Showing posts with label peniaga. Show all posts
Showing posts with label peniaga. Show all posts

Monday, November 12

PENIAGA INDIA PULAK DI SEKSA MPPP?


Peniaga india yang berniaga di Jalan Pasar Georgetown mengeluh kerana kekurang pelangan kerana tindakkan MPPP menutup jalan berkenaan..

Esok adalah sambutan Depavali dan selalunya disaat akhir inilah ramai kaum india membeli belah disaat akhir...tindakkan menutup jalan ini membuatkan ramai pengunjung mengeluh dengan masaalah tempat letak kereta yang jauh dari sepatutnya....

Wednesday, August 22

Guan Eng Hapuskan Melayu Supaya Bangla Dapat Berniaga?


Rupanya dah ada Bangla Town atau lebih dikenali sebagai ' Mini Dhaka ' di Penang , di Jalan Gurdwara dah jadi tempat warga Bangla berniaga , jadi geng Bangla banyak yang duduk melepak di situ , Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan DAP untuk mengatasi masaalah ini?Setakat ini tiada tindakan yang diambil dan hanya membisu? Sebaliknya Peniaga melayu dirobohkan gerai atau kedai yang dibina.......ikuti petikan dari Kosmo ni :



Monday, May 28

AKSI MESRA @NAJIBRAZAK ,ANWAR BOLEH KE BUAT MACAM NIE?



Golongan peniaga dan penjaja kecil kini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita gembira buat mereka apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 untuk tempoh lima tahun.

Menurutnya, kadar bayaran pendaftaran tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada sebelum ini antara RM150 hingga RM300.

"Selain itu, bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini di mana ia merupakan pemberian istimewa daripada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada warga peniaga dan penjaja kecil di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.

Menyentuh mengenai rungutan peniaga berhubung soal pendaftaran perniagaan, Najib menegaskan ia merupakan proses yang memberi keuntungan kepada peniaga dan penjaja kecil kerana sekiranya ada data lengkap kerajaan mampu memberikan bantuan sewajarnya.

“Sebab itu kita nak kemaskini pendaftaran supaya satu skim insurans berkelompok dapat kita sediakan. Butiran-butiran ini kita akan teliti dan maklumkan kemudian. Jika peniaga jatuh sakit, mereka tidak ada skim perlindungan dan ia membebankan. Maka kita kena fikirkan skim perlindungan," ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan perhimpunan yang diadakan buat julung kalinya itu mendapat sambutan menggalakan dengan kehadiran kira-kira 15,000 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh pelusuk negara.

Bagi memastikan nasib peniaga dan penjaja kecil mendapat pembelaan sewajarnya, Najib berkata, kerajaan akan meletakkan tanggungjawab itu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memperjuangkan nasib golongan itu termasuk menyediakan pinjaman mikro kredit bagi mengembangkan perniagaan.

“Kita juga sediakan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang selama ini telah memberi pinjaman sebanyak RM2 bilion. Ada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Ini hasrat kita supaya golongan itu dapat akses pinjaman dan dapat uruskan perniagaan dengan baik.

“Kita akan terus membela golongan peniaga dan penjaja kecil secara berterusan," jelasnya.

Sehingga kini, terdapat kira-kira sejuta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara di mana sebelum ini tiada kementerian khusus bertanggungjawab menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.

DURIAN RUNTUH KEPADA PENIAGA KECIL PULAK?


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.

Sebelum ini,penjaja dan peniaga kecil perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan Pemilikan Tunggal dan RM60 bagi Perniagaan Perkongsian,yang perlu diperbaharui setiap tahun.Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus terhadap kadar kompaun bagi pendaftaran lewat perniagaan dan bayaran pendaftaran lewat.

Pengumunan tersebut disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka Ahad malam.Perdana Menteri berkata diskaun kadar kompaun itu akan berkuatkuasa 1 Jun sehingga 31 Dis 2012.


"Ini merupakan pemberian istimewa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada warga penjaja dan peniaga kecil di negara ini," katanya.

Bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang pula,Najib turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu skim insurans berkelompok khusus untuk golongan penjaja dan peniaga kecil selepas proses mengemas kini data pendaftaran golongan itu dibuat.

"Kalau golongan peniaga ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), jadi beban kos rawatan hospital itu sangat berat pada keluarga.Jadi pada golongan ini,yang pendapatannya tidak tetap,kita kena fikir perlindungan untuk mereka, bukan sahaja pada masa senang,tetapi juga semasa mereka susah,kita tetap jaga kebajikan mereka," katanya.

Najib berkata kerajaan akan meneliti semua maklumat berhubung golongan penjaja dan peniaga kecil dan memaklumkan mengenai butir-butir skim insurans itu tidak lama lagi.Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Persatuan Penjaja Dan Peniaga-peniaga Kecil Malaysia (PPPKM) Datuk Ramli Norani.Pada majlis itu,Najib turut bersetuju dengan cadangan Ramli untuk meletakkan tanggungjawab bagi menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

"Dengan ini jika ada masalah (penjaja dan peniaga kecil) sudah ada tempat untuk dirujuk dan mendapatkan perlindungan dan Datuk Seri Ismail Sabri boleh jadi bapa (mereka)," katanya secara berseloroh.

Sehingga kini,terdapat kira-kira sejuta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.Sebelum ini,tiada kementerian khusus bertanggungjawab menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.Perdana Menteri berkata kejayaan PPPKM menghimpunkan sejumlah besar ahlinya malam ini secara aman dan tertib memberi isyarat jelas bahawa tindakan mengadakan demonstrasi jalanan tidak perlu jika mahu membuat sebarang kenyataan.

"Apa perlu demonstrasi jalanan untuk membuat kenyataan.kenyataan peniaga kecil malam ini sudah cukup kuat,hebat dan lebih bermakna dan menunjukkan mereka juga punya kekuatan sebagai sebuah kumpulan yang penting dalam masyarakat," katanya.

Selain peranannya sebagai penyumbang ekonomi negara,Najib berkata penjaja dan peniaga kecil juga mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan hala tuju negara.-Bernama

Monday, May 21

APA NIE BERSIH 4.0 PULAK DAH?


Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini semalam.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

Monday, February 6

Guan Eng Rasuah Peniaga Pasar!!!


MKP bertemu dengan peniaga yang mendapat habuan dari kerajaan cauvanis DAP dan beliau menceritakan apa yang telah dilakukan oleh DAP bersama PBT tempatan.Kebanyakkan peniaga tidak membayar ansuran gerai mereka kerana telah ada perjanjian sulit diantara persatuan peniaga serta dengan kerajaan Cauvanis DAP.Motif peniaga bersikap demikian adalah kerana kini mereka lihat kerajaan sanggup berbuat apa saja untuk mengambil hati serta undi dari mereka.

Diatas apa yang berlaku sekarang peniaga merasakan apa sahaja permintaan mereka pasti dipenuhi oleh DAP.ternyata DAP merasakan peniaga ini banyak memberi undi kepada mereka dan segala tuntutan perlu dipenuhi.

MKP tertanya jugak kenapa Guan Eng tidak menghebohkan pekara ini pasti ada benda yang disembunyikan oleh pihak PBT serta Kerajaan Cauvanis DAP?.


Dedahan sebelum ini DISINI

Saturday, October 15

Haria DAP:Kedai Melayu Roboh Kedai Bangla MPPP saman.


Tahniah kepada kerajaan zalim cauvanis kerana memberi ruang kepada peniaga bangladesh membuka perniaga dan mendapat penghargaan paling kotor dalam carta. itu pun boleh kantoi dari aduan dari penduduk dari paya terubong di Ayer itam tempoh hari.Inilah sikap yang dikatakan CAT oleh pemimpin rasis yang melebelkan semua melayu adalah penyokong UMNO dan BN Padahal kedai dari orang melayu dianaktirikan serta dirobohkan sesuka hati serta zalim dengan merampas harta benda.ADUN tong gas tak masuk port pulak kali nie mungkin mengambil jalan selamat kot?????Pemilik kedai memegang kertas berbaju biru.

siap pakai kain lagi muka macam mamak tp cakanp bangladesh.

ayam diletakkan didalam tandas.

ayam dikurung didalam toilet boleh makan ka?

hilang selera nak makan 2 hari.

MKP kata Depa hanya saman sebab premis itu kotoq,pasal dia bangla katakalah yg berniaga itu melayu pasti sudah riuh bagai nak runtuh dibuatnya.






Saturday, October 8

DAP Arahkan Roboh??????



Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan mahu merobohkan pentas karaoke berhampiran dengan Kompleks Selera Seri Pantai di sini dikhuatiri bakal menjejaskan pendapatan lebih 50 pengusaha gerai Melayu yang berniaga di medan selera itu.

Bukan sahaja bakal menjadikan kawasan itu yang sebelum ini meriah bertukar sunyi malah beberapa peniaga yang ditemui juga melahirkan rasa bimbang akan ‘gulung tikar’ berikutan tindakan pihak berkuasa tempatan itu yang akan menyebabkan premis perniagaan mereka kurang daya tarikan.

Peniaga, Md Salin Puteh, 55, berkata, pentas yang dibina sejak 15 tahun lalu adalah hasil inisiatif peniaga untuk memberikan hiburan kepada pelanggan sambil menjamu selera.

Katanya, pentas yang melibatkan belanja kira-kira RM50,000 itu pernah dirobohkan oleh MPPP tahun lalu namun tindakan MPPP itu memberi kesan kepada perniagaan mereka sehinggakan mereka kehilangan banyak pelanggan dan menanggung kerugian.

“Selepas dirobohkan, kesemua peniaga di sini bersetuju untuk membina semula dua pentas karaoke baru dengan niat untuk menjadikan kawasan ini kembali meriah dan menjadi tumpuan orang ramai.

“Namun, apa yang mengecewakan kami selepas setahun pentas lama dirobohkan, MPPP sekali lagi menghantar notis mahu merobohkan lagi dua pentas kami bina di sini,” katanya ketika ditemui media di sini, kelmarin.

Katanya, sejak dia mendapat notis dari MPPP yang memberikan tempoh selama tujuh hari untuk merobohkan pentas menyebabkan peniaga-peniaga di situ hidup dalam keadaan tidak tenang.

Mengikut notis yang dihantarkan kepada Salin pada 29 September lalu, dia diarahkan untuk menghentikan sebarang aktiviti hiburan (karaoke) dan merobohkan struktur pentas itu dan sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari akan menyebabkan lesen perniagaannya dibatalkan selain tindakan undang-undang.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah yang turut berada pada sidang media itu berkata, tindakan Kerajaan Negeri mengganggu peniaga di situ menunjukkan Kerajaan Negeri bersikap pilih kasih.

“Selain bertindak pilih kasih, Ikhlas juga syak terdapat unsur rasuah sehingga menyebabkan peniaga lain tidak diambil tindakan,” katanya.



MKP kata inilah nasib peniaga melayu yg selalu ditindas DAP.

Saturday, July 30

Ghani Kulit Bagi Seluaq Dalam/Coli Rimau Kat Guan Eng.



GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik. 

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.


"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu. 

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000. 

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - BERNAMA
 




Ghani Kulit nie suka bagi benda pelik dekat Guan Eng betul jugak dia buat cam tu orang berniaga jika barangan sumber rezeki diambil dengan kejam siapa tak marah,anak dan bini kena bagi makan jugak nie sampai terjejas sumber pendapatan macam -macam orang boleh buat.

Sunday, May 29

ISU PENIAGA BATU FERINGGHI.


isu peniaga yang bakal dirobohkan oleh MPPP tempoh hari di batu feringghi mendapat sambutan dari Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Feringgi, Jamaluddin Hashim.JKKKN Jamaluddin membuat kenyataan bahawa tanah tersebut adalah milik pensendirian.Betulkah?untuk makluman JKKKN yang kurang cerdik serta buta fakta tanah tersebut dibawah seliaan Jabatan Peparitan dan Saliran (JPS) yang JKKKN maksudkan tanah persendirian ialah Lot 62.Saya sendiri berada ditempat kejadian masa dan ketika semua ini berlaku kenapa tidak kelihatan kelibat JKKKN yang mendakwa prihatin serta ambil berat tentang nasib peniaga tersebut. 


Timbalan Ketua Menteri (1) Datuk Dr Mansor Othman tidak wajar dipersalahkan dalam isu perobohan gerai itu.Kenapa tidak patut dipersalahkan?Rahayu Abdul Malik(peniaga serta wakil NGO)bersemuka sendiri dengan TKM Mansor berkata beliau terpaksa akur dengan arahan yang diberikan oleh KM lidah Bewak LGE.Apakah perasaan kakak Rahayu apabila mendengar Seorang yang berbangsa melayu memegang jawatan tertinggi kerajaan Negeri berucap dengan sedemekian rupa,luluh hatinya.


Untuk makluman kakak rahayu serta wakil NGO telah berjumpa pihak Pejabat Tanah tanpa penglibatan JKKKN batu feringghi telah mendapat nasihat serta maklumat tentang apa yang perlu dilakukan selepas gerai itu dirobohkan.


Pihak JKKKN janganlah dok perasaan setelah semua ini tersiar diakhbar serta blog baru lah nampak hampa semua nak buat kerja sebelum ini batang hidung pun tak pernah jumpa.kata astaka akan dibina dibayu senja bila nak siap tapak projek pun tak nampak.buat kenyataan memalukan sesama melayu lain kali jilat pungguq Guan eng sekali.


Kita tengok sekali lagi video yang mendedahkan segala-galanya.


Tuesday, May 24

VIDEO:KEKEJAMAN DAP TERHADAP PENIAGA MELAYU PULAU PINANG.

Pengakuan mangsa penindasan DAP.

KEKEJAMAN DAP TERHADAP PENIAGA MELAYU BATU FERINGGHI.

Rahayu binti Abd Murad menangis.

Kakak Rahayu Abd Murad menangis kerana akan hilang punca pencarian akibat kekejaman DAP mengarahkan pihak MPPP merobohkan kedai yang diusahakan turun temurun dari emaknya hinggalah beliau mengambil alih perniagaan tersebut.Selama berniaga dari kecil hingga kini hampir lebih 40 tahun.tiada siapa menggangu perniagaan beliau.Untuk makluman Rahayu mempunyai seorang anak kurang upaya.




Bermula dari kehadiran ketua menteri Lim Guan Eng musibat dalam upacara memecah tanah bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Chai di lot tanah 62 batu Feringghi.Bangunan baru yang dibina setinggi 4tingkat.Lim Guan Eng musibat mengarahkan gerai yang berada dihadapan sekolah patut dirobohkan walaupun kawasan tersebut berada di luar Lot 62 kerana ia akan mengcacat pemandangan apabila Lidah Bewak ini akan kembali merasmikan bangunan tersebut apabila siap kelak.MPPP mengambil tindakan menyaman Rahayu pada 6april 2011. notis 24jam bagi mengosongkan kedai pada 20april 2011.tindakan merobohkan kedai sepatutnya pada hari ini 24may 2011 tiada kelihatan lori atau penguatkuasa datang pada hari ini.

MKP:Video akan kenyataan kakak rahayu akan menyusul kemudian. 

Wednesday, March 16

ADUN PKR Melayu menghancurkan Melayu Pulau Pinang



Sungguh bangsat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ni. Kepalanya siapa lagi kalau bukan 'malaun' pendatang Si Lim Guan Eng RM 100. Dan seperti biasa, mangsanya, tak lain dan tak bukan adalah kaum Melayu beragama Islam di Pulau Pinang.


"Mereka ini betul-betul haprak, tidak patut jadi wakil rakyat. Nasib rakyat yang dulu memilih mereka dipermain-mainkan sebegini."


Gelaran itu ditujukan oleh Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang , Aminah Abdullah  kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim dan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang gagal memainkan peranan membantu nasib 18 peniaga Melayu di kawasan Pantai Queensbay


Kejadian kali ini adalah melibatkan para peniaga yang rata-ratanya dari bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dengan menjaja di sepanjang pantai SeaGate, Pulau Pinang. Para peniaga ini telah dihalau secara kasar tanpa diberi notis dan tidak dibenarkan berniaga di sepanjang persisiran Pantai Seagate. Malah ada beberapa peniaga di mana peralatan berniaga telah disita dan dirampas.


Hari ini, peniaga van bergerak terlibat yang diarahkan menutup peniagaan mereka oleh MPPP semalam, hampa apabila hasrat mereka untuk memohon lesen berniaga di kawasan itu tidak dilayan.

Walaupun menunggu hampir dua jam, tiada seorang pun wakil MPPP menemui mereka.
Semalam kira-kira 50 penguat kuasa dari MPPP dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) datang ke situ dan cuba merampas barang-barang milik 18 peniaga itu.

Namun nasib mereka agak baik, apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berjaya berunding dan mereka dibenarkan terus berniaga.

Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke Bahagian Perlesenan MPPP di Padang Kota Lama, hari ini.Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil dengan alasan untuk memudahkan urusan tersebut.



Mungkin langkah pengusiran peniaga Melayu sudah termasuk dalam agenda DAP untuk melenyapkan bangsa Melayu dari muka bumi Pulau Pinang. Langkah dimulakan dengan penjaja Melayu kecil-kecilan. Para kontraktor bumiputera kini ketandusan projek dari kerajaan negeri dan ini juga antara langkah pengusiran oleh DAP. Nilai hartanah dan rumah yang kian meningkat juga termasuk dalam agenda. Pembangunan kawasan setinggan, perkampungan tradisi yang majoriti Melayu, kediaman atas tanah kerajaan negeri yang turut melibatkan Melayu sudah pun digegar DAP dalam usaha merealisasikan agenda mereka mengusir Melayu.

Thursday, March 3

DAP Buat Hal Lagi.



Operasi memindahkan gerai peniaga oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan PDC Setia Urus di konkos aras tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kecoh selepas seorang peniaga mengamuk apabila gerainya ‘diusik’ oleh penguat kuasa. 

Peniaga barangan kulit, Mohamed Ghani Abdul Jiman, tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasa yang cuba mengalihkan gerainya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. 

Beliau yang berang melihat gerainya cuba dialihkan penguat kuasa, mencabar beberapa pegawai Kerajaan Negeri untuk bertarung dan berdebat dengannya sebelum meneruskan operasi berkenaan. 

Ghani yang juga Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar berkata, selama ini beliau tidak pernah dijemput oleh mana-mana pihak untuk berbincang mengenai perkara itu sebaliknya hanya mengetahui tindakan berkenaan selepas dimaklumkan pekerjanya awal pagi semalam. 

“Saya tak dipanggil untuk bermesyuarat dan notis mengenai perpindahan ini juga saya tak terima. Ini bermakna gerai saya tidak terlibat dengan perpindahan ini. Jadi kenapa mereka perlu ganggu gerai saya. 

“Saya bayar sewa dan semua barang di sini adalah milik saya. Jadi mereka tidak ada hak untuk mengalihkan barang saya sesuka hati tanpa memberi sebarang notis,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam. 

Mohamed Ghani berkata, pada 28 Februari lalu, Kerajaan Negeri menjemput peniaga untuk berbincang mengenai perkara itu namun hanya menjemput 16 peniaga sedangkan 17 peniaga yang terlibat. 

Dalam mesyuarat itu, Kerajaan Negeri pada mulanya mengarahkan semua peniaga berpindah ke aras empat namun mengubah fikiran sebaliknya meminta peniaga berpindah ke kawasan lain di aras tiga. 



READ MORE.

Thursday, February 17

Slogan baru DAPig"warga asing diutamakan melayu hang punya pasai"



Keindahan dan kemeriahan ‘night market’ atau pasar malam yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri di kawasan Batu Ferringhi, di sini, kini seolah-olah ‘ditakluk dan ditawan’ pekerja warga asing yang hampir memonopoli premis menjual barangan dan restoran.


Sebut saja, Indonesia, Bangladesh, Myanmar mahupun Nepal, pastinya ada di kawasan berkenaan menjual pelbagai barangan antaranya beg jenama dipercayai tiruan, cakera padat video digital (DVD) cetak rompak selain bekerja di pusat urut refleksologi dan restoran.

Persoalan timbul mengenai peranan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, kerajaan negeri, Jabatan Imigresen mahupun pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dalam menguat kuasa undang-undang.

Mereka bebas mencari rezeki secara haram di negeri ini selain dipercayai dilindungi majikan warga tempatan yang menggaji mereka dengan pendapatan lebih RM500 sebulan malah ada mencecah sehingga ribuan ringgit.


Pengunjung, Mohd Hamzah Ismail, 39, berkata peranan pihak berkuasa perlu dilakukan berterusan yang sebelum ini ada tindakan penguatkuasaan diambil dalam beberapa operasi bersepadu malah ada ditahan atas pelbagai kesalahan.




Katanya, pemeriksaan dan pemantauan perlu diteruskan dari semasa ke semasa tanpa perlu menunggu aduan orang ramai selain memastikan kawasan tarikan pelancongan itu bebas dari sebarang kegiatan jenayah.

“Penguatkuasaan perlu dilakukan sentiasa supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius,” katanya.




Pekerja swasta, Payrol Nisyam Ismail, 36, berkata, pihak berkuasa perlu kerap melakukan rondaan kerana difahamkan ada antara warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri malah segelintir majikan sanggup mencabar undang-undang tanpa rasa takut atau bimbang dengan menggaji mereka.

Katanya, apa membimbangkan kehadiran mereka yang agak ramai boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman penduduk mahupun pelancong asing yang mengunjungi kawasan itu.


“Apa yang penting, pihak berkuasa perlu menggiatkan operasi terutama memantau kehadiran warga asing yang semakin ramai di sekitar Batu Feringghi ini,” katanya.



Mat kilau kata:kalau ada yang rasa sangsi pakat ramai-ramai pi tengok apa jadi kat Batu Feringgi,ramai pemimpin yang dok lena,almaklum perut kenyang. 

Sunday, January 9

Gestapo DAPig.


Musibat punya ADUN KOMTAR nie,sanggup bersumpah bahawasanya tidak menyatakan tutup kedai balik india barua lu nie video ada.lubang sudah pecah la.inilah pembohoingan yang dilakukan oleh wakil rakyat

Kejadian dirakamkan pada 2/1/11 berpunca dari kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta yang dilanggar oleh kereta lain hingga terbabas ke tepi kedai nasi kandar milik En Syed Kassali.

Dalam insiden tersebut Ng Wei Aik,Adun Komtar memerangkap setiausaha DAP telah datang dan terus menuduh restoran tersebut menjadi punca kemalangan,rasis chauvanist ini terus menyerang pemilik kedai dengan kata kata kesat "Tutup Balik India", "Pembunuh Kalau Org Mati, Kamu Boleh Bertanggungjawab Ke".


Video ini membuktikan betapa kurang ajar,biadap & angkuhnya seorang chauvanist ultra kiasu Ng Wei Aik. Rasis chauvanist ini adalah Adun Komtar,yang menjadi persoalan lokasi kejadian adalah di kawasan DUN Pengkalan Kota yang diwakili oleh YB Lau Keng Ee.


Mengapa Ng Wei Aik lebih sudu dari kuah,sedangkan lokasi kedai tersebut bukan kawasan DUN KOMTAR.


Tindakan beliau ternyata menyalahi undang undang, si bangsat ini tidak ada kuasa mengarahkan penguatkuasa MPPP untuk menyita barang barang milik peniaga tersebut. Mengapa rokok dan wang didalam premis kedai turut di samun oleh penyangak DAP ini?


Adakah dengan menjadi seorang wakil rakyat ,bangsat DAP ini boleh bertindak kasar hingga mengilas tangan peniaga tersebut? Rasis chauvanist ini cukup terkenal dengan keangkuhannya yang menjadi idola khawarij PAS.


Mengapa pihak MPPP membenarkan si bangsat Ng Wei Aik memberi arahan sewenang wenangnya kepada penguatkuasa? Undang undang apa yang diguna pakai pada ketika itu? MPPP jangan menjadi barua dan menjadi alat kepentingan rasis ultra kiasu chuavanist pemimpin DAP.


Segala tindakan ini mendapat restu penuh daripada ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang.Lim Guan Eng sudah pasti membenarkan segala tindakan setiausaha politiknya Ng Wei Aik berleluasa menyalah guna kuasa terhadap peniaga peniaga bukan CINA.


Rakyat Pulau Pinang tahu peniaga cina langsung tidak dilayan sedemikian rupa,di seluruh pelusok negeri terutamanya di kawasan bandar peniaga cina bebas berniaga malah diberi keistimewaan oleh pihak DAP,buktinya New Lane ditutup jalannya hingga mengganggu penguna jalan raya.
SUMBER pisau.net

Mat Kilau:Hari ini diadakan pertemuan dengan peniaga sebentar tadi akan mengulas apa terjadi pada tampalan seterusnya.

Thursday, November 25

Lagi Kezaliman Kerajaan DAPig P. Pinang, Gerai Rakyat DiRoboh


Di sebalik protes serta bantahan pelbagai pihak berhubung isu penindasan terhadap peniaga Melayu di negeri ini, aktiviti agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai golongan itu seolah-olah tiada kesudahannya, malah semakin menjadi-jadi.
Jika sebelum ini tindakan meroboh gerai Melayu tertumpu di kawasan pulau, kini ia menular ke Seberang Perai. Terbaru enam pengusaha gerai makanan dan minuman berhampiran astaka medan selera Bandar Perda di sini pula menjadi mangsa.
Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi ini, kira-kira 30 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) meroboh gerai peniaga kecil di kawasan itu kerana didakwa beroperasi secara haram.
Selain khemah dan payung gerai, pelbagai peralatan termasuk mesin atau dapur memasak, meja serta kerusi turut dirampas.
Paling dikesali, operasi atas arahan kerajaan negeri DAP itu tetap diteruskan walaupun seorang peniaga merayu supaya ia ditangguhkan memandangkan satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ petang ini.
Paling dikesali, operasi atas arahan kerajaan negeri DAP itu tetap diteruskan walaupun seorang peniaga merayu supaya ia ditangguhkan memandangkan satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ petang ini.
Seorang peniaga, Muhammad Zaini Masiam, 53, berkata, dia cuba merayu supaya operasi itu ditangguhkan memandangkan anak-anak yatim serta ibu tunggal sudah dijemput, malah persediaan memasak lauk-pauk sedang dijalankan.
“Tapi mereka tidak peduli langsung kerana memberi alasan arahan sudah dikeluarkan untuk roboh. Berilah muka sedikit, ini tujuan amal bukan untuk suka-suka,” katanya yang kerugian lebih RM15,000 selepas pelbagai peralatan dapur dan khemah gerainya dirampas .
Muhammad Zaini mendakwa, kerajaan negeri bersikap ‘pilih bulu’ apabila banyak gerai terutamanya di Taman Chai Leng serta di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam tidak dirobohkan walaupun secara terang-terangan mengganggu laluan trafik dan menyusahkan orang ramai.
“Kami bukan kaya, nak berniaga pun kumpul modal anak-beranak. Pendapatan pun bukan banyak, peniaga kaum lain dibiarkan bebas berniaga tetapi peniaga kecil macam kami diganggu,” katanya kesal.
Peniaga char kuetiau, Rosli Che Me, 32, pula memberitahu, dia menerima notis daripada MPSP minggu lalu yang mengarahkan dia mengosongkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram, selain didakwa berniaga di tempat letak kereta.
“Kenapa kerajaan negeri tidak boleh bertolak ansur? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Suhaimi Musa, 56, berkata, dia pernah menyewa premis di astaka medan selera berkenaan tetapi sambutan pelanggan terlalu sedikit memandangkan saiznya yang kecil.
‘‘Sekurang-kurangnya berilah pilihan atau kenal pasti tempat yang lebih sesuai, janganlah hanya menghukum kerana kami pun nak cari makan untuk menyara keluarga,” katanya.

Thursday, October 14

Alahai!!!!! Peniaga Melayu Pulau-Pinang minta sedekah ditempat sendiri(terbaru)

Cerita terbaru yang diberikan oleh pihak pengurusan MPPP mengenai rintihan peniaga pasar pagi di tanjong tokong,
MPPP bagi lesen jika diberikan kerjasama!!!!!!!
Nak tergelak pun ada nak maki pun ada,
Nie Yang dok buat kacau sampai nama hang pun tak mau cakap pasal apa TAKUT.........
Peniaga membayar duit setiap tapak yg disewa sebanyak 2 ringgit satu tapak bagi membersihkan tapak setiap hari. 
Awat sebelum nie BN memerintah tak dengaq pun masalah nie?
Alasan mengganggu  lalu lintas......Piiiiiiiiiiirah

Awat Pasar pagi kat Chowrasta boleh.............?
Pasal Depa ORANG KUAT DAP KOTTTTTT..........
TUEEEE YANG BETUL..............AWAT TAK SAMAN.





berikut dari keratan sinar harian:
EORGETOWN – Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) boleh mengeluarkan lesen kepada penjaja pasar pagi Tanjung Tokong dengan bersyarat. 

Wakil bahagian perlesenan yang enggan namanya disiarkan berkata, pihaknya bersedia mengeluarkan lesen Penjaja Statik Sementara (PSS) kepada kesemua 40 penjaja berkenaan tetapi penjaja perlu memberikan kerjasama dengan membersihkan semula lokasi perniagaan. 

Menurutnya, walaupun MPPP tidak membenarkan lokasi salah satu jalan kecil di Tanjung Tokong itu dijadikan sebagai pasar, namun penjaja perlu patuh untuk membersihkan semula sisa sampah mereka selepas berniaga. 

“Bukan kami tidak mahu bagi lesen kepada mereka tetapi sememangnya kawasan itu bukan merangkumi kawasan penjaja yang layak mendapatkan lesen kerana mengganggu lalu lintas. 

“Tetapi kami tidak mengambil tindakan merampas barangan perniagaan kerana mereka sudah lama berniaga, dan disebabkan itu hanya kompaun dan denda diberikan sebulan dalam sekali, iaitu RM50 dan sekiranya mereka bayar awal dalam tempoh seminggu mereka hanya membayar RM25,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Terdahulu akhbar ini melaporkan kira-kira 40 penjaja pasar pagi di Kampung Tanjung Tokong mengadu sudah bosan kerana selalu disaman MPPP. 

Penjaja yang kebanyakan sudah berniaga lebih daripada 30 hingga 40 tahun itu juga hairan bagaimana MPPP boleh memberikan saman secara terus seolah-olah sememangnya semua nama peniaga sudah ditulis lebih awal. 

Kesemua penjaja juga meminta supaya MPPP menyediakan pasar yang lebih baik dan lengkap kepada semua penjaja. 

Ia berikutan pasar pagi itu sememangnya mendapat sambutan daripada penduduk berdekatan terutamanya dari Flat Uda Tanjung Tokong dan Kampung Tanjung Tokong yang berdekatan. 

Wakil perlesenan itu juga memaklumkan, MPPP pernah mencadangkan supaya kesemua peniaga dipindahkan ke Kompleks Uda Tanjung Tokong yang terletak berhadapan dengan kampung terbabit. 

Namun, disebabkan beberapa masalah, penduduk tidak mahu berniaga di situ dan menyebabkan mereka masih berniaga di tempat sama. 

“Sekarang kami dari bahagian perlesenan juga sedang berbincang dengan ahli majlis MPPP cara untuk menyelesaikan masalah mereka. 

“Tetapi yang utama kini kami akan berikan lesen sekiranya mereka membersihkan semula tapak perniagaan selepas berniaga,” katanya.
mat kilau:sebetulnya DAP nak halau MELAYU keluar dari PULAU PINANG.



Wednesday, October 13

Alahai!!!!! Peniaga Melayu Pulau-Pinang minta sedekah ditempat sendiri.



Semalam dok sembang dengan rakan-rakan peniaga sekitar georgetown,la nie sejak pakatan haram memerintah banyak yang susah dari senang dulu janji nak bagi macam-macam.kononya la??????????ada yang bagi cuma ciput,yang dok halau peniaga melayu pulak dah.alasan jalan sesak la kadang-kala dok pikiq tak masuk akal.pasal apa yg peniaga cine meniaga depa tak saman siap tutup jalan lagi.
kalau sapa kata mat kilau tipu sendiri pi tengok kat New Lane atau  nama paling popular kat Penang nie DEKAT DENGAN LORONG GARU.

di Tanjong Tokong dan Sungai Pinang peniaga pasar pagi mengunakan satu jalan memang dikhaskan untuk meniaga diwaktu pagi.MPPP bagi alasan jalan sesak.apa punya bahalol dah 30 tahun dah meniaga kat situ baru sekarang isu itu timbul

 MESTI ADA DALANG DISEBALIKNYA.........SIAPA?????????????????????????????.

berikut adalah keratan akhbar dari sinar harian.

  SUNGAI PINANG – ‘Jangan hentikan perniagaan kami, jika kami tidak berniaga macam mana nak dapat rezeki’. Demikian luahan tiga peniaga di Lebuh Sungai Pinang 1 berhampiran dengan perumahan Pinang Court, Pinang Court 2 dan Ocean View. 

Peniaga nasi lemak, Zulkifli Ismail, 43 berkata, dia hanya mengharapkan simpati daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terutamanya daripada bahagian perlesenan supaya tidak memintanya menutup serta merta perniagaannya. 

Menurutnya, hanya sumber pendapatan perniagaannya sahaja dia dapat menyara keluarga. 

“Saya dan ahli keluarga serta rakan seperniagaan bukan hendak menentang MPPP tetapi kami hanya mahu simpati mereka. 

“Jika mereka kata kami tidak boleh berniaga kerana duduk di atas laluan pejalan kaki, apa cerita dengan peniaga di sepanjang Lebuh Chulia yang duduk berniaga sepanjang malam di situ sehingga mengganggu aliran trafik,” katanya. 




Ini adalah kes yang kedua terjadi dalam tempoh kurang dari tiga hari akhbar ini menyiarkan mengenai penjaja kecil yang berasa disisihkan. 



Terdahulu penjaja kecil Tanjung Tokong yang berniaga lebih daripada 30 hingga 40 tahun juga mengalami masalah apabila MPPP dikatakan tidak mahu menyambung lesen perniagaan mereka. 

Tetapi sebaliknya penjaja tetap meneruskan perniagaan setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi. 

Begitu juga fenomena yang terjadi kepada tiga keluarga di Lebuh Sungai Pinang 1 ini apabila tidak dibenarkan berniaga oleh MPPP. 

Yassin Abdul Kadeer, 44, yang berniaga di hadapan Pinang Court 2 berkata, dia tidak membuat kotor di tempat niaga sebaliknya selepas berniaga, kesemua peniaga akan mengutip semua sampah dan akan memastikan tempat itu bersih. 

“Tambahan pula kami tidak menjual minuman dan makanan yang pelanggan boleh makan di situ, saya hairan kenapa mereka hendak menutup rezeki kami, sedangkan penduduk setempat boleh mendapat kemudahan daripada kami kerana makanan yang dijual dekat. 

“Saya mendapat tahu mereka menyuruh kami niaga dalam Medan Selera Pinang Court yang terletak di hadapan perumahan Desa Pinang, tetapi di situ keadaan lengang dan orang yang berniaga di dalam pun duduk di luar untuk berniaga,” katanya. 

Tinjauan Sinar Harian mendapati di lokasi Lebuh Sungai Pinang 1 lebih daripada 10 penjaja akan menjalankan perniagaan mereka bermula dari jam 7 pagi. 

Ia termasuk menjual barang basah seperti ikan, sayur, barang runcit, kuih muih dan makanan pagi. 

Peniaga, Azlan Sheikh Daud, 26, berkata, medan selera yang terletak di Desa Pinang itu sepatutnya dijadikan sebagai pasar basah kerana penduduk Sungai Pinang tidak mempunyai pasar di situ. 

Menurutnya, daripada menjadikan ia sebagai gerai makanan, ia hanya mendatangkan kerugian kepada peniaga. 

“Kenapa di tempat lain mereka duduk berniaga di tepi jalan MPPP tidak ambil tindakan tetapi kenapa kami diberi amaran baru-baru ini dengan mengatakan akan merampas segala barangan jika kami masih berniaga. 
Bukan setakat amaran, kesemua peniaga juga diberikan notis dari Bahagian Perlesenan MPPP kerana melanggar Undang-undang kecil peniaga 1979 dan mengarahkan supaya ia ditutup serta merta. 


Kemudiannya kesemua peniaga juga diberikan denda dengan saman RM25 bermula dari awal tahun ini.

Mat kilau apa nak jadi merintih macam orang minta sedekah sedangkan ini tanah melayu,bila minta undi lembut gusi dari lidah sapa yg ada nak tolong nasib melayu........................

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive