Friday, July 15

Polis Siasat Tindakan Tian Chua,Patut dikenakan tindakan terus.


Polis menyiasat tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa bertindak kasar terhadap pasukan polis semasa menyertai perhimpunan haram pada Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan mengenai kejadian itu telah dibuat pihaknya dan polis membuat siasatan dari semua aspek.
“Difahamkan, beberapa individu bersama pemimpin pembangkang turut melakukan tindakan sama terhadap pihak polis. Tindakan undang-undang bersesuaian akan diambil mengikut kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pihak polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian serta mengumpul semua maklumat.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pihak yang terlibat dengan kejadian tersebut termasuk Tian Chua bagi membantu siasatan,” katanya.
Kelmarin, laman blog ruangbicarafaisal mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai sekumpulan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral.
Naib Presiden PKR itu sebelum ini pernah ditangkap kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.
Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.
Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000, sekaligus mengelakkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive