Perak sentiasa berusaha keras dalam usaha untuk membantu rakyat negeri itu meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Susulan daripada itu, lebih 900 nelayan dari PNK Manjung Utara hari ini menerima alaun khas sara hidup selain bantuan sampan bagi memudahkan golongan itu meningkatkan hasil tangkapan.
Penyampaian cek RM200 setiap orang itu dilaksanakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Dewan Orang Ramai Pantai Remis.
Zambry memberitahu, kerajaan negeri sentiasa mengambil serius hal ehwal kebajikan rakyatnya termasuk kelompok nelayan dimana lebih RM 48 juta bantuan sara hidup dan subsidi minyak telah diagihkan sejak 2008 hingga Mac 2011.
“Kita faham akan kepayahan dan keperitan yang sering dihadapi oleh golongan nelayan tidak kira dari kumpulan mana (nelayan pantai atau laut dalam).
“Jadi jumlah tersebut adalah satu amaun yang besar namum kita akan tetap meneruskan bantuan ini kerana faham tentang kehidupan nelayan yang rata-rata berada dalam golongan yang memerlukan bantuan.
Zambry ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Alaun Sara Hidup Nelayan secara tunai LKIM peringkat PNK Manjung Utara kali ke-3 di Pantai Remis.
Dalam pada itu, dalam ucapannya, Zambry juga memohon agensi-agensi maritim untuk membantu mempertingkatkan rondaan selain bekerjasama antara mereka bagi menjamin keselamatan nelayan.
Katanya, nelayan-nelayan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk dalam aspek keselamatan ketika menangkap ikan di sempadan perairan antaranbangsa.
“Kerajaan sedar nelayan kita di Pantai Remis, Hilir Perak, Kuala Kurau dan Pangkor sering berhadapan dengan ancaman ditangkap atas dakwaan menceroboh perairan negara jiran.
“Walaupun kita tahu mereka mempunyai peralatan seperti GPS (sistem kedudukan global) tetapi disebabkan kedudukan di laut tidak ada garis sempadan yang nyata, cuma berdasarkan kedudukan pulau-pulau,” katanya.
Justeru katanya, bagi mengurangkan risiko berkenaan adalah wajar sekiranya bantuan bersama daripada agensi penguatkuasaan Maritim (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Marin dan Jabatan Perikanan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment