Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.
Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.
"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.
Elok jugak wartawan Maloyakini kena "sound" dengan DS Zahid Hamidi. Depa nie selalu buat hal dengan memutarbelitkan cerita. Kalau jumpa wartawan Meloyakini dengan ular pukul wartawan nie dulu baru pukul ulaq..
Walaupun ada yang tidak puas hati dengan pencalonan, kekalahan mahupun dengan barisan kabinet yang baru, namun semua orang mengambil sikap rasional untuk terus memandang ke hadapan dan mengharapkan yang terbaik. ‘Semua orang’ yang dimaksudkan, bagaimanapun, tidak termasuk Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak senang duduk dan terus cuba mencetuskan anarki melalui himpunan-himpunan untuk menolak keputusan PRU-13. Nampaknya, selain Anwar yang turut menolak keputusan tersebut adalah anak-anak Cina rasis produk SJKC yang sememangnya buta sejarah dan tidak punya jiwa Malaysia.
Dalam himpunan terbaru di Johor, khabarnya Anwar semakin galak mencabar kerajaan, mungkin geram kerana belum dapat mencetuskan keganasan dan pihak berkuasa juga masih tidak menangkapnya. Kita tahu bahawa beliau ingin sangat ditangkap untuk membolehkan kuncu-kuncunya mencetuskan kekecohan.
Oleh kerana masih tiada apa berlaku, maka kali ini, Anwar secara tidak langsung ‘menjemput’ Amerika agar menyerang Malaysia. Katanya, Amerika menyerang Iraq kerana ingin mewujudkan demokrasi dan beliau akan mengemukakan bukti-bukti penipuan SPR kepada Amerika.
Anwar tidak pula menerangkan kata-katanya dengan jelas namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksudnya iaitu kononnya Malaysia tidak demokrasi kerana SPR menipu.
Ayat seterusnya yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh Anwar ialah “Oleh itu, Amerika juga boleh menyerang Malaysia untuk mewujudkan demokrasi.”
Anak-anak Cina yang mendengar ucapan Anwar pun meloponglah mendengarnya, mungkin bangga juga jika Amerika datang ‘menolong’. Langsung mereka tidak tahu bahawa Amerika menyerang Iraq kerana minyak bukan kerana demokrasi.
Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa Iraq selepas serangan Amerika bukannya sebuah negara yang lebih aman dan lebih kaya, tetapi hancur lebur. Rakyat Iraq yang gembira menyambut serangan Amerika sebelum itu kini hidup susah apabila negara musnah dan ekonomi merudum. Malah, ramai yang kehilangan keluarga dan juga kehilangan nyawa.
Apapun, kita tidak yakin anak-anak Cina yang menganga mendengar ucapan Anwar itu faham sangat apa yang Anwar katakan. Mereka hanya berada di situ untuk menunjukkan ‘volume’ atau kekuatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan.
Dan kita juga tidak yakin mereka mempunyai jiwa yang kental seperti orang-orang Arab Iraq yang berani mati. Anak-anak Cina ini telah terlalu dimanjakan oleh Malaysia, negara yang mereka kata bagai neraka.
Satu sahaja masalah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk melihat Malaysia musnah di tangan Amerika iaitu beliau tidak ada apa-apa bukti untuk dibentangkan kepada Amerika bahawa SPR menipu. Kerana itu juga, Presiden Obama tidak ada pilihan selain mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Setakat ini, Anwar sudah mengadakan sekurang-kurangnya 3 Himpunan besar membantah keputusan PRU-13. Di setiap himpunan, beliau mengulang-ulang tuduhan bahawa SPR menipu.
Tetapi, hairan sekali tiada seorang pun dari anak-anak Cina yang konon ‘cerdik’ yang hadir di himpunan tersebut mendesak Anwar mendedahkan bukti penipuan SPR. Bukankah jika benar terdapat bukti penipuan yang jelas maka Anwar pasti telah lama menghebahkannya dan menayang-nayangkannya dalam setiap himpunan yang diadakan? Tetapi ini tidak berlaku. Anwar tidak mampu menunjukkan walau satu bukti, apatah lagi membuat laporan polis.
Mungkin Anwar tidak percaya polis maka tidak apa jika tidak percaya polis, tetapi kenapa tidak didedahkan kepada hadirin? Kenapa perlu dihantar secara sulit kepada Amerika? Lebih dari itu, atas dasar apa pula Amerika akan menganalisis bukti tersebut? Sejak bila kita berada di bawah pengawasan Amerika? Di mahkamah mana SPR hendak didakwa?
Jelas, Amerika juga tidak sanggup memperbodohkan diri untuk menyokong tindakan Anwar kali ini.
Apa yang pasti, Anwar adalah pelaburan pihak Neo-con yang tidak menjadi. Sejak berdekad lalu, entah berapa ratus juta dollar yang telah dihabiskan ke atas Anwar dalam misi mereka untuk menguasai rantau ini.
Namun, melihat dari cara DAP memalingkan muka dari Anwar secara perlahan-lahan dan PAS juga sudah melangkah pergi, maka pihak Neo-con telah mengambil isyarat itu sebagai menandakan “Anwar sudah ‘selesai’” – misi ditangguhkan dan ditukar ke Pelan B. Rasanya, Anwar juga sudah memahami isyarat ini.
Justeru, apa yang Anwar sedang lakukan dengan mengadakan himpunan hanyalah untuk ‘menjaga air mukanya’. Beliau berharap akan ditangkap dan dihumban ke penjara supaya beliau boleh terus melakonkan watak wira yang dianiaya. Beliau tahu bahawa dalam sedikit masa lagi, anak-anak Cina yang menjadi penonton tetap lakonannya akan mula bosan.
Bukan kita tidak tahu sikap semulajadi Cina itu hanya pentingkan untung. Jika tiap-tiap minggu menonton Anwar berlakon, tentulah rugi. Sedangkan, malam minggu boleh dihabiskan bersama rakan-rakan menonton wayang atau ke kelab kalaupun tidak mengulangkaji.
Maka, Anwar sudah buntu. Oleh itu, beliau kini nekad sekiranya beliau tidak berjaya menawan Putrajaya, biarlah siapa jua tidak dapat duduk di Putrajaya. Biarlah Malaysia ini hancur dan padan muka semuanya.
Inilah yang Anwar sedang cuba lakukan dan beliau hampir mengakuinya secara terang-terangan apabila terlepas cakap mengenai serangan Amerika ke atas Iraq.
No comments:
Post a Comment