Showing posts with label DS Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label DS Najib Razak. Show all posts

Wednesday, September 25

GAMBAR EKSLUSIF @NajibRazak SILICON VALLEY...

Perdana Menteri Malaysia adalah diantara mereka yang telah mencuba kereta tanpa pemandu oleh Google.

Google telah membangunkan perisian dan teknologi untuk kereta tanpa pemandu mereka, dan mengujinya secara dalaman.

Kini, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan Google akan membangunkan kereta automatik tanpa pemandu mereka itu sendiri, dan bukannya bekerjasama dengan pengeluar lain.

Ia dikatakan, untuk beberapa bulan lepas, Google telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengeluar untuk membangunkan kereta mengikut spesifikasi yang ditetapkan Google.

Langkah ini diambil oleh Google setelah perbincangan dengan pengeluar kereta untuk mengintegrasikan teknologi mereka pada kenderaan tidak begitu berjaya.

Google juga dijangka akan menawarkan kereta automatik mereka kepada pengguna seawal tahun 2017 kelak.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia bukanlah sesuatu yang baru, dimana untuk telefon, tablet dan juga komputer riba, mereka sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar, dimana mereka hadir dengan rekaan dan spesifikasi peranti, sebelum ia menjadi rujukan kepada pengeluar lain.

Terbukti bahawa ianya benar dan salah seorang yang telah mencuba ada DS Najib Razak sendiri. 

MKP bangga mempunyai Perdana Menteri yang up-to-date dengan perkembangan terkini baik dari segi media sosial hinggalah mencuba kereta terbaru ini. Bukan mencuba benda yang dilarang macam pemimpin sebelah sana......

Wednesday, May 15

TERKINI DARI @PMOMalaysia SENARAI MENTERI KABINET BARU.......


Perdana Menteri 
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
DATO JAMIL KHIR
DATO SRI ABDUL WAHID OMAR
IDRIS JALA
JUSUF KURUP 
SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan
HISHAMUDDIN TUN HUSIN

Menteri Kewangan II
AHMAD HUSNI HANADZLAH

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi
MUHYIDIN YASIN
IDRIS JUSUH ke II

Menteri Dalam Negeri 
ZAHID AHMAD HAMIDI

Menteri Pengangkutan 
HISHAMUDDIN -pemangku

Menteri Pelancongan 
NAZRI AZIZ

Menteri Luar 
ANIFAH AMAN

Menteri Kerja Raya 
FADILAH YUSUF

Menteri Kesihatan 
SUBRAMANIAM

Menteri Belia Dan Sukan 
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sumber Manusia 
RICHARD

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna 
HASSAN MALIK

Menteri Perdagangan Dan Industri 
MUSTAPA MOHD

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani 
ISMAIL SABRI YAAKUB

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 
IVON IBIN

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 
G PALANIVEL

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 
MAXSIMUS ONGKILI

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
SHAFIE AFDAL

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 
DOUGLAS UNGGAH
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
ROHANI AB KARIM

Menteri Komunikasi Multimedia
AHMAD SHABERY CHEEK 

Menteri Wilayah Persekutuan
TG ADNAN TENGKU MANSOOR

Menteri Kesejahteraan Bandar
AB RAHMAN DAHLAN

Wednesday, May 1

KENAPA DIPILIH ANGKA 9,999..........? @NajibRazak


Apa ada pada pada angka 9,999 nie? MKP pun hairan kenapa angka itu dipilih. Tapi jika mengikut Ungkapan didalam bahasa Hokkien yang menjadi kepercayaan mereka angka 9 disebut "KAW".Di HongKong,  9 ini adalah angka yang paling mahal dan komersial. Kerana, 9 ini bermakna keuntungan dan kejayaan di dunia perniagaan.

Kerajaan Persekutuan akan membina 9,999 unit pangsapuri kos rendah dan sederhana di Air Putih, Air Hitam dan Paya Terubong, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Pangsapuri berukuran antara 700 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi setiap satu akan dijual antara RM72,500 dan RM290,000.

Najib mengumumkan berita baik itu pada konsert mini 1Malaysia di Padang Tembak dekat sempadan kawasan Air Putih di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Pada majlis itu, Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang menyampaikan petisyen daripada lebih 1,000 pertubuhan yang menyokong pengembalian semula status pelabuhan bebas Pulau Pinang dan pelaksanaan sistem monorel.




Wednesday, April 3

LIVE STREAMING : UCAPAN KHAS @NajibRazak #PRU13 #GE13 #VOTE4BN.



           


Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas, dijangka mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," demikian menurut akaun Twitter berkenaan.

Thursday, March 28

GEMPAR...... @NajibRazak NAIK MOTOR KAPCHAI DENGAN DS ROSMAH MANSOR.....


Perdana Menteri Malaysai yang Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disukai ramai serta meletakan dirinya seperti rakyat biasa. Dengan berbuat sedemikian secara Inklusif bukan Exklusif berdamping dengan rakyat membolehkan beliau dekat serta mendengar apa saja masalah yang dihadapi oleh Rakyat..

Pengalaman MKP sendiri apabila berdepan dengan Rakyat Sarawak semasa PRN Sarawak rakyat disana amat mengenali DS Najib Razak dengan Tranfomasi 1Malaysia. Ini meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap BN secara umum bagi menghadapi PRU-13 yang paling getir didalam sejarah Pilihanraya...

Penilaian kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah diperbaiki menjelang Pilihanraya Umum Malaysia, menurut beberapa kajian.

Populariti Najib nampaknya berada pada tahap tinggi sepanjang masa. Antaranya lebih daripada 1.5 juta penjawat awam dan persekutuan kakitangan agensi, beliau telah disambut seperti superstar.

Sudah tentu, seperti yang dijangka DS Najib memenuhi permintaan mereka untuk gaji yang lebih tinggi, faedah dan elaun yang lebih baik, termasuk pencen bagi pesara.

Malah, Najib telah menjadi aset yang terbaik pada gabungan Barisan Nasional yang memerintah.

Pelbagai inisiatif 1Malaysia telah membuat dia lebih popular daripada partinya sendiri.

Najib menafikan mereka adalah langkah-langkah populis.
"Hati nurani saya jelas, apa yang saya katakan adalah berdasarkan kisah-kisah kejayaan, kisah kejayaan Malaysia. Apabila kita berjaya untuk menjaga negara kita, kita katakan orang adalah aset terbesar kami," katanya.

Rayuan bintang DS Najib tidak pernah gagal untuk menarik orang ramai yang besar pada Program Janji Ditepati yang diadakan di seluruh negara, yang berakhir hujung minggu lalu di negeri Pahang.

DS Najib juga berjanji pemberian wang tunai tahunan yang akan berjumlah lebih daripada AS $ 1 bilion jika kerajaan beliau dikembalikan kepada kuasa.

Ia adalah jelas bahawa Najib mempunyai peminat yang besar di kalangan ratusan ribu penjawat awam dan pekerja badan berkanun.

Beliau berjanji untuk sentiasa menjaga kebajikan rakyat serta berharap akan diberi ganjaran dalam Pilihanraya Umum didalam bentuk undi kepada Barisan Nasional.

MKP Ayat Sempoi : Janji DS Najib Razak adalah #JanjiDitepati...... Bukan Macam Anuar.



Friday, February 8

PM DS @NajibRazak MAIN GENDANG SEMPENA CNY....


Ramai yang meroyan bila tengok DS Najib Razak mengambil pendekatan baru untuk mendekatkan diri pada Masyarakat berbilang kaum di Malaysia.MKP terkejut bila Blogger Ameno World memulakan kata-kata nista memperlekehkan pendekatan yang dibawa oleh PM nie...Sepatutnya janganlah buat macam tue der tak elok!!! menyebarkan fitnah yang berbaur benci membenci...


Video nie yang dimaksudkan oleh Blogger meroyan tue...

Tapi cuba korang tengok Video kat bawah nie bukan boleh meraih undi tapi boleh gelak guling-guling bila tengok telatah pemimpin pojaaan AmenoWorld nie..Tengok Show dulu lepas tue MKP ulas lagi 


MKP bila tengok video nie Gelak besar sampai sakit perut dibuatnya..Anwar dah jadi Rajini Khan la pulak!!! Benda macam nie AmenoWorld tak nak komen ke atau balun Anwar...Elok sangat ke Anwar sampai Sanggup berlakon punya nak undi Kaum India...Padahal telah menghancurkan Kampung Buah Pala dengan janji palsunya..

Jika dibezakan kedua-dua Video diatas boleh nampak tahap mana pemikiran pemimpin ini...MKP rasa Anwar lebih teruk dari DS Najib Razak...

MKP Ayat Sempoi ; AmenoWorld Meludah kelangit derrrr Kena Kahak hijau dimuka sendiri....Muka dah hodoh perangai lagi hodoh der.....





Saturday, February 2

BLOGGER @anakSgDerhaka KANTOI LAGI....... @NajibRazak PAKAI BAJU 'CINA MATI'


Kononnya nak burukkan PM dengan propaganda murahan. Tapi ibarat meludah kelangit la pulak kena kahak hijau ke muka sendiri...Memang patut la hang kena Mat oii..Bodoh tak boleh diajar pandai pandai pulak tahap mangkuk jamban....Lain kali nak buat artikel selidik la dulu jangan main serbu tembok kan dah pecah kepala... Posting mangkak yang Mangkok tingkat Anak Sungai Celaka buat seperti dibawah;


MKP ingat budak PASTI (tadika Puak PAS Harami) pun lebih cerdik dari Anak Sungai Celaka nie, Sampai adat resam budaya majmuk kat Malaysia menyatakan bahawa warna merah adalah warna yang melambangkan kebahagian dan kesenangan untuk kaum Cina.Awat la bodoh tahap mangkok jamban blogger nie...Lain kali jangan mengaku MKP kawan hang boleh tak malu der.......

Berikut adalah fakta bukan auta pantang larang kaum Cina bila menghadiri Majlis Orang Mati....


Penjelasan Lanjut boleh baca kt sini KLIK


Baju yang sama telah dipakai oleh pemimpin US dan China... Takkan Hantu Jugak kot..? Anak Sungai Derhaka nie cuma duduk kat Cherok Tokkun saja mana dia tau tentang Donia luar.Sebab tue jumud sangat.....Kesian MKP tengok.....Kalau BN menang kt Penang lepas nie boleh bawak anak Sungai Celaka pi China makan angin.....Sambil tue boleh bagi penjelasan tentang baju nie oleh PM China... 



Wednesday, January 23

KEBERANIAN PM JEJAK KAKI MEMBUATKAN NIK AZIZ BACUL.......?

Keberanian Najib, Kebaculan Nik AzizTika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. 
Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor. 
Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel. 
Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13.
Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel. 
Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel. 
Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang. 
Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda. 
Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. 
Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi. 
Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.


Thursday, December 13

VIDEO : TOKONG GUAN ENG MEROYAN LAGI DER.....


Mereka tahu setiap apa yang dijanjikan oleh Kerajaan BN pasti akan TUNAIKAN. Dalam pada itu juga sikap tidak profesional ditunjukkan oleh Ketua Menteri P.Pinang siapa lagi si komunis Lim Guan Eng. Pembaca lihat di bawah apa yang dia meroyan yer....

Wednesday, December 12

Pencapaian Cemerlang Negara Bukti Kebijaksanaan Kepimpinan



Di kala keadaan ekonomi dunia berada di dalam suram di mana Amerika Syarikat mengalami kemerosotan dari segi industri pembuatan dan peluang pekerjaan, manakala negara-negara Eropah seperti Greece, Portugal, Ireland dan Spain mengalami krisis ekonomi yang getir dan China yang sedang mengalami lonjakan ekonomi secara drastik kini secara tiba-tiba kembali mendatar,


Sunday, December 9

@NajibRazak Makan Beralas Daun Pisang Kat Kedai Tepi Jalan


Siapa cakap DS Najib hanya makan kt kedai mewah aje? Gambar ini membuktikan segalanya walaupun warung tepi jalan DS Najib menjamu selera beralaskan daun pisang seperti pelanggan lain ini adalah kejutan yang tidak pernah dibuat sebelum ini..Tak lupa jugak DS Rosmah pun ade sama...

Friday, December 7

@NajibRazak Tak Jadi Mai Penang #1Malaysia #TolakFitnah


Mungkin kain rentang ini membuktikan bahawa esok kehadiran DS Najib Razak bersama Rakyat Pulau Pinang..Begitu hebatnya game yang dimainkan pencacai² & blogger pendokong LGBT sehingga sanggup membuat fitnah ke atas DS Najib dan cuba untuk mensabotaj program rakyat bersama² dengan pemimpin negara.

PM BATAL LAWATAN MAJLIS PECAH TANAH TG TOKONG... @NajibRazak


Satu surat yang agak mencurigakan telah dimainkan oleh blogger pencacai konunnya DS Najib Razak tidak akan hadir pada majlis pecah tanah di Tanjong Tokong...

Surat yang bertarikh 3 Disember lalu yang ditandatangani Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd., Kamarudzaman Mohd Zain itu baru tersebar di laman sosial sebentar tadi.

Surat ini adalah palsu dan pengesahan terkini dari pihak yang UDA bahawa tiada pembatalan kehadiran PM untuk majlis ini........


Wednesday, November 21

Tahniah DS @NajibRazak


Berdarah hidung Anwar serta pencacainya bila tengok benda macam nie...Maklumlah depa nie bukan boleh tengok DS Najib lebih dari dia orang......Mesti ada cacat celanya yang bakal menjadi tomahan dan kritikkan mereka....


Wednesday, November 7

Anwar Cabar Najib Bertanding Di Marang: Satu Publisiti Bodoh



Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim.  Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.  Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya.  Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan, Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.

Antara cabaran Anwar terhadap Dato’ Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang.


Saturday, October 13

@NajibRazak Pandu Uji Mini Cooper Agong.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menaiki model baru kereta Mini Cooper S milik baginda yang dipandu uji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Istana Negara di Kuala Lumpur, Jumaat.

Keunikan kereta Mini Cooper S ini adalah ianya keluaran khas ‘edisi terhad satu dalam seribu’ yang menonjolkan rekabentuk dalaman oleh Rolls Royce disamping mengekalkan rekabentuk badan asli Mini Cooper.

Sebelum itu, Tuanku Abdul Halim berkenan menerima menghadap pra-kabinet oleh Perdana Menteri. – Bernama

Friday, September 28

KERANA GAMBAR INI BARISAN NASIONAL KALAH PRU13


Pada mulanya gambar Anwar naik jet telah disebarkan oleh Tian Chua dilaman Tweet  beralasan supaya nampak ketelusan PKR.Tanpa disangka ledakkan bagaikan gunung berapi telah muncul ianya menjadi bahan utama diakhbar serta berita di TV .Bermula dari itu banyak persoalan timbul.Siapa yang menaja ,kos yang diperuntukkan dan banyak lagi.Telah tercetus polimik diantara Tian Chua dan Saifuddin Nasution.


Tuesday, July 24

Sambutan Ulangtahun Kelahiran @NajibRazak


Video sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana malam tadi.

Monday, July 23

LAGU BARU KHAS SEMPENA ULANG THN BUAT PM TERSAYANG... @NajibRazak

Kerana cintakan tanah air tercinta seorang rakan FB MKP Telah mencipta kan sebuah lagu khas sempena Ulang Tahun PERDANA MENTERI MALAYSIA MKP amat terharu beliau berharap teman-teman dapat sebarkan dan memberi pendapat kerana lagu  belum lagi diterbitkan lagi dalam proses pembaikan.


Saturday, July 14

Tangki Air Di BOM Kerana Lawatan @NajibRazak Ke Terangganu?

Tangki takungan air pacah salahkan kehadiran PM DS Najib Razak ke Terangganu?Lawak tahap gaban dan boleh jadi berita lawak paling lucu dalam sejarah Malaysia.Hadi Awang yang suruh puak harami PAS reka cerita nie ke?Tak sangka tahap pemikiran tadika sekolah PASTI.....


Kejadian itu belaku di Sekolah Menengah Paka Dungun Terangganu.Jarak kedua-dua lokasi yang MKP sertakan gambar diatas agak jauh dari tempat lawatan DS Najib Razak kalau dikutkan didalam peta Goggle Map ini jaraknya lebih kurang 22km...Kantoi la sekali lagi depa nie....Mencari salah dan meyalahkan BN memang senang tapi lain kali kalu nak buat fitnah biarlah jelas dan mempunyai bukti yang nyata dan sahih....Hampa tengoklah penfitnah PAS haram jadah nie klik dan blog nie klik dan berikut adalah laporan dari bernama
DUNGUN, 13 Julai (Bernama) -- Padang lapang di Arena Square dekat sini yang biasanya sunyi bertukar meriah bagaikan temasya apabila warga Dungun beramai-ramai bergotong-royong melakukan pelbagai persediaan sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka tiba 9.45 pagi ini. 
Tinjauan Bernama di sini mendapati kira-kira 400 orang wakil dari 20 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari Dungun bertungkus-lumus menyiapkan menu hidangan tengah hari sempena jamuan rakyat yang dijangka dihadiri 40,000 orang. 
Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan berkata warga Dungun sangat teruja dan berbesar hati dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke daerah itu kerana ia adalah kunjungan kali pertama oleh pemimpin nombor satu Malaysia itu ke sini. 
Dungun terpilih sebagai lokasi pertama dikunjungi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja seharinya ke Terengganu, hari ini. Beliau dijadual melancarkan program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' bersama warga Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) sebelum bersama-sama rakyat menikmati hidangan tengah hari di situ. 
Najib juga mempunyai dua lagi program iaitu di Marang dan Kuala Terengganu sebelum pulang ke ibu negara. 
Dr Rosli berkata bagi jamuan rakyat itu, sebanyak 40 ekor lembu telah ditumbangkan dengan pembahagian tugas memasak kepada 20 JKKK yang dipilih dalam mesyuarat baru-baru ini. 
"Pastinya hidangan istimewa kita ialah gulai kawah yang begitu sinonim dengan masyarakat Terengganu, selain sayur goreng, sambal belacan dan goreng ikan masin sebagai pembuka selera," katanya kepada Bernama. 
Sementara itu, bagi 20 wakil kaum ibu dari JKKK Kuala Abang, pengalaman bergotong-royong memasak sejak 10.30 malam tadi sangat berharga dan tidak boleh dilupakan. 
"Proses memasak ini agak lama kerana kita perlu lebih teliti bagi memastikan keenakan gulai kawah ini kekal terpelihara melalui petua-petua memasak tertentu yang biasa kami amalkan," kata Ketua Wanita Umno Cawangan Kuala Abang, Salina Abdul Rahim, 46. 
Bidi Abdullah, 53, dari Rantau Abang pula amat teruja dengan lawatan Perdana Menteri itu kerana secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan di antara warga daerah Dungun. 
"Kita semua bergotong-royong melakukan pelbagai persediaan rapi ini yang telah dirancang teliti oleh pimpinan bahagian Dungun...ini sebagai bukti penghargaan dari warga Dungun terhadap kepimpinan beliau (Perdana Menteri)," katanya.
-- BERNAMA
MKP Ayat Sempoi :Lepas nie sapa pulak nak mengaku ada hak cipta terperlihara.....PJO 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive