Rupanya dah ada Bangla Town atau lebih dikenali sebagai ' Mini Dhaka ' di Penang , di Jalan Gurdwara dah jadi tempat warga Bangla berniaga , jadi geng Bangla banyak yang duduk melepak di situ , Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan DAP untuk mengatasi masaalah ini?Setakat ini tiada tindakan yang diambil dan hanya membisu? Sebaliknya Peniaga melayu dirobohkan gerai atau kedai yang dibina.......ikuti petikan dari Kosmo ni :
Siapa sangka, di sebalik kehebatan Pulau Pinang dengan pelbagai mercu tanda menarik, rupa-rupanya tanpa disedari wujud satu kawasan yang didominasi warga Bangladesh di tengah-tengah pusat bandar raya ini sehingga dikenali sebagai ‘Mini Dhaka’.
Jika sebelum ini deretan kedai lama di Jalan Gurdwara di sini menjual peralatan rumah, kedai membaiki basikal serta kedai runcit, kini ia telah digantikan dengan kedai menjual pelbagai barangan keperluan warga Bangladesh termasuk kedai makan.
Tinjauan Kosmo! di sepanjang jalan itu mendapati lebih 10 premis makanan, minuman, runcit, kedai menjual peralatan telekomunikasi serta pertukaran mata wang asing diusahakan warga Bangladesh.
Setiap hari, beberapa kedai di situ yang diuruskan oleh warga Bangladesh tidak putus-putus dikunjungi rakan-rakan senegara termasuk bersantai di kaki lima sambil berbual kosong atau menghabiskan masa lapang selepas bekerja.-Kosmo
MKP Ayat Sempoi : Apa motif yang Kerajaan DAP,Hapuskan Melayu Pulau Pinang?
No comments:
Post a Comment