Sunday, July 31

PMRAM telah diharamkan di MESIR,HARAKAH CUBA PUTAR-BELITKAN FAKTA.



Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah satu persatuan yang telah lama sejak sebelum merdeka lagi... perjuangan dan pengorbanan Ahli PMRAM ini sangat dihargai dan jasanya sudah semesti dikenang sampai bila2.. TAPI !!! itu dulu...

Perjuangan PMRAM hari ini semakin lama semakin hanyut dibuai mimpi indah gara-gara sebilangan besar ahlinya terlalu ekstrem menceburi POLITIK MALAYSIA... Penentangan kepada kerajaan sudah menjadi perkara yang sinonim dengan perbuatan dikalangan ahli-ahli mereka ini... sepatutnya mereka di sini belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dengan lebih cemerlang... dan sepatutnya mereka lebih berasa bangga kerana mereka kebanyakannya merupakan mahasiswa pengajian islam di univesiti al ahzar...

Sejak perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di dataran hayyur assir(penempatan rumah negeri terengganu) pelbagai peristiwa yang berlaku dikalangan mahasiswa dan juga kepada pegawai kedutaan besar malaysia dan Pegawai HEP negeri-negeri yang ada disini...

Pembuangan Firdauz(presiden SUARA) yang merupakan pelajar darul ifta menjadi isu pertama paling hangat sejak BERSIH 2.0 dilakukan oleh mereka... firdauz merupakan pelajar tahun akhir di darul ifta. semasa "meeting" di kedutaan besar malaysia bersama dato duta, beliau telah menceritakan beberapa perkara yang sebenarnya telah berlaku... DARUL IFTA adalah satu univesiti yang melahirkan MUFTI2 agama... Univesiti darul ifta ini tidak sewenangnya untuk membuang pelajar dari pengajian kerana iainya dibawah mufti MESIR... pihak kedutaan hanya memberikan penjelasan kepada pihak DARUL IFTA di atas penglibatan pelajar berkenaan di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negera mesir...

Perkara ini telah dibesar-besarkan oleh HARAKAH di malaysia dengan memainkan isu "bakal mufti di buang atas arahan Kedutaan malaysia di kaherah" ... perkara ini adalah satu fitnah jahat yang dilakukan oleh HARAKAH... kerana pembuangan pelajar berkenaan bukanlah arahan daripada KEDUTAAN tetapi adalah arahan dari MUFTI MESIR sendiri... kerana mufti mesir juga melarang sama sekali perhimpunan atau demontrasi dilakukan oleh pelajar bagi menentang kerajaan..

Sejak kejadian tersebut, ahli2 PMRAM dan beberapa persatuan negeri telah membuat sholat dan doa laknat kepada kesemua pegawai kedutaan di kaherah bertempat di hayyur assir... semasa kedatangan menteri di pejabat perdana menteri dato jamil khir melakukan kerja di kaherah, pelajar2 ini sekali lagi membuat demontrasi untuk menyerahkan memorendum kepada beliau.( masa ini dilakukan di rumah Wilayah Persekutuan) perkara ini sungguh menjelikkan kerana mereka tidak menghormati kedatangan MENTERI di bumi kaherah...

perkara ini telah dipanjangkan ke pihak univesiti kaherah untuk diberikan maklumat...Syeikh Al-Azhar telah membuat satu perjumpaan dengan semua ketua2 pertubuhan dan persatuan negeri dipejabatnya di al azhar... amat menduka citakan bahawa, Syeikh Al Azhar telah menerima satu surat rasmi daripada wakil mahasiswa yang ditandatangani oleh PRESIDEN PMRAM menyatakan mereka tidak perlu hadir dengan 3 perkara...( surat berkenaan ada dalam simpanan saya. dan saya akan mengeluarkan sekiranya saya dituduh memfitnah atas perkara ini) ... inilah perkara yang paling membuatkan orang no 1 al azhar berang dan terus berkata " saya mahu ketua persatuan yg tidak menghadiri pertemuan ini di buang dari pengajian termasuk yang mentandatangani surat ini(Pres PMRAM). -klip video juga ada pada simpanan pegawai EME-

Syeikh Al Azhar telah mengarahkan sendiri pihak kedutaan besar malaysia untuk menyerahkan nama-nama yang terlibat di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bagi diambil tindakkan untuk dibuang dari pengajian... perkara ini di minta sendiri oleh Syeikh Al Azhar dan bukannya dari pihak kedutaan.. disaksikan sendiri oleh 9 wakil pelajar yang hadir dipejabatnya termasuk wakil KELAB UMNO KAHERAH, IMAM (melaka) , N9 dan juga persatuan anak Sabah dan Kelantan. dan beberapa ayat lagi keluar daripada Syeikh Al Azhar iaitu " PMRAM harus diharamkan" dan " Sesiapa yang terlibat dengan persatuan PMRAM juga akan dibuang dari pengajian" ...

Ucapan Ramadhan Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Ucapan Ramadhan Tan Sri Muhyiddin Yassin

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan kepada semua pelawat di blog ini.

Doa MatKilau Penang mudahan kita semua mendapat rahmat dah hidayah dari Allah SWT di bulan yang mulia ini.

MatKilau Penang juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat posting atau kata kata yang menyinggung anda sepanjang saya berblogging.

Wassalam.

FADILAT SEMBAHYANG TERAWIH

MALAM 1
Rasulullah S.A.W bersabda: Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Gadis 19 tahun hampir diperkosa



BATU FERINGGHI – Helah seorang lelaki yang meminta bagi menunjukkan arah tandas hampir menyebabkan seorang gadis berusia 19 tahun diperkosa lelaki berhidung belang. 

Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Nani dari Teluk Bahang itu bekerja di sebuah hotel bajet di Batu Feringghi. 

Menceritakan kejadian itu, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu sebagai pelanggan tetap hotel di tempatnya bekerja. 

Menurutnya, lelaki berkenaan adalah seorang anggota berpakaian seragam. Malam kejadian, lelaki terbabit datang ke hotel itu dan meminta untuk menggunakan tandas hotel. 

“Saya kata kami tiada tandas, saya terpaksa layannya berbual memandangkan dia adalah pelanggan tetap kami, kemudian dia minta untuk gunakan tandas di dalam bilik hotel, saya terangkan itu hanya untuk pelanggan yang mendaftar masuk ke bilik sahaja. 

“Dia berkeras dengan mengatakan dirinya adalah pelanggan tetap, saya memberinya kunci bilik supaya dia boleh pergi sendiri, namun dia memberi alasan tidak tahu bilik mana satu dan mahu saya membukanya sendiri. 

“Dalam hati memang saya tidak mahu tetapi saya fikir positif, setibanya di bilik saya ditolak dari arah belakang,” katanya sambil terhenti-henti kerana sedih mengenangkan saat itu semula. 

Nani bertambah takut, tambahan lagi keadaan dalam bilik begitu gelap, ketika dia mahu keluar, lelaki terbabit yang agak tinggi awal-awal lagi sudah menghalangnya. 

“Saya menjerit dan cuba kuatkan kudrat, akhirnya saya lepas dan terus bergegas ke bilik bos saya, sementara lelaki itu boleh buat macam tiada apa-apa bila dia keluar. 

“Bos saya meminta penjelasan daripadanya namun dia berlalu begitu sahaja, keesokannya saya dan keluarga telah ke pejabat lelaki berkenaan dan memang di hadapan kami ketuanya mengaku yang anak buahnya ada cubaan untuk mengganggu saya. 

“Apa yang menjadi kemusykilan pada kami ialah setelah membuat laporan polis dan juga memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukti yang kami ingin kemukakan melalui Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dikatakan hilang secara tiba-tiba. 

“Alasannya mereka kata video rakaman hanya bertahan dalam satu hari lebih sahaja sedangkan kami sudah menontonnya dan ada rakaman yang tersimpan dari 22 Julai hingga 25 Julai 2011,” katanya. 

Sementara itu kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia dengan ahli keluarga tidak mengharapkan sebarang ganti rugi atau sebagainya, namun maruah keluarganya sudah tercalar. 

Seharusnya lelaki itu datang memohon maaf kepada mangsa dan ahli keluarga memandangkan berita khabar angin yang tidak baik sudah melanda mereka sekeluarga. 

“Ada ke patut mereka memberi adik saya RM500 sebagai ganti rugi, begitu mudah bagi pihak hotel dan juga pihak ketua lelaki hidung belang itu buat kami sebegini, bila kami tanya siapa yang berikan RM500 itu masing-masing tidak mengaku dan paling memalukan majikan adik saya menyuruhnya sedekahkan duit berkenaan ke masjid jika tidak mahu terima. 

“Itu duit halal atau haram? Tetapi dia mahu kami beri kepada masjid pula, sekarang kedua-dua sama ada hotel atau pihak majikan lelaki berkenaan semuanya hendak menjaga nama, nama baik adik saya siapa yang hendak jaga pula?,” katanya. 

Ketika berkunjung ke rumah mangsa, hampir 10 ahli keluarga turut berkumpul berkongsi rasa kecewa mereka terhadap tindakan majikan dan juga pihak majikan lelaki berkenaan. 


“Saya datang kerana bimbang jika mereka kata saksi keluarga tidak boleh digunakan memandangkan takut sebelah pihak saja, jadi saya orang luar dan mereka pula ialah orang di kampung saya, saya bertanggungjawab.

“Saya sendiri mendengar pengakuan daripada ketua lelaki berkenaan mengaku sendiri yang anak buahnya ada niat melakukan perbuatan tidak senonoh itu,” katanya.

Sementara itu Nani dalam keadaan kecewa berkata, dia telah berhenti daripada bekerja di hotel itu.

“Sekarang saya duduk di rumah sahaja kerana saya takut, saya tidak dapat bayangkan bagaimana kalau masa dia tolak saya itu saya jatuh atau pengsan, mungkin saya sudah jadi mangsa dia.

“Sekarang saya hanya mahu pembelaan ke atas diri saya, saya mahu dia minta maaf,” katanya.



Sumber sinar harian.

Saturday, July 30

Wanita Malaysia Beruntung,Penduduk Malaysia


Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 

Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97). 

MKP kata kaum lelaki malaysia perlu berhati-hati kerana lelaki sekarang ramai,bila dah ada yang berkenan tue cepatlah kahwin supaya tidak menjadi bujang terlajak. 

Pelakon Wayang Bershit DiCari.


Pelakon yang melakonkan watak mati hidup semula dicari bagi membantu siasatan Polis akan tetapi dinafikan oleh beliau.Memang sah beliau masih bernyawa dan sihat.lakonannya Malah beliau juga tidak menafikan bahawa wanita berpurdah seperti kelihatan pada video sebarang blogger Pro Pembangkang turut melakonkan watak tersebut. Pelan strategi ini kata beliau sengaja dirancang bagi menyampaikan mesej kekejaman Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak terhdp masyarakat Malaysia yg kononnya menuntut keadilan. Beliau berkata individu yg mengupah beliau diperakui ada kaitan dgn Anwar Ibrahim sbg tindakan mbalas dendam thadap penyebaran Video Seks Ketua Pembangkang tersebut. Shuhardi akan tampil memberi keterang dan kerjasama dgn pihak Polis." Ini yang sepatutnya disebut Shuhardi. Tak perlulah hendak pusing dan pusing menghasut, mengelirukan serta memperbodohkan rakyat. Apa lagi yg telus sgt Pembangkang pimpinan Anwar ini? Jikalau ada yg masih menyokong Anjing2 Negara kita pimpinan Anwar, anda tlh memusnahkan Agama, Bangsa dan Negara. Ingat. Lakonan ini tlh menipu segenap rakyat Malaysia. Institusi Polis terus dipijak. Melayu CinDia cadangkan agar polis bercuti selama sehari. Baru mereka tahu samada betapa pentingnya polis yg mereka gelarkan sebagai Anjing. Dan yg. peliknya, dlm nak menipu rakyat tu, b'laku juga kematian kan? 'Kebetulan' kot. 

Pembangkan​g cadang aktif tapi UMNO mahu buat ibadah...



UMNO akan menumpukan ibadah sepanjang bulan Ramadan walaupun pembangkang dilaporkan akan mengiatkan aktiviti politik kerana beranggapan pilihanraya umum ke 13 semakin hampir. “Bulan puasa kita buat ibadahlah buat sumbangan bantu warga emas, orang miskin dan ibu tunggal. Pembangkang biasalah, dalam kepala mereka semua politik,” kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mengulas sama ada road show beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke setiap negeri akan ditangguhkan sepanjang bulan puasa yang bermula Isnin ini sedangkan pembangkang bercadang mengiatkan kempen mereka.
“Kita buat ibadah, bahagian-bahagian (UMNO) pun buat ibadah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, petang Jumaat.
Sementara itu menjawab soalan pemberita  sama ada warna merah akan jadi simbol BN berdepan pilihan raya akan datang, Najib berkata, UMNO memilih warna ikut kesesuaian.
“Kelantan dan Kedah pilih warna merah. Terengganu pernah pilih biru, terpulang,” katanya mengulas gelombang merah di Kelantan sebelum ini dan di Kedah sewaktu lawatan beliau ke negeri itu, Ahad.
Malah pada kontroversi perghimpunan haram Bersih, Pemuda UMNO menerusi gerakan Patriot bagi menentang warna kuning Bersih turut memakai baju warna merah.
Menurut Najib, warna merah itu adalah warna ada kaitan dengan UMNO.
“Merah...warna menyala boleh naikkan semangat ahli-ahli dan penyokong kita,” katanya.
Najib turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO akan bermula 29 November hingga 3 Disember akan datang.
Beliau juga memaklumkan empat pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Rantau Panjang dibebaskan daripada pengantungan keahlian iaitu Datuk Mohd Zain Ismail, Ghazali Ismail,Fauziah Wook dan Mohd Fauzi Omar.
Turut dibebaskan Amran Mat Bahagian Kuala krai dan Rosli Hasan dari Bahagian Bukit Katil.

Shahrizat sedih kementerian tidak sempat bantu Ashraf


Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau.

Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya kepada Bernama sebaik tiba di pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lepas dan telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari seri psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.- Bernama

Ghani Kulit Bagi Seluaq Dalam/Coli Rimau Kat Guan Eng.



GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik. 

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.


"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu. 

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000. 

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - BERNAMA
 




Ghani Kulit nie suka bagi benda pelik dekat Guan Eng betul jugak dia buat cam tu orang berniaga jika barangan sumber rezeki diambil dengan kejam siapa tak marah,anak dan bini kena bagi makan jugak nie sampai terjejas sumber pendapatan macam -macam orang boleh buat.

Fitnah PanelPoint SDN BHD kepada PM.


PanelPoint SDN BHD telah menyatakan telah mendapat kelulusan dari Datuk Seri Najib Razak akan tetapi telah dinafikan oleh beliau.Adakah ini fitnah yang terbaru untuk mengaibkan kreditbiliti Perdana Menteri?Adakah mereka dari Panel Point SDN BHD mempunyai agenda politik dan diarahkan berbuat demikian oleh individu yang tidak bertanggungjawab?Berikut jawapan PM kepada wartawan.

   Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menafikan dakwaan sebuah syarikat tempatan mendapat hak mengusahakan sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).
“Tidak, tidak…tidak ada perkara seperti itu. Kita tidak pernah bincang mengenainya,” katanya dalam nada terkejut kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat.
Rabu lalu sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai PanelPoint Sdn Bhd mendakwa Najib telah memberi restu secara hitam putih kepada syarikat tersebut untuk membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Che Nordin Ismail selaku CEO dan Ahli Lembaga Pengarah PanelPoint SDN BHD yang berani membuat kenyataan tersebut patut pihak berkenaan yang terlibat menyiasat perkara ini,Sesungguhnya ini akan menimbulkan kesangsian terhadap kreditbiliti Perdana Menteri Malaysia. 

Friday, July 29

Blogger DAP Ditahan.Dok Hasut Lagi.



Polis mengeledah rumah penulis blog DAP Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung hasutan mengajak masyarakat membenci kerajaan dan teruskan budaya perhimpunan Bersih bulan lalu.

Chan, seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa menghasut dan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.

Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".

Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.

Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.

Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar apabila saya mahu DAP memerintah Malaysia dan rakyat patut tahu DAP sahajalah yang layak memerintah Malaysia".

SPAD kena bertindak...


SABTU lalu, seorang pengguna mengadu kepada penulis yang kebetulan berada di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya kerana hendak ke ibu kota. Pengadu tersebut, seorang lelaki berusia 42 tahun dan berkhidmat di salah sebuah bank komersial di Petaling Jaya berasa tersangat sakit hati dengan sikap kurang ajar pemandu teksi yang enggan menggunakan meter ketika dia memberitahu hendak menuju ke Subang Jaya.
Kata pengadu itu, pemandu teksi tersebut meminta RM25 daripadanya jika hendak ke Subang Jaya. Apabila dia mengingatkan pemandu teksi tersebut adalah menjadi satu kesalahan untuk teksi Lembah Klang tidak menggunakan meter, pemandu teksi itu membeliakkan matanya sambil berkata; “Mau naik bayar RM25....tak mau naik pergi cari teksi lain.” Dan sebaik sahaja dia menuju ke sebuah lagi teksi yang sedang menunggu penumpang dalam satu barisan yang sama, jawapan yang dia terima lagi menyakitkan hati. “Mau pakai meter you pergi sebelah sana...kalau you berani you report...” sambil menuding jari menunjuk ke arah seberang lebuh raya Puchong-Damansara yang mana terdapat juga teksi sedang menunggu para pengguna LRT. Adalah tidak pasti apakah di sebelah sana, mereka menggunakan meter atau sebaliknya.
Kemudian kata pengadu itu lagi, datang seorang remaja yang kelihatan seperti seorang pelajar bertanya kepada pemandu-pemandu teksi yang sedang beratur menunggu ‘mangsa’ di stesen itu yang dia hendak pergi ke Sunway Piramid. “Lima belas ringgit...” jawab pemandu teksi yang sama. Pelajar itu pun tanpa banyak bicara, kata pengadu tadi, berjalan pergi dari situ.
Jadi hasil cerita pengadu tadi, penulis membuat kesimpulan bahawa kesemua pemandu teksi yang sedang beratur menunggu penumpang di Stesen LRT Kelana Jaya telah berpakat untuk tidak menggunakan meter. Apakah ini satu pemandangan biasa di stesen-stesen LRT atau tingkah laku segelintir pemandu teksi sahaja? Mereka bukan sahaja berani melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan malah mereka memperlihatkan sikap kurang ajar dan berkelakuan seperti samseng jalanan. Siapa yang berani melawan cakap mereka. Malah mereka tidak takut dengan pengguna. Sebaliknya mereka mencabar pengguna supaya membuat aduan di atas keengganan mereka menggunakan meter. Jadi apabila pengguna sudah kehilangan daya untuk melawan, hanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD sahaja yang mampu menangani isu seperti ini.
Namun begitu sepertimana kebanyakan agensi, mereka hanya bertindak apabila ada aduan. Kita tertanya-tanya kenapa dan mengapakah penguatkuasaan tidak boleh dilakukan tanpa terlebih dahulu menunggu aduan. Kenapa tidak menggunakan pendekatan pro-aktif dengan menjalankan operasi dari semasa ke semasa di tempat-tempat menunggu teksi dan menyamar sebagai orang awam dan lihat dengan mata sendiri bagaimana perilaku pemandu-pemandu teksi yang enggan menggunakan meter ini melayani dan membuli pengguna sepertimana kita semua.
Jika terbukti benar, pemandu seperti ini tidak harus dibenarkan lagi membawa teksi kerana sikap buruk mereka mencemar nama baik industri teksi di Lembah Klang yang selama ini sudahpun tercemar dengan kondisi teksi yang buruk dan teruk dan tidak layak dipanggil teksi lagi.

PM hentam sikap pembangkang yang ini tak kena …itu tak kena


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta rakyat sedar taktik pembangkang yang  sekadar mahu membantah apa jua keputusan kerajaan dalam soal pengesahan pengundi bagi menjadikanya isu kontroversi.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pendang sempena lawatan seharinya ke Kedah ketika diminta mengulas tindakan mereka menolak cadangan agar SPR mengunakan sistem biometrik untuk tujuan berkenaan.
Najib berkata beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal maka pembangkang akan kata  biometrik lebih baik. 

Beliau kesal melihat gelagat mereka  yang tidak ada sikap konstruktif untuk menambahbaik sistem pengesahan pengundi.
"Mereka sekadar mahu membantah apa juga yann g kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan,”ujarnya.
Perdana Menteri menjelaskan  kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.
Sebelum itu dalam ucapannya depan lebih 15,000 hadirin di Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang ,Najib antara lain mempersoalkan sikap pembangkang yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan dari aspek kerajaan yang memerintah.
Beliau mengimbas kembali bagaimana kerajaan negeri Kelantan selepas pilihanraya 2004 bertahan dengan hanya kelebihan cuma satu kerusi sahaja berbanding BN.
Sudah itu salah satu kerusi PAS di Pulai Chondong ia memang dengan hanya kelebihan dua undi sahaja.
Najib menyatakan demikian dalam kontek macam-macam  tindak tanduk pembangkang yang cuba gugat pentabiran kerajaan BN selepas pilihanraya umum 2008.

Thursday, July 28

HOreeyyy Guan eng Bagi Cuti esok.....?Malaysia kalah.

Guan eng bagi cuti esok pasal malaysia kalah sebentar tadi,setelah Singapura berjaya mengalahkan Malaysia dalam perlawanan. Beberapa pemimpin DAP turut melahirkan rasa lega apabila melihat permainan Singapura yang penuh dramatik seperti mana lakonan Suhardi berlakon mati ketika rusuhan Bersih.



KUALA LUMPUR- Penyerang terhebat negara, Safee Sali memohon maaf kepada penyokong Malaysia atas kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014.
Dalam nada yang sedih dan nyata kecewa, Safee memberikan reaksi demikian ketika ditemuramah wartawan RTM sebaik permainan berakhir.
“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau melihat pasukan pertahanan telah gagal memainkan peranan yang berkesan dalam perlawanan timbal balik dengan Singapura itu.
Safee merupakan penyumbang gol tunggal Malaysia dalam pertemuan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Malaysia bagaimanapun tewas dengan kiraan aggregat 6-4.
Sementara itu, Jurulatih negara, Datuk K Rajagobal meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak profesional pemain negara jiran yang dilihat terlalu banyak berlakon dalam pertemuan itu.
“Setiap kali ada kecederaan, mereka melengahkan masa dan ini mengganggu rentak pemain kita,” katanya.
Beliau juga yakin, pengalaman bermain malam ini mematangkan para pemain dan membawa pengajaran penting kepada pasukan negara.
Oleh: Arshad Khan/Mynewshub



Gelombang Merah Sempena PM Pi Guar Chempedak.


Perubahan yang hendak dibawa seharusnya bernilai, membawa manfaat dan bererti kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Perdana Menteri berkata perubahan yang dilakukan pada wajah luar adalah tidak bermakna kerana rakyat tidak dapat menikmatinya.
“Rakyat khususnya pengundi kena tanya soal kemampuan pemimpin membawa perubahan kepada negeri yang ditadbir. Setakat baik sahaja tidak bermakna.
“….jadi pikiaq…pikiaq…pikiaqlah (jadi fikir, fikir, fikirlah),” kata Perdana Menteri dalam loghat Kedah sewaktu berucap pada majlis jamuan rakyat di padang awam Guar Chempedak di sini hari ini.

Beliau turut menikmati jamuan makan dengan duduk bersila bersama kira-kira 15,000 orang yang hadir.

“Saya tidak mungkin diiktiraf apabila berkunjung ke luar negara. Ini adalah kerana kemampuan kita mentadbir dan membangunkan negaraUmnolah yang yang berusaha membangunkan negara, dari sebuah negara kecil sehingga mendapat pengiktirafan dunia.
teruja skuad sayang dengan kehadiran PM.



900 nelayan terima elaun bantuan khas



Perak sentiasa berusaha keras dalam usaha untuk membantu rakyat negeri itu meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Susulan daripada itu, lebih 900 nelayan dari PNK Manjung Utara hari ini menerima alaun khas sara hidup selain bantuan sampan bagi memudahkan golongan itu meningkatkan hasil tangkapan.
Penyampaian cek RM200 setiap orang itu dilaksanakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Dewan Orang Ramai Pantai Remis.
Zambry memberitahu, kerajaan negeri sentiasa mengambil serius hal ehwal kebajikan rakyatnya termasuk kelompok nelayan dimana lebih RM 48 juta bantuan sara hidup dan subsidi minyak telah diagihkan sejak 2008 hingga Mac 2011.
“Kita faham akan kepayahan dan keperitan yang sering dihadapi oleh golongan nelayan tidak kira dari kumpulan mana (nelayan pantai atau laut dalam).
“Jadi jumlah tersebut adalah satu amaun yang besar namum kita akan tetap meneruskan bantuan ini kerana faham tentang kehidupan nelayan yang rata-rata berada dalam golongan yang memerlukan bantuan.
Zambry ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Alaun Sara Hidup Nelayan secara tunai LKIM peringkat PNK Manjung Utara kali ke-3 di Pantai Remis.
Dalam pada itu, dalam ucapannya, Zambry juga memohon agensi-agensi maritim untuk membantu mempertingkatkan rondaan selain bekerjasama antara mereka bagi menjamin keselamatan nelayan.
Katanya, nelayan-nelayan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk dalam aspek keselamatan ketika menangkap ikan di sempadan perairan antaranbangsa.
“Kerajaan sedar nelayan kita di Pantai Remis, Hilir Perak, Kuala Kurau dan Pangkor sering berhadapan dengan ancaman ditangkap atas dakwaan menceroboh perairan negara jiran.
“Walaupun kita tahu mereka mempunyai peralatan seperti GPS (sistem kedudukan global) tetapi disebabkan kedudukan di laut tidak ada garis sempadan yang nyata, cuma berdasarkan kedudukan pulau-pulau,” katanya.
Justeru katanya, bagi mengurangkan risiko berkenaan adalah wajar  sekiranya bantuan bersama daripada agensi penguatkuasaan Maritim (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Marin dan Jabatan Perikanan dilaksanakan.

Gempar:DAP,Guan Eng Lulus Permit Fun-Fair Bulan Ramadhan.Menyesatkan Umat Islam Pulau Pinang


Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan permit bagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengadakan Pesta fun Fair bersebelahan pusat membeli -belah terkenal di Pulau Pinang iatu QueensBay Mall.Tanah kosong yang  dimiliki oleh pengusaha Jepun dan empunya Queensbay seluas 3 ekar itu yang menjadi rebutan dan hangat diperkatakan ketika ini kerana lokasinya yang stategik untuk pusat riadah dan sebagainya.Semua mata tertumpu kepada tanah tersebut oleh semua pihak yang mungkin dalam fikiran mereka untuk mendapat keuntungan yang lumayan.

Guan Eng ketua menteri seratus ringgit terkenal dengan propaganda murahan dengan mengunakan nama pemimpin tersohor islam Umar abdul Aziz kononnya.ramai yang tertipu dengan Propaganda yang digunakan akan tetapi semua itu adalah sebagai umpan menyesatkan umat islam.Kononnya membela nasib melayu akan tetapi agenda jahatnya kini telah terkoyak satu-persatu.Kini apa yang dipertikaikan oleh penduduk sekitar bayan-baru dan Pulau Pinang adalah kenapa apabila tiba bulan puasa baru mereka mengadakan Pesta fun fair tersebut.Yang kita tahu pesta ini mesti ada perjudian yang menghadiahkan barangan serta yang menjadi tarikan anak muda ialah teddy bear dan permainan yang mengasyikkan.Pekara ini telah berlarutan selama tiga tahun sejak pemerintahan Ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang

Pada tiba ramadhan sepatutnya umat islam digalakan untuk mengimarahkan masjid serta surau,MKP pecaya golongan muda yang kebanyakan akan pergi ke Fun Fair tersebut dan pasti bukan kemasjid.Adakah Malik itik Dan exco yang lain akan berdiam diri.semestinya dua ekoq melayu nie kita dah tak boleh harap langsung.beruk dua nie mulut dan pergerakkan depa dikunci oleh khalifah Lim guan Eng.

Berikut adalah SMS yang MatKilauPenang  terima dari seorang ayah yang risau dan takut akidah anaknya terpesong dengan tindakan Kerajaan DAP meluluskan Permit bagi FUN FAIR RAMADHAN

SALAM,SAYA HJ SAHAR,
MANA DIA LIM GUAN ENG @KHALIFAH  UMAR ABD AZIZ KONONNYA YANG MENGATAKAN SENTIASA MEMBELA NASIB ORANG-ORANG MELAYU PULAU PINANG.TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT APABILA MENJELANGNYA RAMADHAN DISEBELAH QUENSBAY MALL,DIADAKKAN FUN FAIR YANG AKAN MENLALAIKAN UMAT ISLAM.AYUH PEMUDA ISLAM UMNO &PAS KETEPIKAN IDEOLOGI POLITIK MASING-MASING.DEMI SYIAR ISLAM ,BANGUNLAH DAN BANTAHLAH SEKERAS-KERASNYA.WAHAI TUHAN YANG MENCIPTA BURUNG ABABIL,ENGKAU HANCURKANLAH YA ALLAH MUSUH-MUSUH ISLAM ALLAHUAKBAR.

PAS nie ada teloq ka?



Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan baru parti itu yang dilihat begitu teruja menjadi 'jaguh' kepada pakatan pembangkang apabila sejak kebelakangan ini begitu lantang bersuara. 


Mungkin kerana keterujaan selepas mengubah dasar perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan, istilah berunding dan berbincang seolah-olah tidak wujud lagi dalam kamus politik kepimpinan Pas, justeru mereka tidak mahu berbincang atau mendengar dahulu penjelasan SPR. 


Mungkin Pas ingin menunjukkan kepada sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka hebat berpolitik. 


Namun persoalannya apakah Pas hanya berani berhadapan dengan SPR, berani bertelingkah dengan UMNO, berani menyerang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berani berbalah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi apakah Pas akan benar-benar berani untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang? 


Kalau kepimpinan baru Pas merasakan mereka sudah cukup hebat berpolitik maka mereka juga perlu menunjukkan 'kehebatan' itu apabila berunding dengan PKR dan DAP dalam pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. 


Ketika ini sudah ada cabaran kepada Pas untuk bertanding antara 120 hingga 130 kerusi Parlimen bagi membolehkan parti tersebut menjadi peneraju utama dalam pakatan pembangkang.

Cabaran berkenaan bukan sahaja dilontarkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar, Datuk Yusof Ismail, malahan oleh blogger-blogger yang mungkin sudah muak dengan 'keberanian tidak bertempat' Pas.

Mereka melihat Pas begitu bercita-cita tinggi untuk menggantikan UMNO malahan di mana-mana pun pemimpin Pas 'menjaja' bahawa parti itu jauh lebih baik daripada UMNO. 



Tetapi malangnya 'nafsu besar' itu tidak seiring dengan persoalan apakah Pas benar-benar berani hendak memberitahu PKR dan DAP bahawa Pas perlu dominan dalam pakatan pembangkang.

Setakat ini, pemimpin Pas meletakkan sasaran untuk bertanding 80 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang, lebih 14 kerusi daripada jumlah pada tahun 2008 iaitu 66 kerusi.

Maknanya, Pas mahu bertanding lebih kerusi daripada PKR dan DAP. Pada tahun 2008, PKR bertanding di 97 kerusi dan menang 31 kerusi manakala DAP bertanding 47 kerusi dan menang 28 kerusi.

Soalnya, daripada mana Pas akan mendapat 14 lagi kerusi Parlimen bagi meletakkan calon-calonnya? Apakah DAP akan memberi laluan? Atau apakah Pas hendak mengambil semula kerusi yang diberikan kepada PKR?

Beranikah Pas yang kini dilihat begitu ghairah untuk berkongsi kuasa dengan kedua-dua parti itu berkeras dan menunjukkan kejaguhan seperti mana mereka berhadapan dengan UMNO, BN, SPRM, SPR dan PDRM? 



Pas hanya berani terpekik terlolong di jalanan, menunjuk hebat di hadapan rakyat dengan membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan BN tetapi pasti akan tunduk kepada kehendak PKR dan DAP. 


Justeru adalah diharapkan kepimpinan baru Pas tidak terlalu ghairah hendak menjadi jaguh dalam berhadapan dengan UMNO, BN dan agensi kerajaan kerana kesudahannya bukan Pas yang akan meraih keuntungan sebaliknya PKR dan DAP. 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive