Thursday, September 28

GUAN ENG LANTIK ORANG GILA JADI PEGAWAI PENERANGAN....?


Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang malang dalam sejarah hari ini telah melantik Ustad Wan Ji yang pernah tahan di bawah Akta Hasutan 1948 pada 10 September 2014 oleh PDRM. Agaknya apakah yang bakal dijelaskan oleh ustad gila ini bagi membantu Ketua Menteri memberikan penjelasan mengenai Islam. Makin lama makin sesatlah rakyat Pulau Pinang jika mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan.

Wan Ji merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat. Beliau dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja. Beliau mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Astro Awani dan Malaysia Insider melaporkan penangkapan beliau. Dalam temubual dengan Malaysia Insider, Wan Ji menjelaskan bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama. Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam.

Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 September 2014.Beliau dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana dituduh menghina sultan ekoran penulisannya mempersoal kelayakan sultan sebagai ketua agama. Jika disabit salah, Wan Ji boleh dijatuhi hukuman denda lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Slamat Yahya bagaimanapun membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Pasport antarabangsa hendaklah diserahkan kepada mahkamah. 10 Oktober 2014 ditetapkan untuk tarikh perbicaraan. Pendakwaan dilakukan Mohd Azari Harun manakala Wan Ji diwakili peguam Mohd Razlan Jalal.


1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Agak agak nak naik kenderaan apa untuk balik semula ke tahun 2014

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive