Ya atau tidak...ini yang terus menjadi isu panas selepas polis mendedahkan rakaman video bagi menjawab beberapa tomahan kononnya mereka bertindak kasar masa menyuraikan demo haram Bersih 9 Julai termasuk dikatakan merempuh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Bagaimanapun nampaknya pembangkang terus berlagak ‘macam tak makan saman’ dan cuba memperlekehkan pendedahan yang dibuat oleh pihak polis ini.
Episod video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah cukup untuk memberi gambaran tentang sikap pembangkang mengenai apa saja yang boleh kurangkan markah mereka.
Mereka tidak langsung peduli nak tuntut kebenaran dalam soal ini sedangkan itu melibatkan soal moral orang nombor satu yang menjadi tunjang perjuangan mereka.
Mat Sabu kini mempertahankan dakwaannya dirempuh malah mahu menyaman polis.
Kalau sebelum ini riuh dakwa dirempuh oleh land rover polis,kini dah bertukar kepada kereta Waja polis pula.
Sedangkan kalau selak balik semua laporan media termasuk pembangkang sebelum ini memetik beliau cakap tentang land rover polis.
Pemimpin nombor dua PAS itu senang saja bagi alas an buat apa beliau menipu, duduk di hospital sedangkan beliau boleh berceramah menentang UMNO yang zalim.
Apakah lebih 100 orang wakil media,NGO dan persatuan silap tengok pergerakan motosikal dibonceng Mat Sabu,Pajero polis dan kereta Waja polis dalam tayangan itu.
Jelas sekali tidak ada siapa yang rempuh siapa.
Bekas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula mempersoalkan kenapa selepas dua minggu kejadian, baru polis menayangkan video sebagai bukti.
Idris yang tewas pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu baru-baru ini, mendakwa video ditayangkan itu hanya sesuai zaman televisyen hitam putih.
Idris yang tewas pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu baru-baru ini, mendakwa video ditayangkan itu hanya sesuai zaman televisyen hitam putih.
Beliau merujuk kecanggihan zaman IT sekarang dengan insiden pada9 Julai itu boleh dimuat turun serta merta dalam internet dan Youtube tetapi polis ambil masa dua minggu.
Barangkali Idris pun hidup zaman hitam putih juga ketika membuat kenyataan begitu.
Apakah polis boleh sewenang-wenangnya tayangkan video tanpa siasatan terlebih dahulu untuk mencari kebenaran?
Idris memilih jalan mudah yang selalu dilakukan pembangkang dengan menyalahkan pihak lain walaupun mereka sendiri yang bersalah.
Sindrom penafian sudah sebati dalam jiwa pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu dan Idris.
Dalam zaman terkini satu lagi sindrom yang jelas wujud dikalangan pembangkang ialah masing-masing nak ‘tunjuk hero’ yakni siapa yang paling lantang berani bersuara menentang kerajaan.
Justru itu ramai yang merasakan sudha tidak masanya kerajaan bertindak jika bukti yang cukup sudah ada.
Ini untuk mengelak rakyat tertanya-tanya siapakah betul dan siapakah salah dalam berdepan isu 9 Julai lalu.
Ikut ceritanya pembangkang kini sedang ghairah hidup diawang-awangan dengan andaian kononnya kerajaan dan pihak berkuasa gementar nak bertindak keatas mereka.
Jadi jangan hairan kalau mereka terus menerus ‘berpesta’ menafikan apa juga kebenaran.
Kini rakyat yang mahu tahu kebenaran tertunggu-tunggu kebenaran.
No comments:
Post a Comment