Monday, July 25

60 Penyelewengan PAS



Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwarwarkan,bila tabung jihad diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntutluar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?


1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apajua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupunbercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak
pendapat orang lain, walaupun benar.



2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalamperistiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.



3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.



4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.



5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.



6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.



7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.



8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.



9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.



10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.



11. KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.



12. MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa diKelantan.



13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.



14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.



15. CAKAP LAIN BUAT LAIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.



16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana,Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.



17. FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.



18. MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.



19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM
PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.



20. BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ‘Shit’.



21. PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan golongan mereka.



22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan.



23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.



24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN
Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.



25. ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.



26. MAHU TAPI MALU
PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan.



27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI
Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan



28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH
Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.



29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat.



30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya.



31. MENGHASUT RAKYAT
PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalamASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.



32. HANYA PANDAI MENGKRITIK
PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.



33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.



4. TIDAK IKHLAS
Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.



35. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya.



36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN
PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.



37. KEBAJIKAN TERBATAS
PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.



38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA
PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.



39. PERKARA-PERKARA KURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN
PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam.



40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT
PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga.



41. TIADA PERSEFAHAMAN
PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.



42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU
PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam.



43. MENGKHIANATI AMANAH
PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara.



44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA
PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain.



45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN
PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi



46. JEMAAH HAJI TERTIPU
Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.



47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM
Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.



48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK
PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.



49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN
Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.



50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN
PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.



51. PENDIRIAN TIDAK JELAS
PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.



52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN
PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.



53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN
Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka.



54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN
PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim.



55. MEMENTINGKAN SIMBOL
PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam.



56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.



57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.



58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN
Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti lawan.



59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL
PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat.



60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM
PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.








1 comment:

Pendekar Siber said...

salam,

bagi depa, matlamat menghalalkan cara. depa bukan nak melaksana ISLAM pun. ISLAM hanya modai politik. Yang depa nak hanya KUASA, tu yang dok berangan nak bertanding kat 80 buat kerusi parlimen...

Pendekar Siber
http://blogpendekarsiber.blogspot.com

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive