat kerja awak."

Seorang wanita - mungkin ibu mereka - muncul menghantar sebuah baldi berisi air dan sehelai kain mencuci kepada lelaki muda itu, seolah-olah mengatakan yang dia juga perlu membantu mencuci rumah tersebut.

Sejurus selepas ibu berlalu, lelaki muda itu beredar meninggalkan abangnya seorang sahaja melakukan kerja tersebut.

"Tak mengapalah, jika kamu tidak mahu buat kerja, biarlah saya yang buat," keluh abang itu sambil engambil baldi dan meneruskan kerja membersihkan habuk plak anugerah dan sijil pujian yang tergantung di dinding.

Plak tersebut memaparkan beberapa slogan MCA seperti 'MCA kerja untuk Pendidikan' dan 'Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA'

Video itu berakhir dengan keluarga tersebut menikmati makan malam bersama, serta ucap selamat dari MCA.


Saturday, April 30

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.
“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.
Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.
“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.
“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.
Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.
“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.
Matkilau Kata;kalau PKR berani sahutlah cabaran.

Tuesday, April 26

DAP:Jangan Kita Ikut Rentak Mereka.


Sebuah akhbar sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.

PAS juga adalah didasarkan kepada orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan poitik perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu perkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.

Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.

Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.

Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.

Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.

Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.

Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.

Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.

Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.

Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.
Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa.

 Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada akhbar terbabit.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive