Laporan Buletin Utama mengenai percanggahan kenyataan antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Hadi Awang berhubung layanan polis ketika Presiden Pas itu ditahan dalam himpunan haram Bersih 2.0
Kalau anda mahu diiktiraf sebagai 'wira negara' mengikut tafsiran Pas, anda tidak perlu menang pingat emas di Sukan Olimpik, tidak perlu menawan puncak Gunung Everest atau mengharumkan nama di pentas dunia dalam apa juga bidang.
Malahan anda juga tidak perlu menyertai pasukan keselamatan untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.
Sebaliknya, anda akan diiktiraf 'wira negara' jika menyertai perhimpunan haram anjuran pembangkang dan berani 'bertempur' dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila melakukan rusuhan.
Demikianlah dangkal dan jumudnya pemikiran pemimpin-pemimpin Pas sehinggakan puak-puak yang merusuh di jalan raya pada Sabtu, 9 Julai lalu begitu mudah dianggap sebagai pejuang dan wira negara.
Malahan mereka juga mendakwa perhimpunan tersebut sebagai lambang kebangkitan rakyat sedangkan kalau mengikut laporan media termasuk media antarabangsa kehadiran sekitar 10,000 orang sahaja, jauh daripada sasaran 300,000 yang diuar-uarkan oleh pembangkang.
Apa pun cubalah berfikir dengan tenang tanpa dipengaruhi oleh emosi siapakah sebenar wira negara?
Penyokong-penyokong perhimpunan haram berkenaan yang terpekik terlolong dan melakukan rusuhan serta mencabul ketenteraman awam atau anggota polis yang bertugas sejak beberapa bulan lalu membuat persiapan bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara?
Sebagai orang yang waras sudah pasti kita akan mengiktiraf bahawa wira sebenar adalah anggota-anggota PDRM tersebut.
Ketekunan dan kegigihan mereka serta amat sabar dalam menjalankan amanah yang diberikan telah menyelamatkan negara kita daripada huru-hara pada 9 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment