Wednesday, July 27

PAS Pusat tolak guna biometrik,Keputusan bercanggah dengan pendirian Mursyidul Am



Jawatankuasa PAS Pusat semalam menolak penggunaan sistem biometrik dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus bercanggah dengan kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyokong penggunaan sistem berkenaan. 

Keputusan itu dibuat kerana sistem biometrik didakwa tidak mampu untuk menghalang daripada seseorang individu mengundi lebih daripada sekali, selain sistem berkenaan dikatakan gagal mengatasi beberapa kelemahan yang ada kini. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata selagi SPR gagal untuk membersihkan senarai nama pemilih seperti dikehendaki, maka penggunaan sistem biometrik akan membuka lebih luas ruang kepada berlakunya penipuan dalam pilihan raya. “PAS membuat keputusan menolak penggunaan sistem biometrik, cadangan ini datangnya daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Penggunaan sistem ini tidak mampu menyelesaikan masalah mengundi dua kali, PAS juga ada bukti terdapat senarai 500 nama pemilih bertindih dalam senarai daftar pemilih. 

“Biometrik hanya boleh mengesahkan nama seseorang itu berada dalam senarai daftar pemilih ataupun pengundi, tetapi tidak boleh menghalang sesetengah individu mengundi untuk dua kali. Oleh itu kami tetap menuntut penggunaan dakwat kekal,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, semalam. 

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta dua lagi Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. 

Semalam akhbar melaporkan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang sekiranya terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya. 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula berkata parti itu tetap dengan pendirian mendesak SPR supaya menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak masalah pengundi hantu. 

“Begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik, kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik,” katanya dalam kenyataan di laman blog peribadinya. 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pendirian parti itu yang tidak konsisten dalam tuntutannya bagi membersihkan pilihan raya daripada pengundi hantu, membuktikan bahawa PAS adalah parti ortodok. 

Katanya, ini kerana penggunaan dakwat yang digunakan di negara yang tidak maju, tidak akan berjaya mengekang masalah pengundi hantu dan mengundi dua kali. 

“Jangan terburu-buru eloklah bagi peluang kepada SPR... Jangan ambil pendekatan SPR itu (memperkenalkan sistem biometrik) sebagai pendekatan politik. 

“SPR mungkin hendak bantu supaya masyarakat menilai sistem baik atau tidak. Biarlah PAS bersikap munasabah tapi kalau PAS bersikap begitu memanglah perangai dia begitu. Kita tahu, cara dia menolak sesuatu yang baik,” katanya.

1 comment:

pacat said...

depa plan nak pakai dakwat kekal @ inai!... dakwat kekal tak boleh dicuci dengan clorox ke? magic clean ke? nak gak testing mcm mana dakwat kekal yang PAS dan PR cadangkan tuuuu!!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive