MKP pada mulanya tak pecaya dan yakin benda sebegini bakal berlaku akan tetapi hakikatnya kita semua harus redha dengan ketentuanya. Kegigihan dan ego besar Anwar ini rakyat dihalakan kepada satu lagi perspektif lain yang mungkin memperjelaskan kenapa Anwar begitu kemaruk untuk menjatuhkan kerajaan BN yang baru mengangkat sumpah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 awal bulan ini.
Teropong politik ini bukan datang dari dalam negara tetapi dipancarkan oleh sebuah badan penyelidikan dari Kanada yang dikenali sebagai Global Research Foundation yang agak mengejutkan.
Laporan yang ditulis oleh Tony Carlucci menyifatkan kejayaan BN dalam PRU ke 13 lalu ialah satu kemenangan menyekat Malaysia menjadi bidak percaturan Amerika Syarikat dan Britain yang mahu mengembangkan hegemoni mereka dan menyekat kemaraan China daripada menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan dunia.
Carlucci membentangkan kaitan tajaan beberapa konglomerat Amerika Syarikat seperti Boeing, Goldman Sachs, dan Exxon serta Dewan Perdagangan Amerika Syarikat melalui pertubuhan seperti National Endowment Fund for Democracy (NED) demi menghidupkan demokrasi seluruh dunia.
Walhal, kata Carlucci tujuan sebenar NED ialah menumbangkan kerajaan di sesebuah negara yang mahu dikuasai Amerika Syarikat. Antara yang mendapat habuan NED ialah badan penyelidikan Merdeka Centre for Democracy dan juga pergerakan Bersih “untuk pilihan raya yang bersih dan adil”.
Sejak pendedahan ini dibuat pada 9 Mei lalu, belum ada penafian daripada Bersih mahupun Merdeka Centre. Anwar juga belum memberi sebarang ulasan mengenai dakwaan itu.
Taktik pertubuhan-pertubuhan yang ditaja oleh NED ini umumnya adalah sama. Pertama, uar-uarkan kemungkinan ada penipuan dalam pilihan raya sebelum penamaan calon diumumkan. Ini diikuti dengan usaha mempertikaikan wibawa badan pengendali pilihan raya dan akhir sekali jika “calon-calon Amerika” ini kalah, ledakan demonstrasi jalanan seperti Arab Spring.
Di tengah-tengah kemelut yang cuba diwujudkan di Malaysia ini ialah Anwar Ibrahim. PAS dengan tegas dan jelas menjarakkan diri dari taktik ini. DAP pula berhati-hati dalam membuat pendirian dan membabitkan diri terbabit dengan bertopengkan alasan ia adalah aktiviti kerajaan negeri yang tidak perlu permit polis.
Nampaknya yang masih tegar meniupkan api kebencian terhadap kerajaan ialah Anwar Ibrahim. Di samping itu beliau pun mengacah-acah pihak berkuasa untuk menahannya. Ini adalah satu provokasi. Jika ditahan Anwar berharap akan dipandang sebagai wira.
Sebenarnya, sejak keluar penjara pada tahun 2004, Anwar Ibrahim sudah terlalu lelah. Beliau perlu berehat. Untuk berundur rasa malu. Egonya besar. Sebab itu, beliau lebih senang ditahan untuk mendapatkan rehatnya.
Langkah seterusnya harus dipacu oleh rakyat. Sama ada benar atau tidak Anwar dan konco-konconya ditaja oleh kuasa-kuasa “neo colonialis” tidak berapa penting. Yang lebih utama rakyat buka mata dan menjawab soalan, apabila berlaku Arab Spring, siapakah yang mengaut untung daripada keruntuhan sistem negara di Mesir, Libya dan kini Syria?
MKP Ayat Sempoi : Allah tetap bersama UMNO kerana Perjuangan berlandaskan ISLAM.
1 comment:
Atas kuasa Allah...
Pkr..nuor gagal mempengaruhi majoriti org Melayu. Bahkan byk membuka aibnya sendiri. Byk membuka tipu dayanya sendiri.
Dap..berjaya memperdaya segelintir org Melayu dgn taktik licik..mainan kata kata dan slogan. Mereka gagal menguasai bumi TANAH MELAYU ISLAM BUMIPUTERA
Pas..telah berjaya ditunggang oleh cina dap dan diperbodohkan oleh pkr..nuor
Melayu...gunalah mata batin..jgn ditutup dgn sifat ego bongkak..yg RUGI MELAYU HANCUR MELAYU MUSNAH MELAYU ISLAM
Post a Comment