Friday, July 15

DAP Desak Azizan Batal Larangan Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadan


Apa dah jadi dengan menteri besar tak tau nie.Takkan dak kena cucuk hidung kot ini adalah persengketaan yang akan terjadi apabila DAP tunggang PAS secukup rasa.PASti persengketaan ini akan berlarutan hingga DAP mencapai matlamatnya.Elok lah tue perkahwinan antara PAS dan DAP tidak akan bertahan lama dah mula nampak persengketaan antara mereka tiada persafahaman dalam isu yang agak remeh.


DAP - sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat - mendesak Kerajaan Negeri Kedah membatalkan larangan menghentikan operasi semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan ini.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak wajar membatalkan pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997 yang digubal ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu juga tidak pernah menguatkuasakan undang-undang tersebut.
“Dalam keadaan ini, Azizan harus mempertimbangkan semula serta memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
“Kerajaan BN juga tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun mereka memerintah,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadan.
Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan bukan satu perkara baru kerana ia sudah wujud sejak 1997 namun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Beliau menegaskan bahawa di bawah enakmen tersebut terdapat pengecualian terutamanya bagi pertunjukan berkaitan keagamaan seperti ‘Festival Hantu Lapar’ yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada bulan Ogos.
Jelasnya, setiap perayaan atau pertunjukan adalah dibenarkan namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun bagi pusat snuker dan kafe siber pula, Azizan berkata kerajaan negeri akan menyemaknya semula kerana ia diletakkan di bawah kategori hiburan.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau telah menghubungi Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan di negeri itu.
“Lee mendakwa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Kedah.
“Beliau juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Justeru, Lim berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan pusat Pakatan Rakyat minggu depan.
MSTAR ON LINE

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive