Saturday, May 18

APA YANG MENARIK TENTANG @KhairyKJ nie......Bekas Penyampai Televisyen.....?


Khairy Jamaluddin yang aktif dalam kegiatan lasak dan suka bersukan adalah bekas Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM dan pengerusi jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM selama tiga tahun sejak 2007.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) itu pada 2006 telah dipilih sebagai ahli The Forum of Young Global Leaders, World Economic Forum, yang dianggotai oleh pemimpin berwibawa berumur dalam lingkungan 40-an atau kurang dan memiliki komitmen tinggi terhadap tanggungjawab untuk kejayaan organisasi.

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi Teori dari Universiti Oxford, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Teori Undang-undang dan Politik Universiti Kolej London.

Khairy Jamaluddin pernah bertugas sebagai penulis ucapan kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1999 dan beberapa bulan kemudian dilantik sebagai pembantu khas kepada Abdullah hingga 2003.

Apabila Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2003, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sulit selama setahun.

Bekas penyampai televisyen dan pengacara program 'Dateline Malaysia' di NTV7 pada 1998 dan penulis dengan penerbitan The Economist selama tujuh bulan pada 1999, pernah menjadi pengarah penasihat korporat ECM Libra Sdn Bhd.

Dalam politik, Khairy Jamaluddin menyertai UMNO pada 1998 sekembalinya dari belajar di luar negara dan telah memegang beberapa jawatan parti di peringkat bahagian di Tampin dan Rembau, serta pusat termasuk Ketua UMNO cawangan Gadong pada 2002 dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Rembau pada 2004.

Pada pemilihan parti 2004 beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding, dan pada Pilihan Raya Umum 2008 bertanding di kerusi parlimen Rembau yang disandangnya hingga ke hari ini.

--BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Nak tau lebih lanjut cari artikel yg ditulis oleh RPK/Matthias Chang 5/6 tahun lepas. KJ saman M.Chang psl artikel tu...PC RPK kena rampas dgn polis, tp masa tu artikel tu masih boleh diakses heheh. Skrg agak susah sikit nk cari tp masih wujud in the cyberworld. Bacalah kisah 'anwar in the making' ni..byk pendedahan menarik.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive