Showing posts with label guan eng. Show all posts
Showing posts with label guan eng. Show all posts

Saturday, December 29

ALADDIN, DAVID COOPPERFIELD,ULTRAMAN GUAN ENG BETUL KE....?


Pulau Pinang dikatakan mencapai kejayaan besar dalam pembangunan sosioekonomi, malah menjadi satu visi dan misi kepemimpinan Pakatan Rakyat untuk mentransformasikan negeri ini bertaraf antarabangsa serta sebagai sebuah bandar raya pintar.

Wednesday, December 19

GUAN ENG SELAR MEDIA SEMUANYA BODOH?


Tidak bertanggungjawab! Itu rumusan boleh ditujukan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa media arus perdana memutar belit kenyataan seorang pemimpin parti itu mengenai bibit politik wang yang didakwa sudah bermula dalam DAP.

Tuduhannya kepada media itu mungkin bagi menutup isu berkenaan, malah Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga enggan mengakui wujud gejala sedemikian.

Sambil menuduh media tidak memahami isi perbahasan oleh perwakilan Selangor, Ng Suee Lim pada hari pertama Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 itu, Guan Eng turut mensasarkan kemarahannya kepada Barisan Nasional (BN).


Friday, August 10

KENAPA PENIAGA MELAYU DIHALAU, ALASAN JALAN SESAK?


Kerajaan negeri baru-baru ini telah mengambil langkah untuk menempatkan semula bazar Ramadan di sepanjang Jalan Penang dengan menyatakan kesesakan lalu lintas sebagai salah satu alasan utama.Peniaga yang terlibat akur kerana mereka mahu meneruskan perniagaan mereka tanpa masalah..

Jika kerajaan negeri DAP yang sememangnya RASIS dalam hal ini patut bertindak sama rata dan adil . Jika benar-benar serius dalam menangani isu kesesakan jalan ini, langkah segera yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini ialah di kawasan-kawasan berikut yang mendapat pemerhatian MKP sebagai kawasan yang mengalami masalah kesesakan:

Semua jalan di mana terdapat sekolah terutama sewaktu tamat sesi persekolahan;

Jalan Burma di hadapan Kedai Biskut Him Heang yang terkenal di mana penduduk tempatan dan pelancong meletak kenderaan mereka secara tidak teratur untuk ke kedai tersebut;

Jalan Burma di hadapan kedai makan terletak jauh sedikit dari kedai Him Heang di mana orang ramai berhenti untuk membeli makanan;

Di Fettes Park di bahagian hadapan kedai makan;

Di Jalan Penang dan Lorong Keng Kwee berdekatan kedai cendol Jalan Penang;

Jalan utama di mana terdapat pentas opera, sesetengah jalan tidak dapat dilalui sepenuhnya terutama sekali ketika Perayaan Hantu Lapar;

Jalan utama di seluruh negeri Pulau Pinang di mana terdapat gerai makan sementara yang didirikan semasa Perayaan Nine Emperor;

Jalan di kawasan Little India sebelum Deepavali di mana khemah didirikan menjadikan jalan sempit dan hampir tidak dapat dilalui;

Jalan Masjid Kapitan Keling pada waktu malam di mana ramai orang mengunjungi gerai nasi kandar meletak kereta dan motosikal secara tidak teratur ketika solat Jumaat dan tarawih dan mereka yang berhenti di hadapan kedai tukaran wang;

Meletak kenderaan secara tidak teratur di hadapan mahkamah di Lebuh Light di mana kereta boleh dilihat diletakkan di atas garisan kuning, kaki lima jalan dan juga di hadapan sekolah.

Melainkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang ada, pulau ini akan menjadi tempat yang tidak lagi sesuai untuk didiami.

MKP Ayat Sempoi : Patutnya Semua diberi keadilan yang saksama peniaga terpilih didahulukan oleh DAP......Kata RASIS DEPA MENGAMUK PULAK>>>

Friday, August 3

RM1.8 Juta Untuk Ini Ke?


Apa kes sampai boleh bagi sampai macam tue?So Guan Eng akan berdiam diri atau menyalahkan orang lain dalam kes ini?Jawapan yang MKP boleh agak ialah ini adalah konsprasi KITA untuk menjatuhkanya serta mengaibkan beliau dengan tomahan?LU memang lidah bewak la Guan Eng?
Parti KITA hari ini meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan berhubung kemampuan seorang bekas kakitangan pejabat beliau memiliki sebuah rumah mewah di Jalan Chemor, Georgetown, Pulau Pinang.

Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai staf pejabat Ketua Menteri.

"Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan meminta izin beliau untuk mendedahkannya.

"Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita di pejabat KITA Sungai Petani di sini.
"Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri.

"Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA

Sunday, June 17

GUAN ENG KECUT TELOQ DENGAN KEHADIRAN 40RIBU PENYOKONG BN?


Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengamalkan dasar memilih kaum dalam usahanya untuk membasmi kemiskinan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan kerajaan pimpinan BN adalah kepada semua kaum yang layak dan mereka yang memerlukan.

Katanya dakwaan dan tohmahan pembangkang kononnya BN hanya mementingkan kebajikan orang Melayu adalah satu pembohongan dan fitnah semata-mata kerana semua kaum di negara ini telah menikmati pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan pusat.

"Kalau BN hanya untuk orang Melayu, hanya bantu orang Melayu sudah lama orang Melayu jadi jutawan. Di Pulau Pinang, masih lagi terdapat orang Melayu yang memerlukan bantuan, begitu juga kaum Cina dan India.

"Kita (BN) bela semua kaum yang ada. Dasar kerajaan untuk membantu bumiputera bukan kerana dia Melayu, tetapi kerana miskin. Begitu juga kaum lain," katanya semasa berucap di majlis semarak kasih rakyat di Taman Tanjung Aman, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata semua kaum mempunyai hak yang sama dalam menikmati setiap bantuan termasuk bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

"Kita juga membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah Cina...semua orang berhak mendapat pendidikan, sebagai Menteri Pelajaran, saya pastikan semua rakyat di negara ini mendapat pelajaran sewajarnya," kata beliau.

Katanya kerajaan tidak akan berhenti untuk menyalurkan bantuan kepada setiap rakyatnya walaupun sesebuah negeri itu terletak di bawah pimpinan pakatan pembangkang.

"Pembangkang hanya minat mempolitikkan isu sahaja dan tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, mereka hanya auta sahaja," katanya.Pada majlis itu,

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kawasan Bagan untuk pembangunan di kawasan itu.Lebih 40,000 orang membanjiri majlis anjuran BN negeri di kawasan yang diwakili oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan ENG. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, June 15

GUAN ENG TIPU RAKYAT LAGI ! PROJEK RM62 JUTA DIBERIKAN SECARA RUNDINGAN TERUS “DIRECT NEGO”


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menipu rakyat Pulau Pinang disebalik slogan CAT (Cekap, Telus & Akauntabiliti) dengan projek apabila menganugerahkan projek “Cadangan Reka & Bina Sebuah kilang 1 Tingkat Dan Pejabat 2 Tingkat Di Plot 306, Taman Perindustrian Batu kawan Untuk Penang Development Corporation Dan Kegunaan Malaysian Automotive Lighting Sdn. Bhd” (No. kontrak: PPP/TE 14/2012) secara rundingan terus atau “direct nego”. 

Projek yang bernilai RM62,000,000.00 ini telah dianugerahkan kepada DAYA CMT SDN. BHD. pada 19 mac 2012 yang lalu dan mesyuarat permulaan atau kick-off meeting yang diadakan pada 26 Mac 2012 yang lalu. Melihat kepada nilai sebanyak RM62,000,000.00 sudah tentu ramai yang kurang yakin atau percaya. Oleh yang demikian bukti pertama ialah berdasarkan carian maklumat keputusan tender-tender di dalam laman web rasmi PDC (sehingga 14 jun 2012) juga didapati tiada maklumat berkenaan kontrak bernombor PPP/TE 14/2012. Tidak cukup dengan itu, bersama ini juga dilampirkan minit mesyuarat kick-off meeting dan maklumat syarikat DAYA CMT SDN. BHD. yang diambil daripada laman web CIDB. (Sila rujuk lampiran)



Kita semua sedia maklum ini bukanlah kali pertama Lim Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang tentang penganugerahan tender secara “direct nego”. Kali ini nilainya adalah sangat besar dan rakyat berhak mendapatkan penjelasan dan mengetahui kebenaran. Kita boleh agak apabila isu ini dibangkitkan kepada pengetahuan rakyat, seperti biasa Lim Guan Eng akan mengatakan bahawa tawaran yang dikemukan oleh syarikat DAYA CMT SDN. BHD adalah sangat kompetetif dan berpatutan (comparetative & reasonable price).

Maka beberapa hari kemudiannya akan terciptalah beberapa dokumen dan nama-nama syarikat yang kononnya turut serta membida tetapi harga yang ditawarkkan adalah terlalu tinggi. Mencipta dokumen, membohongi rakyat dan menunding jari kepada pihak yang cuba menegakkan kebenaran bukanlah perkara baru bagi Lim Guan Eng. Sudah beberapa kali Lim Guan Eng besandiwara sedemikian dan janganlah terkejut untuk isu kali ini pun Lim Guan Eng akan menggunakan strategi yang sama.

Apapun isu utamanya ialah sejumlah RM62,000,000.00 wang rakyat Pulau Pinang digunakan sewenang-wenangnya oleh Lim Guan Eng untuk mengenyangkan kroni-kroni beliau dan suku sakat kafir DAP melalui penganugerahan tender secara rundingan terus. Tindakan pemimpin kuku besi yang keji, rakus dan biadap ini dibuat tanpa rasa bersalah dan berdosa terhadap rakyat Pulau Pinang.

Paling mengejutkan ialah berdasarkan maklumat daripada Jurutera Perunding bebas, dianggarkan kos sebenar untuk pembinaan kilang 2 tingkat ini hanyalah sekitar RM25,000,000.00 ke RM30,000,000.00 sahaja. Ini kerana skop kerja pembinaan kilang ini hanyalah melibatkan kerja-kerja pembinaan (sivil) dan kemudahan infrastruktur asas (mekanikal & elektrikal) serta tidak melibatkan sebarang pembelian jentera atau mesin untuk operasi kilang.

Jika kos yang dianggarkan oleh Jurutera Perunding hanyalah sekitar  RM25,000,000.00 ke RM30,000,000.00 sahaja, kini timbul persoalan ke mana perginya baki sebanyak RM32,000,000.00 ke RM37,000,000.00 lagi? 
Menurut sumber dalaman Invest Penang, projek ini sebenarnya didalangi oleh Datuk Lee Kah Choon dan seorang lagi tali barut ialah Iskandar Basha Abdul Kadir iaitu Melayu munafik yang menjadi ahli seumur hidup DAP. Sudah semestinya juga yang memberikan kebenaran dan kelulusan untuk memberikan projek secara rundingan terus ini adalah Lim Guan Eng. Dalam merangka dan melaksanakan kerja-kerja jahat ini, Pengurus Besar PDC iaitu Dato’ Rosli Jaafar hanyalah bertindak sebagai “Pak Turut” atau “Boneka” sahaja yang tidak mampu berbuat apa-apa. Di atas kertas Dato’ Rosli Jaafar adalah Pengurus Besar tetapi hakikatnya yang lebih berkuasa di Ibupejabat PDC di Bayan Baru sekarang adalah Iskandar Basha Abdul Kadir.

Iskandar Basha Abdul Kadir.

Strategi keji dan jahat Lim Guan Eng di dalam PDC bermatlamat membunuh kerjaya semua professional Melayu yang berjawatan tinggi di dalam PDC dan menggantikan dengan bangsa Cina dan Melayu DAP. Ini jelas terbukti apabila hampir semua jawatan Ketua Pegawai Eksekutif / CEO anak-anak syarikat milik PDC yang dahulunya disandang oleh orang-orang Melayu kini disandang oleh orang Cina dan Melayu DAP. Antara CEO Melayu yang menjadi mangsa pembunuhan kerjaya atau “career assassination” yang dilakukan oleh Lim Guan Eng adalah Osman Kalahan (PDC Properties S/B), Sabarul Aswadi (PDC Setia Urus S/B), Abdul Malik (PDC Telecommunication S/B), Ar. Khairil Hafizi (PDC Consultancy S/B) dan beberapa orang lagi.  
   
Ini hanyalah sebahagian kecil pendedahan projek-projek mega yang diberikan kepada kroni-kroni. Entah berapa banyak lagi penganugerahan projek-projek mega dan tender-tender bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan secara terus hanya Lim Guan Eng sahaja yang tahu... Begitu juga dengan strategi jahat yang sangat licik dalam membunuh kerjaya professional Melayu di dalam PDC dan pelan terancang Lim Guan Eng dan kafir DAP untuk memastikan kekayaan di dalam PDC menjadi milik mutlak Lim Guan Eng, kafir DAP dan kroni-kroni mereka.

Justeru itu, rakyat Pulau Pinang harus bangkit menentang pemimpin hipokrit, diktator dan kuku besi yang bernama Lim Guan Eng dan memastikan bahawa dalam pilihanraya akan datang Lim Guan Eng dan parti kafir DAP serta penyangak-penyagak lain di kalangan Pakatan Rakyat dinyahkan dari bumi Pulau Pinang. 

Monday, June 11

PENJELASAN KENAPA SAMAN UMNO DITOLAK?


Kes saman fitnah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng DAP telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Sebaik sahaja laporan berita ini dikeluarkan, media alternatif pro-pembangkang terus mencanang-canangkan laporan tersebut mengikut intrepritasi sendiri tanpa memahami prosiding kepada pembatalan oleh Mahkamah Tinggi itu.

Penjelasan perlu supaya tidak ada yang keliru dan membuat andaian sendiri yang menampakkan kurang cerdik masing-masing. Tambahan pula, media pro-pembangkang memang terkenal dengan pembohongan dan putar belit mereka. Satu perkara yang sangat penting ialah pembatalan kes saman itu tidak ada kena mengena dengan ketidakbenaran bukti-bukti yang berada di tangan Dato' Zainal Abidin, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang.

Bukti-bukti belum lagi dibawa dan dibentangkan di dalam mahkamah. Perkara (4) dan (5) sangat penting untuk supaya rakyat tidak keliru dengan kemungkinan media parti pembangkang akan memutarbelitkan keputusan mahkamah tersebut dengan mendakwa 'Lim Guan Eng didapati tidak bersalah'.

Apa yang berlaku di kamar Hakim Mahkamah Tinggi hari ini ialah pembatalan kes (case dismissal) adalah disebabkan technical ground iaitu tidak mempunyai locus standi.

Definasi locus standi
In law, locus standi means the right to bring an action, to be heard in court, or to address the Court on a matter before it. Locus standi is the ability of a party to demonstrate to the court sufficient connection to and harm from the law or action challenged to support that party’s participation in the case. 
Maksudnya ialah Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang yang juga Majlis Tertinggi UMNO perlukan penyertaan penjawat jawatan dalam UMNO yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

Kata mudah. Lim Guan Eng DAP dan media pro-pembangkang masih tidak boleh bertepuk tangan keriangan dengan beranggapan kes saman ini telah selesai.Nama Lim Guan Eng DAP sepatutnya masih belum bersih lagi daripada bukti-bukti yang tidak sempat dibawa ke dalam mahkamah.

Malah, Lim Guan Eng DAP sepatutnya bertambah resah, gelisah dan murung kerana office bearers UMNO itu sendiri boleh membuka fail kes saman yang baru serta meneruskan prosiding mahkamah.Kepimpinan tertinggi UMNO tidak membiarkan sahaja kes ini tanpa dibuka fail saman yang baru kerana implikasi yang sangat buruk terhadap parti UMNO itu sendiri.

Dan yang paling penting juga ialah pembatalan kes saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu jelas menunjukkan pembohongan kepimpinan parti pembangkang yang mendakwa sistem perundangan dan kehakiman negara tidak telus dan dikawal oleh BN.

Friday, June 1

GUAN ENG BAKAL DILONDEHKAN KALI KEDUA?


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengharapkan debat kali kedua bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 8 Julai ini akan dapat membongkar kelemahan Pakatan Rakyat.
Soi Lek berkata perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris itu nanti adalah peluang keemasan kepada rakyat membuat penilaian yang sebenarnya DAP adalah parti politik putar belit.

“Saya setuju berdebat kali ini kerana ia memberi peluang untuk mendedahkan pembohongan DAP dan selalu memutar belitkan keadaan termasuk mengadakan publisiti bagi mempengaruhi pengundi khususnya daripada kaum Tiong Hwa.

“Saya berharap rakyat dapat menilai peranan MCA dalam pembangunan negara semenjak dahulu sebelum mencapai kemerdekaan dan bukannya menyalahkan Barisan Nasional sepenuhnya seperti hujah DAP dalam debat sebelum ini,” katanya.

Soi Lek selain itu berkata MCA bekerjasama dengan parti komponen untuk memastikan rakyat terus memilih BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya, rakyat tidak seharusnya dibiarkan tertipu oleh PAS dan perlu menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membolehkan transformasi mencapai kejayaan.

Untuk rekod, debat pertama lalu diadakan dalam bahasa Mandarin, Guan Eng itu dikatakan gagal menjawap persoalan yang dibangkitkan.

Justeru perdebatan kali ini, Soi Lek berharap Guan Eng tidak berdolak-dalik dalam memberikan jawpaannya.

“Saya berharap debat kali ini tidak seperti yang pertama kali diadakan dan kita mahu ia diperdebatkan dengan baik memberikan alas an menolak memberikan jawapannya. Selepas itu biar rakyat yang menentukan isi kandungannya,” katanya.

Wednesday, May 23

SKANDAL NENEN GUAN ENG PULAK?



Dah lama MKP simpan gambaq nie,,,,Lambat sangat depa bagi respon der....tunggu punya tunggu akhirnya keluar jugak la kes nie...Bukan MKP dok buat cerita tapi ada satu portal yang mulakan dulu letih la  MKP dapat surat cinta dari pihak penguatkuasa dan lain-lain...hampa baca la kat bawah nie

So much has been written about the sweet-looking lady whom Lim Guan Eng discarded like a used tissue paper after his love affair with her that went wrong. Some of the things said are true, some not so true.

Stop The Lies has been receiving more updates and tip-off since the story came out. The tips, much to our surprise, also came from the DAP. We have also been told of inaccuracy in our reports.

For one, her name is not Chai Hong but Ng Phaik Kheng, pronounced as Huang Bi Hong in Mandarin. But yes, she is as attractive in real life as she is in her photo.

But we were not entirely wrong. Yes, she was also known by her nickname “Chai Hong” which means “Rainbow”.

Well, Stop The Lies is right as she brought colour into Guan Eng’s life although she did not find the pot of gold she was looking for. The lady was a graduate teacher in a Chinese school in Green Lane, Penang when she started getting active in Gerakan. This was sometime in the 1990s.

Her assets were her beauty, her voice and her linguistic ability, speaking good Mandarin, English and Bahasa Malaysia and was quickly the emcee of choice at Gerakan events.

By 2000, she was so popular in the party that she was the emcee at the National Delegates Convention that was held in Penang. It all went to her head.

She demanded to be made a councillor and after 2004, she lobbied for the political secretary post to Koh Tsu Koon. But Koh is a nerd and softie, with no eye for sweet young things. He’s a lembek, after all.

To cut a long story short, she did not get the posts. She has been described as a social climber who knew how to get her way with big shots but that got her nowhere until the tsunami election.

She jumped ship after 2008 and applied for a job with the DAP government. Not only did she get the job but was made one of the 20 special officers in Guan Eng’s office.

Yes, you read it right, Chief Minister Lim Guan Eng has 20 special officers! By then she had completed her Masters degree at USM and immediately made an impression on Guan Eng.

She was in the big team that went to Sarawak for the state election. There she impressed him even more with emcee skills and fawning behaviour.

The word is that she melted his heart. Who can blame him? She was tall, had lovely skin, a great smile and a shapely figure as you can see in the photo that she took with Guan Eng on the day she joined his office. She also had an outgoing personality and was eager to please.

The rest is as you have read in Stop The Lies. Mrs CM got to know of the vibes between the two and put a stop to it. That was how he landed up with a plaster over his forehead and Rainbow girl ended up with a broken heart. She lost her job and has gone back to teaching, mending her broken heart.

Guan Eng may think the Chinese in Penang is solidly behind him but for sure, she won’t get Chai Hong’s vote. She may even exposed him!Sumber

MKP Ayat Sempoi : Guan ENg kantoi dalam office dengan betty chew(bini dia) siap kena baling dengan fail sampai luka kat dahi,,,,Tak sangka Guan Eng pun takut bini macam gua heeeeeeee.


Monday, May 7

LIM GUAN ENG KENA "WARNING" DENGAN WARTAWAN?


Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan 40 wakil rakyat dikejutkan dengan kehadiran wartawan yang membawa kepingan kertas kuning menyatakan pendirian mereka terhadap kebebasan akhbar.Manakala terdapat mesej peringatan bersifat umum yang disasarkan kepada individu tertentu termasuk Lim dilekatkan pada panel kayu dihadapan lobi utama Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lim dikenali sebagai pemimpin yang sering mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar digesa tidak mengharamkan penglibatan sesetengah media selain membenarkan wartawan Utusan Malaysia membuat liputan DUN bermula hari ini sehingga 15 Mei nanti.

Mesej-mesej itu antara lain mencadangkan Lim, "tidak mengadakan sidang akhbar yang terlalu banyak setiap hari" dan "tidak terlalu rajin dan digalakkan berehat".

Lim juga diberitahu dalam mesej tersebut agar tidak sentiasa menyalahkan media apabila berita tentang majlis-majlis tertentu tidak disiarkan.Malah terdapat juga mesej yang menyatakan bahawa ahli parlimen itu sering lambat menghadiri beberapa acara.

"Ketua Menteri ini biasanya tidak memberi jawapan yang lurus dan sebaliknya menyalahkan media arus perdana dan wartawan," memetik satu mesej.Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman turut ditegur kerana "sukar untuk didekati" oleh media termasuk sukar untuk mendapatkan komen mengenai isu-isu semasa.

Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim aka Malik Itik pula dikatakan "mesra dan mudah didekati" tetapi sering tiba lewat ke majlis-majlis.

Wakil DAP Sungai Pinang, Koid Teng Guan telah diberitahu agar lebih kerap turun padang di kawasannya manakala Koay Teng Hai (Pulau Tikus-DAP) telah dikritik kerana hanya menjemput akhbar Cina pada majlis tertentu.

"Layanan sama kepada media, menghormati estet keempat, dan tiada keganasan terhadap wartawan" antara beberapa mesej lain yang dipaparkan di dinding dan menjadi perhatian orang ramai yang hadir ke Dewan.

Friday, April 20

DAP TOLAK PTPTN,TANYA GUAN ENG KALAU TAK PECAYA?


DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri. Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan. Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.BERUANG BIRU....

Tuesday, March 27

GUAN ENG MEROYAN DI PARLIMEN?

Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatan oleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata tindakan Lim (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaan bagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas, bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa Lim menjadi Ketua Menteri pada 2008.

"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab saya masih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada 2008, antara kritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusan tertinggi Petronas.

"YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji," katanya kepada satu pertanyaan Lim semasa sesi soal jawab.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.

Nor Mohamed berkata Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusi jaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara," katanya.

Nor Mohamed berkata pemindahan pengetahuan antara negara asal dan negara destinasi akan menyumbang dalam peningkatan di bidang sains, teknologi dan rangkaian perniagaan mantap, seterusnya meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan asing kepada negara.

Beliau berkata fenomena migrasi modal insan tidak semestinya negatif tetapi mempunyai potensi positif terhadap sesebuah negara, khususnya dalam menarik pulang rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi serta membina jaringan pasaran sebagai saluran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan ditawarkan Malaysia di luar negara.

Katanya pelantikan Hassan sebagai Pengarah Conoco Philips di Amerika Syarikat dan sebagai ahli lembaga syarikat di Singapura adalah contoh yang baik bagi pengiktirafan modal insan Malaysia di luar negara selepas kejayaan dalam negara semasa beliau menerajui Petronas.

"Memahami keadaan dunia kini tanpa sempadan, kerajaan tidak kira mana negara sekalipun tidak dapat menghalang keinginan dan keupayaan seseorang untuk bermigrasi ke negara luar untuk sesuatu jawatan yang lebih baik," katanya.

Hassan, 57, telah berkhidmat selama 21 tahun di Petronas, menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas selama 15 tahun dari Februari 1995 hingga Mac 2010.

Nor Mohamed berkata bagi mengimbangi keadaan itu, kerajaan melalui Talent Corp telah mengadakan sesi membangunkan jaringan dengan masyarakat Malaysia di luar negara termasuk di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang antara lain membolehkan masyarakat Malaysia di luar negara memahami dengan lebih mendalam lagi usaha Talent Corp untuk memudah cara kepulangan kumpulan profesional ke Malaysia serta menjelaskan peluang pekerjaan yang ditawarkan negara menerusi projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Beliau berkata pengenalan "Returning Expert Programme" (REP), satu program yang dirangka untuk memudah cara kepulangan golongan profesional Malaysia, menerima respon yang amat menggalakkan, berdasarkan peningkatan bilangan profesional yang telah diberi kelulusan REP yang meningkat kepada 680 orang tahun lalu, berbanding 313 orang tahun sebelumnya.

Nor Mohamed berkata penubuhan Talent Corp merupakan satu daripada usaha untuk menghalang tindakan proaktif Singapura yang giat menawarkan biasiswa, derma dan bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang bertujuan menarik pelajar pintar Malaysia ke negara itu.

"Kita semua setuju bahawa kita harus mengambil tindakan yang sedaya upaya untuk memastikan bahawa talent yang wujud dalam negara kekal dalam negara kita dan talent yang sudah berhijrah kita akan cari kaedah untuk membawa mereka kembali ke Malaysia, dan jika tidak, kita harus menggunakan jaringan yang ada untuk kepentingan negara," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin). BERNAMA

MKP Ayat Sempoi ; Dah gila meroyan kot apek nie?

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, March 26

GUAN ENG SOKONG PELIWAT SEBAGAI PM MALAYSIA KE-7?


Nampak sangat Guan Eng memuji dan mengangkat Peliwat depan dan belakang menjadi PM ke-7 Malaysia.Itu pun jika Pakatan Haram menang pada PRU 13.Terbaru dalam temuramah di ABC Radio Australia.Mungkin dah terkena dengan pukauan keramat Anwar Ibrahim kot si Ahbeng Tunnel nie.Sampai melangit menjulang peliwat tegar nie.Ayat sempoi Guan Eng MKP sertakan dibawah:

 LAM:What about Anwar Ibrahim? He's the head of Keadilan, and also seen as the head of Pakatan Rakyat. Do you think the events of the last few years pertaining to his sexuality, and rumours, particularly on social media, do you think it's ruined the branding somewhat, of Pakatan Rakyat? 
Guan Eng:he is the leader of Pakatan Rakyat coalition. And we have said many times, that he will be the Prime Minister, if Pakatan Rakyat wins power. 

Bukti rakaman percakapan anatara Aminah Abdullah (Calon Bebas ADUN Penanti, Pulau Pinang) dengan dua orang wakil PKR yang cuba membelinya dan supaya menarik diri drpd bertanding. 


 Guan Eng :we'll make sure that the anti-corruption commission is independent of the Prime Minister. 
Apa motif Guan Eng bercakap sedemikian?Apa yang telah diwar-warkan oleh Guan Eng dimedia antarabangsa menampakkan beliau nie hanya mahu "Politic Millage".Akan tetapi banyak lagi kepincangan DAP perlu rakyat tahu.Lepas nie nak tengok pulak apa yang di dok kona pasal isu masjid bayan mutiara?

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng baru jadi CM Penang Kalau dapat Putrajaya ingat semua melayu kena jual? 

Monday, February 20

GUAN ENG DAH HILANG HORMAT PADA PENGUNDINYA?




tetapi apabila dibuka, ianya telah pun dipadam, buktinya,. lihat disini!


Dibawah ini adalah antara beberapa kenyataan Dari Lim Guan Eng


Gua dah banyak kali cakap kat penyokong Pakatan Rakyat nie,kaum cina menyokong Pakatan hanya kerana  mahukan perubahan kuasa, sebelum ini umum juga ketahui bahawa cina Gerakan & MCA masih dibawah kuasa BN yang mana kuasa penuhnya dari  UMNO. Peralihan kuasa bakal berlaku & negara bakal menghadapi malapetaka apabila melayu semakin berpecah belah. Kini Melayu berpecah kepada 4.DARAH SATRIA

Saturday, February 18

BERAPI : GUAN ENG LETAK JAWATAN ESOK?

Ketua Menteri paling malang Lim Guan Eng mungkin terpaksa bersara dari arena politik apabila cabarannya supaya UMNO membuktikan bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan.

UMNO negeri semalam mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.

"Ini sudah cukup membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana tiada ketelusan dalam pentadbirannya seperti slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT)," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Guan Eng semalam mencabar Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau juga sedia berbuat sama sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Zainal Abidin menambah, selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa penilaian terhadap tanah terbabit hanya dibuat pada 3 Oktober 2011, iaitu selepas tarikh tutup tender.

Jelasnya, selagi Guan Eng tidak memberi penerangan lengkap bagaimana proses tender itu dibuat, ia dilihat sebagai rundingan terus.

"Sampai hari ini, Guan Eng belum sebut berapa ramai pihak yang masuk tender, siapa yang menilainya dan siapa di dalam jawatankuasa pemilihan tender berkenaan.

"Maklumat yang kita dapat hanya dua syarikat yang membuat permohonan. Ini jarang berlaku dalam negara ini iaitu hanya dua syarikat masuk tender terbuka," ujarnya.

Malah menurut beliau, jawapan seumpama itu tidak wajar keluar daripada mulut seorang Ketua Menteri.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri. Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak,"katanya.

Sunday, November 13

Cakap Talak Selupa Bikin.Habuk Pun Tarak


"Kerajaan berjiwa rakyat’...ini antara billboard yang terpacak di tepi beberapa jalan utama di Pulau Pinang.
Ini mungkin sedikit sebanyak ‘perubahan’ yang nampak sejak kerajaan pimpinan Lim Guan Eng ambil alih pemerintahan negeri itu lebih tiga tahun lalu.
Cogankatanya sedap manakala gambarnya menunjukkan betapa caringnya kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.
Penanda arasnya mungkin pemberian RM100 kepada wargaemas yang pernah riuh satu ketika dulu.
Namun mengambil kira manifesto pakatan pembangkang yang janji bulan dan bintang menjelang pilihanraya umum Mac 2008... apa sangat ‘jiwa rakyat’ yang melimpah ruah di negeri itu.
Jangan tanya orang luar yang sekali sekala ke negeri itu. Ini kerana propaganda kerajaan negeri boleh mengelirukan mereka.
Mereka yang setiap hari pejam celik di negeri itu tentu dapat membuat penilaian apa bezanya dulu dan sekarang.
Ayat kasar orang Utara yang popular ‘habuk pun tarak’ mungkin dapat memberi kesimpulannya.
Tolak sebelah bab politik.Guna mata dan telinga lihat sekeliling baik di bahagian pulau atau di Seberang Perai negeri itu.
Antara fakta yang kerajaan Guan Eng tidak boleh nafi ialah ia tidak membina satu unit pun rumah murah di negeri itu sejak memerintah.
Hebat sungguh ‘jiwa rakyat’ kerajaan negeri sampai tidak terfikir nak bina satu unit pun rumah murah.
Ada yang kata berilah peluang kerana kerajaan Guan Eng baru lebih tiga tahun memerintah.
Beliau juga memerlukan tempoh lebih 50 tahun macam kerajaan Barisan Nasional dulu.
Itulah adat janji politik.
Soalnya bukankah dalam Buku Jingga mereka boleh buat macam-macam silap mata dalam tempoh 100 hari?
Jadi kita tidak boleh salahkan jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan anak jati Pulau Pinang mengingatkan rakyat negeri itu agar tidak keliru.
Beliau tidak mahu ibarat perumpamaan ‘lembu punya susu tapi sapi dapat nama’.
Katanya pada wartawan di Georgetown, Sabtu rakyat Pulau Pinang perlu 'buka mata' berhubung usaha berterusan kerajaan BN membawa pembangunan ke negeri ini menerusi pelbagai jenis pelaburan sama ada dari dalam (DDI) atau luar negara (FDI) walaupun negeri ini diperintah oleh kerajaan pembangkang.
Menurut beliau pendedahan itu juga penting bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya mahukan publisiti sedangkan kerja keras dilakukan pihak lain.
"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini, kita tidak mahu segelintir pihak yang hanya mahukan nama, atas usaha orang lain," katanya.
Faktanya di depan mata sekarang,Guan Eng pun tahu dan mereka yang pejam celik setiap hari di Pulau Pinang tahu segala yang tersergam di negeri itu adalah peninggalan dan usaha kerajaan negeri dahulu.
Sehingga takat ini secara mata kasar belum ada kelihatan sesuatu yang extra istimewa ataupun yang menusuk kalbu baik dari segi dasar dan pembangunan fisikal.
Kerajaan PR masuk ke Pulau Pinang dengan ‘karpet merah’.Memang senang hidup kalau bernasib baik begitu.
Sama juga halnya di negeri Selangor yang sudah maju ke depan sejak zaman pemerintahan BN lagi.
Pusing kiri ...pusing kanan.Guan Eng tidak harus berkecil hati jika ada yang gelar kerajaan negeri pimpinanya tidak lebih dari kerajaan poster dan sepanduk sahaja.Gempak lebih...habuk pun tarak.-Agendadaily

Sunday, October 23

Pulau Pinang Lubuk Maksiat.LGE/DAP Memerintah.


Pulau Pinang menjadi lubuk maksiat dan masaalah sosial dikalangan remaja dan belia jika ini tidak dikekang oleh pihak berkuasa ironinya Guan Eng dan DAP menyalahkan orang lain dan memburukkan JOhor dan menyatakan Negeri itu tidak selamat padahal Pulau Pinang dibawah pentadbiranya lebih dari itu dengan masaalah sosial dan pendatang asing mengambil tempat sebagai GRO dan lain-lain.Pihak polis telah melakukkan yang terbaik akan tetapi diselar oleh lidah bewak ini dengan mengambil kredit daripada usaha polis dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada pihak berkuasa.Apa yang dilihat disini seolah-olah DAP dan sekutu setuju membela dan membelai pihak pengusaha rumah urut serta kegiatan kurang bermmaruah ini untuk mendapatkan dana bagi melancarkan pentadbiran beliau.Umpama ayam jantan berkokok garang tetapi hakikatnya ekor penuh taik dan noda.


GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, di sini awal pagi Ahad dan menahan 21 orang wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Jurucakap polis berkata mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam Ops Noda yang bermula pukul 2.45 pagi.
Katanya, mereka terdiri daripada 15 warga China, Vietnam (5) dan seorang Kemboja.
"Mereka masuk menggunakan pas lawatan sosial, baru bekerja di pusat hiburan berkenaan dan dipercayai turut menawarkan khidmat seks," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an yang dipercayai 'pelindung' kepada wanita berkenaan.
"Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Timur Laut dan kes disiasat menurut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Gan Kok Meng ketika dihubungi berkata operasi seupama itu akan diteruskan. BERNAMA

Thursday, October 20

Nama Sebenar Wajah 3R.

Ternyata sepadai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua!!!!!!LGE sebenarnya telah termakan umpan yang dipasang oleh blogger Pro BN yang hanya meletakkan gambaq orang lain bukanlah mangsa yang sebenar.Nak pecah lubang nama sebenar perempuan tersebut ialah seorang gadis warga Britain Anya Sun Corke,21 tahun yang tiada kena mengena dengan Penang ternyata Lim kit siang dan malam Lim Guan eng dan Ramas Lim serta sekutu dengannya yang paling best malaysiakini susan loong dan portal milik pembangkang telah kena libas maut punya.


Sejak bila pula pembangkang pandai bercakap soal moral,  tidak bertamadun serta mengutuk politik keji.Bukankah sebelum ini mereka boleh dianggap menjuarai politik seumpama itu seperti penyebaran gambar palsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya bersama wanita Mongolia, Altantuya Sharibu, serangan terhadap Datin Seri  Rosmah Mansor  dengan pelbagai kutukan dan sebagainya lagi yang boleh dilihat sebelum ini.


tindakan pembangkang yang sebelum ini terkenal mengherdik dan mencerca kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan apa jua perkara yang boleh dijadikan bahan.Dan masih ingatkah kita pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dahulu apabila calon BN, Rohaizat Othman diserang dengan pelbagai berita yang tidak munasabah termasuk bahawa beliau mempunyai  isteri lain dan pecah amanah serta pelbagai dakwaan lain.


Namun bila terkena batang hidung sendiri serangan sedemikian rupa, mereka dilihat mula menggelabah dan menjadi tidak tentu arah serta pandai pula menyifatkan perkara sedemikian rupa menjijikkan.Pada waktu dan saat mereka mempunyai peluang sedemikian rupa, apakah mereka tidak terfikir apa yang diungkapkan hari ini. Saya tidak kata kontroversi yang menimpa Lim Guan Eng hari ini betul atau tidak, namun menyerlahkan pembangkang  juga rupa-rupanya  mempunyai perasaan


Hari ini mungkin hari kita namun esok dan lusa belum tentu lagi akan berpihak kepada kita atau sebaliknya. Jadi janganlah kita sewenang-wenangnya membuat pelbagai tuduhan kepada pihak lain kerana satu hari nanti kerana mungkin benda yang sama akan menimpa kita.

Wednesday, October 19

Ketua Pemuda Umno Penang Suruh Guan Eng Jawap.



Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin berkata walaupun perkara ini tiada bukti sahih namun selaku Ketua Menteri, Guan Eng perlu menjawab isu ini demi memulihkan imejnya.Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lagi.


sebelum ini Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.“Guan Eng harus menjawab adakah benar anaknya telah ditukarkan sekolah dan mengapa?


Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Penjelasan perlu dibuat dan jangan menuding jari kepada UMNO apabila isu ini tersebar kerana yang pasti UMNO tidak ada kena mengena. Bukan UMNO yang mengarahkan anaknya mencabul.Sekiranya Guan Eng enggan memberikan sebarang penjelasan dan terus mengelak tambahnya  masyarakat akan menganggap bahawa dakwaan tersebut adalah benar.


Perkara ini melibatkan soal moral dan maruah diri. Saya amat risau mengenai perkara ini kerana sekiranya benar, Guan dilihat telah menggunakan duit untuk menyelesaikan masalah dan mungkin, saya kata mungkin ini bukan pertama kali dia menggunakan cara ini untuk menyelesaikan sebarang masalah.


Ekoran kejadian tersebut, dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Cina Heng Eee dikatakan telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier’s Institution.Anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun baru-baru ini didakwa telah meramas payudara rakan sekelasnya.
Guan Eng pula didakwa telah membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada keluarga mangsa sebagai bayaran menutup mulut.
Namun, sehingga kini masih tiada sebarang bukti mengenai dakwaan ini. Guan Eng yang terus didesak oleh wartawan untuk mejawab kontroversi ini terus mengelak dari memberikan sebarang jawapan.
Semalam, dalam sidang medianya, Guan Eng menjelaskan dia tidak perlu menjawab semua provokasi yang ditimbulkan oleh UMNO kerana dia mempunyai tanggungjawab yang lebih penting daripada melayan isu remeh ini. 





Mengata Dulang Paku Serpih:




Lim Guan Eng pernah menghina kerajaan Johor dengan memfitnah kononnya kadar jenayah di Johor lebih tinggi dari negeri di mana ia mentadbir iaitu Pulau Pinang. Niat sebenarnya ialah untuk meraih perhatian pelabur asing kerana selama ini, ia gagal untuk menunjukkan pencapaian sebagai Ketua Menteri berbanding kepetahannya ketika berhujah. 


Kepetahannya berhujah umpama 'Cakap Tak Serupa Bikin' namun akhirnya ia terperangkan dengan kelancangannya sendiri apabila bicaranya menjadi 'Mengata Dulang Paku Serpih' pula.


Kuasa Allah SWT, ditakdirkan tidak lama setelah ia memburuk-burukkan negeri Johor, tertangkap pula sindiket penipuan antarabangsa yang mencecah RM2billion nilainya.Suatu ketika dahulu, dengan bongkaknya Nik Aziz menabalkan Lim Guan Eng seumpama khalifah umat Islam di zaman RasulullahSAW. Hari ini, kita mendapat berita betapa anak lelakinya telah meraba tetek seorang perempuan muda.


Mungkin bagi Nik Aziz ini adalah perkara biasa kerana Lim Guan Eng adalah seorang kafir walaupun disanjung seumpama khalifah Islam dizaman Rasulullah SAW.Allah SAW maha berkuasa,setiap yang batil pasti akan ditunjukkan pengajaran olehnya agar menjadi panduan kepada mereka yang masih beriman dari kalangan pengikut PAS terutamanya yang masih beragama Islam.Marilah kita semua ambil iktibar dari petunjuk yang telah dipertontonkan oleh yang maha kuasa agar kita berhenti dari menyokong kebatilan. 


Janganlah kita terlalu degil sebagaimana umat terdahulu, umat Nabi LuthAS umpamanya.Seandainya berita tersebut adalah fitnah, mengapa Lim Guan Eng tidak menyaman pihak yang menerbitkan kenyataan berkaitan ? Pastinya keranaLim Guan Eng tahu akan kebenarannya malahan baginya, isu moral bukan faktor untuk Pakatan Rakyat tidak diterima oleh umat Islam kerana Anwar lebih hebat di dalam isu keruntuhan moral berbanding anaknya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive