Monday, July 11

DAP,PKR PAS +AMBINGAI rosakkan program ekonomi



Guan eng meroyan pasal layanan polis terhadap peserta bersih dalam kenyataanya.Apa punya banggang punya ketua menteri dalam sejarah pulau pinang.hanya tahu membangkang dan menutup apa yang layanan terbaik diberikan oleh polis siap diberi makan buffet lagi dan dengan 4lauk yang sedap lagi,mungkin marah sebab apa yang diinginkan tidak tercapai kot?biarlah lidah bewak nie meroyan rakyat tahu apa yang polis lakukan.


Pasukan keselamatan negara, khususnya polis telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan berjaya mematahkan cubaan rusuhan melalui demonstrasi jalanan oleh Bersih. 

Penglibatan ramai pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kotor amat mengecewakan rakyat. Saya yakin kebanyakan rakyat di kawasan mereka pasti kecewa dengan tindakan mereka itu. Mereka cuba mensabotaj ekonomi negara. 

Bayangkan jika polis gagal menyekat kegilaan mereka merusuh, ibu negara pasti akan lumpuh. Kegiatan ekonomi akan kerugian berbilion ringgit. Wang tersebut yang sepatutnya boleh disalurkan kepada kawasan parlimen dan negeri akhirnya menjadi mangsa kegilaan rusuhan jalanan. 

Kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi. Pembangkang pula cuba merosakkannya. Rakyat di kawasan mereka tidak pun menyuruh berbuat demikian. Apa yang disuruh ialah membantu rakyat daripada aspek ekonomi, pendidikan, agama seterusnya menunjukkan integriti tinggi dalam politik! 

Adalah amat malang sekali harapan rakyat tidak mampu mereka tunaikan. Sebab itulah mereka melakukan hasutan kepada ahli mereka supaya melakukan rusuhan jalanan untuk mengelakkan rakyat mempersoal kegagalan mereka membantu rakyat mereka. 

Bagi mengelak wakil rakyat menghasut ahli mereka merusuh atau berdemonstrasi haram, MKP menggesa pihak kerajaan mewujudkan akta khusus. Mana-mana pemimpin dan ahli atau sesiapa sahaja yang terlibat menganjurkan, menghasut dan merusuh di jalanan secara haram, hendaklah dikenakan denda yang tinggi mengikut kategori kesalahan. 

Bagi kesalahan menganjur dan menghasut denda maksimum RM10 juta atau lebih mengikut tahap dakwaan berat atau ringan. Rasionalnya supaya kerajaan boleh menampung semula kos kawalan keselamatan dan kerosakan semasa rusuhan. Jika gagal bayar, hak mereka untuk jadi wakil rakyat hendaklah dilucutkan. 

Satu lagi cadangan MKP ialah pihak yang hendak menganjurkan perhimpunan, terutama melibatkan jumlah ahli, hendaklah dikenakan deposit seperti RM1 juta atau RM20 juta mengikut jumlah ahli. Wang tersebut boleh dikembalikan semula kepada penganjur apabila memenuhi syarat. 

Hari ini, kesan daripada demonstrasi Bersih 9 Julai ialah negara menanggung kerugian yang amat besar. Sebaliknya, penaja rusuhan dan demonstrasi berasa seronok kerana berjaya membawa kerugian kepada hasil cukai dan ekonomi negara. SPR hanya dijadikan kambing hitam. 

Inilah sikap tidak berintergriti pihak pembangkang yang wajar dibendung.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive