Wednesday, May 1

GAMBAR ANGGOTA TENTERA UPAHAN TIAN CHUA/NURUL IZZAH TERSEBAR..............



Gambar anggota tentera yang telah diupah pemimpin PKR dengan membuat tuduhan palsu terhadap SPR. Anggota tersebut menaiki kereta yang dipandu seorang wanita cina.

MKP berharap pihak polis menyiasat identiti anggota tersebut & hubungan dia dengan pemimpin PR.


Kereta yang sama berwarna merah.


Salinan laporan Polis yang telah dibuat oleh Tian Chua.



Video ini pulak menceritakan sebaliknya bahawa dakwat kekal yang telah dicalitkan tidak boleh dicuci dengan mudah. Siap dengan demontrasi lagi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan yang mengatakan dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh tanggal warnanya atau boleh dicuci. 
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dakwat tersebut dibuat daripada bahan kimia iaitu silver nitrat dan adalah mustahil ia boleh dicuci menggunakan cecair berasaskan minyak serta putih telur. 
“Apabila dakwat kekal tersebut dicalitkan ke jari pengundi, ia akan terus meresap ke dalam kulit mereka dan tidak menitik ke atas kertas undi dan sebagainya. 
“Calitan itu juga akan dapat bertahan sehingga tempoh tujuh hari selepas mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa portal pembangkang yang menyatakan, dakwat kekal boleh dicuci dan ditanggalkan beberapa jam selepas anggota polis dan tentera mengundi awal semalam. 
Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria memberitahu, dakwat kekal tersebut tidak boleh dimanipulasi atau ditiru oleh mana-mana pihak.
Jelas beliau, sekiranya calitan tersebut dilakukan ke atas kuku, ia juga dikira sah dan dibenarkan. 
“Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memutuskan penggunaan dakwat kekal tersebut dibenarkan oleh syarak kerana telap air dan tidak memudaratkan kesihatan,” ujarnya. 
Menurut Kamaruddin, warna dakwat kekal itu bagaimanapun akan berubah mengikut warna kulit pengundi apabila dicalit.

2 comments:

Anonymous said...

Nasihat untuk saudara. Sebelum menyiarkan sesuatu artikel dapatkan fakta terlebih dahulu jangan sembrono aje. Bila artikal yang tidak benar walaupun punya diri menafikan, damage has been done. Apa, saudara ada niat lain ke atau memang anti tentera. Tulisan saudara telah mencemarkan nama dan maruah pegawai tersebut dan warga ATM.

Anonymous said...

Bagi aku anggota tentera tu pun cari pasal juga dah tau puak2 putar alam nak test dia...dia pun boleh agak apa akan berlaku...so dia pun tak bijak...kalau dia nak buat test dia buat test sendiri lah then reveal sendiri...kang dah jd alat PKR...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive