exponegaraku

Friday, August 10

Kenapa Jual Tanah Dibawah Nilai Sebenar?


Kerajaan negeri dipersoalkan mengapakah mereka menjual sebidang tanah di Taman Manggis di sini yang sebelum ini diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat kos rendah kepada sebuah syarikat swasta di bawah nilai sebenar pasaran.

Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri, H’ng Khoon Leng meminta kerajaan negeri menjelaskan kenapakah tanah seluas 0.4 hektar milik kerajaan negeri itu dijual pada harga RM11 juta sedangkan nilai pasaran tanah di kawasan itu adalah tidak kurang dari RM22 juta.

Tanah itu telah dijual kepada sebuah syarikat swasta yang berhasrat membina sebuah hospital swasta.

H’ng menambah, hasi maklumat yang diperolehi daripada pejabat tanah menunjukkan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd dan Victoria International Medical Centre telah mengemukakan pembidaan untuk membeli tanah berkenaan.

Katanya lagi, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd muncul sebagai pembida yang berjaya selepas mereka menawarkan RM232 per kaki persegi atau RM11 juta untuk tanah berkenaan.



Tambah H’ng, tanah yang terletak di persimpangan Jalan Zainal Abidin-Lorong Selamat-Jalan Burma itu kini akan dimajukan sebagai sebuah hospital swasta setinggi 30 tingkat.

Sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih negeri itu, tanah berkenaan telah diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat kos rendah.

Bagaimanapun Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, saiz tapak itu terlalu kecil untuk dibina projek perumahan yang mampu dibeli tetapi sesuai untuk projek lain seperti hospital swasta dan sebagainya.

Menurut Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow, pelan asal projek perumahan rakyat itu adalah untuk membina bangunan flat setinggi 17 tingkat yang mengandungi 272 unit kediaman mampu milik.MSTAR.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive