Wednesday, July 6

Konsert MTV di i-City serlah pekung PAS



BAHANG kehangatan MTV World Stage 2011 semakin terasa. Tahun ini konsert hebat itu diadakan di Bandar Cahaya Digital, i-City, Shah Alam pada 24 Julai ini. 'Jom, apa tunggu lagi, beli tiket sebelum habis'. Apatah lagi, MTV, satu kuasa dunia hiburan sudah mengesahkan kehadiran kumpulan rock antarabangsa, 30 Seconds To Mars yang akan beraksi bersama kumpulan rock tempatan, Pop Shuvit. 

Tak usah risau bantahan PAS. Ia cuma sandiwara politik yang tidak ada noktah. Ia lakonan untuk mengaburi mata rakyat Selangor khususnya orang Islam. Perjuangan Islam mereka hanya retorik, kata pemerhati politik. Mereka tidak serius pun membantah konsert itu. Malah, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali ialah EXCO kerajaan negeri menghadiri mesyuarat EXCO dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setiap minggu. Beliau boleh menolak cadangan penganjuran konsert itu. Namun, sejak bila pula Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu hanya tahu mengangguk. 
Penyokong pembangkang tentu yakin beliau ada alasan kukuh jika ada yang menuduh pemimpin PAS dalam barisan EXCO hanya dijadikan boneka' DAP yang dilihat mendominasi pentadbiran Selangor. Bagi sebelah pihak lagi, Abdul Khalid memberi jaminan tiada masalah penganjuran konsert itu kerana kelulusan dibuat awal tahun lalu. 

Katanya, konsert itu diadakan di ruang yang dikhaskan untuk aktiviti antarabangsa dalam usaha mempromosikan Shah Alam di pentas dunia. Berwawasan sungguh matlamat penganjuran. Jadi, atas hasrat murni itu, Mohamed Hasan dan wakil rakyat PAS lain tidak perlu terlalu berani menyuarakan kebenaran, apatah lagi membantah kehendak rakan mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Mereka mungkin kehilangan kuasa nikmati sekarang jika ‘menentang arus’. Menentang keputusan PKR dan DAP, bermakna peluang PAS berkongsi kuasa mentadbir Selangor akan tipis pada masa depan. Mereka tidak perlu mempedulikan rungutan penduduk di Seksyen 7, Shah Alam yang berpendapat i-City sebagai lokasi konsert tidak sesuai kerana kewujudannya adalah sebagai pusat teknologi maklumat, bukan program hiburan. 

Penduduk mendakwa, pada asalnya tidak ada aktiviti hiburan boleh dianjurkan di bandar raya Islam contoh ini dan ia sepatutnya dikekalkan. Kalau isu ini berlaku ketika Selangor ditadbir Barisan Nasional (BN), penyokong PAS pasti berkokok membantah dan melakukan pelbagai kempen serta demonstrasi. Kini, di mana suara lantang pemimpin dan penyokong PAS? Di manakah keikhlasan mereka memperjuangkan kesucian Islam atau pemimpin PAS tidak perlu lagi meraih populariti kerana Muktamar Tahunan PAS Ke-57 sudah berakhir? Sehingga sekarang, kita pasti dihidangkan dengan cemuhan setiap kali ceramah PAS yang mengaitkan bala melanda negara disebabkan penganjuran acara maksiat oleh BN dan kesilapan rakyat memilih BN. Selepas mengambil alih pemerintahan negeri paling maju di Malaysia ini pada 2008, pemimpin pembangkang ketika berceramah di ceruk kampung begitu gemar menyindir cara BN meraikan sesuatu sambutan. 
Mereka yang lebih beriman dengan berjubah dan berkopiah mendakwa sambutan tahun baru anjuran BN mirip tradisi kafir apabila lelaki dan perempuan bebas bergaul. Apakah noda itu terhenti selepas tiga tahun pembangkang memerintah? Saya meramalkan 80 peratus menjawab ‘tidak’, 10 peratus, ‘entah’ dan selebihnya ‘ya’. 

Mereka yang menjawab ‘ya’ pasti golongan totok PAS. Isu arak pun tidak dapat diselesaikan, inikan pula konsert MTV. Dulu mereka berjanji menutup kilang arak terbesar di Shah Alam jika memerintah yang sehingga kini hanya janji kosong. 

PAS hanya semut hitam yang gigitannya tidak mendatangkan kesan buruk kepada kepemimpinan Selangor diterajui PKR dan DAP. Penyokong PAS boleh melihat keikhlasan pemimpin mereka menegakkan syiar Islam. Tanyalah iman, apa hukum jika seseorang mungkir janji? 

2 comments:

Yuseri Yusoff said...

PAS Babi celako haram jadah! dulu kawe kt kelate nak tgk dikir dokleh! barua sunggoh PAS!!

matkilaupenang said...

rileh bro.dy
jangan marah sikap pas sebenarnya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive