Saturday, July 9

RAJA DRAMA:ANWAR RAJA KELENTONG.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya boleh cakap apa saja pasal perhimpunan haram Bersih yang menyebabkan huru hara dan segala aktiviti harian di beberapa lokasi di ibu negara terhenti bermula jam 11 pagi hingga 5 petang, Sabtu. 

Ketua Pembangkang itu boleh dakwa polis bertindak ganas, boleh dakwa demokrasi sudah mati, boleh dakwa 50,000 hadir menyokong perhimpunan itu dan segala macam lagi. 

Namun, hakikatnya mungkin Anwar merasa amat malu kerana perhimpunan Bersih kali ini hanya menarik tak sampai 15,000 orang sahaja menyertainya berbanding lebih 30,000 ketika perhimpunan Bersih pada 2007. 

Ibarat skip drama ulangtayang, Ketua Pembangkang itu bising dakwa beliau cedera ringan dan dilihat meninggalkan KL Hilton dengan ambulan sebuah hospital swasta. 

Itupun sendiri bikin ketika beliau bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain berdegil cuba merempuh hadangan polis di perkarangan KL Sentral. 

Sebelum itu beliau menyusup masuk menginap Hotel Hilton di situ sebelum turun menyertai peserta himpunan Bersih lain. 


Anwar dalam mesej twitternya kata hanya cedera ringan tetapi peliknya tengok gambar beliau yang disiarkan beberapa blog, nampak macam ‘nazak’ sangat. 

Apakah itu semua lakonan semata-mata kerana nak ‘coverline’ perhimpunan Bersih yang gagal capat matlamatnya? 

Allah selamatkan negara sekali lagi dari agenda jahat Anwar Ibrahim. Dia gagal untuk himpunkan puluhan ribu atau ratusan ribu orang. Semasa arsenik atau Bersih, matlamatnya sama saja untuk kumpul ratusan ribu untuk lumpuhkan sistem negara agar lepas dakwaan liwat. 

skrip sebenar Anwar sebab saya panglima nombor satu dalam susun agenda ini dulu. Kasihan lihat ada lagi terus diperalatkan lagi. Sekarang Anwar cedera pula dan di hospital. Skrip lapuk untuk selamatkan diri dari kes liwat. Dia akan guna alasan ini untuk simpati dan kemudian cabut lari. 

Sebenarnya, sesiapa yang turun di jalanan melihat perhimpunan hari ini jelas melihat tindakan itu bukan bertujuan mahukan proses pilihanraya yang bersih dan adil. 

Kalau menuntut perkara itu, kenapa jerit Reformasi, Hidup Rakyat dan tolak kerajaan?. 

Barangkali benarlah kata Ezam bahawa Anwar hanya mahu melepaskan tengkuknya sahaja dan mereka yang tidak berdosa jadi galang ganti. 

Tolak ketepi mereka yang sanggup kena siram dengan water canon atau peluru asap oleh FRU kerana mereka semua sudah terlalu taksub dengan perjuangan pembangkang. 

Tetapi apa jadi dengan pesakit di hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu apabila ratusan penunjuk perasaan meluru lari ke hospital itu mengelak ditahan pihak berkuasa. 

Ini semua kerja tidak masuk akal dan hanya menyusahkan orang lain. 

Begitu juga dengan nasib pemilik premis perniagaan di sepanjang Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Silang dan kawasan lain tempat perhimpunan diadakan. 

Mereka terpaksa tanggung kerugian kerana menutup perniagaan sejak awal pagi lagi. 

Sebab itu, memang wajar lebih seribu tangkapan oleh pihak berkuasa terharap pemimpin pembangkang dan mereka yang terbabit demonstrasi jalanan sama ada di Jalan Pudu, Central Market, KL Central, KLCC, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Kampung Bharu. 

Jika berani buat, mereka kena berani tanggung. 

Malangnya ada juga kanak-kanak dan warga emas turut diperalat dalam perhimpunan haram yang sebelum ini sudah dicadangkan oleh kerajaan diadakan di stadium. 

Namun, mereka nyata lebih berani berbanding Anwar yang awal-awal lagi ‘baling batu sembunyi tangan’ dalam isu perhimpunan Bersih dengan Datuk S.Ambiga hanya jadi boneka beliau. 

Mereka juga tidak lari masuk hotel macam Anwar dan kemudian pergi menaiki ambulan dengan alasan cedera. 

Akhirnya, titah Yang diPertuan Agong tidak dipedulikan Anwar dan penyokong-penyokongnya. 

Nampaknya kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh lagi bagi muka kepada mereka yang dianggap menderhaka kerana engkar titah Yang diPertuan Agong. 

Cukuplah apa yang berlaku pada 2007 dan hari ini...Rakyat sudah muak dengan politik jalanan yang tujuannya hanya mahu mempertahankan pemimpin yang didakwa oleh isteri sendiri ...kononnya anugerah Tuhan. 

Ada yang secara sinis kata kes liwat dan video seks yang patut ‘dibersihkan’ dulu.Tak gitu Pak Sheikh.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive