Saturday, July 23

DAP “Duoble Standard” Beri Kelulusan Projek.


Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng menjawab isu kelewatan kerajaan negeri meluluskan permohonan agensi kerajaan persekutuan itu untuk melaksanakan projek pembangunan khususnya projek perumahan di negeri ini.
Pengerusi Perda Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kelewatan kelulusan permohonan untuk melaksanakan projek pembangunan hanya berlaku kepada empat agensi di bawah kerajaan persekutuan iaitu Perda, UDA Holdings Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan JKP Sdn Bhd.
Pihak swasta hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja tetapi permohonan oleh empat agensi ini perlu dirujuk dahulu ke One Stop Agency (OSA) yang dipengerusikan oleh ketua menteri.
Kenapa perlu wujud situasi demikian, bila ke OSA pula selalu tangguh mesyuarat  sebelum luluskan permohonan, sedangkan projek pembangunan yang ingin dilakukan adalah (perumahan) mampu  milik.
Projek pembangunan yang  dikendalikan oleh agensi di bawah kerajaan persekutuan di negeri-negeri pentadbiran pakatan pembangkang tidak mendapat sijil layak menduduki (CF).
Isu itu dibangkitkan oleh Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad(SPNB), Datuk Idris Haron, yang mendakwa  kerajaan yang ditadbir oleh pakatan pembangkang sengaja melewatkan pemberian CF kepada projek-projek perumahan yang dibina oleh agensi di bawah kerajaan  persekutuan.Pulau Pinang bukan sekadar isu kelewatan pemberian CF sahaja yang  membelenggu pemaju, tetapi punca masalah sebenarnya bermula daripada kelewatan meluluskan  permohonan bagi sesuatu projek pembangunan.
Terdapat dua projek oleh Perda yang masih tertangguh hingga hari ini dan tidak tahu  apa statusnya, projek perumahan di Sungai Pinang dan di Pongsu Seribu, Bertam, kedua-duanya  masih belum jelas statusnya.Ketua Menteri tidak mengaitkan isu pembangunan dengan politik  demi keselesaan, kebajikan dan faedah rakyat negeri ini serta perkembangan ekonomi negeri ini.
Kalau setuju untuk luluskan, maka luluskanlah, jika tidak katakan tidak, berterus  terang dan jangan campurkan urusan pembangunan dengan isu politik.

2 comments:

awiera said...

Kerajaan pusat tidak usah lah sibuk untuk membangunkan Penang kerana rakyat Penang pun bukan nya menyokong kerajaan pusat terutamanya kaum cina jadi gunakan lah dana tu untuk bangunkan kawasan melayu yang mana menyokong kerajaan. Ini laj yang selalu terjadi, kawasan kubu kuat kerajaan selalu di anaktirikan tapi kawasan pembangkang selalu mahu di bangunkan sepaya dapat sokongan tapi dapat ke? Jangan sampai tergadai kubu kuat baru nak belajar !

matkilaupenang said...

salam adwira,
tugas membela rakyat harus diteruskan walaupun tidak menyokong /bn itu adalah tugas yang diamanahkan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive