Monday, July 11

JAMBATAN PULAU PINANG SESAK TERUK GARA-GARA DAP BUAT CERAMAH MALAM NIE.



Mungkin sebab malam nie diadakan ceramah penerangan kerajaan DAP diseberang jaya kebetulan jambatan pulau pinang sesak teruk,mungkin ini adalah petunjuk bahawasanya tidak releven diadakan ceramah penerangan tersebut kerana pasti akan ada fitnah dilontarkan kepada kerajaan pusat.Depa pasti dok dalam bakul angkat sendiri dalam ceramah tersebut.


Ratusan kenderaan terkandas hampir dua jam di laluan masuk dan keluar di Jambatan Pulau Pinang dan sekitar bandar itu apabila kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah jambatan itu terbakar petang tadi.

Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata, kesesakan itu menjadi serius berikutan kebakaran kabel itu berlaku pada waktu puncak iaitu pada 5.30 petang tadi.
Bagaimanapun, katanya, keadaan lalu lintas beransur pulih pada 7 malam tadi selepas kerja pembaikan kabel dan memadam kebakaran selesai dijalankan.


Sementara itu, Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Abdul Aziz Jaafar, ketika dihubungi, mengesahkan kebakaran kabel simpanan di bawah jambatan itu pada 5.25 petang tadi.

Katanya, kebakaran kabel itu bagaimanapun tidak menjejaskan bekalan elektrik di negeri itu kerana ia hanyalah kabel simpanan.

"Kebakaran kabel 132kv itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada 6.30 petang tadi dan ia hanya membabitkan kabel simpanan dan TNB sedang menjalankan siasatan mengenai punca kejadian," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive