Sunday, July 17

Festival Cheng Ho.! Pas Tipu Peniaga


Ketika Kerajaan Pas Kelantan berbangga dengan kejayaan menganjurkan Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (Kelcheff) di sini yang didakwa bertaraf  antarabangsa, situasi sebenar yang dialami beberapa peniga di festival tersebut pula menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
Timbul rasa kecewa dan tertipu beberapa peniga kerana keadaan di tapak pameran yang becak dan berlumpur malah mereka mendakwa bekalan elektrik hanya dipasang bermula pagi ini oleh pihak penganjur selepas mengancam untuk menghebohkannya kepada media.
Lebih malang, walaupun baru dua hari festival bermula dan telah membayar RM3,000 untuk setiap khemah pameran, ada peniaga yang datang dari Kuala Lumpur telah ‘angkat kaki’ kerana tidak tahan dengan layanan daripada pihak penganjur.
Kesabaran para peniaga tersebut mungkin hilang terutama selepas mereka mendakwa terpaksa menambak sendiri ruang pameran yang becak dengan mengambil pasir dan batu dari kawasan berhampiran.
Masalah tersebut turut dialami sendiri oleh Pengerusi Gerak Tingkat Ekonomi Kelantan (G10), Wan Adnan Wan Ahmad, apabila dia hanya dapat memulakan pameran produk spa miliknya petang ini ekoran ketiadaan bekalan elektrik.
“Saya kecewa bila festival ini dikatakan antarabangsa tetapi sebaliknya macam di taraf kampung saja dengan keadaan ruang pameran yang kotor, berlumpur dan bekalan elektrik tidak ada.
“Saya baru petang ini dapat membuka ruang pameran kerana masalah ini dan ia sangat berbeza ketika Ekspo Cheng Ho tahun lalu apabila hanya pada hari pertama jualan sebanyak RM1,000 sudah boleh diraih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak festival itu di sini petang ini.
Festival yang berakhir pada 23 Julai itu telah dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan turut melibatkan penyertaan peniaga-peniaga dari luar negara terutama China.
Seorang peniaga daripada Kuala Lumpur, Norshida Albil Azi, 27, berkata, dia sangat terkejut ketika sampai di tapak pameran itu semalam kerana keadaannya tidak seperti yang dijanjikan.
“Indah khabar dari rupa. Masa mempelawa kami masuk, mereka katapromosi hebat dan akan dikunjungi oleh lebih 100,000 pengunjung tapi dengan jalan masuk yang berlumpur dan ruang pameran pun macam ini, siapa yang akan datang.
“Sudah dua hari kami buka ruang pameran tetapi satu sen jualan pun belum diperolehi. Keadaan ini sangat mengecewakan kerana semua bayaran telah dijelaskan sebelum festival bermula,”
Sementara itu, seorang peniaga makanan, Kamarulzaman Rahim, 40, berkata, aduan telah dibuat terhadap pihak penganjur tetapi sehingga kini tiada langkah diambil.
“Saya sudah upah 13 pekerja untuk membantu saya tapi sudah dua hari masih belum memulakan perniagaan saya kerana tidak ada api ditambah pula kawasan berlumpur.
“Kalau sudah mula pun saya tidak tahu sama ada orang mahu datang sebab jalan untuk masuk ke ruangan letak kenderaan pun teruk sampai perlu guna pacuan empat roda,”

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive