Showing posts with label bersih4. Show all posts
Showing posts with label bersih4. Show all posts

Monday, May 13

WOI..!!! AMBIGA HANG MAI SINI SAT.......


Ambiga Sreevenasan, Pengerusi BERSIH baru-baru ini menyeru rakyat agar memboikot akhbar-akhbar perdana iaitu New Straits Times, Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian selama sebulan.  Beliau juga menyeru agar rakyat memakai baju hitam sepanjang sebulan bagi menunjukkan protes terhadap keputusan PRU-13.  

Alasan Ambiga ialah keputusan PRU-13 diperolehi dengan cara tidak bersih.  Untuk itu, beliau juga mendesak agar Pengerusi SPR meletakkan jawatan.  

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang, Ambiga benar-benar memalukan dirinya sendiri kerana membuat tuduhan tanpa bukti.   Lebih-lebih lagi apabila beliau juga yang beria-ia, melompat terkinja-kinja mendesak sistem dakwat kekal yang ketinggalan itu.   Nasib baik SPR terus menggunakan sistem sedia ada, yang mana memastikan pengundian berjalan lancar, sementara penggunaan dakwat kekal adalah tidak lebih dari usaha untuk membuat Ambiga gembira.  

Malangnya, Ambiga masih tidak gembira walaupun tiada satu pun kes mengundi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi akibat kelemahan dakwat kekal yang dipersoalkannya itu.  Ambiga tidak akan gembira selagi BN menang kerana BNlah yang menjadi penghalang utama kepada impiannya untuk melihat umat Islam bebas untuk murtad dan rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan LGBT.  

Oleh kerana tidak mampu menjadikan sistem dakwat kekal sebagai modal utama untuk menjustifikasi sebarang bantahan, maka Ambiga menuduh adanya pengundi hantu dan juga penipuan ketika kiraan undi iaitu apabila berlaku gangguan elektrik.   Tuduhan ini sudah disebarkan secara meluas dan giat di laman-laman sosial bagi membentuk persepsi yang kuat di kalangan rakyat bahawa PRU-13 tidak bersih.  

Walaubagaimanapun, Ambiga mendapati bahawa usaha untuk membentuk persepsi ini tidak semudah yang disangka apabila akhbar-akhbar perdana berjaya menepisnya dengan melaporkan kebenaran dan juga penjelasan, termasuk bukti.   Sedangkan apa yang dimomokkan Ambiga hanyalah tuduhan tanpa bukti.  

Dengan mendesak agar akhbar-akhbar ini diboikot, Ambiga sebenarnya telah mengesahkan bahawa apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tersebut adalah benar dan beliaulah yang sebenarnya menipu.   Dan Ambiga tidak mahu rakyat menerima maklumat yang benar dan ingin mereka terus disogok dengan maklumat dari sebelah pihak sahaja.   

Lagipun, jika laporan akhbar-akhbar itu tidak benar, tentu Ambiga telah pun mengemukakan saman serta hujah balas.   Namun, ini tidak berlaku, Ambiga tidak mampu memberi bukti dan hujah balas atau mengambil tindakan saman ke atas akhbar jauh sekali SPR. 

Sebaliknya, Ambiga hanya bermain di atas ‘permukaan’, membuat tuduhan rambang dan rawak bagi menyebarkan persepsi.  Ambiga tidak mampu memberitahu secara spesifik di mana berlakunya penipuan, siapa dan berapa ramai yang terlibat, tempoh dan masa tepat penipuan berlaku, mahupun bagaimana penipuan itu berlaku secara terperinci.  

Sedangkan, tanpa semua maklumat ini, bagaimana Ambiga boleh mengesahkan bahawa penipuan benar-benar berlaku?  

Bagaimana seorang peguam seperti Ambiga berbuat sesuatu yang tidak bertepatan dengan perjalanan undang-undang?  

Bagaimana seorang pejuang demokrasi seperti Ambiga menentang keputusan demokrasi? 

Bagaimana seorang pejuang hak kebebasan bersuara seperti Ambiga menyeru rakyat agar memboikot, sekali gus menyekat hak kebebasan akhbar? 

Jelas, hujah dan tindakan Ambiga bukanlah hujah seorang pejuang kebenaran, tetapi hujah seorang seorang yang mempunyai agenda jahat yang sengaja ingin memburukkan SPR dan kerajaan.  Ia juga bukan hujah seorang pejuang hak asasi dan kebebasan, tetapi hujah seorang hipokrit dan pengkhianat yang paling hodoh dalam sejarah kemanusiaan.  

Jika beginilah cara Ambiga menangani ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan PRU-13, maka Ambiga wajar berhenti mendabik dada sebagai seorang pejuang apa-apa jua hak pun.  Mengaku sajalah diri itu sebagai seorang agen pertukaran rejim, dan berjuanglah atas platform yang sebenar.   Tidak perlu menyamar dan berlakon lagi, kerana segala-galanya sudah terserlah.  

Monday, May 21

APA NIE BERSIH 4.0 PULAK DAH?


Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini semalam.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive