Showing posts with label ds zahid hamidi. Show all posts
Showing posts with label ds zahid hamidi. Show all posts

Friday, October 4

VIDEO : Jenayah @Zahid_Hamidi DIDEDAHKAN.......

Apa dah jadi dengan pihak yang tak bertanggungjawab menyebarkan Video yang boleh menjatuhkan kreditbiliti pemimpin UMNO nie.Biasalah sudah tentu ada pihak yang tak berapa suka. MKP menyokong DS Zahid sebagai Naib Presiden UMNO.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat sebagai calon paling popular untuk mempertahankan jawatan itu menjelang 19 Oktober ini, mula diserang dengan “kempen hitam” atau dikenali sebagai “black campaign”.

Sebuah video bertajuk “Jenayah Zahid Hamidi” dimuatnaik di laman sosial Youtube yang mendakwa bekas kekasih kepada anak menteri dalam negeri itu, Amir Bazli Abdullah dicederakan oleh Ahmad Zahid.

DS Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfailkan saman balas terhadap Amir Bazli.

Ahmad Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dicabar tiga individu untuk jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Dalam kajian dijalankan Merdeka Center baru-baru ini, terhadap sentimen kepada pemimpin-pemimpin di kalangan ahli Umno, Ahmad Zahid adalah salah seorang tokoh popular.

Kaji selidik dijalankan terhadap 600 penyokong parti bagi menilai pemimpin Umno seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahmad Zahid, Hishammuddin, Mohd Ali, Mohd Isa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain-lain.

Dr Mahathir mendapat undian 79% daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang dijalankan melalui telefon bulan lalu.

Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%).

Kajian itu menunjukkan Ahmad Zahid lebih popular daripada Muhyiddin yang merupakan timbalan peresiden Umno.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober.

Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober. MI

Sunday, September 29

VIDEO : AIR MATA PEMIMPIN UMNO NIE ADA HARGA KE............ @Zahid_Hamidi @AzeezRahim


MKP minta jangan membuat andaian yang salah dengan maksud serta membuat pandangan yang boleh memudaratkan.

Sebentar tadi MiM dan rakan-rakan telah mengikuti rombongan DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri ke rumah balu Allhyarham Sarjan Zal-Azri Somad. MKP tidak menyertai rombongan ini.

Allahyarham adalah seorang anggota polis yang meninggal dunia dalam pergelutan dengan seorang suspek yang cuba mencuri besi buruk dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Rumah balu di Sungai Gelugor, Pulau Pinang.


Suasana sedih menyelubungi kami semua apabila balu Allahyarham menangis ketika ustaz membacakan doa.


DS Zahid Hamidi telah mengucapkan takziah dan kata-kata perangsang kepada keluarga Allahyarham.

 

Turut hadir ialah Dato Omar Faudzar, Ketua UMNO Bukit Gelugor, Dato Musa Sheikh Fadzir, Setiausaha UMNO negeri, Dato Azeez Rahim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Rahim, Ketua Polis Negeri dan beberapa lagi kepimpinan bahagian.

Lihat video di bawah :

Video : Pemimpin-pemimpin UMNO ziarah balu Allahyarham.

Untuk rekod, Sarjan Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Artikel ini adalah dari Dr MIM 

Friday, September 20

APA LAGI YANG KURANG PADA @Zahid_Hamidi #ZahidHamidi4VP


Bukan sekadar nak bercerita kosong akan tetapi nama DS Zahid Hamidi meniti disetiap bibir ahli UMNO pada ketika ini. Ini adalah kerana sikap serta ketegasan didalam mencorak karier politiknya. Pemimpin seperti DS Zahid Hamidi digeruni oleh kawan atau pun lawan. Bagi MKP setiap pemain Politik sebegini adalah yang ideal. populariti Zahid Hamidi terlalu hebat untuk dikalahkan oleh mana-mana calon Naib Presiden UMNO yang akan bertanding nanti.

Baik sokongan ahli tertinggi parti mahupun aras pertengahan hingga ke akar umbi parti rata-rata yakin bahawa Zahid antara calon yang tidak akan bergoyang walau dihenyak kiri dan kanan sekalipun, namun untuk meninggalkan kerusi Naib Presiden mungkin terlalu mustahil.

Pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang penting bagi umat Islam kerana mereka akan membawa hala tuju orang yang di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih pemimpin. Rasulullah saw bersabda;
“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”
Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Maksud gila kuasa adalah yang inginkan keuntungan dunia disebalik jawatan tersebut. Kepimpinan adalah satu tanggung jawab yang sangat berat dan bukan suatu benda yang harus direbut. Nabi saw bersabda:
“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.” 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
PILIH PEMIMPIN YANG DIREDAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredai oleh Allah dan Rasulnya. Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan Rasulnya. Nabi saw bersabda:
“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.” 
Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.
Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. 

SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

PILIHLAH PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:

“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.” 
Ayat 17 surah al-A’la

DUA CIRI UTAMA PEMIMPIN

Nabi saw telah bersabda:
“ Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan dibarat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah.” 
Hadis riwayat Ahmad daripada Mas’ud bin Qubaisah.
Takwa adalah orang yang menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Amanah adalah menguruskan orang bawahannya mengikut al-Quran dan Sunnah bukannya mengikut logik pemikirannya.

MEMILIH PEMIMPIN ADALAH CARA MENEGAH KEMUNGKARAN

Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:
“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.” 
Hadis sahih Muslim
Diantara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih.Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia telah mengkhianati amanah Allah, Rasul dan orang-orang beriman seperti dalam hadis yang lepas.

OLEH ITU LARI DARI MEMILIH ADALAH PENGKHIANATAN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG TIDAK ATAU KURANG DEREDAI ALLAH JUGA SATU PENGKHIANATAN.

Thursday, August 22

@Zahid_Hamidi MENGAMUK PULAK PADA Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy @PDRMsia


Lagi Tim. Menteri kurang bijak bila bersuara, Dah la mulut berbau bangkai ada hati nak bersuara!!! Kalau kena pada gayanya MKP tak peduli pun tapi ini menjadi seperti Biawak Hidup yang perlu ditanggung oleh Kerajaan. Kalau nak jadi jendalu pun agak-agaklah...... 
P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf). 
“Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk. 
“Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin Hindraf lagi. 
Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy),” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang. 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian. 
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas. 
“Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu,” katanya. ZAHID HAMIDI BLOG KLIK

Wednesday, July 31

VIDEO : PERAGUT DIBELASAH SAMPAI PENGSAN.......... @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Kejadian Ragut yang berlaku pada 25 hb lepas dimana seorang pemuda dari Indonesia telah ditangkap oleh orang ramai ketika melakukan aktiviti jahatnya. Dulu Malaysia pernah dikejutkan oleh kejadian dimana peragut indon jugak meragut perempuan yang mengandung hingga menemui ajal. Kejadian ini memberikan gambaran yang kurang sihat pada malaysia dimata Dunia. 

MKP berharap pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan cermerlang namun ada jugak segelintir pemimpin pembangkang mengambil kesempatan menyalahkan pihak PDRM. Contoh terbaru apabila ada saja kejadian tembak menembak yang disalahkan adalah pihak PDRM. 

Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.


Sambil mengakui bahawa antara faktor peningkatan kadar jenayah berpunca daripada pembebasan tahanan di Simpang Renggam, Ahmad Zahid berkata kementerian menerusi pelbagai agensinya akan mempertingkat kawalan keselamatan di sempadan negara yang menjadi lokasi untuk menyeludup senjata.

Kembalikan ISA, Ordinan Darurat Sebelum Negara Menjadi Gawat!

Sejak akhir-akhir ini kita dapati pelbagai insiden yang cukup meresahkan berlaku dalam masyarakat kita. Perbuatan hina-menghina sesama agama, keturunan semakin menjadi-jadi. Bab jenayah jangan ceritalah…rompak, samun, bunuh semakin kerap dilaporkan. Lebih menakutkan, kes bunuh menggunakan senjata api juga semakin tinggi kekerapannya.

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?

Bila bercakap tentang peningkatan kes hina-menghina, jenayah dan sebagainya ini…baru kita teringat betapa berkesannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang kini telah pun dimansuhkan. ISA memperuntukkan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.



Tuesday, July 9

VIDEO : @Zahid_Hamidi MENGAMUK DI PARLIMEN..........


Apa punya haprak pemimpin DAP nie tak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibahas di dewan rakyat!!!!MKP boleh agak ini adalah cubaan untuk membunuh kreditbiliti pemimpin UMNO/BN kerena ketegasannya.

Dewan Rakyat kecoh seketika hari ini apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
 
Semuanya, gara-gara Gobind yang menyoal Ahmad Zahid mengapa tiada siasatan dan tindakan susulan polis berhubung kes tumbuk membabitkan menteri itu dengan seorang pemuda pada tahun 2006, walaupun laporan polis dibuat.


MP Puchong ada kepentingan peribadi kerana beliau jadi peguam bela kepada individu yang buat laporan polis itu. Itu adalah hakat yang Gobind tak boleh terima...

 "Kerana kamu adalah peguam bela dan ada kepentingan terhadap orang itu, melakukan tuduhan. Sedangkan siasatan telah dilakukan ketika itu dan ini bukan kes jenayah tetapi sivil. Kamu ada kepentingan.Kalau saya kaki pukul, Puchong (Gobind) lagi kaki pukul besar daripada saya," kata Ahmad Zahid.
 
Tidak puas hati dan berang dengan jawapan itu, Gobind bangkit dan mengggesa Ahmad Zahid mendedahkan perkara sebenar.
 
Beliau juga mencabar Ahmad Zahid supaya mengulangi kenyataannya itu di luar Dewan Rakyat.
 
“Ulang di luar, saya akan saman awak," kata Gobind sambil mendakwa menteri itu menggunakan kuasa sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dengan mengugut mangsa yang dibelasahnya itu.
 
"Adakah kamu ugut dia? Adakah kamu ugut selepas tumbuk dia?" soal Gobind.
 
Berikutan kekecohan yang berterusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa bangkit untuk meredakan ketegangan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) terus bertikam lidah antara satu sama lain.
 
Ahmad Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu. Katanya, isu berkenaan sedang diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.
 
"Kita jumpa di mahkamah," katanya.
 
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah yang memutuskan bahawa kes saman berkenaan perlu dibicarakan.
 
Saman itu difailkan Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya sehingga menyebabkan hidungnya patah.

MKP Ayat Sempoi : Peguam nie semua cari Makan dan kepentingan POLITIK, Kalau tak buat macam nie macam mana nak MASYUUUKKK.....

Friday, June 21

@Zahid_Hamidi IBARATKAN @CmLimGuanEng SEBAGAI ANJING TERSEPIT....


Pepatah Melayu lama ada mengatakan berhati-hati bila berhadapan dengan Anjing ini. Lim Guan Eng bagaikan Anjing Tersepit meminta tolong pada Tuannya akan tetapi apabila tidak lagi tersepit Tuannya pulak mahu digigitnya.


Ternyata Menteri KDN telah membaca Blog MKP  ada artikel semalam dan meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan UMNO apabila lambat membuat pembersihan pada Bangunan milik JKP Sdn Bhd. Kenapa UMNO dipersalahkan sebaliknya UMNO Pulau Pinang menyewa premis berkenaan.

Memang malang rakyat Pulau Pinang mendapat Ketua Menteri yang kurang ILMU dan tidak menyelidik terlebih dahulu sebaliknya menyalahkan UMNO. Tweet DS Zahid ini memang tepat kerana Guan Eng hanya mahu melepaskan dirinya dari dipersalahkan dan mencari KAMBING HITAM untuk dipersalahkan.

Sebelum ini DS Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat tidak menyalah tafsir pertemuan tertutupnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

Katanya, perjumpaan dengan Lim yang juga adalah Setiausaha Agung DAP dibuat atas alasan kemanusiaan untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa ribut di negeri itu.
"Kami berjumpa untuk berbincang atas alasan kemanusiaan, dan kepentingan politik harus ditolak ke tepi. Saya ada membaca komen di laman sosial Twitter, Facebook dan blog, ada yang positif dan ada juga negatif," katanya 
Walaupun MKP hanya Blogger picisan namun pandangan MKP jugak dititik beratkan oleh DS Zahid Hamidi didalam laman twitternya amat bermakna buat MKP.

MKP Ayat Sempoi : Jutaan Terima Kasih DS Zahid Hamidi....


Wednesday, June 19

MENTERI KDN BAKAL DIPECAT KERANA PUKUL AHLI PERNIAGAAN @Zahid_Hamidi


Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 41, pada 4 Julai 2007 memfailkan saman dengan mendakwa beliau dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh DS Zahid pada 16 Januari, 2006.

Setelah 7 tahun baru isu pukul memukul ini timbul, Nampak gayanya Gobind Singh Deo nie nekad mahu DS Zahid Hamidi disingkirkan dari menjadi Menteri KDN. Apahal korang takut kenapa?

Nak desak DS Zahid Letak jawatan korang boleh bermimpi pada siang hari. Pekara ini tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana kuasa melantik menteri dibawah Kuasa Perdana Menteri.

DS Zahid adalah Naib Presiden yang dipilih oleh perwakilan UMNO pada pemilihan UMNO bukan dilantik... DAP patut kaji dan perbetulkan CEC dulu sebelum nak desak Menteri KDN letak jawatan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak gesaan supaya beliau meletakkan jawatan ekoran ekoran saman sivil terhadapnya atas dakwaan memukul. 
Dalam sidang media hari ini, beliau berkata, hanya perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik atau menamatkan tugas seseorang menteri. 
"Itu hak mutlaknya," katanya. 
Zahid (tengah) juga berkata, gesaan yang dibuat oleh anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo itu mempunyai konflik kepentingan kerana bapanya Karpal Singh bertindak bagi pihak plaintif dalam kes itu. 
"Bapanya mahu bawa ke mahkamah, jadi bawalah ke mahkamah," kata Zahid.
MKP Ayat Sempoi : Guan Eng dah angkat bendera putih pada DS Zahid tapi Keluarga Karpal pulak nak buat kacau.......



Monday, June 17

LIM KIT SIANG MENYIBUK KETIKA LAWATAN @Zahid_Hamidi


Apa jawatan Lim Kit Siang didalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Itu persoalan yang bermain difikiran MKP ketika lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ke Pulau Pinang sebentar tadi. Jika Lim Kit Siang menjadi Ahli Parlimen di Pulau Pinang MKP tak kisah. Itu hak beliau sebagai ahli parlimen. Tapi sekarang Lim Kit Siang menjadi Ahli Parlimen di Gelang Patah.


Nampak sangat Keluarga Lim nie gilakan Publisiti. MKP tak pertikaikan Lim Guan Eng hadir kerana jawatannya sebagai Ketua Menteri. Tapi Kenapa dibawa Cinabeng yang pernah berkata "PErgi Mampus sama Melayu".


Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri, Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Abd Rahim B. Hanafi Ketua Polis Pulau Pinang dan Datuk Dr Zahari Noor Forensik Hospital Pulau Pinang di tempat kejadian runtuhan rod penebat kilat di Jalan Macalister, hasil perbincangan yang dijalankan bersama lain-lain jabatan terlibat mengesahkan kematian mangsa usaha mencari mangsa yang tertimbus diberhentikan dan pihak polis akan melakukan inkues.


Monday, June 10

VIDEO : @Zahid_Hamidi RASUAH PENGUNDI BAGAN DATOH , PATUTLAH MENANG......


Ini adalah gambar yang bakal dimainkan oleh Rafizi Anak Ikan kesayangan Anwar, MKP pun boleh buat benda macam nie cuma ubah saja logo tue.

Semakin lama semakin galak Rafizi nie menghentam DS Zahid Hamidi sampai benda yang tidak masuk akal dan tanpa bukti pun menjadi isu yang besar bagi mereka.


Jika benar tunjukkan bukti duit serta beras yang telah diberikan oleh DS Zahid Hamidi seperti gambar Nik Aziz memberikan rasuah pada pengundi pada PRK sebelum ini

MKP pecaya lepas nie kalau DS Zahid Hamidi berhutang 20sen pada sesiapa sahaja pun pastinya bakal didedahkan oleh Razifi Jambu kesayangan Anwar nie.

Matlamat Rafizi adalah supaya DS Zahid Hamidi berhenti menghentam Keadilan serta menurut tuntutan BODOH mereka. Sama jugak modus operandi untuk menjatuhkan DS Sharizat Jalil yang dilancarkan oleh Razifi dan Zuraidah aka Mak Lampir.

Dakwaan Rafizi terhadap DS Zahid Hamidi pada hari ini adalah seperti berikut;
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR. 
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan) berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,00
Tapi Rafizi bakal kantoi dengan dedahan video disiar sebelum pengundian 5 Mei 2013


Rasanya jelas bahawa 23 ribu itu adalah jentera BN yang ditemui oleh DS Zahid seorang demi seorang. Bukannya seperti didakwa memberikan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang. 

Isu ini tidak lain kerana ingin menyekat ketegasan Menteri KDN yang telah berani mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan pembangkang yang sudah lama melanggar Perlembagaan.

Video dibawah pulak adalah semasa kempen PRU-13, didalam ucapanya ada menyatakan DS Zahid ada memberikan beras.


MKP ayat sempoi : Jika kedua-dua video ini diEdit ucapan DS Zahid Hamidi akan memberi beras kepada pengundi serta angka yang telah disebut sudah pasti dapat mengelirukan. Sebelum depa edit bagi MKP dedahkan kebenaran dulu.

Monday, May 20

KEPALA BAPAK KAU DAN KEPALA BAPAK AKU.........

Ada satu adegan dalam filem Labu dan Labi yang dilakonkan P. Ramlee dan AR Tompel. Latarnya di serambi rumah Pak Haji Bakhil mungkin kerana hajat yang dicita tidak kesampaian timbulah kepala bapak menjadi permainan, keduanya sedang bertekak dengan hujah ‘kepala. P.Ramlee memijak kepala bapak A.R Tompel dengan mudah akan tetapi bila hendak dibalas. P.Ramlee membuka langkah silat.


“Hah ni kepala bapak kau, ni pulak kepala bapak aku. Ha pijak lah!” lebih kurang begitulah katanya.

Situasi akhirnya meruncing dan pergaduhan dalam skala lebih besar pun bermula.

Pada zaman itu, barangkali permainan kepala bapak ini kelakar dan mengundang ketawa. Hari ini pun mungkin di sekolah rendah, masih lagi ada anak-anak yang main ‘bapak’. Dikutuknya nama bapa orang ini, kemudian dibalas dengan kutukan tentang bapa orang itu. Secara dasarnya, permainan kepala bapak ini amat sinonim dengan segala yang kebudak-budakan.

Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia telah mengutuk tanpa memberikan fakta serta mengikut undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia, Kenyataan Menteri Dalam Negeri yang baru. Zahid Hamidi dengan nada mempertahankan apa yang diamanahkan sebagai Menteri Dalam Negeri menyuruh sekalian rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem sedia ada di negara ini supaya berhijrah keluar dari Malaysia, dan pergi ke negara yang mengamalkan sistem yang mereka suka.



MKP Ayat Sempoi : Anwar dah jadi macam budak tadika, Kurang cerdik tu pun ramai yang kena Tipu..

WAHAI ANWAR MALAYSIA NIE BUKAN BAPAK HANG PUNYA..........


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

Elok jugak wartawan Maloyakini kena "sound" dengan DS Zahid Hamidi. Depa nie selalu buat hal dengan memutarbelitkan cerita. Kalau jumpa wartawan Meloyakini dengan ular pukul wartawan nie dulu baru pukul ulaq..
 
Pilihanraya telah pun dua minggu berlalu. Yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja. Ada yang sekadar menerima ucapan tahniah dan ada yang membuat kenduri kesyukuran termasuk di kalangan Pakatan Rakyat. Kabinet pun telah disusun dan ucapan-ucapan tahniah kepada Barisan Nasional dari kerajaan asing telah pun diterima. Semuanya menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun ada yang tidak puas hati dengan pencalonan, kekalahan mahupun dengan barisan kabinet yang baru, namun semua orang mengambil sikap rasional untuk terus memandang ke hadapan dan mengharapkan yang terbaik. ‘Semua orang’ yang dimaksudkan, bagaimanapun, tidak termasuk Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak senang duduk dan terus cuba mencetuskan anarki melalui himpunan-himpunan untuk menolak keputusan PRU-13. Nampaknya, selain Anwar yang turut menolak keputusan tersebut adalah anak-anak Cina rasis produk SJKC yang sememangnya buta sejarah dan tidak punya jiwa Malaysia.

Dalam himpunan terbaru di Johor, khabarnya Anwar semakin galak mencabar kerajaan, mungkin geram kerana belum dapat mencetuskan keganasan dan pihak berkuasa juga masih tidak menangkapnya. Kita tahu bahawa beliau ingin sangat ditangkap untuk membolehkan kuncu-kuncunya mencetuskan kekecohan.

Oleh kerana masih tiada apa berlaku, maka kali ini, Anwar secara tidak langsung ‘menjemput’ Amerika agar menyerang Malaysia. Katanya, Amerika menyerang Iraq kerana ingin mewujudkan demokrasi dan beliau akan mengemukakan bukti-bukti penipuan SPR kepada Amerika.

Anwar tidak pula menerangkan kata-katanya dengan jelas namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksudnya iaitu kononnya Malaysia tidak demokrasi kerana SPR menipu.

Ayat seterusnya yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh Anwar ialah “Oleh itu, Amerika juga boleh menyerang Malaysia untuk mewujudkan demokrasi.”

Anak-anak Cina yang mendengar ucapan Anwar pun meloponglah mendengarnya, mungkin bangga juga jika Amerika datang ‘menolong’. Langsung mereka tidak tahu bahawa Amerika menyerang Iraq kerana minyak bukan kerana demokrasi.

Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa Iraq selepas serangan Amerika bukannya sebuah negara yang lebih aman dan lebih kaya, tetapi hancur lebur. Rakyat Iraq yang gembira menyambut serangan Amerika sebelum itu kini hidup susah apabila negara musnah dan ekonomi merudum. Malah, ramai yang kehilangan keluarga dan juga kehilangan nyawa.

Apapun, kita tidak yakin anak-anak Cina yang menganga mendengar ucapan Anwar itu faham sangat apa yang Anwar katakan. Mereka hanya berada di situ untuk menunjukkan ‘volume’ atau kekuatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan.

Dan kita juga tidak yakin mereka mempunyai jiwa yang kental seperti orang-orang Arab Iraq yang berani mati. Anak-anak Cina ini telah terlalu dimanjakan oleh Malaysia, negara yang mereka kata bagai neraka.

Satu sahaja masalah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk melihat Malaysia musnah di tangan Amerika iaitu beliau tidak ada apa-apa bukti untuk dibentangkan kepada Amerika bahawa SPR menipu. Kerana itu juga, Presiden Obama tidak ada pilihan selain mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Setakat ini, Anwar sudah mengadakan sekurang-kurangnya 3 Himpunan besar membantah keputusan PRU-13. Di setiap himpunan, beliau mengulang-ulang tuduhan bahawa SPR menipu.

Tetapi, hairan sekali tiada seorang pun dari anak-anak Cina yang konon ‘cerdik’ yang hadir di himpunan tersebut mendesak Anwar mendedahkan bukti penipuan SPR. Bukankah jika benar terdapat bukti penipuan yang jelas maka Anwar pasti telah lama menghebahkannya dan menayang-nayangkannya dalam setiap himpunan yang diadakan? Tetapi ini tidak berlaku. Anwar tidak mampu menunjukkan walau satu bukti, apatah lagi membuat laporan polis.

Mungkin Anwar tidak percaya polis maka tidak apa jika tidak percaya polis, tetapi kenapa tidak didedahkan kepada hadirin? Kenapa perlu dihantar secara sulit kepada Amerika? Lebih dari itu, atas dasar apa pula Amerika akan menganalisis bukti tersebut? Sejak bila kita berada di bawah pengawasan Amerika? Di mahkamah mana SPR hendak didakwa?

Jelas, Amerika juga tidak sanggup memperbodohkan diri untuk menyokong tindakan Anwar kali ini.

Apa yang pasti, Anwar adalah pelaburan pihak Neo-con yang tidak menjadi. Sejak berdekad lalu, entah berapa ratus juta dollar yang telah dihabiskan ke atas Anwar dalam misi mereka untuk menguasai rantau ini.

Namun, melihat dari cara DAP memalingkan muka dari Anwar secara perlahan-lahan dan PAS juga sudah melangkah pergi, maka pihak Neo-con telah mengambil isyarat itu sebagai menandakan “Anwar sudah ‘selesai’” – misi ditangguhkan dan ditukar ke Pelan B. Rasanya, Anwar juga sudah memahami isyarat ini.

Justeru, apa yang Anwar sedang lakukan dengan mengadakan himpunan hanyalah untuk ‘menjaga air mukanya’. Beliau berharap akan ditangkap dan dihumban ke penjara supaya beliau boleh terus melakonkan watak wira yang dianiaya. Beliau tahu bahawa dalam sedikit masa lagi, anak-anak Cina yang menjadi penonton tetap lakonannya akan mula bosan.

Bukan kita tidak tahu sikap semulajadi Cina itu hanya pentingkan untung. Jika tiap-tiap minggu menonton Anwar berlakon, tentulah rugi. Sedangkan, malam minggu boleh dihabiskan bersama rakan-rakan menonton wayang atau ke kelab kalaupun tidak mengulangkaji.

Maka, Anwar sudah buntu. Oleh itu, beliau kini nekad sekiranya beliau tidak berjaya menawan Putrajaya, biarlah siapa jua tidak dapat duduk di Putrajaya. Biarlah Malaysia ini hancur dan padan muka semuanya.

Inilah yang Anwar sedang cuba lakukan dan beliau hampir mengakuinya secara terang-terangan apabila terlepas cakap mengenai serangan Amerika ke atas Iraq.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive