Tuesday, July 26

20 ahli PAS keluar parti bantah PAS sokong Ambiga


Kecewa dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan, 20 anggota PAS termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno pada Isnin.
Bekas penghulu mukim Gong Nangka Zakaria Mat Husin berkata PAS sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya.
"PAS sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis "Selamat Tinggal PAS, Kami Kecewa PAS Sokong Ambiga", di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh Kelantan.
Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi PAS di kawasannya menyokong Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Ketua Pemuda PAS cawangan Alor Pasir Mohd Jizi Omar pula berkata beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan PAS menunaikan janji pilihan raya umum lepas.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang hadir pada majlis tersebut, berkata setakat ini kira-kira 3,000 anggota PAS bertindak keluar parti dan menyertai Umno.
Ini katanya memberi keyakinan kepada Barisan Nasional untuk merampas kerusi Parlimen Pasir Puteh serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum kelak.

1 comment:

Pendekar Siber said...

salam,

PAS mesti kata... sikit aje tu...

Pendekar Siber
http://blogpendekarsiber.blogspot.com

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive