Wednesday, July 13

HARAKAH PENIPU:KENA BAYAQ RM50 RIBU.



Seorang peguam hari ini memperoleh ganti rugi RM50,000 setelah memenangi kes samannya terhadap Ketua Pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain berhubung artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya, tiga tahun lalu. 

Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik memutuskan demikian selepas mendapati keempat-empat defendan memfitnah plaintif, Tun Mohamad Ammar Aziz, 37, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur menerusi artikel berkenaan. 

Selain ganti rugi, mahkamah memerintahkan pihak defendan membayar kos. 

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. 

Beliau mengemukakan saman itu kerana mendakwa artikel yang diterbitkan Harakah Edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul ‘Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik?' berunsur fitnah terhadapnya. 

Plaintif mendakwa, penyiaran artikel tersebut telah mencemarkan reputasinya sebagai seorang Islam, rakyat Malaysia, pengamal undang-undang dan pemegang jawatan dalam UMNO.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive