Saturday, July 16

Dewan Pemuda PAS Main Wayang DAP VS PAS 2.0 Kedah.



PAS menerusi Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat cuba mencairkan penentangan DAP terhadap keputusan kerajaan negeri Kedah.
Mungkin takut nak bantai DAP ia sebaliknya mempersoalkan kenapa  tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak PERKASA dan UMNO sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama.
“Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka,MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam. Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama. Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.
Mohd Firdaus Jaafar itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah kerana tindakan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menegah sebarang perbuatan mungkar atau mengundang kemungkaran dilakukan terutama di bulan Ramadhan.
Menarik juga Mohd Firdaus kata DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan para pemimpin DAP terang-terang menentang keputusan kerajaan negeri Kedah itu.
Silap mata apa yang hendak dimainkan.Bukankah  Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga turut minta Kedah mengkaji balik peraturan itu untuk memansuhkannya.

Kata Kit Siang,  DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.
“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan Khamis.
Nampaknya dalam keadaan nak lemas ini masing-masing cuba menarik sama BN yang asalnya meluluskan enakmen itu pada tahun 1977 dulu.
Ini jalan mudah untuk  ‘cuci mangkok’ sedangkan apa yang jelas terpancar di sini ialah antara DAP dan PAS banyak yang belum settle lagi.
Usaha untuk memendamnya di bawah permaidani bukan semudah yang disangka – kerana asasnya kedua-duanya adalah parti politik yang akhirnya lebih mengambil kira soal undi.
Makanya drama terbaru di Kedah ini sudha masuk kategori – wajib tonton
Dari sudut politik DAP tahu jika  tidak bising dan memastikan PAS tunduk lagi dalam isu ini ...ia pasti kantoi.
Sekali lagi ada tanda silang antara prinsip DAP dengan PAS yang selama ini tidor sebantal mimpi lain-lain.
PKR pula seperti biasa masih mengambil sikap playsafe dalam isu ini.
Terbaru Singa DAP Karpal Singh  yang pernah ancam langkah mayatnya jika PAS nak tubuh Negara Islam sudah mengaum.
Dalam kenyataannya Jumaat Pengerusi DAP itu mengingatkan  kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.
Amarannya kepada PAS Kedah cukup jelas bila beliau secara terbuka berkata, “DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive