Wednesday, March 24

Huma toksah takut dengan vaksin COVID-19 @azeezrahim

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

1. Apa khabar semua? Saya doakan semua berada dalam keadaan yang sihat khususnya rakyat Baling yang sangat saya kasihi. Pada pagi ini, saya telah menerima vaksin untuk kali kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Razak, Baling. Alhamdulillah, tiada apa apa kesan sampingan yang saya alami. Malah, saya jadi lebih aktif dan lebih bersemangat untuk membantu rakyat. Saya yakin dan percaya asbab dari Vaksin ini dapat menjadi penghalang kepada Virus Covid-19 untuk menular dalam diri kita dan orang sekeliling yang kita sayangi. 

2. Huma toksah takut dengan vaksin ni, InsyaAllah dengan Izin Allah vaksin ini menjadi asbab untuk melawan Cobid ni. Huma dah daftar dak lagi nak cucuk vaksin ni? kalu tak daftar lagi, gi daftar cepat - cepat. Lindungi diri lindungi semua. “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. 

3. Vaksin dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus. Selain itu, Antigen dalam vaksin bertungsi untuk merangsang sistem imuniti tubuh. 

4. Kebaikan Vaksin adalah membantu sistem imun mengenalpasti supaya sistem imun cukup bersedia diserang kuman sebenar.

Kepada Rakyat Baling yang saya kasihi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling menyediakan perkhidmatan pendaftaran suntikan vaksin. Jika maklong, paklong, adik, kakak memerlukan bantuan untuk pendaftaran suntikan vaksin boleh hubungi : 

+60 19-417 6016 - Parlimen Baling (Yana)
+60 19-412 9016 - DUN Kupang (Salbiah)
+60 19-435 5016 - DUN Bayu (Saffwan)
+60 19-433 7016 - DUN Kuala Ketil (Nursiah)

#AzeezRahim
#BalingDiHatiku
#AzeezRahimRakyatBalingBerpisahTiada

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive