RAPID

Saturday, May 25

BONGKAR : PERJANJIAN PRU-13 ANWAR DAN @NajibRazak DIDEDAHKAN......


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah memungkiri satu perjanjian rahsia mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikatakan telah dibuat di antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perjanjian bertulis itu didakwa antara lain merangkumi syarat dimana kedua-dua belah pihak perlu menahan diri daripada membuat serangan peribadi dan untuk menerima serta menghormati keputusan PRU13.

Perkara itu didedahkan oleh bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, yang mendakwa dirinya menjadi orang tengah dalam perjanjian Anwar dengan Najib itu yang dibuat pada bulan April.

Ia dilaporkan oleh akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) hari ini. Akhbar itu juga dikatakan  telah mendapat pengesahan daripada Anwar sendiri dan pihak yang rapat dengan Najib mengenai kewujudan perjanjian itu sepertimana yang didedah oleh Jusuf.

Jusuf yang mempunyai sejarah menjadi orang tengah dalam beberapa perjanjian damai sebelum ini termasuk di Thailand dan Sri Lanka, dipetik sebagai berkata: "Kami telah membuat satu komitmen ... Pada hari Isnin (6 Mei), saya bertanya kepada Anwar untuk menerima dan berdepan realiti. Tetapi mereka berkata, 'Tidak, tidak, tidak, tidak, "

Selepas keputusan PRU13, Pakatan Rakyat telah mengadakan beberapa perhimpunan yang digelar "Black505" untuk membantah keputusan PRU13, yang didakwa diselubungi unsur penipuan.

Anwar juga mendakwa bahawa Pakatan telah menang pada hari mengundi 5 Mei namun kemenangan itu telah "dirampas" Barisan Nasional.

Susulan itu juga Pakatan Rakyat telah mengumumkan rancangan untuk mencabar keputusan pilihan raya itu di 29 kerusi menerusi petisyen di mahkamah.

Dalam laporan WSJ itu, Jusuf mendakwa bahawa perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar. Anwar sebaliknya mengatakan bahawa Jusuf yang pada mulanya mencadangkan perjanjian itu.

Anwar dikatakan mengaku beliau telah membuat perjanjian dengan Najib, bersama Jusuf sebagai pengantara, tetapi menyalahkan BN yang didakwa “memungkiri” perjanjian itu “dengan cara ia mengendalikan kempen (PRU13)".

"Bagaimana anda boleh bercakap pasal perdamaian apabila anda memomokkan pihak lawan anda dengan cara ini?" Anwar dipetik sebagai berkata.

Laporan itu memetik sumber yang rapat dengan Najib mengesahkan kewujudan perjanjian itu namun menolak pandangan Anwar bahawa perjanjian itu tidak sah.

"Perdana Menteri memberitahu Jusuf secara peribadi dan di khalayak ramai sebelum pilihan raya bahawa BN akan menghormati kehendak rakyat dan menerima keputusan pilihan raya, walaupun pembangkang menang," kata sumber itu kepada WSJ.

Laporan itu juga berkata bahawa kedua-dua Anwar dan Najib telah menolak satu lagi perkara dalam perjanjian itu yang mengkehendaki pemenang PRU13 untuk  memberi pihak yang kalah "satu peranan" dalam “kerajaan penyatuan" yang akan ditubuhkan.

Jusuf berkata bahawa Anwar telah menghubungi beliau mengenai perjanjian itu dua bulan yang lalu dan mereka bertemu di rumah beliau di Jakarta. Anwar, menurut Jusuf, telah meminta dia untuk mendekati lawannya dan mendapatkan komitmen untuk menghormati keputusan pilihan raya secara aman.

Jusuf juga berkata beliau merasakan kedua-dua pihak telah memenuhi komitmen mereka untuk mengelakkan serangan peribadi sepanjang kempen.

Dia juga bimbang pertikaian antara kedua-dua pemimpin politik itu akan memecah belahkan masyarakat di Malaysia dan menjurus kepada keganasan.

http://www.astroawani.com/news/show/anwar-didakwa-mungkiri-perjanjian-pru13-dengan-najib-dedah-wsj-14954?cp

2 comments:

Anonymous said...

Penuh putar alam putar belit nuor...tersirat dan tersurat....SERANGAN PERIBADI..mempunyai seribu erti..

dua bulan lalu pertemuan di jakarta..komitmen terima keputusan secara damai..jauhnya langit utk dicapai..MUSTAHIL
Ni nak suruh nuor sumpah apa..sumpah blackout..

Bohongtu...jusof kalla bohongtu..najib bohongtu...yg betul sape???? babi mendongak ke langit mencari jawaban..¿¿¿¿¿¿¿

Anonymous said...

Kalau betul ada perjanjian seumpama itu maknanya PM DSN amat bodoh...tak layak jadi PM lagi sebab terlalu bodoh pergi melayan B.A.B.I...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive