RAPID

Friday, May 10

TUN MAHATHIR SABOTAJ UMNO...............TOLONGLAH DIAM LEPAS NEI...?


Kemunculan semula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen secara aktif sehingga membolehkan BN menawan semula negeri Kedah memang dihargai. Ini jauh berbeza dengan senario 2008, di mana Mahathir dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid mensabotaj jentera parti.

Bagaimanapun sudah sampai masanya untuk Mahathir dan rakan-rakannya tidak lagi campur tangan dalam kepimpinan Najib.

Sementara ramai yang menentang Najib dan Mahathir, PRU-13 menyaksikan ramai lagi yang menyokong mereka. Maksudnya bukanlah 100 peratus undi menentang BN, tetapi bukan 100 peratus juga yang menyokong BN.

Bagi lima tahun akan datang dan seterusnya, persaingan adalah untuk mendapatkan sokongan kelas pertengahan dan golongan bandar.

Daripada memberi tumpuan kepada masyarakat Cina dan memberi ganjaran kepada mereka, kerajaan haruslah menggubal dasar-dasar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah rakyat kelas menengah dan penduduk bandar, tanpa mengira kaum dan bangsa.

Antara masalah utama masyarakat di bandar ialah perumahan. Rancangan membina 20,000 atau 30,000 rumah mampu milik di Selangor bagi golongan pekerja bergaji RM3,000 hingga RM5,000 tidak akan menyelesaikan masalah perumahan.

Begitu juga jaminan BN untuk membina satu juta rumah di seluruh negara juga bukan jalan penyelesaian bagi masalah penduduk bandar.

Sebaliknya, yang diperlukan ialah dasar untuk memperbaiki industri hartanah. Jangan biarkan ejen menaikkan harga rumah sesuka hati. Jangan biarkan pemaju mengaut keuntungan berlebihan.

Syarat ketat juga diperlukan bagi tidak menggalakkan orang asing dan golongan kaya membeli rumah sekitar Lembah Klang dengan tujuan spekulasi bagi menaikkan harga pada kemudian hari.

Golongan kaya sebenarnya tidak memerlukan lebih banyak wang. Sebaliknya, pemilik rumah golongan pendapatan sederhana tidak perlu membayar lebih.

Kakitangan kerajaan tidak memerlukan kenaikan gaji tetapi pekerja sektor awam memerlukan bantuan. Pada masa ini kebanyakan keluarga berpendapatan sederhana menghadapi kesukaran disebabkan kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar.

Belum ada pihak mampu selesaikan masalah-masalah bandar. Pada masa ini tidak ada kementerian atau menteri yang menyelesaikan masalah-masalah bandar secara langsung.

Tidak dapat dinafikan, memang wujud Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tetapi saban hari berita yang didengar dan baca ialah mengenai masalah penduduk di Lembah Pantai sahaja.

Tiada pihak yang benar-benar ikhlas mahu atau berminat untuk menyelesaikan masalah penduduk bandar di Johor Bahru, Shah Alam, Kuala Terengganu, malah Ipoh, Seremban dan Melaka.
Kemenangan pakatan tidak menghairankan.

Justeru tidak menghairankan pada keputusan PRU-13, semua ibu negeri kecuali di Perlis tumbang di tangan Pakatan.

Jika golongan ini dapat dibantu dengan berkesan, undi kepada BN akan kembali dan meningkat.
Ramai yang tidak begitu peduli siapa yang mentadbir kerajaan. Yang penting bagi mereka ialah kehidupan yang lebih baik dan harmoni di negara kecintaan mereka.

Bagi mereka keselamatan amat penting. Namun hakikatnya setiap hari terpampang di dada akhbar, warga kota dirompak, dicederakan, dirogol dan tidak kurang juga dibunuh. Sedangkan pada masa yang sama menteri yang bertanggungjawab mendabik dada bahawa KPI mereka menunjukkan kadar jenayah telah berjaya diturunkan.

Begitu juga dengan masalah kesesakan lalu lintas. Menteri yang bertanggungjawab seolah-olah hilang punca dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Malah keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuktikan bahawa menteri sebenarnya gagal melaksanakan tugasnya.

Semua masalah yang disebutkan secara rambang itu seringkali memerlukan campur tangan perdana menteri untuk diambil tindakan. Menteri yang ada sekadar mengulangi apa yang perdana menteri putuskan dan memerintah kakitangan awam di bawahnya melaksanakan arahan.

Justeru, kali ini dalam membentuk pasukan Kabinetnya, Najib harus memikirkan individu yang benar-benar layak dan boleh membantu dirinya. Tidak perlu seseorang individu dilantik hanya kerana kuota parti mahupun kerana agihan mengikut etnik.


7 comments:

Anonymous said...

Bagi saya, patut DISWASTAKAN beberapa Jabatan Kerajaan ni.
Sebagai contoh, TELEKOM dulu dibawah Kerjaan, teramatlah lembap nak buat keje. Nak minta LINE Telepon pun lembap. Tapi bila penswastaan dijalankan, barulah Telekom yang telah ditukar kepada TM yg telah diswastakan membuat kerja secara sistematik dan teratur.
Jabatan Pendidikan seharusnya diSWASTAKAN bagi memastikan warga pendidik menjalankan tugas dengan lebih mapan dan jitu. Sekarang ramai cikgu2 yg kuat berpolitik dari mengajar anak murid. Semua jenis kenaikan gaji n elaun sudah diberikan tapi STILL MALAS.

Anonymous said...

Apa kena mengena Mahathir dgn apa yang kau tulis kat bawah tu Bro? 2x aku baca pun tak boleh nak relatekan dgn Tun. Masalah tu tak ada kena mengena dgn kempen! - RSO

Anonymous said...

orang melayu masih memerlukan tun mahadir jangan memandai mandai suruh tun diam selepas ini.ada paham

Anonymous said...

Sokong Anon 7.48pm , Jgn nak pecah belah kan Melayu, Orang2 yg nak kondem UMNO atau veteran dalam UMNO tak ada jati diri Melayu. Dan Jangan nak mengata orang2 Melayu dari PAS juga. Kenapa tak nak komen pasal Cina yang dah melimpah tahap ekonomi mereka dan kesenangan mereka, tak cukup2 sampai nakkan kuasa pulak. Nak menjadi tuan tanah di Tanah Melayu ni pulak? Aku kutuk orang Melayu yg sibuk nak tulis komen pasal pemimpin Melayu tapi langsung tak sentuh MCA atau DAP. Korang pun sama dengan Biji Kacang Merah cybertrooper yang diupah mengacah emosi membangkang..!! Sedarlah sikit.....

Anonymous said...

Betul Anon 7.48. Jangan nak pecah belahkan melayu dengan komen pasal UMNO atau veteran UMNO. Jangan sibuk nak komen pasal Melayu PAS yg Ahli Sunnah Wal Jamaah juga. Kenapa ko tak sentuh MCA atau DAP. Ko pun sama macam Biji Kacang Merah cybertrooper yg sengaja nak mencetus emosi bangkang. Kenapa ko tak komen pasal Cina yang tamak nak jadi tuan tanah di Tanah Melayu pulak? Hei tak cukup dengan kesenangan yg korang dah dapat ke? Atau yg komen bangang tu memang Biji Kacang Merah yg diupah...

Anonymous said...

Kepada......Tolong fokus pada kongsi gelap kacang merah sekarang ni...

Jangan pandai-pandai nak tekan Najib lantik orang itu orang ini orang khairy orang mahathir orang Najib. Sama bunyi dengan orang yang suruh Najib letak jawatan la bro...

Anonymous said...

Jangan nak pandai pandai suruh Tun berundur dari politik kerana jasa dan pengaruh TUN lah nampaknya UMNO semakim kukuh. Singapore pun masih menggunakan otak Lee kuan Yew untuk kukuhkan pengaruh politik PAP...tetapi kenapa Tun Mahathir dihalang untuk memberi pendapat sedangkan dengan idea beliau telah terbukti membawa banyak kemakmuran di Malaysia ini. Memang hampeh artikel ini.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive