Thursday, July 7

AKHIRNYA PAS TERKAPAI-KAPAI SENDIRI



Pada peringkat awal kempen dan hasutan BERSIH 2.0, DAP dilihat sangat dominan. Dengan bantuan daripada beberapa buah NGO yang sememangnya sangat pro kepada DAP seperti Majlis Peguam, DAP menggerakkan BERSIH 2.0 untuk menjatuhkan pentadbiran UMNO-BN yang telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia pada PRU12 lalu meskipun UMNO-BN kehilangan majoriti dua pertiga. 

Lim Kit Siang seringkali melaung-laungkan tentang Tahrir Square yang akan ‘dibawa’ oleh BERSIH 2.0 dan keazamannya untuk menyeret semua pembesar negara ke muka pengadilan dan ‘menyimpan’ mereka di dalam penjara kerana didakwanya telah melakukan rasuah dan penyelewengan terhadap harta rakyat. 

Kehangatan dan semakin hampirnya BERSIH 2.0 memperlihatkan PKR mengambilalih tugas DAP. PKR yang gila berceramah selain PAS mencanangkan di merata-rata tempat bahawa Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya menerusi demonstrasi BERSIH 2.0. Bahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam klip videonya yang sangat popular berkata, demonstrasi BERSIH 2.0 sekiranya gagal menumbangkan kerajaan, PKR akan menjadikan demonstrasi jalanan lain untuk tujuan tersebut. 

PAS hanya mengambilalih tugas DAP dan PKR pada fasa terakhir. Tugas terakhir itu diserahkan kepada PAS kerana PAS mempunyai jumlah ahli yang paling ramai berbanding DAP dan PKR. Malah ahli-ahli PAS sedia bertempur dengan pihak berkuasa apabila diarahkan oleh kepimpinan utama mereka. Dek kerana itu, dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya demonstrasi BERSIH 2.0, kita dapat melihat bagaimana PAS bersungguh-sungguh dalam siri ceramah serta kempen hasutan mereka. 

Kempen serta ceramah yang dibuat sepanjang tahun, dua minggu sebelum 9 Julai, diisi dengan hasutan agar orang ramai turun ke jalan raya di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk melakukan kekacauan. 

Dan dalam tempoh itulah, rakyat Malaysia yang selama ini kurang memberikan perhatian terhadap tindak-tanduk Pakatan Rakyat sehinggakan para pemimpin Pakatan Rakyat naik angau dan perasan yang mereka mendapat sokongan ramai, bangkit serta mulai keluar ke jalan-jalan raya di seluruh Malaysia. Bukan sahaja membuat laporan polis untuk menghalang demonstrasi jahat tersebut daripada dilangsungkan, bahkan mereka menunjukkan penentangan yang sangat luar biasa. 

Kali terakhir rakyat Malaysia keluar ke jalan-jalan raya untuk menyuarakan bantahan kepada anasir-anasir subversif seperti BERSIH 2.0 adalah pada tahun 1969 yang kemudiannya berakhir dengan pertumpahan darah. 

Ternyata PAS sebenarnya menanggung risiko yang bukan kecil ekoran penyengutuan mereka dengan DAP dan PKR. Sememangnya sudah terbukti yang PAS tidak pernah dipandang sebagai rakan oleh DAP mahupun PKR sebaliknya PAS dilihat sebagai pencacai yang boleh disuruh serta dikerah melakukan apa sahaja, hatta menonggeng untuk dibalun oleh Anwar Ibrahim! 

Kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS nyata membuahkan hasil kepada para pelaburnya dari dalam DAP dan PKR. Mat Sabu yang merupakan antara pemimpin PAS yang mempunyai auranya yang tersendiri pada suatu masa dahulu, sekarang tidak ubah seperti pelacur jantan yang akan sanggup menjilat dengan hanya sedikit imbalan. 

PAS sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah yang sangat besar. Ketika pihak polis sedang mengaut pemimpin-pemimpin DAP dan PKR yang menghasut serta menyebarkan dakyah agar orang ramai keluar berdemonstrasi pada 9 Julai nanti, para pemimpin PAS pula dilihat sangat gelisah. Kegelisahan itu dapat dilihat kepada perubahan nama ceramah mereka, daripada BERSIH kepada CUCI. 

Walaupun sekarang ini, para pemimpin PAS masih lagi terselamat, namun masa untuk mereka hidup di Kamunting sudah semakin hampir. Dan mungkin kerana itulah, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS, berkokok dari Arab Saudi. Pada ketika dia menyeru dan menghalalkan demonstrasi yang katanya menurut ajaran Islam, dia sendiri melarikan diri ke Arab Saudi atas alasan untuk melakukan ibadah umrah. Nik Abdul Aziz dan rombongannya yang terdiri daripada beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Kelantan hanya akan pulang pada 10 Julai, sehari selepas demonstrasi besar yang hendak dilancarkan oleh Pakatan Rakyat di tengah-tengah Kuala Lumpur. 

Ternyata sekarang, Abdul Hadi Awang dan PAS dibiarkan terkapai-kapai oleh DAP dan PKR. DAP dan PKR sudah cuci tangan, apatah lagi ramai pemimpin kecil mereka yang ditangkap ketika sedang berkempen. PAS sekarang dituntut untuk membuktikan yang parti yang sudah bertukar prinsip dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan itu benar-benar memperjuangkan Pakatan Rakyat. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, PAS sebenarnya sedang diperhatikan oleh DAP dan PKR untuk ditepuk tangan. Apatah lagi PAS yang gatal mulut telah berjanji akan mengerahkan ahli-ahlinya di seluruh negara untuk menyertai BERSIH 2.0, pastinya akan ditunggu-tunggu oleh DAP dan PKR yang hanya menampilkan beberapa orang ahli mereka dalam demonstrasi itu kelak, berbanding PAS. 

Nampak gayanya parti yang suatu masa dahulu memperjuangkan Islam dan sekarang Kebajikan, tidak lebih cerdik daripada dahulu!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive