Tuesday, July 26

Aksi ‘sarkas’ penyokong Bersih cemari wacana Wan Ahmad VS Ambiga


Namanya sebuah wacana ilmu, dan tajuknya cukup membayangkan ia perbincangan ilmiah 'Apa selepas 9 Julai?" dengan ahli panel berprofil tinggi, sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar panel berhujah.
Namun kalangan penyokong Bersih yang hadir menukar wacana ilmu jadi macam pertunjukan sarkas.
Itulah hakikat sebenar perangai tak senonoh segelintir manusia yang sikapnya memalukan pihak penganjur iaitu akhbar Sinar Harian dan kumpulan media Karangkraf.
Kebetulan majlis tersebut dibuat di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.
Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.
Turut sama menjadi ahli panel ialah penganalisis politik Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari panel mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ‘nak menang saja dan mereka betul semua’ kalangan penyokong Bersih yang hadir.
Jelas dari awal, memang penyokong-penyokong Bersih yang menguasai kerusi-kerusi yang disediakan. Ini sedia maklum kerana SPR, agensi kerajaan, bukannya NGO seperti Bersih yang mudah untuk mobilisasi penyokong hadir ke majlis tersebut.
Kiranya, boleh 'angkat topi' pada Datuk wan Ahmad sebab berani datang walaupun sedia maklum 'crowd' jenis apa yang beliau berdepan.
Forum yang sepatutnya bermula tepat jam dua sedikit lewat kerana pihak penganjur menguruskan tempat duduk penyokong yang berdiri hingga mengganggu pihak media membuat liputan dalam dewan sesak dengan hadirin itu.
Sebaik bermula, ketika nama Ambiga disebut, dewan riuh rendah, jadi macam pasar, memaksa pengerusi majlis beberapa kali mengingatkan penyokong Bersih agar menjaga tingkah laku bagi memastikan majlis berjalan lancar.
Ambiga membentangkan hujahnya dengan mengatakan bahawa cadangan SPR untuk memperkenalkan sistem biometrik boleh diterima sekiranya semua maklumat mengenai sistem itu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat.
“Kami terbuka sistem yang bagus tapi SPR perlu jelaskan kepada rakyat dan kami juga bimbang adakah sistem ini akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kerana saya jangkakan ia tidak boleh dilakukan kerana sistem baru ini memerlukan kajian, percubaan selain ia perlu dijelaskan kepada rakyat.
Kata Ambiga, sistem biometrik masih boleh dimanipulasikan memandangkan tiada jaminan ia boleh menyelesaikan isu-isu berbangkit.
“Pengundi hantu yang kami paling bimbangkan, pengundi mati (yang sudah meninggal dunia) juga ... adakah nama mereka ini dikeluarkan dari data JPN.
“Kita tidak mempunyai data yang boleh rekod sama ada pengundi itu masih hidup atau meninggal dunia, saya bimbang jika sistem biometri ini digunakan,” katanya yang sentiasa mendapat tepukan gemuruh dari penyokong Bersih setiap kali berhujah.
Manakala, Wan Ahmad dalam reaksinya berkata, sistem biometrik tersebut diperingkat akhir kajian dan sebaik selesai, SPR akan memanggil setiap parti politik untuk menjelaskan bagaimanakah ianya berfungsi dan SPR terbuka menerima apa sahaja cadangan yang dikemukakan sebagai panduan.
“Perkara yang kita mahu bincangkan ini adalah isu besar kerana ia melibatkan undang-undang,” kata Wan Ahmad.
Selain itu kata beliau, semua pihak termasuk pemimpin parti politik perlu bersikap matang dan terbuka dalam membincangkan isu pilihan raya.
“Janganlah duduk di bawah tempurung, SPR mendengar semua ... sebab pelanggan kita banyak termasuk parti politik, betulkan dulu persepsi (terhadap SPR) kemudian baru boleh bincang soal pilihan raya,” katanya. Hujah beliau selalu diganggu dengan sorakan 'boo' dan gelak ketawa penyokong Bersih yang mengejeknya.
Sehingga pada satu peringkat, pengerusi majlis Wan Saiful Wan Jah terpaksa meminta hadirin supaya berhenti membuat suara-suara yang menganggu Wan Ahmad berhujah.
"Ini sudah menyakitkan hati, saya harap hadiran dapat bertenang bagi memastikan majlis berjalan lancar,"kata beliau.
"Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini...kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini," kata Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS).
Pada satu peringkat, soalan seorang peguam kepada Ambiga yang mempersoalkan tindakan Bersih mengadakan demonstrasi jalanan hampir menyebabkan majlis hilang kawalan.
Penyokong Bersih bangun, menjerit dan menunjukkan berbagai isyarat jari kepada lelaki yang bertanya soalan tersebut. Suasana kelam-kabut hampir dua minit sebelum berjaya ditenangkan oleh pengawal keselamatan yang ditugaskan oleh pihak penganjur.
Memang jumlah penyokong berat sebelah, dengan penyokong Bersih lebih ramai, hinggakan, soalan-soalan yang balun SPR akan secera mendapat tepukan dan sorakan sokongan manakala soalan yang mempersoalkan demontrasi jalanan akan segera dicemuh, dikecam dan diboo oleh hadirin dalam dewan.
Seorang mahasiswa misalnya bertanyakan soalan dengan berhujah bahawa Islam menolak menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan teruk kena boo dan maki hamun hingga tidak sempat menghabiskan ayatnya.
Wan Ahmad juga pada satu peringkat terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.
“Jangan anggap SPR sebagai musuh,”katanya yang tidak diendahkan sebahagian besar hadirin.
Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa bukan semua persoalan berkaitan pilihanraya adalah bidang kuasa SPR.
"Dalam menjayakan sesuatu pilihan raya bukan hanya Akta Pilihanraya sahaja diguna pakai, ada akta lain yang melibatkan agensi lain, seperti Akta Polis, Akta Hasutan dan lain-lain.
"Tambahan SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. SPR hanya boleh cadangkan, dan cadangan tersebut perlu melalui banyak jawatan lain sebelum sampai ke Parlimen untuk dibahaskan,"katanya.
Pada satu ketika, Wan Ahmad dengan terang-terang memuji parti-parti komponen BN yang kerap mengadakan pertemuan dengan SPR, tetapi tidak menghebahkan kepada media.
"Mereka ikhlas, mereka juga kritikal pada SPR, tetapi menggunakan saluran betul,"katanya yang sah-sah kena boo dengan penyokong Bersih.
Maka majlis diselangi seli dengan tempikan boo segala macam hingga pada satu ketika Wan Ahmad yang nampak fedup secara menyindir berkata jika mereka (pembangkang) menang semua kerusi pilihanraya semuanya OK.
Wan Ahmad turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.
Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.
"Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu," katanya.OLEH HELME HANAFI http://agendadaily.com

1 comment:

j3bat said...

Nama pun majlis ilmu, macamana lah puak-puak bersih nak behave, kerana mereka sememangnya kurang berkeupayaan untuk berfikir !

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive