Saturday, July 16

DAP Cucuk Hidung PAS Kedah.



Dulu PAS Selangor bertelagah dengan DAP pasal isu penjualan arak di tempat terbuka.
Kerana nak jaga nama parti kononnya sepakat, dua anggota Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Ronnie Liu terpaksa ‘berjabat tangan’.
Kini DAP sekali lagi mahu tunjuk bahawa PAS akan ikut telunjuk mereka di Kedah pula.
Kali ini, parti simbol roket itu mahu Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) tetapi tidak dikuatkuaakan.
Namun selepas pembangkang ambil alih Kedah pada 2008, kerajaan negeri pimpinan PAS menguatkuasa beberapa peraturan hinggakan tauke-tauke pusat hiburan tidak senang hati kerana periuk nasi mereka macam terkambus.

Pasti mereka sudah merayu pada DAP hingga menyebabkan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang minta Kedah mengkaji balik oeraturan itu untuk memansuhkannya.
“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan (gambar) seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata beliau telah berhubung dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Datuk Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan ketika bulan Ramadan.

Katanya, Lee atau DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.

Lee juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.
Lim berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat nasional minggu depan.
Sekali lagi dalam mesyuarat itu, Lim pasti akan meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangannya.
Bagaimanapun, ramai tahu Azizan bukan macam Dr Hasan yang kecut perut dan terpaksa akur dengan DAP di Selangor.
Azizan bukannya pemimpin PAS yang mudah dicucuk hidung kerana sebelum ini pun beliau bertegas dalam beberapa isu yang DAP ada kepentingan termasuk merobohkan tempat menjual babi.   
  
Semalam, Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru.
Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.
Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau lagi, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

Apapun, memang menarik untuk dilihat perkembangan ini sama ada PAS sekali lagi akan tunduk pada DAP bagi melengkapkan kata-kata serta andaian banyak pihak bahawa parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu kini hanya tinggal nama sahaja.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive