Naib Presiden PKR, Tian Chua, pemimpin PAS Tamrin Ghafar bersama aktivis pelajar Safwan Anang dan aktivis Asalkan Bukan UMNO (ABU), Haris Fathillah Mohamed Ibrahim didakwa di Mahkamah Sesyen.
Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Norsharidah Awang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.
Semua mereka dibenarkan diikat jamin dengan RM5,000 seorang sementara menunggu tarikh sebutan kes yang ditetapkan pada 2 Julai ini. Bagaimanapun Safwan enggan menerima ikat jamin itu sebagai tanda bantahan. Beliau kemudiannya ditahan reman di penjara Sungai Buluh.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah.
Tegas beliau, pihaknya konsisten menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan namun ia perlu dilakukan mengikut saluran yang betul.
"Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan, itu kita konsisten bersama semua pihak. Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.
"Kita menentang dan membantah sebarang bentuk kepincangan pilihan raya dan SPR," katanya.
MKP Ayat Sempoi : PEMUDA PAS Dah TARIK DIRI DIDALAM DIAM... INI LANGKAH BIJAK....BIARKAN AMK MEROYAN....SEDANGKAN DAPSY HANYA MENEPUK TANGAN...ADAKAH MEREKA BERSUARA ATAU MEMBERI KOMEN......
5 comments:
bestnya gelang...beli kt mana tu?
Ini lah yang dikatakan BERKORBAN APA SAJA!!!!!!
Kalau terkorban sekalipun...Kira mati SYAHID ke ?
Nasib si Isteri dan Anak-Anak yang ditinggalkan....? atau yang dikorbankan.....?
Demi totoy bengkok masuk jel pun takpa. Korang tau tak bila kita pakai gelang besi ni adalah malang atau sial bg diri kita. Hish..selisih malaikat 44.
Apela bangga sgt pkai gelang 2, nak tunjuk hero la 2,cina blajar pandai2x nk jg merit...kalu nak pkai gelang 2 x yah la msk u, bg kt owg yg lbh berminat nk blajar pandai2x...bengong
kata orang, gelang besi ni ada badi,, sekali pakai,, selalu lah dapat pakai nya
Post a Comment