HUDUD bergema lagi,sama jugaklah apabila kita semua menyambut hari raya semestinya ada lemang dan ketupat serta rendang.Isu hudud ini muncul bila kita berada diambang pilihanraya.Apa yang cuba dimainkan oleh PAS ini bakal memenangkan mereka lagi di Kelantan dan Negeri Utara tanahair.Taktik PAS supaya menampakkan mereka mampu melaksanakan undang-undang ISLAM. Padahal semuanya hanya hangat taik ayam. Apabila selesai PRU 13 ianya akan berakhir dan sunyi tanpa penyelesaian.
Tujuannya adalah supaya menampakan PAS dan DAP bergaduh dimata ahli PAS diakar-umbi demi meraih undi simpati.Ianya dihangatkan dengan jawapan dari Karpal Singh. Ayat paling sempoi kita dengar ialah "Langkah mayatnya dahulu".Pemimpin PAS berjaya menipu ahlinya.Apa nak buat Ahli PAS akar-umbi semuanya bodoh dan jumut..Biarlah Mat Sabu terjun dengan labunya......
Hukum hudud boleh dilaksanakan sekiranya semua lapisan masyarakat di negara ini bersedia menerima pelaksanaannya, kata Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau berkata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menumpukan kepada beberapa perkara yang diberi keutamaan, sebelum melaksanakan hukum hudud di negara ini hanya membuktikan kebenaran yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya rasa dia (PR) tidak faham mengapa hudud masih tidak dapat laksanakan. Sebab faktor kesediaan, keadilan sosial dalam masyarakat masih menjadi prasyarat yang tidak dapat ditunaikan lagi sekarang ini," katanya.
Semalam, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, tidak timbul soal PR menolak hukum jenayah Islam untuk dilaksanakan di negara ini, sebaliknya parti komponen tersebut mengambil pendekatan mendahulukan perkara-perkara utama yang dianjurkan Islam.
Manuty berkata, proses pemahaman mengenai hudud juga perlu diberi penekanan dan keutamaan sebelum melaksanakannya, terutama di kalangan umat Islam Malaysia sendiri yang pada masa kini masih belum sempurna dan maksima.
Dalam pada itu, Tun Faisal turut menyifatkan PKR mengambil langkah yang sama seperti PAS untuk mempolitikkan isu hudud bagi mengaburi mata rakyat bahawa parti itu turut memperjuangkan Islam.
"Dia pun mahu mengambil jalan seperti PAS, mahu nyanyi lagu hudud menjelang PRU. Mahu menampakkan dalam PKR ini ada agenda Islam.
"Dia memang tiada agenda pun. Sebab itu bila pemimpin PAS kata, hudud bukan agenda, DAP dan PKR yang menolak," katanya.AP
No comments:
Post a Comment