Saturday, July 23

Pembangkang boleh melalak apa saja, tapi Malaysia ke 19 paling aman di dunia..


Pembangkang boleh melalak apa saja tuduh konon negara tiada demokrasi, polis zalim, dan macam-macam lagi. Namun hakikatnya Malaysia diiktiraf sebagai paling selamat di Asia Tenggara. Dan yang iktiraf adalah pertubuhan yang dihormati di seluruh dunia.
Sebab itu, bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, niat sekumpulan kecil pihak yang cuba menggambarkan keburukan Malaysia, gagal dengan tersiarkan kajian antarabangsa itu.
Menurut beliau, percubaan pihak tertentu merosakkan imej negara dengan menggunakan media asing juga gagal selepas kajian Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
"Saya rasa kita semua rakyat Malaysia berbangga dengan percapaian ini, kerana Malaysia lebih selamat dari Singapura, Thailand bahkan Amerika Syarikat sendiri," katanya di hadapan 2,000 pemimpin belia seluruh negara ketika merasmikan Perhimpunan Gagasan Kepimpinan Generasi Muda di Serdang Sabtu petang.
Mengulas lanjut, kata Muhyiddin, ranking Malaysia meningkat dari tangga ke-37 dan jatuh ke tangga 38 pada 2007 dan 2008 sebelum memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-26 pada 2009 ke tempat ke-22 pada 2010 dan ke-19 pada 2011.
Sehubungan itu, beliau meminta belia yang mempunyai pandangan serta kritikan supaya meluahkan menggunakan berbagai platfom yang disediakan kerajaan.
"Jangan pendam perasaan jika ada rasa tidak puas hati, ada banyak saluran dan boleh hubungi pemimpin untuk diluahkan,"katanya dalam program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) itu.
Beliau sebelum itu menyelar sikap pembangkang yang mencemarkan nama negara dengan mengadakan perhimpunan haram 9 Julai yang disifatkan beliau "tidak mencapai apa-apa kecuali merosakkan nama negara di media asing,".
Muhyiddin berkata, kerajaan akan berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan antara 10 negara paling selamat di dunia berikutan kejayaan negara dipilih sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara.
Beliau berkata, kedudukan itu boleh dicapai melalui pelbagai usaha yang akan dilakukan termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan juga pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah.
Katanya, walaupun usaha berkenaan dipertanggungjawabkan kepada Polis Diraja Malaysia dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun ia juga akan bergantung kepada sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.
Sementara itu, Presiden MBM Mohamad Maliki Mohamad Rapiee, menjelaskan bahawa Parlimen Belia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Mei lalu dalam proses penubuhannya.
"Parlimen Belia nanti merupakan saluran tertinggi untuk belia meluahkan pendapat mereka kepada kerajaan,"jelasnya.
Menurut beliau, perhimpunan 2000 pemimpin belia itu bertujuan memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri kepada mereka dan meningkatkan patriotisme kepada negara.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive