Sunday, January 15

@NajibRazak MKP Merayu Siasat Pekara Nie!!!

Ibu tunggal ini telah mendapat pembelaan hasil dari usaha En David diBayan Baru.


Baru-baru ini sesuatu yang agak mengejutkan telah berlaku apabila En. David telah ditamatkan perkhidmatannya setelah beliau bersungguh-sungguh berkhidmat untuk masyarakat di Parlimen Bayan Baru. Sebagai salah seorang yang mengenali beliau didalam alam maya dan agak rapat bertanyakan masalah penduduk Bayan Baru, saya secara peribadi agak terkilan dengan pemecatan beliau. Kenapa seorang wakil dari parti komponen Barisan Nasional yang menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh telah di pecat ?



Saya secara peribadi telah membuat panggilan telefon kepada beliau bertanyakan hal ini . Maklumat yang saya peroleh agak serius dan semacam ada unsur sabotaj sedang berlaku . Lebih mengejutkan terdapat penglibatan orang dari dalam komponen BN sendiri yang sedang melakukan sabotaj ini. Saya tidak pasti samada hal ini benar atau tidak tetap saya amat berharap apa yang akan diceritakan selepas ini mendapat perhatian kepimpinan tertinggi BN dan siasatan secara serius perlu dilakukan.




Seperti yang telah saya jelaskan di atas En. David ialah Penyelaras BN di Parlimen Bayan Baru dengan sokongan MCA. Penamatan tugas beliau berpunca apabila pemimpin MCA Bayan Baru mempunyai perbezaan pendapat dengan beliau khususnya dalam soal pemberian bantuan kepada kaum Melayu dan India. Saya juga dimaklumkan En. David telah diarahkan untuk tidak terlibat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak disukai oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini. Tindakan pemimpin MCA Bayan Baru ini seolah-olah cuba menjauhkan rakyat dengan BN. Tugas En. David ialah Penyelaras BN Bayan Baru dimana skop tugasnya tidak terhad kepada golongan-golongan tertentu sahaja. 





Walau bagaimanapun sebagai seorang pemimpin masyarakat yang hatinya dekat dengan rakyat, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini tidak di endahkan beliau. En. David terus berkhidmat dengan rakyat, walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan kepada beliau oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini. Puncaknya pada bulan November 2011, tugas beliau sebagai Penyelaras BN Bayan Baru telah ditamatkan dan digantikan dengan orang lain. Alasan-alasan pemecatan yang diberikan oleh Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang dan Ketua Bahagian MCA Bayan Baru adalah seperti berikut :

1. Tidak melakukan kerja dan berkhidmat dengan masyarakat.
2. Hanya membantu kaum Melayu dan India
3. Tidak bekerjasama dengan Ketua Bahagian
4. Melakukan sabotaj pada parti.


Jika dilihat alasan-alasan diatas, saya berani katakan ianya tidak berasas langsung . Saya sebagai rakan facebook En. David Yim Boon Leong nampak segala usaha beliau membantu rakyat di Parlimen Bayan Baru, malah sehingga kini walaupun tiada lagi gaji yang diterima setelah ditamat perkhidmatan pada akhir November 2011.  Kita juga dapat melihat komunikasi masyarakat di Bayan Baru yang memberi sokongan pada beliau di laman facebook beliau.KLIK DISINI UNTUK FB DAVID DAN twitterdavidyimbleong .





No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive