RAPID

Wednesday, September 20

TREN 4 GERABAK KL MONOREL KEMBALI OPERASI TIDAK LAMA LAGI


Tren 4 gerabak Monorel, yang dihentikan perkhidmatan sejak Mei lepas untuk kerja-kerja mempertingkatkan lagi ciri keselamatan, akan kembali beroperasi tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato 'Ir. Zohari Sulaiman berkata lima set tren 4 gerabak itu akan beroperasi semula secara berperingkat mulai hujung tahun ini.

“Kerja-kerja menaiktaraf ciri keselamatan tren sedang berterusan . Kami sedang berusaha keras bagi memastikan proses ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan mematuhi segala aturan dan panduan yang telah diterangkan kepada mereka.

"Sebagai operator Laluan Monorel KL, Rapid Rail ingin memohon maaf kepada pelanggan kami, di atas kesulitan yang disebabkan oleh ketiadaan tren 4 gerabak. Kami tidak mempunyai pilihan kecuali memberhentikan sementara perkhidmatan tren 4 gerabak ini demi kepentingan keselamatan awam, "kata Zohari.

Menurut Zohari lagi, Rapid Rail telah menyediakan khidmat bas perantara disepanjang laluan Monorel bagi melengkapkan operasi monorel semasa ketiadaan tren 4 gerabak.

“Kami kini mempunyai enam set tren dua gerabak yang beroperasi," katanya, sambil menambah bahawa frekuensi tren adalah di antara 8 dan 15 minit bergantung kepada masa operasi dan ketersediaan tren.

Monday, September 18

LIM GUAN ENG TEMBERANG GAGAL URUSKAN BANJIR...

Banjir dan tanah runtuh yang melanda Pulau Pinang tiga hari lepas adalah salah  Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bukan sahaja manusia yang marah dengan Guan Eng, namun alam pun sudah mulai bosan dengan Guan Eng.

9 April 2012, Timbalan Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat banyak keraguan dalam proses kelulusan kepada dua pemaju yang akan membangunkan projek di Lot 14345, Mukim 12, Persiaran Kelicap.

Projek itu menurut Mohideen telah dilaksanakan di kawasan yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Berisiko Bencana, yang mempunyai risiko nyata terhadap bencana alam atau kemerosotan tanah yang serius apabila diganggu oleh aktiviti pembangunan.

Bukan di Sungai Ara sahaja, lereng lereng bukit di Pulau Pinang habis ditarah dan dikorek oleh kontraktor yang rakus. Kenapa kontraktor itu rakus dan bersikap demikian, kerana mendapat kebenaran dan lesen besar dari “tokong besar” DAP di Pulau Pinang.

Lima tahun lepas lagi, SAM sudah bercakap tentang risiko bencana di Sungai Ara. Namun apa yang Guan Eng buat? Dia buat bodoh sahaja, tidak pedulikan langsung pandangan SAM dan projek diteruskan juga oleh DAP di lereng lereng bukit. Tanah dan lereng bukit digadai Guan Eng kepada kontraktor kontraktor besar.

Padahnya berlaku tiga hari lepas, seorang wanita turut lemas selepas dihanyutkan arus banjir di Jalan Paya Terubong. Banjir terburuk melanda Pulau Pinang. 600 orang dipindahkan dan banjir yang terburuk di Pulau Pinang.

Namun pada ketika rakyat bergelut dilanda musibah banjir, Guan Eng menyatakan kepada China Press pada 15 September, bahawa situasi banjir di Pulau Pinang tidak serius kerana tidak menjejaskan keadaan trafik di Pulau Pinang. Waktu rakyat sedang susah pun, Guan Eng masih hendak temberang lagi.

Temberang dan beri alasan tidak habis habis. Semalam, dengan muka tidak bersalah Guan Eng mengaku tidak maklum berkenaan kegagalan Kerajaan Negeri DAP, menyalurkan dana kira-kira RM22.09 juta yang sepatutnya digunakan untuk mengatasi masalah banjir di negeri berkenaan.

Macam mana boleh terlepas pandang tidak salur dana untuk atasi banjir? Dulu bukan main lagi Guan Eng menyalahkan kerajaan Pusat bila tidak beri dana untuk atasi banjir. Bila sudah ada wang untuk atasi banjir, Guan Eng sendiri tidak salurkan. Ini satu lagi temberang dan kelentong besar “tokong” Guan Eng.

Pada 15 Disember 2013, Guan Eng dengan angkuh membuat janji akan menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) dan menguasai Kerajaan Persekutuan. Janji sahaja, buatnya tidak pun. Banjir yang sama masih berlaku dan berulang ulang di Pulau Pinang. Ini bukti Guan Eng cakap temberang.

Pasal dana atasi banjir, Guan Eng berkata pihaknya tidak maklum berkenaan teguran yang dibuat Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri yang dimuatkan dalam Laporan Audit Pulau Pinang tahun lepas. Tidak maklum, tipulah. Itu hanya temberang Guan Eng sahaja.

Selepas keadaan jadi teruk begini, barulah Guan Eng kata akan teliti semula lampiran itu untuk kenalpasti teguran terbabit, sekaligus mencari penyelesaian.

"Saya tak berapa tahu tentang laporan ini (Laporan Audit Pulau Pinang 2016). Saya kena rujuk dengan JPS tetapi semua projek yang kita luluskan (projek tebatan banjir) berjalan di bawah seliaan JPS.

"JPS ialah agensi di bawah Kerajaan Pusat tetapi kita tetap jalinkan kerjasama. Bagaimanapun, saya kena semak semula sebab tak tau apa perkara sebenar yang timbul," kata Guan Eng di depan wartawan, semalam.

 Masih hendak temberang salahkan kerajaan pusat. Padahal yang salah sebenarnya adalah Guan Eng sendiri. Temberang tidak habis habis.

Guan Eng tidak ambil peduli tentang kerosakan kenderaan yang dihanyutkan air. Guan Eng tidak endah langsung berkenaan beberapa orang warga tua di sebuah rumah penjagaan yang terpaksa berbaring berendam dalam air banjir selama berjam-jam.

Guan Eng tidak peduli berkenaan kejadian tanah runtuh yang berlaku. Mangsa yang mati lemas akibat banjir pun tidak dilawati Guan Eng. Beruang Biru telah dedahkan sebelum ini tentang dosa dosa besar Guan Eng terhadap rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng lebih suka luluskan peruntukan untuk buat Kajian Kebolehlaksanaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang harganya terlalu mahal.Projek sama di Kanada, kajian yang sama harganya ialah 61 kali ganda lebih murah dari apa yang dibuat di Pulau Pinang  iaitu RM305 juta.

Mana lebih penting, projek atas banjir atau buat terowong ? RM305 juta untuk buat terowong tidak pula terlepas pandang, yang RM22.09 juta untuk projek banjir ini boleh pula Guan Eng terlupa. Ini semua temberang Guan Eng sahajalah.

Semasa banjir, ada seorang pekerja kilang mati lepas selepas jatuh ke dalam longkang di Jalan Paya Terubong ketika menunggang motosikal meredah air banjir. Menurut saksi, mangsa Noor Afidah Yajunas, 29, terjatuh daripada motosikal dan terus dihanyutkan arus deras.

Sehingga hari ini, Guan Eng masih belum turun padang dan melawat keluarga mangsa ataupun memberikan bantuan apa-apa kepada waris terdekat. Sama juga dengan apa yang berlaku terhadap kilang haram di Sungai Lembu. 7 orang muda telah mati kerana kanser akibat kilang haram.

Dalam isu banjir, Guan Eng temberang salahkan JPS. Dalam isu kilang haram, Guan Eng temberang salahkan JAS. Semua orang Guan Eng hendak salahkan. Padahal kedua dua isu ini adalah salah Guan Eng sendiri.

Guan Eng mana pernah mengaku salah sendiri. Dua kes rasuah yang sudah sampai ke mahkamah pun, Guan Eng masih hendak salahkan orang lain. Inilah perangai sebenar Ketua Menteri DAP yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.

Berilah lagi mandat dan undi yang besar kepada DAP, inilah jadinya. DAP akan jadi makin bongkak, angkuh dan ego kerana mereka menang besar dalam PRU12  dan PRU13 di Pulau Pinang. Kalau rakyat Pulau Pinang beri lagi undi pada DAP pada PRU14, alamatnya tenggelamlah Pulau Pinang dalam banjir.

Rakyat Pulau Pinang berenang, Guan Eng dan DAP yang senang lenang. Kilang haram makin bertambah, banjir terus berlaku. Guan Eng akan terus temberang untuk cari alasan dan menyalahkan orang lain. Sudah sudah lah beri undi pada DAP. Ini kalilah “kasi tukar” di Pulau Pinang.

Tuesday, September 12

SPRM, Prasarana jalin kerjasama sebar luas mesej anti rasuah


Dalam usaha mendekati serta mengajak rakyat memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalinkan kerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menganjurkan kempen pencegahan rasuah melalui pengangkutan awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pada peringkat permulaan, Dalam usaha mendekati serta mengajak rakyat memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalinkan kerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menganjurkan kempen pencegahan rasuah melalui pengangkutan awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pada peringkat permulaan, sebanyak dua koc transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan memaparkan mesej ‘Jerung atau Bilis Dalam Jarang Kami’ yang akan melitupi seluruh tren berkenaan.

“Mesej ini membawa maksud bahawa kami (SPRM) memberi amaran keras serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelaku jenayah rasuah.

“Di samping itu, turut dipaparkan poster-poster mengenai cara melaporkan jenayah rasuah serta maklumat Akta Perlindungan Saksi dan kesan rasuah terhadap diri dan keluarga,” katanya selepas merasmikan Kempen Pencegahan Rasuah Di Pengangkutan Awam SPRM bersama Prasarana di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, pihaknya menjangkakan mesej-mesej yang dipaparkan melalui LRT itu dapat dilihat dan dibaca oleh 250,000 pengguna tren laluan Kelana Jaya.

“Mesej tersebut akan dipaparkan dalam tempoh sembilan bulan iaitu sehingga Jun 2018.

“SPRM dan Prasarana akan meneruskan usaha memerangi rasuah dengan menyediakan maklumat berkaitan rasuah di setiap stesen, monorail dan bas RapidKL di masa akan datang,” ujarnya.

Dua koc transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan memaparkan mesej ‘Jerung atau Bilis Dalam Jarang Kami’ yang akan melitupi seluruh tren berkenaan.
 “Mesej ini membawa maksud bahawa kami (SPRM) memberi amaran keras serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelaku jenayah rasuah. “Di samping itu, turut dipaparkan poster-poster mengenai cara melaporkan jenayah rasuah serta maklumat Akta Perlindungan Saksi dan kesan rasuah terhadap diri dan keluarga,” katanya

Selepas merasmikan Kempen Pencegahan Rasuah Di Pengangkutan Awam SPRM bersama Prasarana di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz. Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, pihaknya menjangkakan mesej-mesej yang dipaparkan melalui LRT itu dapat dilihat dan dibaca oleh 250,000 pengguna tren laluan Kelana Jaya.

 “Mesej tersebut akan dipaparkan dalam tempoh sembilan bulan iaitu sehingga Jun 2018. “SPRM dan Prasarana akan meneruskan usaha memerangi rasuah dengan menyediakan maklumat berkaitan rasuah di setiap stesen, monorail dan bas RapidKL di masa akan datang,” ujarnya.

Tuesday, September 5

#MMMSL 1.5 JUTA JEMAAH HAJI REKOD BARU BUAT @RapidKL


Selepas tujuh hari beroperasi, tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) menamatkan operasi bagi musim haji 2017 semalam dengan kejayaan membawa 1.5 juta jemaah haji menyempurnakan ibadah haji di sini, Muzdalifah dan Arafah.

Tren terakhir berlepas dari stesen Jamarat atau Mina 3 di sini pukul 6 petang membawa penumpang terakhir ke stesen Arafah 3.


Hadir melepaskan secara simbolik tren terakhir tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), Masnizam Hisham.

Masnizam berkata, pengendalian operasi tren itu pada tahun ini berjaya mencatatkan 112 peratus kadar pergerakan tren, meningkat berbanding 110 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Katanya, walaupun Prasarana berhadapan cabaran keadaan cuaca panas dan pertambahan penumpang berbanding tahun lepas, MMMSL berjaya membawa 1.5 juta penumpang berbanding kira-kira 1.1 juta penumpang tahun lalu.

"Daripada maklumat yang kita terima daripada media-media Arab Saudi dan penumpang sendiri ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,

Katanya, operasi kali ini juga mendapat perhargaan daripada pihak berkuasa Arab Saudi termasuk Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) Arab Saudi yang mengucapkan terima terima kepada Prasarana kerana berjaya melicinkan pergerakan jemaah haji.

"Presiden PTA Dr Rumaiah al-Rumaiah sangat berpuas hari dan malah dia datang melawat semasa operasi MMMSL bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi.

"Mereka amat yakin dengan kebolehan yang kita ada dan Alhamdulillah Prasarana telah membuktikan kita mampu melakukan lebih baik daripada tahun lepas," katanya.

Mengenai perancangan selepas ini, Masnizam berkata, pihaknya akan meneruskan rundingan dengan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung penyambungan kontrak.

Beliau bagaimana pun optimis untuk Prasarana mencapai sesuatu yang positif termasuk dalam projek lain di negara ini memandangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam pengendalian MMMSL.

"Prasarana masih mempunyai baki kontrak sehingga 31 Mei 2018 dan untuk tempoh sehingga berakhir kontrak itu Prasarana akan meneruskan penyelenggaraan tren tersebut," katanya.

Prasarana Malaysia Berhad dianugerahkan kontrak bernilai SR800 juta (RM911 juta) mengendalikan operasi tren haji MMMSL selama tiga tahun bermula 2015.

Friday, September 1

OPERASI TREN HAJI Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Southern Line MMMSL LANCAR


Lebih 330,000 jemaah haji telah menggunakan perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Southern Line MMMSL setakat jam 11.00pagi waktu Arab Saudi. Prasarana Malaysia Berhad telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dengan pergerakan tren mencecah 117 peratus, mengendali lebih 330 ribu jemaah tanpa sebarang isu.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIME, Masnizam Hisham, Prasarana telah berjaya menamatkan pergerakan "B" iaitu membawa jemaah dari Mina ke Arafah dengan lebih awal. Buat masa ini jemaah sedang berwukuf di Arafah. Pergerakan "C" iaitu pergerakan yang paling mencabar akan bermula jam 6.38 petang ini waktu Arab Saudi dimana seramai 350,000 jemaah akan menaiki tren dari Arafah ke Muzdalifah dengan masa hanya 6 jam.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive