Monday, July 18

DAP&Guan Eng Dah Mulakan Kempen PRU 13 Dengan Wang.



Cadangan kerajaan negeri pimpinan DAP memberikan wang tunai RM100 menerusi Program Anak Emas Pulau Pinang disifatkan sebagai tindakan memancing undi untuk pilihan raya umum ke-13. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata BN mengutuk cadangan kerajaan negeri DAP itu kerana ia jelas bermotifkan politik. 

“Cadangan itu jelas bermotifkan politik dengan memberi wang kepada pengundi yang mempunyai kelahiran baru bayi dalam keluarga. 

“Ini bukan cara yang baik untuk mentadbir sebuah kerajaan dan sangat jelas pemberian itu bermotifkan politik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra bersama barisan kepimpinan BN negeri di Pasar Air Itam di sini, hari ini. 



Semalam Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengumumkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk pemberian wang tunai RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini mulai tahun ini dengan syarat salah seorang ibu bapa bayi berkenaan adalah pengundi dan mempunyai pendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Program pemberian wang itu dijangka melibatkan perbelanjaan sehingga RM10 juta setiap tahun. 

Zainal Abidin berkata tindakan kerajaan negeri DAP itu boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka yang mendapat cahaya mata baru tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi di negeri ini. 

Katanya sebarang bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan seharusnya melibatkan semua ibu bapa yang mempunyai kelahiran bayi baru dan bukannya kepada ibu bapa yang berdaftar sebagai pengundi sahaja.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive