Wednesday, May 1

KENAPA DIPILIH ANGKA 9,999..........? @NajibRazak


Apa ada pada pada angka 9,999 nie? MKP pun hairan kenapa angka itu dipilih. Tapi jika mengikut Ungkapan didalam bahasa Hokkien yang menjadi kepercayaan mereka angka 9 disebut "KAW".Di HongKong,  9 ini adalah angka yang paling mahal dan komersial. Kerana, 9 ini bermakna keuntungan dan kejayaan di dunia perniagaan.

Kerajaan Persekutuan akan membina 9,999 unit pangsapuri kos rendah dan sederhana di Air Putih, Air Hitam dan Paya Terubong, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Pangsapuri berukuran antara 700 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi setiap satu akan dijual antara RM72,500 dan RM290,000.

Najib mengumumkan berita baik itu pada konsert mini 1Malaysia di Padang Tembak dekat sempadan kawasan Air Putih di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Pada majlis itu, Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang menyampaikan petisyen daripada lebih 1,000 pertubuhan yang menyokong pengembalian semula status pelabuhan bebas Pulau Pinang dan pelaksanaan sistem monorel.




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive