RAPID

Thursday, May 16

VIDEO PANAS DARI MENTERI KDN...... KORANG BUAT GILA KALAU BERANI.........?


Jika dulu KDN dikenali dengan Kementerian memberi amaran dan kini bakal berubah dengan peneraju baru. MKP pecaya dengan Tranfomasi yang telah dibuat tiada lagi amaran dan kini hanya beraksi didalam senyap.

Prestasi Zahid dalam menyelesaikan insiden Lahad Datu dan juga transformasi didalam ATM telah meletakkan beliau diantara menteri paling tinggi pencapaian KPI. KDN bakal berubah wajah,bertahun lamanya kerajaan dilihat begitu lemah apabila terlalu berlembut dalam melaksanakan undang undang apabila lebih banyak amaran daripada tindakan keras.

Rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada KDN,Zahid dilihat mampu melaksanakan apatah lagi sekarang ini negara diancam oleh haprak pakatan yang mahu menjatuhkan kerajaan negara cara keganasan dan rusuhan.
Menteri Dalam Negeri yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikrar meletakkan keselamatan rakyat dan keharmonian negara sebagai keutamaan selepas diberi tanggungjawab mengetuai kementerian tersebut dalam suhu politik sekarang. 
Katanya, tanggungjawab itu akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang sedia ada dan bukan semberono walaupun pelbagai pihak khususnya majoriti rakyat mahu Kementerian Dalam Negeri lebih ‘bertaring’ dan ‘berkuku’. 
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada beliau mengetuai kementerian tersebut, Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu meletakkan keselamatan negara sebagai keutamaan.

Kementerian Dalam Negeri mula bertindak secara agresif bagi memastikan negara terus kekal aman tanpa di ganggu oleh anasir-anasir yang sengaja mahu mencetuskan suasana tidak selesa di kalangan rakyat.

Sebagai contoh perbuatan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais menghasut rakyat untuk mengadakan rusuhan jalanan Sabtu ini tidak boleh dibiarkan kerana tindakan itu jelas mencabar keluhuran Perlembagaan serta mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Pengerusi DAP dah kecut perut dan bermain tarik-tali dengan kumpulan NGO yang dipimpin Hishamuddin Rais, Karpal nie tahu DS Zaid hamidi tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan ini.

Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang tadi bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). 

Dan berikut adalah kenyataan dari Kumpulan NGO tersebut. Kumpulan aktivis yang merancang untuk menghimpunkan seramai sejuta orang bagi membantah penipuan pilihan raya berkata perhimpunan tersebut akan diadakan pada satu tarikh lain dan bukannya pada 18 Mei. Dah takut pulak dulu bukan main garang awat pulak tarik "hand-break"


MKP Ayat Sempoi : Lawak depa nie dah masuk kedalam pulak kerandut teloq depa....Buat la gila nanti semua kena tangkap...

8 comments:

Anonymous said...

Gandingan Menteri KDN baru dgn KPN baru Tan Seri Khalid mesti garang, tegas dn mantap. Malaysia mesti aman. Tangkap semua tali barut petualang negara.

Anonymous said...

Tunjuk perasaan 2 d buat oleh Hishamuddin krana dia masih trngian2 dgn kisah masa Tahun 70an dulu.Ingat dia 2 masih gagah....ha..ha...ha..dulu bleh la...skarang dah 60 tahun umurnya.Bagi sya tangkap dia...habis la.Zahid pun tau cerita dia masa kat UM dulu.Snang le...cekup aje.abis cerita.Ape yg endak lagi?PRU dah abis.Kan keputusan rakyat dah d buat.Terima aje la.Tak puas hati rujuk ke mahkamah.Ada salurankan?Ini nak tunjuk perasaan plak.Ini masa kerja skarang.Hem.....kacau punya orang.Lebih baik kau dok bramal kuat2 skit...dah dkat nak ke kubur la!Wasalam.

minyakpanas said...

Si hishamudin rais kalau kita dengar suara dia baru kita tahu yg dia bukan JANTAN ASLI. Masa anwar kena tangkap rusuhsn kes baling 1974/1975 dia lah yg mula mula lari tinggalkan anwar dn beberpa org lagi untuk disumbat ke lokap. Hishamudin rais pulang ke Malaysia bila anwar jadi TPM itu pun dgn ehsan Tun Mahathir. Kalini kalau apa yg dia rancang gagal, dialah yg mula mua cabut lari. Mamat ni telur lembik....

Anonymous said...

bila ada ketegasan baru dia org takut...kapal sing siang2 angkat tangan....takutttt

Hakimi Hashim said...

kita tengok anak didik anwar(menteri KDN) yg baru ni.cekup guru politiknye.najib memang bijak

Anonymous said...

Hishamuddin Rais petualang bangsa, suara kamu umapama suara keldai, suatu ciptaan Allah yang ianya sendiri tidak menyukainya. Biarkan luncai terjun ngan labunya. Kalau Allah menjanjikan neraka buat kamu, aku berharap kamu kekal selama=lamanya di dalam sana, amin.

Seri Bahasa said...

elok kalau yang selalu buat kacau tu simpan dalam lokap lama2 baru padan muka mereka...ingat rakyat malaysia macam orang arab mudah dimakan hasutan...

Anonymous said...

kami rakyat malaysia yg inginkan keharmonian sejagat..benar2 berharap zahid akan laksanakan tugasnya dgn sebaik munkin...mana2 petualang2 bangsa yg tdak menghormati proses demokrasi...sila NYAHkan dri negara ini...jgn bg can cikit pun...kami akan berdiri teguh dibelakang kerajaan yg memerintah....kpd kerismudin...belajar lah jd berani...anda telah dipilih olh rakyat...lunaskan tanggungjawab anda seterusnya...tak rugi pun..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive